Saturday, December 18, 2010

Semester Baru

Antara ayat ayat yang menggugat jiwa selain soalan pointer semester lepas dan jemputan kahwin yang berderet di hujung tahun ini ialah,

"Kau nampak makin kurus lah,"

Tak keruan dibuatnya beb.



Mamak, roti tambah satu.

Friday, December 3, 2010

Glemer

Bapak duk jakun dengan berihitam dia duk main fesbuk kot situ. Dia tanyalah aku itu ini itu ini sedikit sebanyak pasal fesbuk ni.

Ada satu soalan tu, dia tanya kenapa orang pos macam macam dekat status tu.

Aku tarik nafas dalam dalam dan kata, "fesbuk, tweeter, dan kebanyakan laman web sekarang memberi peluang kat orang untuk rasa macam selebriti."

Bapak angguk angguk.

"It's like as if everyone wanna know what are you doing right now, what are you eating tonight, and so on."

"Like anyone cares," Bapak tambah.




Aku sengaja tak sebut 'blog' dan ganti dengan 'kebanyakan laman web'.

Wednesday, December 1, 2010

Aku Baru Tiba

Jumpa kawan. Bila kawan aku tengok aku dia terkejut.

"Mak aih. Apahal smart sangat kau nih!"

"Iyalah, nak jumpa Emma," aku balas sambil senyuma malu malu.

"Babi!" kawan aku sebut nama binatang yang paling 1Malaysia.

Tuesday, November 30, 2010

Aku Senyum Dan Kata Padanya

"Weh, aku rasa aku dah jatuh cinta lagi lah,"

"Lagi?" kawan aku tanya. Konfius barangkali. Apa yang dia konfius pun aku tak tau.

"Ye lah. Dia tak habis habis buat aku jatuh cinta kat dia. Hehe." aku gelak gatal.

"Siapa pulak ni?" dia tanya gaya endah tak endah. Malas nak layan barangkali.

"Ni," aku tunjuk gambar wallpaper laptopku.

"Pukimak!" dia kata sopan.

Aku senyum sambil tengok Emma Watson membalas senyumanku di laptop.

++++++++++++

Aku buat benda alah ni dah lama. Aku tak tahu bes ke tak. Tadi aku ternampak satu soalan bes kawan aku dapat, dia share kat aku. Jadi aku terus retrieve balik username dan password yang aku dah lupa tu. Punyalah lama tak buka benda alah ni. Wahaha.

Jadi, ada sesiapa nak tanya, tanyalah. :P Gatal gila rasa bila buat emoticon emoticon ni haha

Thursday, November 11, 2010

Akan Datang

Tadi pagi aku tengok The Breakfast Show dekat ntv7. Selain dari Daphne Iking, salah satu topik yang sangat menarik minat aku pagi tadi ialah apabila tetamu jemputan kedua adalah salah seorang senior manager microsoft di Malaysia. Dia cerita pasal produk terbaru dia yakni, Windows 7 (baru ke?) dan Microsoft 2010.

Aku punya komputer riba, pakai Microsoft 2003 lagi. Dah keluar 2010 dah eih. Tak dan nak merasa 2007 lagi. Heh, macam lah orang kisah.

Ok, apa yang membuatkan aku tertarik ialah, dua tiga hari lepas baru aku terfikir pasal dunia serba internet sekarang. Dengan iPhone lah, iPad lah, berihitam lah, dan sebagainya lah. Henpon sekarang pun semua makin canggih wal manggih. Baik nokia, SE, Samsung, Huawei, dan sebagainya. (aku rasa macam sangat style bila guna perkataan dan sebagainya muahaha). Jadi, aku terfikir, apakah konsep kerja masa akan datang.

Kerja di sini bukan maksud pekerjaan ye kawan kawan. Bukan. Kerja di sini bermaksud, err, work. Err, contohnya, assignment, err ah aku huraikan lebih lanjut. Aku fikir begini. Sebab utamanya ialah, rumet aku punya komputer bengong. Dia tidak boleh detect thumbdrive, atau dalam bahasa nya, pemacuibujari (bahasa mandul? ok itu bukan isu di sini). Jadi, sebagai seorang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan entrepernuermacamananakejadaaa, aku terfikir yang akan datang, pasti akan ada konsep buat kerja secara maya.

Maksud aku, aku fikir pasti nanti akan ada kompeni, samada maikrosof, epal, yahu atau gugel yang akan menyediakan perkhidmatan berikut. Yakni, kita ambil contoh paling senang, maikrosof, yang terkenal dengan word, powerpoint dan excel. Nanti, akan datang, aku rasa akan wujud situasi di mana, apa yang kita perlukan ialah, web browser. Tak perlu lagi, install install software yang berharga ratus ratus mahupun yang cetakrompak. Apa yang kita perlu cumalah web browser dan mungkin satu akaun di microsoft punya website, dan seterusnya word, powerpoint dan excel boleh dilakukan disitu dan disimpan di situ. Tak perlu lagi tamdrive tamdrive. Komputer boleh jadi lebih kecil. iPad? Aku tak tahu pasal epal punya software. Huhu.

Faham tak idea aku. Pedulilah korang faham ke tak, aku nak elaborate lagi. Begini, contoh, sekarang kita ada akaun yahoomail atau gmail. Kalau sekarang kita mungkin hanya menghantar file dan surat melalui email dan chitchat sahaja, nanti mungkin yahoo akan bergabung dengan microsoft dan akan ada office yahoo. Mungkin untuk ada akaun office yahoo akan ada bayaran, lantaklah. Tapi menerusi akaun office yahoo, instead of email, kita boleh buka semua perisian microsoft di situ. Office, powerpoint, excel, publisher dan sebagainya. (dan sebagainya lagi, ewah.). Dan lepas buat kerja di situ, kita boleh save di situ juga. Nanti mungkin boleh buat folder folder pula. Assignment compmath, statistic, financial math, dan lain lain (letih lah asyik dan sebagainya je. Kasi can dan lain lain pulak.)

Mantabkan imajinasi aku? Aku memang boleh jadi seorang entrepreneur (oh macam ni eja dia, bukan entreprenuer ye kawankawan.) yang berjaya lah aku rasa.

Tapi pagi tadi, apa yang aku fikirkan sebenarnya dah pun dilakukan oleh maikkrosof dan gugel. Shilakak betui! In fact, gugel dah mulakannya 4 tahun lepas. Not so entrep-minded of me. Tapi tak apa. Oh ya, maikrosof punya app tu namanya Office Web Apps, manakala gugel punya ialah Google Docs.

Setelah menggugel dengan kata kunci 'office web', carian paling memuaskan ialah comparison antara dua software tu iaitu di sini.

Jadi, apa kejadahnya aku dok 'aku fikir' 'aku terfikir' dan 'akan datang' tu semua bagai? Haa, itu yang kita tak tau. Kesimpulannya, selamat berpeperiksaan dan selamat bercuti. (erm, aku nak buat emoticon tunjuk muka paling comel tapi aku tak reti jadi aku buat begini sahajalah ye ( ^^,) ey tembamnya ;p)

dan yang lebih tak patut, FACEBOOK PUN TERLIBAT! Di sini, http://news.cnet.com/8301-30684_3-20003068-265.html

Saturday, November 6, 2010

Menuai Ratapan

Hidupku tersiksa
Menanam benih benih kesumat
Telah kucuba mencintai
Ia bertukar jadi benci
Terkurung melangkaui batas takdir
Kuberi, kau terima hidup ini
Hidup yang telah kukorbankan
Ditipu sedari umur belasan
Hakikatnya
Kau tukar dusta jadi kenyataan

Tuesday, November 2, 2010

MM Melancong: Berlari

Gambar lama. Waktu aku melancong tahun lepas. Selongkar balik album album lama dalam laptop, terjumpa koleksi ini. Sementara takde apa nak pos ni, apa kata kita imbau kembali zaman kanak kanak bebas dahulu.

Berlari ke sana sini dengan tenaga tanpa had. Kenapa laa budak budak suka berlari ya.

Pernah melepak di sekolah rendah tengok budak tahap satu (darjah 1 sampai darjah 3). Aku tengok ya ampun, dari tangga nak ke kantin tu pun diorang berlari. Nak ke kelas sebelah pun diorang berlari. Nak ke tandas berlari. Ke mana sahaja berlari.

Kita berlari dan teruuskan bernyanyiii. Haha. Tetiba nyanyi lagu SO7 plak. Olskool gak tuh. Memori bebeh.

IMG_0892

IMG_0891

IMG_0884

IMG_0745

IMG_0744

Nanti aku cari gambar tasik tempat aku lepak ni. Cun melecun bebeh.

Tuesday, October 26, 2010

Berlumba Dengan Masa

Masa

Dalam perlumbaan antara aku dan masa, sering kali, aku ketinggalan. Sering kali, aku perlu mengejar masa.

Setiap tahun, setiap semester, kitaran yang sama tetap berulang. Kali ini, jalan cerita yang sama, walaupun telah cuba diubah beberapa watak dan plot.

Mungkin perlu ditukar pengarah. Baru boleh menang perlumbaan dengan masa.

Kali ini, saat itu datang lagi. Saat di mana masa perlu dikejar (untuk ke sekian kalinya). Selagi garisan penamat belum tiba, selagi itu perlumbaan belum tamat.

Masih banyak yang perlu dirangkumi sebelum perlumbaan sampai ke penghujungnya. Semoga kita semua sempat.

Wednesday, October 13, 2010

Dang!

Macam tahi bila baca semula apa aku tulis dalam entri lepas. Takde unsur unsur jenius langsung!

Wednesday, October 6, 2010

Kaitan Antara Sejarah Dunia, Sejarah Malaysia, Dan Sejarah Islam

Dalam entri lepas, entri di bawah, aku dah nyatakan betapa aku lemah sabjek sejarah ni dan betapa aku tak boleh blah dengan sabjek sejarah ni. Jadi, aku harap kalian paham apa yang aku akan tulis ni ialah tulisan seorang yang tidak banyak pengetahuan tentang sejarah.

Pemikiran aku bermula pada semester lepas, sewaktu aku ambil matapelajaran Sejarah Matematik. Satu satunya sabjek sejarah yang memang aku minat membacanya.

Bila aku baca sejarah sejarah evolusi dan perkembangan nombor dan ilmu matematik, aku cuba kaitkan dengan sejarah Islam. Terutamanya sewaktu perkembangan nombor moden. Aku sangat teruja bila aku dapati sejarah perkembangan nombor moden bertepatan dengan sejarah Islam.

