Wednesday, December 30, 2009

Rentetan Entri

yang ini.

Memang aku rasa entri ni boleh menang anugerah entri paling tahi sepanjang kewujudan CDR. Tapi lantaklah.

Kali ini, aku nak cerita pasal satu trend zaman sekarang dan perihal hukum-menghukum. Take note.

Secara tiba-tiba ramai yang suka ambil gambar. Aku bukan nak mengutuk mereka yang minat benda ini. Aku yakin minat mengambil gambar - baik gambar sendiri atau gambar lain - telah lama wujud dalam diri masing-masing. Ada yang suka mengambil gambar ada yang suka diambil gambar. Tak kisahlah.

Kebelakangan ini, semakin ramai manusia yang memiliki kamera refleks lensa tunggal dijital (DSLR). Sehingga aku merasa tidak layak untuk mengambil gambar jika di tanganku cuma ada kamera kompak dijital. Apa yang lebih menyakitkan hati, ialah jika yang berkamera sedemikian cuma sekadar bergaya dan suka-suka sahaja. Ambil gambar tanpa nafsu. Tiada passion.

Sebelum ke Qatar tempoh hari, aku telah memastikan aku bersedia dengan kamera yang seronok untuk menangkap sedikit momento sepanjang di sana. Aku mengambil keputusan untuk sekadar beli kamera bukan DSLR. Aku bertekad cuma akan memiliki kamera tersebut hanya bila aku mampu. Dalam erti kata lain, tunggu kerja dulu la.

Lagi pun kalau aku berDSLR, semestinya kurang selesa untuk menangkap gambar sambil memandu. Haha.

Oh, berbalik kepada motif asal entri ini.

Di Qatar, aku lepak dengan Markov. Dia pun ada kamera dijital. Lumix, model apa entah. Dia pun berminat dengan DSLR. Tapi bukan secara sirius la. Takde pun tak apa.

Cuma, sewaktu kami berbual. Bila dia bertanya tentang selain dari zoom dan gambar yang mantab, apa lagi kelebihan DSLR.

Aku katakan kepadanya ada satu perbezaan yang besar. Kalau kau ambil gambar di kawasan orang ramai, dengan kamera kompak dijital sahaja. Orang akan pandang remeh kat kau. Lebih teruk lagi, jika kau ambil gambar perempuan, orang akan cop kau stalker. Cuba, kalau kau pegang DSLR. Kalau perempuan nampak kau nak ambil gambar dia, dia dengan sukarelanya akan bagi pose terbaik untuk kau. Kan?

Markov angguk-angguk. Kemudian berkata,
"Aku nak angkat DSLR satu la,"

Sunday, December 27, 2009

Rentetan Entri Lepas


Aku kata kepada Markov, "Weh aku buh dalam blog tau gambar ni,"

Markov tanya, "Kau ada blog eyh?"

Aku angguk sambil kata, "A'ah,"

Dia pun buat mimik muka sambil kata, "Gila gay!"

Friday, December 25, 2009

Hujan Emas Hujan Batu









Hari Juma'at pertama aku di sana, aku dibawa berjalan oleh kawan sekolah rendah aku, erm, kita panggil dia Markov, jauh ke selatan Qatar ke satu daerah bernama Mesaieed. Tujuannya? Main benda alah ni. Aku pun tak ingat apa entah nama benda alah ni.

Bukit kat gambar pertama tu ialah bukit pertama dan terakhir aku naik. Sebab masa turun tu aku gelabah sebab brek tak makan dan 'motor' aku menggelongsor ke arah khemah-khemah putih tersebut. Aku baru bercadang nak terjun dari 'motor' tu sebelum enjinnya tiba-tiba mati. Nasib baik. Balik tu aku pusing satu round bukit tu. Haha.

Gambar terakhir pula jurugambar silap timing. Kalau tak boleh nampak aku tengah betul-betul di udara. Memang best.

Ini adalah antara tempat yang seronok aku lawat. Kenapa? Sebabnya, tak sah la datang negara Arab tak jumpa padang pasir. Kan?

Wednesday, December 23, 2009

Lagi Berita YUI Di CDR

Gambar yang akan dijadikan muka depan single terbarunya

Sedari awal bulan Oktober, sudah ada desas desus dari YUI sendiri memperkatakan perihal keadaan dia yang sedang menulis lagu baru.