Tamadun India telah muncul dengan satu sistem pernomboran yang sangat bagus. Sistem ini telah sampai ke tanah arab dan dikaji oleh ahli matematik di sana. Justeru apabila empayar Islam berkembang, sistem nombor ini turut berkembang.

Waktu yang dinyatakan dalam teks itu seingat aku ialah sekitar zaman Saidina Umar al-Khattab. Atau mungkin Saidina Umar Abd Aziz. Aku tak ingat sangat, tapi zaman tersebut ialah memang zaman empayar Islam tengah memuncak dan jika diikut perkembangannya, memang bertepatan dengan perkembangan empayar Islam. Aku dah tak ingat sangat, tapi tak silap aku ia bermula dengan ke mengikut jajahan Islam ke Sepanyol kemudian ke seluruh Eropah. (kan aku dah cakap aku lemah sikit sabjek sejarah ni, baca sekali lupa. macam mana boleh mengaku jenius.)

Faham tak. Aku sangat eksaited sebab aku boleh kaitkan benda benda begini. Connect the link.

Jadi, aku terfikir. Boleh jadikah, ulama ulama matematik atau saintis era sebelum masihi itu sebenarnya tokoh tokoh Islam juga. Euclid itu sebenarnya hidup zaman Nabi apa? Apakah mungkin tuhan tuhan greek dahulu sebenarnya ialah nabi nabi kita terdahulu? Mereka diangkat menjadi tuhan sebagaimana Nabi Isa diselewengkan oleh sejarah sebagai anak tuhan, lantas menjadi agama baru?

Eh, aku rasa macam karut sangat pemikiran aku ni kan?

Tapi, aku rasa sangat betul tau. Aku tak tonton lagi video yang dikatakan tu. Laptop aku ada masalah suara, jadi aku tak tonton video dah melalui laptop aku. Cuma seingat aku, waktu sekolah rendah dulu aku pernah bincang dengan kawan, dinasor ni hidup zaman nabi apa? Takde ke kaum nabi yang ingkar dihukum oleh tuhan dengan dimakan dinasor?

Maafkan aku, aku malas nak google, aku nak habiskan entri ni cepat cepat sebab aku nak buat kertas assignment bahasa inggeris tajuk "Animal testing should be banned".

Tak silap aku, jarak antara Nabi Isa a.s dengan Nabi Muhammad s.a.w sekitar 500 tahun. Nabi nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w tempoh hidup mereka mencecah ribuan tahun. Rasul dan nabi yang wajib kita tahu ada 25. Kira cincai 25 x 1000 dah 25 ribu tahun. Itu habis cincai. Kalau ikut jumlah rasul semua ada 313 tak silap aku. Kalau ada nabi atau rasul yang hidup lebih seribu tahun, bagaimana. Justeru, dinasor hidup zaman mana?

Ada kawan kawan yang boleh bantu jenius ini tak? Yang mana agak agak takde benda nak buat, gugel sikit cari info. Boleh? Hehe. Dah, aku akhiri entri ini dengan serangkap pantun.


Ah banyak lah kau punya pantun. Haha.



notakaki: Weh, betul kan aku kalau ada fakta mengarut. Aku main tulis je ni. Tak fikir sangat. Bahasa pun macam kelam kabut hentam keromo.

Tuesday, October 5, 2010

Mengimbau Sejarah Matapelajaran Sejarah

"MM, saya tak minta banyak dari awak. Saya minta lulus je. Tak kredit pun takpe," kata Cikgu Khai, cikgu matapelajaran sejarah tingkatan 5, berikutan kejayaan aku mendapat markah kedua paling rendah dikalangan semua pelajar tingkatan 5. SPM lebih kurang lagi sebulan je lagi.



Imbas kembali beberapa bulan sebelum itu.

Sebagai pelajar yang akan menduduki peperiksaan terbesar dalam sejarah peperiksaan di Malaysia ini, kami pelajar tingkatan 5 membuat keputusan untuk tidak pulang pada cuti sekolah akan datang.

Aku telah ditugaskan untuk berhubung dengan seorang cikgu sejarah yang terpaling tiptop dekat Kelantan tu. Nak minta dia buat kelas tambahan khas untuk kami sewaktu cuti nanti. Kitorang dah peruntukkan sehari satu sabjek pulun dari pagi sampai petang, kelas tambahan insentif.

Cari cikgu semua kitorang buat sendiri. Cikgu sekolah kitorang pun cuti.

Lepas dah setel semua, persetujuan dicapai, hari yang dinantikan pun tiba. Sebagai orang yang bertanggungjawap berhubung dengan dia melalui telefon, aku lah yang perlu menyambut cikgu tersebut (aku lupa dah nama dia, tapi masa tu dia jadi ketua pemeriksa negeri kelantan).

Bila dia sampai, aku bawa dia ke kelas, dia masuk, bagi salam, aku pergi tempat duduk paling belakang dalam kelas.

Kelas dah berlansung 5 minit. Sebaik sahaja cikgu tu pusing untuk menulis di papan putih, aku pun keluar ikut pintu belakang.



Begitulah lebih kurang, sejarah aku dengan matapelajaran sejarah ni.

notakaki: Entri ni, lebih kurang macam intro untuk ulasan aku pasal entri Neem yang ini. Entri itu, dan entri sebelumnya, aku rasa sangat kena dengan aku. Sebab tu aku nak ulas.

Monday, October 4, 2010

Bila Dah Menulis Kadang Kadang Susah Mahu Berhenti

Entri di bawah, entri lepas, tarikh asalnya ialah 26/12/09.

Malam tadi, waktu dalam perjalanan KL-Kuantan, kawan aku cerita pasal stopmotion dia baru tengok. Jadi, aku teringat aku ada satu video sweet belum kongsi. Jadi, pagi ini, aku kongsi.

Dan kalian mungkin berminat untuk tengok di sebalik tabir pembikinan video ini. Ini dia video nya.



2096 keping gambar. Tunggu dammit buat projek stopmotion ni, entah bila. Haha.

Selamat Pagi



Tidur bangun tidur bangun tidur bangun.

Rasa macam dalam cerita inception pula.

Tidur semula.

Saturday, September 25, 2010

Kawan Aku Kata

"Hidupku sekarang ini, dipenuhi bokeh. Kabur. Tiada yang jelas dan pasti,"

Aku senyum dan gelak kecil.

Spek dia pecah main bola petang tadi.



notakaki: Berkenaan hadiah dalam entri lepas. Setakat ini tiada pemenang lagi.

notaduakaki: Aku cakap nak pos gambar. Tapi aku punya brodben ni ada masalah nak aplod gambar ke blogger. Ke flickr atau facebook je boleh. Apa kes aku pun tak tau. Maaf lah ye kawan kawan.

Tuesday, September 21, 2010

Apakah Masih Belum Terlambat

Untuk kuucap selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Aku rasa aku terlalu cuba untuk impres pembaca dengan entri aku, baik secara bertulis atau secara bergambar. Akibatnya, kemarau entri.

Ah abaikan emosi awal entri ini. Mari kita cerita tentang raya. Raya mesti seronok!

Fakta rawak raya 1431.

1) Tahun ini, raya berbeza. Oh bukan sebab seperti dalam lagu raya yuna tu ye. Tapi, raya kalini lebih ramai balik kampung. Yang tak pernah balik sejak lahir pun tiba tiba balik tahun ini. Iyalah, umurnya baru beberapa bulan bwahahaha. Ok, tak kelakar. Tapi siriyes ramai gua cakaplu. Sampai ada sorang sepupu aku yang baru kahwin dua tahun lepas ni kena tidur kat dapur beb! Dia laki bini dengan anak kecik dia dalam buai sorang. Tapi dapur tu luas lah. Boleh muat 11 orang tidur gak kalau susun secara melintang. So tak terasa dapur sangat lah. Tapi still dapur lah weh! Orang lalu lalang nak gi tandas! Ngahaha. Ok tak baik gelakkan orang, tahun depan belum tentu gua dapat port baik nak tidur haha.

2) Status aku di fesbuk menyatakan, beraya tanpa isteri tahun ini. Sebenarnya, aku nak tulis beraya tanpa nenek. Tapi, aku tipu diri sendiri dengan menulis begitu. Tipulah kalau aku tak rindu nenek. Borak dengan sepupu sepapat banyak berkisar betapa lainnya beraya tanpa orang tua.

3) Tahun ini, kali pertama aku mengendalikan takbir di rumah. Beberapa percubaan tahun sebelum sebelum ini gagal disebabkan aku tak hafal part panjang panjang yang banyak 'dah dah dah' tu.

Aku mula menghayati hari raya melalui bertakbir ni sejak 3 tahun lepas. Sewaktu aku mencari erti sebenar hari raya. Bagaimana sepatutnya disambut hari raya ni. Baju barukah, bersedih dengan pemergian ramadhankah, bersedih sedih memohon maafkah, makan ketupatrendangkuihbahulujuadahenakwarisanmelayukah atau bagaimanakah. Akhirnya aku dapati, cara paling feeling ialah dengan bertakbir.

Bertakbir meraikan kemenangan kita. Sebagaimana kita bersorak meraikan jaringan gol. Syok beb! Tapi kadang kadang ada imam layan tarik takbir tu jadi macam sedih sedih juga. Apa kejadah sedih sedih nak meraikan kemenangan.

4) Gua masih dapat duit raya! Hahaha. Sepupu sepapat yang baya aku semua ramai yang dah kerja, aku je yang tak habis belajar lagi. Mengambil kira status masih belajar lagi, maka aku masih layak menerima duit raya. Ngahaha.

5) Raya tahun ni banyak betul orang kahwin ye. Sepupu ni kahwin bulan ini, sepupu tu kahwin bulan lagi satu. Sepupu ni nak bertunang bulan itu, sepupu tu pula bertunang hujung tahun ni. Balik kl bila onlain fesbuk tengok 5 6 orang juga yang tukar status. Takut juga aku berjangkit dengan musim musim ni. Kita sama sama lah doa agar dikuatkan iman ye. Haha.

6) Aku perasan setiap tahun akan ada one time dalam tahun tu, macam banyak berita tentang kematian yang sampai kat kita dalam satu tempoh waktu yang singkat tu. Raya tahun ni, 4 5 berita kematian juga yang sampai ke keluarga kami. Allahumma ighfirlahum warhamhum, wa'aafihim, wa'fu'anhum. Ameen. Tuhan maha kaya. Dalam kegembiraan, diselitkan peringatan, betapa dekatnya kita dengan mati.

7) Sebulan train tahan nafsu, latih diri beribadat, dekatkan diri dengan al-quran. Masuk syawal, senang betul kita tewas ya. Makan tak hengat dunia, semayang asal ada, quran lupa letak kat mana. Aku ada baca orang share dekat fesbuk itu hari, tak ingat dah hadis ke apa. Bunyi dia lebih kurang; kalau kamu sembah ramadhan, ramadhan dah berlalu. Tetapi andai kamu sembah tuhan, tuhan itu ada tidak kemana. Lebih kurang lah, aku pun tak ingat siapa yang share itu hari. Kalau tak gua dah kopi pes je. Hehe.

9) 8 syawal itu hari, aku pergi jalan jalan raya dengan member sekampus ke kajang dan bangi lantas berfotoshut di putrajaya. Rumah terakhir kami beraya di bangi tu ada alat timbang. Kurang ajar betul. Disebabkan peers pressure, kami semua terpaksa menimbang berat badan masing masing.

Sekali..(jeng jeng jeng)

Ok juga aku punya performance. Sebelum praktikal hari tu, berat aku 2. Lepas praktikal, berat aku 7. Lepas puasa, berat aku 3. Timbang hari tu, cuba teka berapa? Ok, tak payah teka gua bagitau, 4.7 je beb. Not bad lah kan? Kan? Kan?

Eh siyot betul, raya punya pasal, gua numbering pun dah kurang tepat. Memandangkan gua dah kehabisan idea, gua akhiri entri ini dengan satu teka teki, nombor apa yang gua tertinggal. Haha. Selamat hari raya!


notakaki: Aku decide nak bagi hadiah lah kat pengkomen (pengomen?) yang ke-(nombor tertinggal tersebut). Amacam? Komen banyak banyak tak aci ye kawan kawan. Haha.

Bukan senang beb entri gua nak sampai komen banyak tu. Standard dok main 4 5 6 je haha. Kita tengok kali ini bagaimana ya.

notakakikubukankakimu: Apa virus entah hinggap kejap aku kejap gua.

notakukukakikukaku: Next entri, kita layan gambar pula ya. Biarkan gambar melakukan percakapan. Erm, let the pictures do the talking.

Eleh, malas menulis cakap jela ngahaha

Wednesday, September 8, 2010

Hari Raya

4 hari selepas hari lahir aku, Bekas Kekasih sms ucap selamat dan maaf sebab lambat ucap. Tidak sedar tarikh berlalu. Aku tak kisah pun.

Tapi, aku duk fikir balik. "Eh, dia ingat hari lahir aku. Hari lahir dia bila a?"

Siriyes aku tak ingat. Aku dok perah otak balik, aku teka satu tarikh.

Baru baru ini, tarikh yang aku teka tu tiba. Aku pun sms dia. Lepas sms buat syarat tanya khabar apa semua, aku tanya.

"Sebenarnya nak tanya, besday awak esok eyh? Lupa dah haha,"

"Yela tu. Hai, macam mana genius boleh lupa besday orang hehe." Dia balas steady.

"Kalau macam tu, semoga bertambah iman amal taqwa dan semoga cepat kahwin lah ye hehe," aku ucap.

"Thanx. Weh jangan lah do'a cepat kahwin. Taknak lah kahwin awal awal. Huhu,"

Aku tersenyum sendiri. Patutlah Tuhan tak panjangkan jodoh kami.

"Lah apasal pulak? Saya insya-Allah kahwin lepas raya ni," aku beritahu dia.

"Hah? Cepatnya. Ini betul betul ke cobaan? Hehe,"

"Betul lah. Tapi tak tau lagi lah bila. Kalau saya kahwin tahun depan pun lepas raya jugak kan? Hehe,"

"Cis. Genius punya kelentong,"



selamat hari raya maaf zahir batin pagi raya jangan gatal tangan nak main internet kalau takde sedara mara nak ziarah pergi ziarah soping mol ye kuih raya sila jangan habiskan sendiri nanti orang datang rumah tak dapat nak makan kuih raya oh tahun ni boleh dapat duit raya lagi ke kawan aku cakap masa kecik sikit dulu setakat dua ratus tak payah berusaha pun aku ingat tahun ni kalau dapat dua ratus boleh lah buat tampung duit mas kahwin eh silap buat tampung duit yuran yunibersiti la ish fikir kahwin saja aku ni erm aku harap tahun ni emma watson tak buat hal datang beraya kat rumah aku kalau tak nanti terpaksa lah aku kahwin dengan dia pula wah wah wah seronoknya saya berangan ah sudah lah panjang sangat pula ucapan raya aku akhir kata terimalah serangkap pantun dari saya

main mercun di malam raya
selang seli dengan bungapi
selamat hari raya
maaf zahir batin

entri ini takde notakaki y'all~ hahaha

Saturday, September 4, 2010

Kita Tengok

Dalam kereta dalam perjalanan nak pergi makan. Kamal tiba tiba tanya.

"Shah mana?"

"Shah makan sebelum maghrib la sekarang. Dia dah berkawan baik dengan Hazami sekarang. Solat kat surau je beb," kawan sorang lagi jawap.

"Bagus do Shah sekarang," aku respon.

"Itulah, petang petang kita baru nak sampai bilik balik pada main bola, dia dah turun nak pergi surau dah," kawan aku yang sorang lagi tambah.

"Shah dah berubah eyh?" Kamal eksaited senyum senyum.

"Aku nak tengok berapa lama dia boleh tahan tu," dia sambung dengan nada sinis macam nak gelak gelak.

Kawan aku yang duduk depan join Kamal gelak sama.

"Aku rasa kan." Aku cuba susun ayat sopan. "Aku rasa lah, pendapat aku kan, aku rasa kita patutnya bukan tengok berapa lama dia boleh tahan. Patutnya kita do'a kan dia supaya boleh tahan lama."

"Kalau lah, kita harap tak lah kan. Kalau lah, dia tak tahan lama pun. Aku rasa dia still lebih bagus dari kita waktu ni. Tak kisah dia berubah sekarang ni ikhlas ke, ikut Hazami ke, boring ke, apa ke. Benda macam tu Tuhan punya kerja. Kita bukan boleh tengok hati orang."

"O betul gak eyk."

Nasib baik Kamal very open to criticism.

-----------------------------------------

Aku mungkin kedengaran agak tajam dalam babak di atas. Tapi benda benda macam ni mungkin agak sensitif bagi aku.

Bagi aku.

Sebabnya, aku agak kerap menghadapi situasi macam ni. Lebih lebih lagi waktu sekolah dulu. Paling selalu dan paling standard, bila kita nak berhenti merokok. Aku pun macam orang lain yang nak berhenti rokok gak dulu. Nak berhenti bukan boleh berhenti macam tu terus.

Aku rasa proses nak berhenti merokok dulu ada dekat 5 6 fasa jugak. 5 6 kali percubaan untuk berhenti. Macam macam teknik dan metodoloji.

Hadkan jumlah rokok sehari. Sehari 2 batang je. Hari ni 2 batang, esok 2 batang. Lepas 5 hari 2 batang, hari ke-6 tiba tiba 5 batang.

Berhenti secara mendadak. Tahan seminggu. Hari ke-8 hisap balik.

It's not that easy.

Dan setiap kali aku cuba untuk berhenti, akan ada mulut mulut comel yang akan berbunyi, "Berhenti konon. Tengok a, esok lusa hisap balik," atau ayat ayat yang sewaktu dengannya.

Macam mana pun at last aku berjaya juga lah. Alhamdulillah.

Itu baru satu kes. Merokok. Banyak lagi benda buruk lain dalam diri kita ni. Sorry, ter-include korang pula. Balik semula. Banyak lagi benda buruk dalam diri aku ni sebenarnya.

Macam Shah, tiba tiba dia dapat rumet macam Hazami, dia rasa nak ikut Hazami pergi surau. Apa salahnya. Mungkin perubahan dia cuma sebulan. Tapi aku tetap rasa tak salah. Sebab at least, dia cuba.

Kita? Orang azan pun dok main DoTA lagi.



notakaki: Kamal, Shah, Hazami, bukan nama sebenar.

notatambah: Sebenarnya, sebenar benarnya, aku tak kisah pun orang cakap macam tu. Bagi aku, aku rasa bagus juga, boleh dijadikan peringatan atau cabaran untuk membuktikan kata kata mereka salah. Prove them wrong. Cuma, kadang kadang, kadang kadang kita perlukan suntikan positif juga.

Tapi kalau dah 5 6 kali nak berubah asyik tak jadi je, orang pun malas nak support, ye dok?

Thursday, September 2, 2010

Kopi Pes

dari status FB budak boncet yang kerja buka tutup blog.
Apa dikejar dlm ramadan?10akhir,qiam,tahajud,tasbih,terawih?apa dikejar kalau bulan lain solat jemaah pun tidak,sunat rawatib pun tidak,bc quran pun tidak.apa dikejar?

Berjayanya ramadhan anda bukan semata mata ketemu lail al-qadr, tapi kesan yang merubah anda dalam setahun sehingga ketemu kembali ramadhan. :)

Bak entri Master J tahun lepas, Ramadhan sebagai kem motivasi, remember?



notakaki: Insya-Allah esok, kita ulas panjang sikit.

Wednesday, September 1, 2010

Laluan Memori

Dalam perjalanan untuk hantar nenek dari rumah Mak Long ke rumah Mak Su. Keramat ke Damansara. Nenek gilir gilir tiap minggu rumah Mak Su rumah Mak Long. Rumah kat kampung takde orang. Balik sekali setahun je time raya.

Sambil memandu sambil borak biasa biasa dengan Nenek. Tiba tiba Nenek tanya pasal macam mana nak buat qiyam. Aku terkejut sekejap. Aku tengok Nenek sekilas.

"Macam mana macam mana?" aku tanya.

"Macam mana la. Nak solat apa. Nak baca apa." dia terangkan.

"Oh," aku diam sekejap. Ambil masa. Susun ayat dalam kepala. Fikir sebelum cakap. Kang salah cakap kang tak pasal pasal kena pelangkung dengan orang tua tu. Hehe.

"Erm, setakat yang saya tahu," aku mulakan perlahan perlahan. "Nabi tak cakap pun solat apa yang kena buat. Yang Nabi cakap, solat sunat dua rakaat je. Dia tak cakap pun solat apa," aku berhenti lagi. "Yang adanya, dalam Quran sebut perkataan tahajjud. Kalau tak silap saya la. Tapi bukan pasal solat tahajud. Ayat Quran tu sebut macam tahajud tu satu perbuatan la, macam bangunlah bertahajud. Bukannya nama solat tu solat tahajud." Aku tengok respon nenek. Dia angguk angguk sikit.

"Habis nak niat apo?" Nenek tanya lagi.