Erm, sebenarnya aku pun tak berapa paham sangat, tapi kalau nak memandai, aku rasa lagu ni sebenarnya untuk pelajar-pelajar Shinken-Zemi Highschool Correspondence Course (CC). CC ni macam aktiviti ko-ku luar sekolah, tapi dapat sesuatu macam markah atau kredit atau merit. Contohnya kau join aktivit rakan muda ke apa ke lebih kurang lah kot. Aku main tibai je ni.

Lepas tu, CC ni pula ditaja oleh Benesse Corporation. Jadi lagu ni, kira akan dijadikan lagu tema la. Haha. Sukati aku je. Ok, lepas tu pelajar-pelajar yang menyertai CC ni, telah membuat surat ikrar (dipanggil Attack Pledge) dan dihantar kepada YUI. Jadi YUI telah bertekad untuk membikin satu lagu yang memberi semangat lah kiranya.

新曲がもうすぐ完成します。
タイトルは、『GLORIA』です!

Setelah berdebar-debar menunggu, akhirnya pada 14 Disember, YUI mengatakan bahawa proses penyiapan lagu sudah makin mantab dan tajuknya ialah 'GLORIA' (tulisan jopun kek ateh ni)

Gloria. Perkataan latin bagi glory? Aku main teka je. Yang aku ingat Gloria dalam cerita Madagascar je haha.

Baiklah, ini komentar YUI tentang lagu ini;

Youthful days, I think it’s really a time where people are inspired to do various kinds of things. And so, 「The way you live your life at that time, it really has the ability to change your whole life」. “Could everyone empathize with this feeling too?” I wondered (while creating this song).

Students that are preparing for exams, or even those involved in sports, those thinking “Now is the time to work hard!”, I want all of them to listen to this song!

Tudia! Listen to this song kata YUI.

Jadi untuk kawan-kawan yang nak dengar lagu ni. Kalau masih lagi valid link ni, boleh klik. Kalau tak sila tanya kepada Sheikh Maulana Tuan Haji Gugel. Ini pautannya;

Pautan Yutiub
Pautan Muat Turun

Lagi desas-desus menyatakan album baru YUI akan dilancarkan pada 20 Januari 2010. Album tersebut dikatakan akan ada 15 lagu. Dan versi DVD pula akan memuatkan video klip untuk lagu SUMMER SONG, again, It's all too much, Never say die, GLORIA dan satu lagu baru. Ini semua hanyalah rumours. Rumours apa a dalam bahasa melayu. Tapi tak kisahlah, bukan kita nak beli pun kat Malaysia ni. Entah ada jual ke tak. Huhu.

Sekian. Semua info dicilok di internet pelbagai sumber.



There's no old-yui or new-yui. YUI is YUI.

Monday, December 21, 2009

O Syit

Aku baru je dapat tahu tentang perkara ini.

Oh kecewa. Dah habis baru tau.

Sunday, December 20, 2009

Aku Terlupa Nak Tunjuk Gambar Ni

masa tulis entri memandu di Qatar hari tu.



Boleh dikatakan ini adalah antara gambar yang aku ambil dengan penuh emosional.



Sungguh.





















Tada!




notakaki: Baru lepas menonton Avatar 3D. Adalah terbaik! Aku kira ia sebagai muvi terbaik tahun ini.

Friday, December 18, 2009

Satu, Dua, Tiga

1. Buat peminat-peminat fotografi di sana, mari berikan laman ini satu lawatan.
http://photo.photojpl.com/tour/08toureiffel/08toureiffel.html

Memang pergi teknik dia. Ada banyak lagi gambar-gambar 360 di sana. Ada siapa-siapa tahu bagaimana dia buat? Hehe.

2. 'Tahniah' adalah perkataan kedua terbaik selepas 'Syabas' untuk ditujukan kepada pasukan bola sepak Sukan Sea Malaysia. Walaupun pada awalnya ramai yang tidak menjangka kemenangan ini, tapi aku percaya ramai yang mengharapkan ia. Harapan dan jangkaan, dua perkara berbeza.

3. Sempena tahun baru ini, umur aku dah meningkat ke 25 tahun (ikut tahun Hijrah). Azam baru? Melangsaikan azam-azam tahun lepas yang tak tercapai-capai lagi. Entah bila nak tercapainya. Tapi aku rasa tahun ini adalah tahun yang paling krusyial untuk aku berubah. Kalau bukan sekarang, bila? Oh ya, Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wasallam kahwin umur 25 kan?

Jangkaan, harapan, azam.




notakaki: Mungkin aku patut berazam untuk lebih sirius menulis blog. Mungkin tak. Ah peduli lah.

Tuesday, December 15, 2009

Jujur

Kita tangguh kejap cerita Hujan Emas Hujan Batu. Mari aku kongsi satu cerita dua tiga bulan lepas.

Satu hujung minggu tu, universiti aku buat festival. Lebih kurang macam hari terbuka la. Ramai la juga orang datang. Orang luar datang. Orang dalam pun datang. Meriah la sedikit sebanyak.

Untuk festival ni, aku jadi AJK. Jadi aku selalu la lepak dekat khemah AJK. Dekat khemah AJK tu ada kaunter informasi dan sebelahnya ada kedai makanan.

Satu petang tu, aku tengah lepak dekat khemah AJK, sembang ala kadar dengan pelepak-pelepak lain. Ada tiga orang je kot taim tu yang lepak. Ada lagi dua orang tengah jaga kaunter.

Tiba-tiba aku spot ada seorang aweq cun melecun kaw-kaw punya separa berlari ke arah kedai makanan sebelah khemah aku lepak. Aku lupa nak cakap, petang tu hujan rintik-rintik. Sebab tu aweq cun tu separa lari, kalau dia fulspid, mau tergolek dan dan tu jugak. Takde dah la cun dia tu. Lencun je ada.

Ok sambung. Aku pun sebagai seorang pencinta keindahan alam, segera minta kamera dijital satu lensa reflex milik kawan untuk merakamkan suasana indah tersebut. Otak aku memang cekap bab bab macam ni.

Sedang aku pusing-pusing zoom cari fokus terbaik, tiba-tiba aku dengar sayup-sayup suara lembut. "Is, pinjam payung.". Aku belek hasil tangkapan aku. Tersenyum dengan panorama yang dihasilkan, aku pandang sekali lagi kepada objek yang berlari anak tadi. Dah sampai kat kedai sebelah. "Macam ada peluang capture moment cantik" bisik hati aku. Lantas, kamera dijital satu lensa reflex kuangkat.

Sekali lagi aku dengar suara lembut.

"Is, Is,"

Lantas ku kerling kepada punca suara lunak lembut merdu.

Eh, kekasih. Lupa pula, ada seorang makhluk Tuhan yang panggil aku dengan nama Is.

Secara reflex juga, kamera tadi kuhalakan pada kekasih. Otomatik tangan mulus beliau menghalang lensa dari mendapat imej yang superb.

"Is, jangan la." kekasih buat suara tegas tapi comel. Aku pun dengan comel mengalihkan lensa ke arah lain. Sekilas aku tengok sabjek tak berapa comel tadi yang dah pun berada di kaunter mahu beli ayam goreng barangkali.

"Is, nak pinjam payung." Sekali lagi, suara comel lunak merdu itu mengejutkan aku.

"Hah? Payung? Pinjam? Mana ada payung sini." Aku tersilap skrip. Menyerlahkan kegelabahan aku takut kantoi tengok sabjek tak berapa comel.

"Tu," kekasih tunjuk payung yang bersandar di bawah meja.

Aku ambil. Bagi. Kekasih cakap terima kasih. Aku cakap sama. Dia buka payung dan berjalan perlahan di bawah rintik-rintik petang.

Lepas tu, aku terus simpan kamera pulang balik pada tuannya. Tobat taknak ambil gambar panorama hujan dah.

Friday, December 11, 2009

Hujan Emas Hujan Batu

Jawapan kepada entri lepas.

Jadi, sebaik aku duduk di dalam kapal terbang, aku mula memikirkan perkara yang aku betul-betul rindu di Malaysia. Oh semestinya selain dari tiga 'K'; Keluarga, Kawan, Kekasih. Atau kalau ikut turutan Keluarga, Kekasih, Kawan. Hehe.

Aku tertanya diri sendiri, adakah aku rindukan Malaysia? Apakah sebenarnya yang aku rindukan? Makanan? Tak sangat. Mungkin sebab di sana, Emak boleh memasak. Jadi sehari paling koman, sekali la makan nasi. Setakat nasi lemak tu, pejam sebelah mata pun Emak boleh buat. Cuaca? Sedikit sebanyak. Tapi seronok juga berada di sana sewaktu musim sejuk. Tengaharinya terik, tetapi anginnya dingin amat.