"Niat solat sunat 2 rakaat je la nek."

"Habis solat hajat, solat taubat tu sumo?" Nenek mahukan lebih penjelasan. Jalan baru sampai Selayang. Lalu kot JLT2.

"Erm kalau tak silap saya," aku cuba ingat balik ilmu aku yang tak seberapa. "Dalam hadis cakap, Nabi suruh solat 2 rakaat minta taubat dengan Tuhan. Sama juga dengan solat hajat tu. Nabi cakap solat 2 rakaat, pastu cakap dengan Tuhan hajat kita."

Diam seketika.

"Sonang jola," Nenek kata ringkas.

"Sonang jo nek." Aku sambut. "Pastu, kalau qiyam, tak semestinya kena solat je. Baca Quran, zikir, do'a banyak banyak pun boleh."

"Yo lah. Nenek pun tak larat nak solat banyak banyak MM oi," kata Nenek disulami tawa kecil.

Diam lagi seketika.

"Nenek ni bukan apo MM. Nenek dah tuo. Tak lamo dah. Kalau boleh nak buat amal tu yang macam Nabi ajar lah. Biar diterima betul. Nenek pun bukan kuek sangat ni ha," Nenek explain lagi.

Aku iyakan perlahan sambil terus memandu.

Sunday, August 29, 2010

Sambutan Hari Lahir

Cinta

Sepatutnya adalah hari menghargai ibubapa. Bukan sekadar menyambut ulangtahun kelahiran sendiri sahaja. Sebaliknya, hari mengenang jasa dan pengorbanan kedua ibubapa.

Sepanjang berapa tahun kita dah hidup, berapa tahun kita menerima kasih sayang tanpa syarat dari mereka.

Dari kita dikandung, dilahirkan, sekolah, rendah, menengah, yu, kahwin, kerja dan selanjutnya.

Setiap detik hidup kita, kita berhutang budi dengan mereka.



Aku rasa, sebenarnya, setiap hari kita perlu berterima kasih pada ibubapa kita. Tanpa mereka, siapalah kita.

Rabbi, irhamhuma kama rabbayaa nii soghira.

Wednesday, August 25, 2010

Aku Perlu Menulis

Dalam kolum khas untuk majalah persatuan.

Dah lama aku tak rasa dipaksa menulis macam ni. Bila kena waktu waktu macam ni, rasa macam akab pula. Haha. Inside joke.

Dah, aku kena siapkan sebelum pukul 8 pagi ni.

Tuesday, August 24, 2010

Dugaan

Ramadhan sering dikaitkan dengan dugaan. Walaupun dugaan Tuhan datang bila bila masa tak kira bulan apa. Tapi orang suka kaitkan dugaan kesabaran dan Ramadhan.

Aku rasa, dugaan sebenar di bulan ini bukanlah terletak pada keteguhan diri menahan lapar dan dahaga. Tidak juga pada dugaan menahan diri dari mengeluarkan kata kata nista. Mahupun, dugaan dugaan melihat budak budak makan aiskrim di siang hari.

Shilakak punya budak kat kedai fotostet. Malam ni, moreh cari aiskrim!

Erm, apa tadi? Oh ya, dugaan.

Ya, bukan semua itu. Semua itu kita akan otomatik rasa boleh kawal sikit sikit bila puasa.

Sebaliknya, aku dapati, dugaan sebenarnya ialah sewaktu kita hendak berbuka. Mengawal nafsu sewaktu membeli atau mengambil juadah dan makanan untuk berbuka sememangnya sangat sukar dikawal.

Aku rasa dugaan sewaktu di param atau baram atau yang semaksud dengannya adalah sangat sangat bahaya. Nasib baiklah aku bukan yang jenis suka ke tempat tempat begini. Tahun ini, baru dua kali aku ke bazar ramadhan.

Kalau pergi ke tempat tempat begitu, aku rasa semua benda yang aku nampak aku rasa macam nak rasa. Hish, macam kawasan menguji nafsu pula baram ni.

Lagi satu, aku percaya, yang atlit mahu pun yang bukan atlit semua tahu tentang peri pentingnya warm-up sebelum bersukan. Aku rasa, makan pun sama. Perut pun tahu terkejut, kan?

Enough said.

Selamat berpuasa. Ini betol betol, ini bokan cobaan!

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Ini

Aku baru perasan aku dah ada 70 Pengikut (pengikut? penganut? peminat? apa apa lah yang hujung dia 't') atau aku tulis sebagai pelanggan. Aku tiada sebab sebab tertentu kenapa aku tafsirkan ia sebagai pelanggan. Saja saja saja.

Kali terakhir aku tengok, 69. (Maksudnya blog aku tak femes sebab aku boleh tengok urutan nombornya. Lainlah kalau aku onlain hari ni 70, esok 73, lusa 78. Get my point?)

Aku rasa dan aku percaya, dari 70 pelanggan tu, 30 orang yang betul betul ikut. Selebihnya, aku rasa ada unsur unsur pengiklanan. Kau tahu lah, jenis aku follow kau kau follow aku atau follow ramai ramai nanti banyak lah nama aku dekat blog orang atau apa apa lah. (Maksudnya aku seorang yang sangat pesimis. Astagaaa bulan remdan ni. Sangka baik lah sikit.) Ok, aku rasa 45 orang yang betul betul follow. Selebihnya dah tak berapa aktif atau dah putus asa dengan kekerapan aku apdet yang sangat sikit.

45 pelanggan, dan anggaran 15 pembaca senyap, aku ada 60 pembaca yang datang ke CDR dalam seminggu pertama ramadhan ini. Dan dalam seminggu pertama ramadhan ini, aku tidak ada satu pun apdet yang bermanfaat untuk mereka yang setia berkunjung walaupun aku tak apdet apdet.

Sangat terharu ya.

Aku rasa aku perlu lebih bertanggungjawap terhadap pelanggan pelanggan yang menantikan tulisan tulisan bernas dari aku.

Jadi, selaku seorang jenius, aku akan mulakannya dengan entri ini. Dalam entri ini, aku nak mengajak kau orang semua untuk mempraktikkan rasa syukur pada tuhan dengan mengucapkan alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Banyak benda kita patut bersyukur pada tuhan. Satu benda yang nyata dan selalu kita terlepas pandang adalah penggunaan "nasib baik" instead of "alhamdulillah".

Renung renungkan. Wahahahaha. Selamat berpuasa.

Friday, August 13, 2010

Satu Perdua Jam

Aku menghadap skrin kosong.



Lama sangat ke aku tak menulis. Sampai blank tak tau nak tulis apa.

Buka blog sendiri. Baca.

Dua tiga entri aku yang lepas sangat tak best.

Campur dengan entri ini. Pun tak best.

Mungkin ini dugaan Ramadhan.

Thursday, August 12, 2010

Lambat

Aku keluar bilik tengok kawan aku tengah kemas ruang tamu. Dia tengah bentang tikar.

Pelik. Aku pun tegur.

"Oi oi, what up?"

Dia jawap, "Esok puasa la,"



Kelmarin punya cerita.

Selamat datang ke Ramadhan. Bulan penuh barakah.



notakaki: Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa diri aku tengah full of love semenjak dua tiga hari kebelakangan ini. Kau tahu, perasaan di mana kau rasa sangat sayang kat orang sekeliling kau. Oh, dan juga homesick. Apakah?

Wednesday, August 4, 2010

Aku Dapat Top 20

Keputusan pertandingan fotorafi tempohari telah diumumkan.

Alhamulillah, dari hampir 2000 jumlah penyertaan dan dari 450 penyertaan yang disenarai pendek, aku dapat Top 20.

Syukur. Aku rasa itu adalah perkataan terbaik yang aku boleh fikir setakat ni. Sebab aku yakin, aku tak berbakat sangat sebenarnya. Tapi Tuhan mungkin nak uji aku, kadang kadang gambar yang aku tangkap, jadi macam istimewa. Syukur.

Oh ya. Aku nak cerita benda lain sebenarnya.

Waktu meraih undi untuk pertandingan tersebut, aku bagitau Emak dan Bapak. Aku tahu diorang ada akaun fesbuk, sebab aku pernah cari nama mereka. Emak dah pun add aku beberapa bulan lepas. Bapak, tak add aku pun. Aku pun tak add dia.

Tapi lepas aku bagitau mereka tentang pertandingan tersebut, Bapak pun add aku.

Bila aku approve, aku pun tengok lah senarai kawan yang dia ada. Ada 73. Not bad. Sebab dia ada dua akaun. Aku pun tak tahu kenapa ada dua. Lantaklah.

Lepas tu, aku tengok senarai 'friends in common'. Ada 12. Aku klik untuk tengok siapa lagi yang dah kawan dengan Bapak.

Adik, Emak, sepupu aku, sepupu aku lagi, sepupu aku lagi. Hmm. Eh, ini bukan sepupu ni.

Tau siapa?

Bapak dah friend dengan Kekasih dulu sebelum friend dengan aku.

Jeng jeng jeng!



Jadi sekarang aku tengah fikir, siapa add siapa. Korang rasa macam mana?

Saturday, July 24, 2010

Pertandingan Fotografi

Setelah fikir masak masak, dan setelah didesak rakan taulan, akhirnya, aku rasa aku patut meraih undi.

Ya, seperti yang dinyatakan pada tajuk entri ini. Aku telah menyertai satu pertandingan fotografi dekat fesbuk. Dan trend sekarang ialah menang ikut undi, pertandingan ni pun mengamalkan konsep yang sama. Pemenang ditentukan oleh undi pengguna fesbuk.

Alaa, macam kebanyakan pertandingan lain la. Bezanya, sebelum ni aku tak masuk. Kali ni, aku masuk. Haha.

Ok lah. Cakap banyak pun tak guna. Pertandingan tu kat link di bawah ini;

http://www.facebook.com/WeLoveColours#!/WeLoveColours?v=info

Link bawah ni pulak adalah dua gambar taruhan utama aku. Yang lain, sekadar saja saja saja. Aku pun tak tau kenapa aku hantar banyak sangat gambar haha.

http://www.facebook.com/WeLoveColours#!/photo.php?pid=4634494&id=265365083962&fbid=407541348962

http://www.facebook.com/WeLoveColours#!/photo.php?pid=4634497&id=265365083962

Kedua dua gambar diambil menggunakan kamera dijital Canon SX200i aku. Konon konon kalau menang, boleh guna duit tu nak beli DSLR ke GF-1 ke. Haha.

Jadi, tujuan utama entri ni ditulis ialah untuk minta tolong korang undi lah gambar gambar aku tu. Haha. Agak segan jugak la nak minta orang undi undi ni. Macam mana lah orang yang masuk realiti tivi tu rasa eyh?

Tapi, peduli apa. Nak menang punya pasal, malu segan tolak tepi. Haha.

Oh ya, cara nak undi. Mula mula, korang kena like dulu page 'We Love Colours' tu. Kemudian baru vote gambar yang berkenan di hati dengan meng'like' pada gambar gambar tersebut.

Erm, part ni sepatutnya aku cakap "undilah gambar saya!" kan? So, undilah. Hehe.

Ok lah. Segala jasa baik dari pihak tuan puan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Undi la aku wei! Haha.



notakaki: Ini bukan gambar polaroid tapi gambar poladroid. Guna software untuk ubah gambar biasa jadi efek macam polaroid. Maklumat lanjut tengok kat Ask Sancora.

notatapakkaki: Aku nak aplod gambar ori kat sini sebenarnya tapi internet apa dajal entah nak dengki dengan aku masa masa macam ni. Nak marah pun, rasa macam bodoh lak nak marah kat benda takde otak. Ish. Nanti esok esok kita cuba ye.

Monday, July 19, 2010

Bukit

Berhenti rehat di pertengahan pendakian. Dia berdiri di tebing batu memandang dunia di bawah.

Aku perhati dari jauh.

Dia toleh padaku. Panggil suruh aku mampir.

Dia kata, lihat. Bila kita di atas, kita sememangnya akan nampak mereka yang di bawah itu kecil.

Mereka yang di bawah pun nampak kita kecil di atas. Kan? Aku tanya.

Walau di mana kedudukan kita, jangan sekali kali memperkecilkan orang lain. Kita tidak pasti saiz sebenar mereka, sehingga kita benar benar dekat dengan mereka. Dia jawap dengan mata masih memandang panorama alam.



notakaki: Jap, bagi aku habiskan entri entri dalam draf aku ni dulu. Nanti kita sambung CDR yang lama ya. Aku sibuk sikit awal awal sem ni.

notanota: Aku rasa ramai yang berblog suka bergambar. Jadi aku mahu cadangkan kat kalian, pertandingan ini.

Thursday, July 15, 2010

Harapan


Kita sering mengharap. Mengharap pada sesuatu yang tidak pasti.

Kadang kadang apa yang kita harapkan sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar lakonan. Lakonan penyedap hati. Sedangkan kita sudah boleh jangkakan. Bukan apa yang kita harapkan bakal menanti di penghujung kisah.

Jangkaan dan harapan.

Walau setipis mana harapan yang ada. Sinar pagi mentari sentiasa kita iringi dengan harapan, sesuatu yang baik akan berlaku. Sesuatu yang lebih baik.



notakaki: Entri ni, haram aku tak tau apa angin yang datang. Dah genap sebulan dia duduk dalam draf. Mungkin percubaan menjadi emo konon konon haha. Atau mungkin cuba bersajak dari gambar.

notakakilagi: Oh ya, gambar sunrise pada 23 Mei diambil dari Hotel Legend Kuala Lumpur. Sehari lepas hari lahir Emak.

notaapalagi: Tak sampai seminggu lagi buka sem. Tiap hari aku dok teringat kat Emak. Rasa rindu satu macam pulak. Dah final year kot. Takkan final year baru nak rasa homesick haha.

Tuesday, July 13, 2010

Eksperimen

Maaflah buat kawan kawan semua kalau tertanya tanya semenjak dua menjak ini. Aku rasa nak sorok sorok pun takde guna. Baik aku bagitau terus. Kan?

Baiklah. Here we go.

Pertama sekali. Aku belum berkahwin.

Kedua. Aku rasa ramai dah boleh agak. Ya. Cerita cerita tersebut dongengan belaka.

Aku bukan mengangankan atau mengimpikan situasi situasi tersebut. Aku cuma nak tulis sesuatu yang menarik untuk kalian baca. Aku cuba imajinkan cerita cerita tersebut dari pengalaman aku dan cerita dari pengalaman orang.

Let's just say, I'm experimenting right now. Boleh?

Apa pun. Aku nak tau pendapat korang. Menarik ke tak ke? Patut aku teruskan penulisan begitu atau aku patut tulis seperti dulu? Yang mana paling patut? Hehe.

Jawapan dari kalian diperlukan sebelum aku sambung menulis hehe.

Monday, July 12, 2010

Habis

Eh, awak perasan tak. Dia kata tiba tiba waku sarapan pagi tadi. Terhenti dari tuang susu yogurt. Dia tengok aku.

Perasan apa. Aku tanya semula.

Ada lagi satu benda habis hari ni selain dari world cup. Dia kata dan botol susu yogurt diletakkan kembali.

Apa dia. Aku tanya lagi. Malas berfikir.

Teka lah. Dia eksaited.

Malaslah. Aku hulurkan tangan minta botol susu yogurt. Dia rapatkan botol tersebut ke dirinya. Makin jauh dari gapaianku.

Teka dulu. Dia memaksa. Tapi ada senyuman manis disertakan sekali.

Alaaa. Apa? Mana tau. Dah lah tengah ngantuk lagi ni.

Dia mendengus dan menghulurkan botol tadi.

Hari nii. 29 Rejaab. Esook. Dah masuk Syaabaan. Dia kata sambil memerhati aku tuang air susu yogurt.

Aku tengok dia dengan muka terkejut.

Lah. Tak perasan pun. Lagi sebulan je kita nak jumpa Ramadhan balik. Aku kata.

Haa tula awak. Duk sibuk dengan bola tu je. Kot Malaysia yang main takpe juga. Pantas dia membidasku. Aku buat muka comel.



"O People, a great and a blessed month is approaching you" - (As-Suyuti, Ad-Durr al-Manthur)

Curi

Finally, habis pun. Kata dia ketika sarapan pagi tadi.

After a month they stole you from me. Dia sambung lagi.

Erm, sikit lagi. Post world cup effect may last around 3 to 5 days. Aku balas.

Dia muncungkan mulut.

Bukannya Itali yang menang pun. Kata dia.

Saturday, July 10, 2010

Bidadari

Ngantuklah. Aku kata waktu memandu pulang ke rumahnya.

Tidur kejaplah. Kereta diberhentikan di kawasan rehat dan rawat.

Nak berhenti berapa lama ni. Dia tanya. Baru bangkit dari tidur. Kubiarkan dia tidur sepanjang perjalanan tadi. Penat barangkali.

Dalam 10 15 minit kot. Aku balas sambil kucapai bantal kecil di kerusi belakang.

Ok. Ringkas jawapnya. Dia iringkan badan menghadapku. Mata terpejam.

Aku juga mengirinkan badan ke arahnya setelah memastikan pintu telah dikunci.

Dua tiga saat begitu. Nyanyian di pemutar cakera aku perlahankan ke angka 6 sebelum kembali ke posisi tadi.

Dalam mengantuk, aku menikmati pemandangan di depanku.

Tuhan, bagaimana lah rupa bidadari di syurga nanti. Di dunia ini pun, aku seperti sedang melihat bidadari.

Hmm? Dia buka mata.

Aku terkejut.

Tak. I cakap you kuat tidur. Aku senyum.

Dia senyum tak berniat membalas kata kata ku. Matanya kembali tertutup.

Friday, July 9, 2010

Penantian

Seperti hari hari sebelumnya. Pulang dari kerja. Bancuh air. Aku duduk depan laptop di ruang tamu.

Seperti hari hari sebelumnya. Aku tunggu kepulangannya. Sesekali kulihat pintu. Mengharap kau akan muncul dari situ.

Seperti hari hari sebelumnya. Kau tidak juga muncul. 2 minggu mungkin tidak selama 2 bulan. Tapi tanpamu di sisi, 2 minggu kurasa bagaikan 2 tahun.

Seperti hari hari sebelumnya. Aku habiskan minuman. Menoleh sekali lagi ke pintu. Dan seperti yang dah dijangkakan, aku melepaskan keluhan.

Pasrah.

Entah berapa lama lagi harus kutunggu habis rajukmu. Aku berjalan kembali ke dapur.

Assalamu'alaikum. Suara lembut yang tak perlu kuteka empunyanya kedengaran dari pintu itu.

Hakikatnya, hari ini bukanlah seperti hari hari sebelum ini.

Benar telahanku. Kita tak mampu berterusan begini. Kau perlukanku sepertimana kuperlukanmu.

Terima kasih tuhan. Kau lah punca manusia tidak putus asa dengan kehidupan.

Artis

Di meja makan. Aku tenung dia. Lama.

Dia berhenti kunyah makanan. Senyum simpul dan membalas pandanganku.

Tuhan pastinya seorang artis. Aku kata padanya.

Let's eat first. Dia balas. Masih dengan senyuman.

Thursday, July 8, 2010

Kadangkala

Kadangkala, wake-up call datang dengan keadaan yang sangat memalukan dan menyakitkan. Kau mungkin malu. Kau mungkin sakit.

Pun begitu, kau juga yang menentukan, adakah kau akan wake up.



Andai kita mampu bangkit tanpa perlukan panggilan tersebut, mengapa harus ditunggu panggilan itu.

Friday, July 2, 2010

Katakan Tak Nak!



Kenapa saya suka video ini. Saya suka video ini kenapa. Suka saya ini video kenapa. Kenapa video ini saya suka. Suka video ini kenapa saya.

Saya suka.



notajanjipalsu: Aku berharap. Harap sangat. Aku dapat menulis lebih panjang perihal benda benda yang lebih memberi manfaat.

notakaki: Saya suka! ;p

Tuesday, June 29, 2010

Mis Tres Hermanes

Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, rumet aku tampal gambar Lisa Estrada dekat loker dia.

Aku rasa waktu tu, Lisa Estrada adalah aweq paling hot atas dunia.

Waktu tu.



Tadi, ada orang add aku di fesbuk.

Nama yang dipaparkan di profil dia ialah Lisa Estrada!

Gila kentang! Lisa Estrada add aku di fesbuk!!!

Aku pun ketik di namanya untuk lihat dengan lebih lanjut.

Aikk, apasal info dia tulis kot melayu.

Aku terkejut sebab aku terkejut. Nampak sangat mengharap Lisa betul. Haha. Tahu apa yang keluar bila aku ketik di bahagian gambar?

Nah.


Meyakinkan bukan?

Monday, June 28, 2010

Demam

"Kau gunting rambut ye?" aku tanya kawan aku yang baru sampai dari Pulau Pinang.

"A'ah. Macam Torres tak?" dia jawap dan tanya semula.