Akhirnya aku sedar, aku rindu untuk memandu di Malaysia. Aku rindukan memandu dengan kelajuan 120kms di MRR2. Aku rindu memandu di sebelah kiri jalan. Aku rindukan pemanduan dengan kadar bunyi hon yang sangat minimal.

Baiklah, mari kuceritakan pengalaman memandu di Qatar.

Pertama sekali pastinya perlu diperkenalkan konsep pemanduan di sana. Tidak seperti di Malaysia tetapi seperti di Amerika, tempat duduk pemandu letaknya di sebelah kiri dan pemanduan dilakukan di sebelah kanan jalan. Jalan di sana cantik. Tapi banyak bulatan. Roundabout. Macam kat Shah Alam. Tapi kebanyakan bulatan sekarang dalam proses penstrukturan semula menjadi simpang empat. Macam Simpang Ampat kat Melaka. Hehe.
Dan untuk pengetahuan kalian, kereta macam kat atas ni, aku jumpa 6 kali! Semua berlainan warna! Kat Malaysia nak jumpa sekali pun susah. Jadi kalian mungkin boleh mengagak lah kan, kereta di sini murah-murah. Ferrari aku jumpa sekali, Corvette 3 kali, Viper sekali. Samada kereta di sini sangat murah atau orang di sini sangat kaya.

Oh bukan, aku cuma memandu Honda Stream.

Kalau orang tanya "Macam mana drive kat sana?". Jawapan yang pasti ialah "Menyakitkan hati". Sungguh. Ada dua sebab.

Satu, seperti yang aku dah nyatakan, kereta di sana mewah-mewah dan berenjin kapasiti tinggi. Kenbanyakan jalannya pula cantik dan lurus. Masalahnya, spidlimit di sana untuk jalan bersaiz MRR2 ialah 80kms. Lebih teruk lagi, lebih kurang setiap 1-2 kilometer, ada kamera. Kalau nak dinisbahkan kepada MRR2, diorang pasang kamera kat setiap flyover kot. Mana tahan bawak kereta sedap-sedap tapi boleh bawak slow je.

Lagi satu yang menyakitkan hati ialah, sikap pemandu di sana. Secara ringkasnya, macam haram. Kalau dekat lampu merah tu, tangan diorang macam dah sedia nak tekan hon bila lampu hijau. Lepas tu perangai kedekut, tak reti nak bersabar. Aku rasa drive dekat KL kira boleh tahan mencabar dah. Tapi bila sampai sana, ternyata orang KL boleh dikira sangat bersopan-santun di jalan raya.

Lepas tu, saman diorang bukan calang-calang. Kalau kena tangkap dengan kamera pasal hadlaju, biasa je kena QR300. Oh ya, hari tu Emak tukar duit RM1000 dapat QR1100. Lebih kurang jela QR dengan RM. Ok sambung. Yang mautnya, kalau langgar lampu merah. Macam aku cakap tadi, dekat sini banyak bulatan dan banyak yang dah ditukar kepada simpang empat. Setiap simpang empat ada kamera. Every. Kalau kantoi langgar lampu merah, QR3000. Amacam? Aku sempat tengok 2 kali, kereta brek sampai tayar berasap sebab tengah laju nak sampai dekat trafik light. Sekali lampu hijau berkelip, terus kelam kabut dia brek. Siapa tak takut 3000 melayang camtu je.

Aku rasa tu je kot cerita aku memandu kat sana. Minggu pertama tu kekok banyak gak la, sebab belah kanan aku besar. Selalu sebelah kanan pintu. Hehe. Minggu kedua tu dah tak kekok dah. Cuma yang aku perasan, kalau dekat jalan 3 lane, aku masih prefer untuk memotong dari arah kanan. Tapi dekat jalan 3 lane je la. Hehe.

Oh ya, sebaik sampai Malaysia, aku terus bersiap untuk pulang ke Kuantan esoknya. Of kos la memandu. Kekok sikit la. Tak banyak. Sekali-sekala tergelak sebab tangan kanan menggagau cari gear dan tangan kiri terkial nak bagi signal tapi tolak tombol wiper. Itu jela.