-_-"
Sejak Itali kalah tempohari, aku jadi penyabar sedikit.
Kalau tidak mungkin aku dah hadiahkan sepasang penyepak kerana soalan sebegitu.

Friday, June 25, 2010

Jangan Nak Ngada Ngada Minta Aku Apdet Pasal Piala Dunia

Ada kawan SMS,
Apa prob faced by 1st yr math students. Reply asap. Utk prsntation mak aku

Aku reply,
Masalahnya Itali tengah kalah sekarang ni



Dan perlawanan semalam berakhir dengan kekalahan. Kekecewaan. Kemaluan.

Mungkin aku sepatutnya reply SMS dia dengan lebih elok.

Thursday, June 24, 2010

Disebaliknya Ada Rahmat Tuhan. Pasti.

Aku baru dapat tahu yang kekasih dongenganku, err maaf, bekas kekasih dongenganku dahulu kemalangan.

Padanlah semalam Tuhan tiba tiba gerakkan hati aku untuk tiba tiba berfikir idea untuk menyambung siri chenta pemblog tersebut. Justeru pagi ini aku buka blog dia dan kemudian membuat lawatan bersahaja ke blog Along hanya untuk membaca entri ini.

Jenn eksiden di Medan, Sumatera semasa dalam perjalanan ke hospital di mana dia sedang buat klinikal. Dilanggar oleh pemandu yang mabuk. Kemudian, hampir dipukul oleh kawan pemabuk tersebut.

Mengikut Along lagi,
As a result from the accident, Jenn fractured her left hand and faced a compression fracture of L1 vertebrae (backbone). In simple terms, she can't move, can't sit and can't stand; for any slight of movement would cause severity to her backbone :(

Semoga cepat sembuh Jenny. Moga kau kuat menghadapi semua ini. Kami semua mendoakan yang terbaik untuk mu.

Monday, June 21, 2010

Menulis

Walaupun dalam dunia ai-tee sekarang orang dah tak tulis tapi taip. Tapi kita tetap panggil tulis entri.

Dua tiga menjak kebelakangan ini, beberapa pemblog menyatakan kegusaran mereka mengenai blog mereka. Mengenang kembali tulisan tulisan mereka. Bagaimana blog mereka dahulu dan sekarang. Ada yang mengambil inisiatif untuk tukar penampilan blog, ada yang tukar gaya menulis.

Jujur aku cakap, aku tak tau kenapa aku tukar layout CDR ni. Bukan aku suka pun layout baru ni. Aku malas nak tukar balik je. Tengoklah macam mana minggu depan kalau free, kita godek balik layout ni.

Kembali kepada tajuk.

Aku pautkan dua entri dari dua pemblog. Entri Dammit dan ainunl.

Aku tak reti nak susun ayat elok elok. Tapi apa yang aku nak cakap lebih kurang ialah, kita terpaksa berubah.

Kalau rujuk kat entri Dammit tu, dia ada cakap yang kadang kadang dia rasa nak tulis benda benda yang deep dan personal. Kalau dulu, dia akan tulis je. (Nota sampingan: Aku baca tulisan dia dari zaman friendster lagi.) Dia tak kisah sangat deep ke dark ke. Tak ambil kisah sangat dengan pendapat pembaca.

Tapi bila dah lama sedikit. Kita akan terpengaruh dengan pembaca kita. Aku tak cakap pasal Dammit je. Aku rujuk kat diri sendiri juga. Macam Dammit cakap, bila dia tulis benda benda deep, respon dari pembaca macam agak weird. Kesudahannya, dia memilih untuk simpan untuk diri sendiri je.

Macam yang aku pernah alami, pembaca CDR seakan menganggap yang tulisan MM mesti kelakar. Jadi, bila aku tulis secara tak kelakar, ada yang akan kecewa. Aku pernah dapat SMS dari seorang kawan yang baca CDR kata, "Tak kelakar la entri baru kau ni,"

Lama lama kemudian, aku jadi berfikir apa yang kelakar sahaja untuk aku pos. Aku dah tak berapa ikhlas menulis. Buktinya pada jumlah entri bulanan untuk tahun ini. Aku maintain 9 entri sebulan selama 5 bulan.

Kenyataan biasa dari kebanyakan ialah "Sukati aku lah blog aku," atau ditambah dengan "Ada aku kisah,". Tetapi hakikatnya, ia melihat kepada tujuan kau menulis juga. Kau menulis untuk diri sendiri atau menulis untuk orang baca.

Aku? Aku sendiri tak tahu. Tapi aku sangat berharap aku dapat berkongsi ilmu dengan menulis.



Aku rasa maksudnya aku menulis untuk orang baca lah kan.

Entahlah. Aku rasa aku pun tak faham apa aku tulis. Takpe. Petang karang aku cek balik apa aku tulis ni sebenarnya.

Sunday, June 20, 2010

Cuti

Ada dua benda je yang biasanya akan terlintas dalam kepala bila pergi rumah orang kahwin. Melaram, makan free.

Tang melaram tu biasanya perempuan la. Aku agak tertanya tanya. Kenapa bila pergi kenduri orang kahwin, diorang melaram lebih sikit dari biasa. Walhal, kendurinya duduk bawah kanopi waktu tengahari.

Panas kot.

Tak apalah. Sukahati diorang lah. Mesti ada sebab diorang pakai macam tu kan.

Yang kedua makan percuma. Siapa tak suka benda free. Orang yang paling suka kalau dijemput ke kenduri kahwin ialah student yang tengah sengkek. Kan?

Lagi best kalau yang menjemput kenduri tu orang yang boleh tahan kaya juga. Makan besar lah jawabnya.

Semalam, aku pergi kenduri kahwin. Orang yang menjemputnya boleh tahan berada juga lah. Dan yang paling terbaik, ada kambing golek!
Aku dan Adik pun melantaklah kambing ni. Mula mula macam biasa lah makan. Lepas habis makan, Adik pergi ambil cendol. Aku pun turut bangun. Tapi aku pergi ambil kambing lagi sekali.

Bila duduk balik kat meja, Adik buat muka terkejut tengok aku. Aku senyum manis.

Lepas aku habiskan pinggan kedua, aku senyum puas. Tiba tiba Adik bangun. Aku mengikut dengan pandangan je.

Sekembalinya Adik ke meja dengan sepinggan lagi kambing. Aku tanya,

"Ey, bukan ko tengah diet ke?"

Dia tengok aku, kemudian tengok depan buat gaya berfikir dan jawab.

"Hari ni hari Sabtu. Cuti,"

Friday, June 18, 2010

Kejohanan Futsal Antara Jabatan

Ini perlawanan ketiga pasukan Jabatan Matematik. Perlawanan pertama menentang Pejabat Dekan, kalah 0-4. Perlawanan kedua juga melihatkan Jabatan Matematik tumpas 1-4 kepada Jabatan Fizik.

Daripada 5 pemain matematik yang hadir, cuma dua orang pernah menyepak bola dalam tempoh dua tahun lepas. Aku, dan seorang lagi pelajar ijazah lanjutan. Staf lagi 3 orang, semua sepak stret, bola ke kanan. Sepak ke kanan, tak kena. Belasah sahaja lah.

Perlawanan ketiga ini berhadapan dengan Jabatan Biologi. Separuh masa pertama. Kami sedang diserang. Keempat empat kami bertahan. Sudah perit mungkin asyik kena belasah sahaja. Jadi, kami main macam Switzerland. Berkampung.

Bola di kaki penyerang mereka. Dia berhadapan dengan aku, satu sama satu. Dia ke kiri. Aku ikut ke kanan. Dia tolak bola. Lepas. Aku kejar. Dia dapat bola, dan cuba membuat hantaran ke tengah gelanggang. Aku hulur kaki.

Dapat.

Aku tolak bola laju laju ke depan. Kaki kiri ku yang sakit kugagahkan juga. Aku gelecek lepas satu pemain. Terus mara ke depan.

Lagi satu pemain lawan, aku tengok ke kiri. Seorang staf sedang berlari berniat membantu aku. Aku tahu dia sepak tak berapa nak kena. Aku gunakan dia. Memperdayakan pemain lawan, konon konon mahu passing, tapi aku tarik semula dan terus melepasi dia.

Aku terus mara menghampiri pintu gol lawan. Satu lawan satu dengan kiper. Aku aach nak sepak sekali. Kiper serbu. Aku nampak ruang kalau aku elak ke kanan.

Tapi aku tolak bola ke kiri, ke tengah gelanggang. Staf tadi datang dan menampan bola masuk ke gawang gol.

Aku tersenyum.

Staf tadi datang kat aku menggenggam buku lima tanda gembira.

"Lawa MM. Apasal kau tak skor je terus?"

Aku jawap "Kita main secara berpasukan, bukan individu,"













Esoknya ada iklan kat TV tiru ayat aku.

Celaka betul.

Bukan nak minta izin aku. Aku tak minta duit pun kalau bagitau. Paling koman pun SMS laa.

Aku teguk air suam sambil mengenang keputusan perlawanan semalam.

Monday, June 14, 2010

Hari Bapa

Sempena hari bapa, aku letakkan lagu feveret Bapak.

Aku tak tau kenapa aku pun suka dengar lagu ni. Mungkin dah selalu dengar waktu dulu. Jadi, ia selesa di telingaku.

http://www.youtube.com/watch?v=Gq4ychrRkQA


Selamat hari bapa buat semua bapa bapa dan bakal bakal bapa.



notakaki: Aku gigih stay kat ofis time lunch sebab nak cari video ni. Ok sekarang, mari kita pergi makan.

notatapakkaki: Tiba tiba aku tiada mood untuk apdet laju laju. Sangat 'aku' kan? Haha.

Friday, June 11, 2010

Macam Mana Sukan Malaysia Nak Maju

"Kau jadi tak nak pergi KLAB esok?" tanya kawanku.

"Tak sempat kot. Aku nak balik Melaka esok," jawapku.

"Tengok SUKMA ke?" dia tanya lagi.

"SUKMA? Bila SUKMA start?" aku tanya tanpa rasa bersalah dalam keadaan terkejut.

"Melayu mudah lupa," kawanku tak menjawab soalan bila sampai giliran aku bertanya.



notakaki: Info lain mengenai KLAB 2010.

Tuesday, June 8, 2010

Petik Sampai Pening











Tarikh asal entri bergambar ini ialah 15 Mac 2010.

Aku berazam untuk membuat lambakan entri mulai bulan ini. Bulan enam. Jun. Yunyu.

Sasaran akhir bulan ialah 20 entri. Huzai, aku cabar kau. Haha.













Fikir fikir balik. Macam banyak sangat pula 20 entri. Tukar. 15 entri. Huzai, cabaran ditarik balik. Haha.