Bawah ni ada sikit-sikit gambar aku ambil sambil memandu. Amaran, gambar-gambar diambil oleh jurugambar profesional dalam keadaan terkawal. Jangan tiru aksi ini di Malaysia.






Wednesday, December 9, 2009

Baru Kusedar

Aku ingat aku ada tulis dalam entri terakhir aku dari sana. Bila aku buka blog sendiri, baca balik, baru aku perasan aku lupa nak tulis satu benda.

Sebenarnya aku nak tulis dalam entri terakhir tu apa yang aku nak buat sepanjang perjalanan pulang ke tanah air (peh syahdu la pulak tulis tanah air haha) dalam kapal terbang. Selepas membazirkan masa 3 4 minit berfikir, aku buat keputusan yang waktu dalam kapal terbang adalah waktu yang paling sesuai untuk aku renung balik, apa sebenarnya yang aku betul-betul rindu di Malaysia. Atau apa sebenarnya yang aku rindukan sepanjang aku di perantauan.

Sebab sepanjang aku di sana aku sibuk buat kerja sambilan dan berjalan-jalan melihat alam. Jadi kerinduan aku tidak jelas. Aku sekadar teringat sahaja kalau di sini begini, di Malaysia pula begini. Sekadar buat perbandingan. Tidaklah aku betul-betul "Oh aku rindukan Malaysia. Kalau di Malaysia, pastinya begini dan begini."

Jadi, sepanjang aku dalam kapal terbang, aku mahu fikir benda apa yang aku betul-betul rindu dan aku betul-betul mahu buat sebaik sampai di Malaysia.

Oleh yang demikian, kita tunggu jawapannya di entri akan datang.

Friday, December 4, 2009

Selingan

Esok aku balik Malaysia. Jadi ini kali terakhir aku mengepos entri dari luar Malaysia. Wah!

Kawan-kawan sekampus sekarang sibuk memeriksa keputusan SPM mereka, eh keputusan semester lepas mereka. Aku buat dono je. Sebab semester lepas aku tak bayar yuran dan ada 2 saman aku belum bayar. Saman trafik kampus.

Satu sebab lawan arus. Satu lagi sebab parkir di kawasan larangan. Pakgad yang saman aku tu tak tau kot aku ada blog. Kalau dia tau mesti dia tak berani nak saman punya. Aku pun tak tau kenapa dia tak berani. Aku rasa je.

Dah. Esok dah nak balik Malaysia. Aku rasa canggung pula tak beli apa-apa. Aku rasa macam nak beli buah tangan untuk kawan-kawan dan ahli keluarga terdekat. Tapi aku jalan-jalan tak jumpa yang berkenan di hati. Esok dah nak balik. Tak sempat lah. Aku bawa balik gambar dan kenangan cukup lah. Kongsi dengan mereka.

Oh ya, masih ada yang bertanya aku ke negara mana. Kalau diteliti gambar plat kereta yang aku pos di sebelah rumah yang ada bendera Malaysia tu, akan kelihatan tulisan jawi berbunyi Qatar.


Oh ya, dalam entri lepas aku ada cerita yang pusat membeli-belah di sini menghadkan kemasukan hanya kepada yang berkeluarga sahaja. Ini ada sedikit gambar. Ditulis ikut tulisan rumi. Dibaca dengan bacaan yang cukup harakat.

Mereka berbual dalam bahasa Melayu. . Yang aku sempat dengar diorang cakap diorang sepupu, jadi ahli keluarga la. Yang lain aku tak dengar sangat. Lorat mereka terlampau pekat. Lorat mereka ni selalu kedengaran di KL sewaktu cuti hari raya.

Sunday, November 29, 2009

Raya Disirami Hujan Emas


Aku rasa macam tahi sahaja entri lepas.

Baiklah, mari cerita elok-elok pengalaman raya di sini. Tidak seperti raya korban orang melayu, di sini sambutannya sangat raya. Maksud aku, betul-betul seperti satu perayaan.

Pusat membeli-belah buat sale. Pokok tamar sepanjang jalan dihias dengan lampu. Sepanjang jalan juga ditanam dengan pokok bunga pelbagai warna. Merah, putih, kuning, merah jambu, ungu, biru, hijau, hitam, kelabu dan sebagainya.

Pusat tumpuan pelancong juga turut mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertunjukan pentas, pertunjukan bunga api di pantai, pertunjukan itu, pertunjukan ini. Pusat-pusat membeli-belah terkemuka pula menghadkan kemasukan hanya kepada yang berkeluarga sahaja. Yang bujang tak boleh masuk.

Nasib baik aku tengah jaga budak-budak ni. Jadi dapatlah aku merasa masuk satu shopping mall semalam.

Tapi nasib tak baik juga sebab tengah jaga budak-budak ni, aku tak dapat nak pergi tengok pertunjukan-pertunjukan di atas. Aku sekadar baca surat khabar arab je la pagi-pagi tengok gambar.

Nak ambil gambar sendiri tak dapat. Huhu.

Cuma satu benda yang aku sangat terkilan. Masjid di sini tak buat korban. Aku tanya orang tempatan kat mana ada buat qorban. Sekali dia jawab kot arab. Mana aku paham. Kalau dia jawab kot jawi tu tau lah jugak sikit-sikit.

Rilek je dia bawak macam tu kambing dia. Masa lampu hijau, menggelabah kambing tu sebab inersia. Habis gugur bulu kambing dia sikit-sikit.

Silap aku tak ikut kereta ni, tengok dia bawak pergi mana kambing ni kan?

Raya

Raya tahun ini, aku diselubungi rasa rindu.

Rindu kat keluarga aku. Keluarga aku yang sangat-sangat besar. Kawan-kawan. Aku mati kutu tak tau nak mengarut dengan siapa.

Aku rindu lembu dan aktiviti korban di Malaysia. Meriah. Sibuk. Seronok.

Rindu nak main bola. Aku rasa macam dah gemuk.

Erm, kat sini solat eid ikut sunnah, solat di kawasan terbuka. Susah nak cari masjid yang solat eid dalam masjid. Tapi di sini bolehla, banyak kawasan lapang. Kalau di Malaysia, padang jela yang lapang. Padang pula basah pagi-pagi.

Emak sibuk cuba buat panggilan ke Bapak di Malaysia. Boleh kata tiap hari Emak asyik nak kol je. Jeles aku. Malam raya pukul 9 lebih, baru Emak dapat kol Bapak. Dekat Malaysia dah dekat pukul 2 pagi dah. Bapak dah atas katil siap berselimut dah katanya. Aku sekadar dengar dari tepi je. Emak buat panggilan guna internet. Guna speaker laptop je bercakap.

Pagi esok aku bangun dalam keadaan keliru. Aku mimpi pasal kekasih. Tak payah hurai la kot. Malu.

Oh ya, semalam hari jadi seorang pemblog. Hari ini hari pertunangan seorang pemblog senior dan juga hari perkahwinan klasmet aku.

Secara jujur, aku cemburu.















Eh, tah pahape la aku rasa entri aku ni. Haha.

Thursday, November 26, 2009

Hujan Emas Hujan Batu








Fuh, susah juga nak curi masa nak apdet blog ya. Hehe.

Hari pertama aku di negara orang dihabiskan di hospital. Sebab anak kepada tuan rumah yang aku tumpang ini demam panas. Lebih 3 jam juga aku di sana. Mula-mula anaknya itu disuruh mandi supaya suhunya turun dari 40 darjah. Kemudian dia diberi 3 suntikan.

Di sini baru nak masuk musim sejuk. Musim sejuk di sini tidaklah bermaksud ada salji. Cuma suhunya lebih dingin. Jadi bila musim sejuk tiba, mereka sangat galak menanam bunga sebab kalau musim panas, kalian sedia maklumlah kan. Gambar di atas semua diambil di hospital sementara menunggu.

Gambar last tu aku bajet boleh buat gambar di kalendar tu. Ahaks.



notakaki: Jangkakan lebih banyak entri gambar. Almaklumlah..

Monday, November 23, 2009

Burtuqal!


Kalau diteliti gambar ini, kalian akan tahu kenapa aku tak apdet kerap sangat.

Saturday, November 21, 2009

Pos Dari Hati...

Selepas peperiksaan kertas Vector Analysis, pensyarah meminta kami semua tunggu sebentar sebelum keluar kerana permintaan dari seorang rakan. Terus kami tertanya-tanya "apahal pulak ni. Dah lah penat perah otak tadi."