Saturday, June 5, 2010

Untukmu Emak

Aku berhajat nak pos entri ni 2 Jun tempohari. Tapi, disebabkan kesibukan yang dibuat buat, maka aku tak sempat nak pos.

2 Jun tempohari adalah hari secara rasminya YUI melancarkan sebuah lagi 'satu'. Err, single.

Lagu bertajuk 'To Mother' ini dikatakan bersempena dengan Hari Ibu bulan lepas. Agak janggal ia dilancarkan hanya 2 minggu kemudian. Seperti lagu raya dilancarkan 2 minggu selepas 1 Syawal. Okwed bukan?

Apapun terimalah translasi dari lagu Exist, Oh Ibu yang dinyanyikan semula oleh YUI, to mother.

Pergh, rasa macam intro nak buat konsert pulak haha

Nah nah

http://www.youtube.com/watch?v=6TGlq1lcy1U


Oleh sebab aku rasa video ni gambarnya macam kabur. Aku letak yang macam lawa sikit. Tapi yang ni tak tau lah tahan berapa lama sebelum Sony tarik balik dari youtube.

http://www.youtube.com/watch?v=i9jULd99NrA


Walaupun aku tak berapa masuk sangat nak fahamkan lirik lagu ni tapi rangkap terakhir dia menarik minat aku.

"nee.. shiawase yo, tabun atashi anata ga itan dakara"

Hey, I'm happy. Probably because I have you with me.

Selamat Hari Ibu.

Monday, May 31, 2010

Macam Pernah Dengar Perkataan Boikot Ni

Boikot? Lupa sudah? Biasa lah. Melayu mudah lupa. Sudah kena baru nak mengaduh. Baru nak boikot boikot semula.

Semalam, kawan tempat kerja aku tanya, "MM, macam mana ni. Hari ni diorang kata tak boleh buka fesbuk. Kena boikot. Kita kena ikut ke?"

Aku tak jawap soalan dia. Aku cuma kata, kalau setakat boikot sehari dua je buat apa. Tiada efek.

Setakat rugi beberapa juta. Habis tu esok lusa dan tulat, kamu ingat dia dapat untung berapa billion?

Ingat tak pesan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam? Amalan terbaik. Yang berterusan.

Hari ini, aku boleh berbangga dengan diri aku sendiri dengan pencapaian aku yang satu ini. Semenjak kempen boikot tahun lepas, aku boleh dikatakan telah dengan jayanya menjalankan bahagian aku yang aku mampu selain dari berdo'a.

Eh kejap. Ada siapa siapa pembaca blog ini yang berdo'a untuk umat Palestin seminggu atau sebulan sekali selepas dari bulan ke-6 kempen tersebut?

Ini senarai barang barang yang aku nak boikot dari entri lepas.

1- Coke
2- Starbucks
3- Nescafe n Milo
4- Nokia
5- Mc' Donalds
6- Aiskrim Nestle
7- Carrefour

Nombor 1, 2, 4, 6 memang aku boikot sungguh sungguh. Tak beli langsung. Walaupun sekarang aku pakai Nokia, tapi ini fon warisan dari Emak 2 tahun lepas punya. So, aku tak beli lagi la.

Manakala untuk nombor 5 semenjak Disember 2008, sehingga hari ini, baru 3 kali aku pergi. Ramadhan lepas, Emak ajak bersahur di Mc D pun aku tak nak. Kesudahannya, waktu aku dah balik ke kampung teman arwah nenek, Emak pergi bersahur di Mc D bersama Mawar Merah.

Nombor 7 pula, ada la dalam 8, 9 kali juga aku pergi Carrefour sepanjang kempen boikot ni. Dan nombor 3, Nescafe dan Milo memang agak susah untuk diboikot. Lebih lebih lagi waktu peperiksaan berlangsung, semestinya aku akan cari Nescafe Energo sebagai bekalan stadi las minit.

Apa pun, aku dah cuba.

Dan aku percaya, kalian juga telah mencuba.

Aku bukan boikot semua barangan Amerika. Aku boikot barangan yang dikhabarkan menyalurkan wang kepada Israel laknatullah. Walaupun tiada sumber yang jelas mengenai kesahihan penyaluran wang atau dana dari syarikat syarikat tersebut, tapi sekurang kurangnya dengan memboikot, aku rasa sedikit tenang. Sebab sekurang kurang kurang kurang nya, aku buat sesuatu yang sedikit lebih dari do'a dan derma.
There's a huge difference between thinking about something and actually doing it.
Try to choose appropriately.
.
Kredit gambar untuk neem.


[apdet]
Tadi adalah kali pertama aku baca pasal ini. Siriyesli sebelum ni aku tak pernah jumpa atau baca. Jemput baca kalau ada masa. Starbucks, McD, Nokia, Disney, Nestle, Coke.

Thursday, May 27, 2010

Bilik Berlagak

Petang tersebut aku berada di showroom Honda. Bukan nak beli, nak tengok tengok sahaja.

Eh, silap. Nak. Tapi belum mampu.

Jadi, aku tengok tengok. Pegang pegang, usik usik. Jurujual hampiri aku, tanya mahu pandu cuba. Aku jawab boleh juga.

Belum sempat nak prosid, tiba tiba seperti ada keriuhan kat luar. Showroom ni letaknya dekat dengan satu sekolah menengah. Waktu ni pula, waktu budak budak baru balik. Pukul 2 lebih.

Kami jengah ke luar tengok. Ada dua geng seperti mahu bergaduh.

Lantas, dengan pantas, jurujual tadi lari ke meja berdekatan, buka laci, tutup. Raba poket. Keluarkan kunci kereta, lari keluar.

Dia kata kepada kumpulan budak sekolah tersebut.

"Kejap, kejap. Abang alih kereta ni dulu,"



notakaki: Set sosial terdekat memang sedia maklum akan kegilaan dan kekaguman aku terhadap Honda Civic. Memang menghornikan.

Wednesday, May 26, 2010

Kehadapan Para Pembaca Sekalian

Hari ini MM malas menulis. Bukan takde idea. Tapi malas.

Aku rasa takyah cakap pun semua dah tau betapa pemalasnya aku ni. 9 entri je sebulan untuk 4 bulan berturut turut. Dan mungkin masuk 5 bulan. Hish.

Baiklah. Hari ini aku nak kongsikan satu pautan terbaik punya. Nah klik sini.

Aku tak tau kenapa aku rasa nak kongsi cerita tu. Mungkin sebab aku rasa, bila kita makin besar ni, macam makin besar kepala dengan Tuhan.

Macam tak takut sama neraka Tuhan. Macam tak kisah dengan syurga Tuhan. Macam hidup ini semata mata untuk hidup di dunia ini je. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan cinta, sibuk dengan hiburan.

Berapa kali sangat dalam sehari kita fikir pasal syurga dan neraka. Silap. Berapa kali sangat dalam sehari aku fikir pasal syurga neraka.

Tapi, itu lah. Mengeluh saja tak guna juga kan. Hehe. Jadi, ayuh kita berusaha merapatkan diri merapatkan diri dengan Tuhan.



notakaki: Dalam malas malas aku menulis, boleh tahan juga aku taip bila dah start. Haha.

Monday, May 24, 2010

Pengalaman MM Memandu Ke Tempat Kerja

Waktu arwah nenek koma di hospital, Emak jaga dia. Jadi Emak tak pakai kereta. Oleh yang demikian, aku boleh guna kereta beliau untuk ke tempat kerja.

Selama ini aku cuma dengar dari cakap cakap orang sahaja, jam di KL sangat teruk. Jadi, hari pertama memandu ni aku nak lihat sendiri lah bagaimana teruknya jam tu. Betul ke sebuku roti pun tak cukup. Takpe kita tunggu.

Pagi, aku tak nak ambil risiko panch kad merah. Jadi aku bertolak 650. Jalan clear. Lancar je perjalanan sampai 730. Lepak lepak dalam kereta kejap dengar Richard Ray (entah macam mana eja dia aku tak tau) punya gosip. Panch kad. Pergi sarapan.

Petang, lepas panch, solat, balik.

Masuk kereta, start enjin, buka radio. Stesen pilihan aku waktu petang ialah Fly sebab best dengar dia punya Rush Hour. Cuma kadang kadang aku tukar Hitz, Traxx atau BFM untuk dengar lagu.

Keluar dari UPM, lepas tol, masuk MRR2, jalan jam biasa biasa je. Aku meneruskan pemanduan sambil mendengar radio. Kebetulan waktu tu Hitz FM time saving trafic report ka apa namanya entah tengah berkumandang. Eksaited lah aku nak dengar kan. Kot kot jalan clear sempat sampai awal nak main bola.

Aku kuatkan suara radio. Dijay tu pun bagi laporan lalulintas semasa. Dia kata,

"Traffic is heavily congested at the usual spot,"

Dah.

Bingai! Macam mana aku nak tau kat mana 'usual spot' tu, ini first time aku drive kat KL ni. Aku pun cabut radio campak luar tingkap.

Friday, May 21, 2010

Engkaulah Ratu Hatiku

Aku dari tadi dok pikir nak tulis macam mana sempena hari lahir Emak esok. Berapa kali tulis new post dah. Lepas siap satu, tekan save, tekan new post lagi.

Masuk yang ni dah kali ke-empat aku karang new post.

Aku rasa tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan aku terhadap Emak. Jadi, sampai sini sahaja entri ini.

Semoga panjang umur, murah rezeki, bertambah iman, amal dan taqwa seiring bertambahnya umurmu. Ameen.

Thursday, May 20, 2010

Fade To Black

Nenek garang. Dia selalu tengking tengking. Dia suka masak pedas pedas. Kalau dia masak, kompom aku makan sampai berpeluh. Lauk rebung, rendang kerang, sambal daging, semua nenek masak kaw kaw punya. Makan sampai pedih bontot berak. Tapi aku tak kisah pun, sekali sekala je makan masakan nenek.

Nenek garang. Dia punya mulut laser gila. Rilek rilek je dia maki hamun orang. Tapi dari kecik sampai sekarang, aku selalu dengar ayat ni diulang oleh sepupu sepapatku. "Nenek mulut je laser tapi hati baik". Dari kecik, sampai sekarang. Ayat ni selalu aku dengar.

Nenek garang. Dia pernah libas aku dengan getah paip. Dia pernah libas aku dengan sejadah. Dia pernah libas aku dengan ranting pokok. Aku tak kisah pun. Dia libas sekali je. Lepas tu aku lari la dengan sepupu sepupuku. Lepas tu tadah telinga dengar dia berleter.