Bila pensyarah mempersilakan pelajar tersebut, semua mengeluh dengan nada 'apa lagi dia ni'.

Jadi dia mulakan ucapan dia. Aku pun tak pasti ucapan ke pengumuman ke teka-teki sebab dia mulakan ucapan dia dengan ayat,

"Pada 28 haribulan November nanti, kita sambut raya haji."

Aku terus nyanyi intro lagu "So What-Metallica". Lepas tu dia pun mengarut apa entah, umur dia 22 tahun 2 bulan 2 minggu 2 hari kot kalau tak silap aku. Lepas tu, tiba-tiba semua buat muka terkejut yang macam baru lepas dengar berita nice giler babeng punya sweet. Mulut nganga-nganga sikit, tutup-tutup sikit dengan tangan.

Ya, kelas aku ada 40 orang pelajar dan daripada jumlah itu, bahagikan dengan lapan tolak dengan dua, anda akan dapat jumlah pelajar lelaki dalam kelas. So, pemerhatian aku banyak memberi deskripsi tentang reaksi perempuan la ye.

Berbalik kepada pengumuman kawan aku tadi. Dia mengumumkan pada tarikh berdekatan dengan raya haji, dia akan melangsungkan perkahwinannya.

Aku diam je.

Balik ke kolej, aku naik motor, aku tak pikir apa-apa.

Naik kolej, masuk bilik, campak barang-barang, duduk atas katil. Tiba-tiba mata aku ternampak satu sampul putih atas meja.

"Siapa pula bagi surat cinta kat aku ni," getus hati kecilku sebab surat tu ada bentuk hati kecil di sampulnya.

Di muka depan surat itu tertulis
'Kepada: MatematisMuda dan pasangan'

Aku buka sampul, tengok dalam ada kad jemputan kahwin.

Lagi.

WhatTheFrog!

Wednesday, November 18, 2009

Belajar Dan Bola Sepak

Apa kena-mengena belajar dan bola sepak pula?

Sebenarnya aku baru terperasan satu benda pasal bola sepak dan pembelajaran. Terutama pembelajaran di peringkat universiti. Iaitu konsistensi.

Aku terperasankan benda ni tepat 24 jam selepas Pasukan Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia buat pertama kalinya dalam sejarah peradaban dunia.

Mari aku berikan analoginya. Contoh paling mudah dan paling ketara. Untuk pasukan Negeri Sembilan muncul juara sekali gus menjulang Piala Malaysia, mereka tak boleh kalah langsung selepas dari peringkat kumpulan. Kan? Ok.

Contoh lebih global. Untuk sesebuah pasukan bola sepak itu muncul juara, dia tidak perlu memillih untuk mengalahkan pasukan mana. Semua pasukan dia wajib tumpaskan untuk menjadi numero uno. Kalau dalam liga, satu pasukan tu mungkin boleh kalah atau seri 2 3 kali tapi jika mereka konsisten menang dalam baki perlawanan liga, kemungkinan besar mereka akan muncul juara.

Tidak semestinya jika pasukan itu mengalahkan pasukan yang hebat, atau menang dalam perlawanan yang sukar, pasukan itu akan jadi juara. Yang paling penting ialah konsistensi. Tak kisahlah kalau kau kalahkan Manchester United dua kali ke, menang 1-0 dengan Manchester ke, kalau kau tak konsisten, kau takkan ke mana.

Begitu juga dengan pembelajaran di universiti ni. Kau bukan hanya kena perform waktu peperiksaan akhir semester sahaja. Kejayaan semasa peperiksaan pertengahan semester pun tidak menjamin kau akan dapat keputusan yang cemerlang. Tak kisahlah kalau kau dapat markah 90/100 dalam satu quiz yang mana purata rakan sekelas kau yang lain dapat 60/100 je, kau tetap ada keberangkalian untuk gagal. Kau cemerlang dalam quiz yang susah tak bermaksud kau akan dapat 4 rata. Kau akan dinilai sehingga penghujung semester.

Betullah, sebaik-baik amalan itu ialah yang berterusan.

Moral entri ini, Manchester United mungkin akan jadi juara lagi musim ini.



notakaki: Entri ini tak bermaksud aku akan kembali aktif dalam masa terdekat ini. Kalau 2 hari lagi aku tak apdet, kemungkinan besar lagi 2 minggu baru ada apdet baru. Sekian.