Walaupun nenek garang, setiap pagi raya, waktu salam salam, airmata dia pasti bergenang. Dia peluk cium semua cucu dan cicit dia sungguh sungguh setiap kali raya. Dan airmata dia akan bergenang setiap kali raya. Macam airmata aku bergenang waktu memandu dari Serdang bila dapat panggilan Bapak bagitau nenek dah tiada.

Hari ini, genap seminggu. Lepas 18 hari koma, nenek pergi juga. Pun begitu, baunya masih segar di hidungku seolah baru tadi aku berjumpanya. Moga dia tergolong dikalangan yang dirahmati Tuhan, dijauhkan azab qubur dan azab neraka.

Ameen.

Selamat Hari Ibu, nenek.



"Every moment spent with you is a moment I treasure" - Steven Tyler


notakaki: Antara ucapan takziah dan doa buat si mati. Fikir fikirkan lah.

Wednesday, May 12, 2010

Seminggu Praktikal

Aku bersama teman teman sekampus yang berpraktikal di sekitar Kuala Lumpur berkumpul di satu restoran nasi lemak di wangsa maju untuk makan malam. Ada dalam berbelas orang gak a lepak malam tu. Kami berbual berborak tentang pengalaman masing masing.

Walhal baru seminggu je kerja.

Biasalah, baru baru ni eksaited lebih sikit.

Jadi, kami bertukar tukar cerita. Yang kerja di zoo, ada yang dibaling tahi oleh orang utan. Yang di makmal, ada yang jakun dengan benda benda baru. Yang di hospital, dengan misi misi mereka. Bukan mission. Yang di sini jumpa orang begini, yang di situ jumpa orang begitu.

Masing masing dengan cerita masing masing.

Yang aku nak cerita, ada kawan seorang ni baru sampai. Kami tengah nak habiskan nasi lemak. Dia dah makan kat rumah. Dia sampai sampai je, ambil kerusi dari meja sebelah, duduk sebelah aku, kata,

"Apa kes mak aku tiap hari balik rumah asyik cerita pasal kau je,"

Aku pun jawap,

"Habis, kau tak ingat pulak mak kau tiap pagi jumpa aku cerita pasal kau,"

Kami pun gelak.



Pengajaran dari cerita ini, jangan kerja tempat yang mak kawan kau jadi KJ. Melainkan kawan kau tu cun, dan kau ada hati dekat dia. Sekian.



notakaki: Oh, aku punya praktikal dah masuk minggu ke empat. Ini entri aku dah lama taip.

Thursday, May 6, 2010

Entri Ini Bukan Sebab Dammit

Lagi satu sebab untuk kita membenci surat khabar tempatan. Baca ini. Dabel-yu-ti-eff? Bengang punya pasal, dia gi kutuknya kawan tu. Nampak sangat tak baca blog aku.

Kalau dia baca blog aku mesti dia tak komen pelik pelik sebab 2 tahun lepas, tahun 2008, aku ada cerita pasal KokoKaina. Dari dulu sampai sekarang, kalau sebut KokoKaina, mesti semua ternganga. Koko-what? Dulu ternganga sebab dia belum glamer. Sekarang ternganga sebab dia dah tukar nama jadi Zee Avi. Anda boleh rujuk akaun YouTube dia.

Aku nak cakap banyak pun, aku ada dekat ofis ni. Jadi korang pergi baca Sue Anna tulis.



Oh, bai de wei, tulisan aku 2 tahun lepas macam gampang. Bajet emo tapi macam tayik.

Well, macam lah sekarang tak macam tayik. Erm, mungkin sekarang macam tahi. Lebih skema.

Tuesday, May 4, 2010

Twister

Ini kucing nama Twister. Gemuk, pemalas, dan macam bodoh sebab selalu kena buli. Tapi, nasib baik dia comel. Kalau tak mungkin ada yang campak dia dari tingkat 4 kot.










Gambar ada yang kurang tajam. Mungkin sebab aku tak guna flash.

Aku tengah baring baring sedap macam nak tidur tiba tiba Twister masuk baring kat atas lantai. Dah lama dia tak masuk bilik aku. Dekat sebulan kot. Sebelum ni selalu dia memang suka tidur atas katil aku. Aku tak tau apa yang dia suka kat katil aku.

Kadang kadang aku tengah tidur pun dia naik tidur sama kat celah ketiak aku. Tapi beberapa minggu lepas, dia macam tiba tiba selalu menghilangkan diri. Dan sudah pandai main kejar kejar dengan kucing betina.

Mungkin dia sudah aqil baligh.

Apa pun, malam itu dia masuk bilik aku. Aku terkejut campur terharu. Seperti, "Hei, dah lama kau tak masuk sini kan. Rindu sama kau,". Tipu je. Takde la rindu sangat sebab tiap hari pun jumpa je kat luar bilik.

So, mula mula dia baring atas lantai je. Jadi aku sandarkan dagu di birai katil. Jenguk dia. Kemudian aku usap usap kepala dia. Kata dalam hati, nanti cuti tiga bulan nanti, dah tak jumpa lah kau kan Twister.

Dia mengiau seakan mengerti. Tiba tiba dia bangun. Naik atas kerusi. Naik atas meja. Lompat ke tepi tingkap. Lantas aku capai kamera, pesan kat dia,

"Hah, duk diam diam kat situ Twister,"

Dan Twister buat tepat seperti yang aku suruh. Duduk situ diam diam untuk beberapa minit. Sambil sekali sekala tukar aksi. Mungkin dia nak bagi peluang kat aku. Mungkin.

Tapi satu benda yang harus aku akui. Twister memang ada bakat jadi model.



tarikh entri ditulis: April 2. Hari ini, May the 4th. May the forth be with you. Haha.

notakaki: Aku apdet ni sebab Dammit paksa. Kalau tak mungkin tiada apdet lagi. Bagi aku masa dalam 3, 4 hari lagi. Kalau semua stabil, aku kembali aktif. Aktif tak aktif, 3 pos seminggu ok la kot.

Monday, April 26, 2010

Gua Tengah Pikir

Macam mana nak apdet blog dari tempat kerja tanpa orang lain tengok.

Maklumlah, kerja aku dari pukul 8 sampai 5 ialah menghadap komputer. Jadi aku rasa, ini peluang baik untuk aku apdet blog banyak banyak.

Tetapi masalahnya, aku tak boleh menulis kalau ada orang tengok.

Ok, aku rasa ada orang tengok aku sekarang. Beredar!

Saturday, April 24, 2010

Siri KJ: Bina Masjid

Entri sebelum ni cerita pasal KJ dah. Tapi kali ini KJ di CDR pula.

Baru baru ini, aku agak keliru dengan perasaan sendiri apabila membaca berita bahawa seorang rakan blogger akan kahwin lagi. Aku keliru dengan perasaan sendiri. Terkejut. Tumpang gembira. Tak percaya. Keliru.

Semalam, solat Juma'at dekat masjid MARDI. Aku tak tau apa nama masjid tu, tapi kawan aku cakap masjid MARDI. Tak berapa dengar sangat khutbah dia, sebab sibuk duk layan panas. Berpeluh juga lah walaupun cuma duduk je dengar khutbah.

Dekat dekat nak penghujung khutbah baru aku dengar dia punya kesimpulan. Dia cuba kaitkan, perkahwinan yang kita panggil membina masjid, dengan membina masjid secara realiti.

Secara kesimpulannya, dalam realiti, andaikata sebuah masjid itu terbina, maka banyaklah perkara perkara baik yang dapat kita susuli selepas itu. Seperti, solat jema'ah, majlis ilmu, gotong royong, dan banyak lagi. Macam macam benda benda baik dapat diterbitkan dan diteruskan.

Begitu juga dengan perkahwinan. Sebaik terdirinya 'masjid' tersebut, maka kita dapat melakukan lebih banyak benda baik. Kalau dulu benda yang baik dibuat secara berseorangan. Tetapi setelah terbinanya masjid tersebut, perkara perkara yang baik dapat dilakukan secara bersama sama.

Semakin banyak perkara yang baik dapat dilakukan setelah terbinanya 'masjid' seperti si suami mencari nafkah untuk keluarga, si isteri dapat berkhidmat untuk keluarga, dapat anak, anak diasuh, dididik, dikasihi.

Semakin mudah nak buat benda baik. Kan?

Wednesday, April 21, 2010

Latihan Industri

"Matematis Muda," satu suara panggil.

Aku berpaling. Angkat kening.

"Kamu?" Aku angguk.

"KJ nak jumpa kat atas,"

Aku terkejut. "Hah?"

"KJ panggil. Dia nak jumpa jap."

"KJ?"

"Ketua Jabatan la,"

"O, ok."




Mati mati aku ingat KJ 'tu' ada kat sini haha.

Oh ya, aku buat latihan industri alias praktikal kat UPM ni. Ada mana mana pemblog dekat area sini? Mungkin boleh bersemuka, bersuai kenal.

Farah
, kau dekat hospital atau dekat sini? Atau dah habis?

Saturday, April 17, 2010

Peluh

Malam tadi, kawan aku kol ajak main futsal. Jam 11 katanya. Aku setuju tanpa bahas.

Selaku manusia yang kuat makan lebih lebih lagi apabila keseorangan di rumah di musim cuti ini, aku rasa aku perlu keluarkan peluh sedikit. Petang petang tak dapat nak main bola, padang kena conquer dengan budak sekolah. Jadi, selaku kaki bola, peluang sebegini jangan ditolak.

Jam 1045 kami sampai dekat tempat futsal tersebut. Lepak di cafe bersebelahan sambil pakai kasut sambil borak.

Jam 11, team dari court yang aku tunggu tu keluar. Geng geng baju merah. Diorang duduk di meja bertentangan dengan meja kami. Aku baru siap pakai kasut sebelah kanan.

Tiba tiba member aku cakap, "Itu bukan dia tu ke?'

Aku yang tengah ikat kasut kaki kiri angkat kepala tengok meja sebelah. Scan muka muka yang ada, lantas membalas, "Siapa? Tak kenal pun,"

"Ah betul lah. Geng geng dia la ni." member aku balas sambil terus melihat geng geng baju merah tadi.

Aku selesaikan ikatan kasut dan perhatikan betul betul. Tengok punya tengok. Perhati punya perhati. Teliti punya teliti. Aku nampak sorang brader pakai baju MU. Aku berbisik dalam hati, "Macam kenal."

"Ko cam tak?" Member aku tanya lagi.

Aku tanya, "Siapa?"

"Tomok la,"



Kami pun berjalan masuk court lalu menyepak bola dengan penuh lunak sekali.