Tuesday, November 17, 2009

Hai Kawan-kawan

Nama saya Matematis Muda. Ada orang panggil saya Mat, ada orang panggil saya Uda. Orang tertentu je panggil saya Is. Saya orang Melaka. Masih belajar untuk ijazah kedoktoran dalam sosoioloji matematisma. Gejala matematik dari sudut sosioloji. Boleh tanya Huzai untuk lebih maklumat pasal matematisma. Tak, dia buat degree Chem.

Hari tu Negeri Sembilan menang Piala Malaysia.



Gila lama aku tak apdet. Haha.

Monday, October 12, 2009

Holy Frog!!!

Aku baru nak tekan butang 'sign out', tiba-tiba ada aweq duduk kat komputer depan aku. Macam kenal...

Teka aweq mana?




Aweq dalam lif!!! Positif!!! Kah kah kah!!!

Aku terfikir gak, agak-agak dia ingat lagi tak aku ni. Haha.

Dah tak pasal-pasal aku senyum-sengih sorang-sorang depan komputer ni haha

Aku Nak Apdet

Tapi aku tengah onlain kat dalam perpustakaan.














Malu la orang tengok. Hehe.



notakaki: Teka, bila kali terakhir anda sebut perkataan perpustakaan. Hehe.

Tuesday, October 6, 2009

Mari Berharap

MM akan kembali aktif berblog selepas semua huru-hara ini berakhir.

Ya?



notapenamat: Boleh rujuk entri Dammit untuk sebab-sebab aku huru-hara. Kebetulan pula sama sebabnya lebih kurang. Hehe.

Friday, September 25, 2009

Siriyesli

Macam mana nak apdet blog di musim-musim raya ni. Tak sempat kot. Kalau tak keluar beraya, orang datang rumah beraya.

Ish.



notakaki: Sedutan entri akan datang;














Kepala hotak dia, ingat drama ke ada sedutan-sedutan episod akan datang. Haha. Tajuk ada la. Pengalaman Hari Raya MM Tahun Ini.

Amacam? Ada gaya tajuk filem box ofis tak tajuk entri akan datang aku. Haha

Wednesday, September 23, 2009

Berlalu Sudah Ramadhan Dan Eidulfitri

Aku tak sempat nak kira berapa kali aku ucap Selamat Hari Raya, maaf zahir batin sejak 4 hari lepas. Tapi aku stilll nak tulis ucap lagi walaupun dah 3 hari Eidilfitri berlalu pergi.

Selamat Eidilfitri buat semua pembaca CDR. Maaf zahir batin banyak-banyak atas segala tulisan-tulisan dan dongengan-dongengan di sini. Tak boleh nak buat macam mana, dah tajuk pun dongengan realiti. Kan?



Entah kenapa aku rasa raya tahun ini sangat hambar. Persekitaran aku sahaja atau korang pun sama? Kenapa ye?

Friday, September 18, 2009

Duit Raya

Aku tengah rush ni tak sempat nak tulis elok-elok.

Semalam boss Bapak belanja buka puasa kat restoran arab. Sedap.



Teka apa kawan Bapak tanya kat aku.













"Form berapa ni?"


Awww, ada can dapat duit raya lagi aku tahun ni. Haha.



notakaki: Aku kat kampung dah sekarang. Ini entri yang telah dijadualkan. Selamat eidulfitri. Maaf zahir batin dari krew CDR. Kampung aku takde internet, Rabu depan baru ada entri baru. Itupun kalau aku rajin haha chiao.

Tuesday, September 15, 2009

Gol

atau matlamat.

Sebelum borak panjang, korang layan dulu anime ni. Bleach, boleh dikatakan anime paling aku minat setakat aku hidup ni.



Beri perhatian kepada dialog minit [1:40].

Dah tengok? Tak paham? Takpe, itu adalah bahagian terakhir episod 235, bahagian 3. Nak tengok lebih lanjut samada muat turun seluruh episod atau tengok je kat yutiub bahagian satu dan dua.

Selamat menonton. Tak paham jugak, tak dapek den nak nolong eh.

+++++

Ramadhan dah nak habis. Syawal bakal menjelma. Setakat yang aku perasan, melayu bukan kisah sangat pun Ramadhan dah lepas berapa hari. Yang diorang kisahkan, lagi berapa hari nak Syawal.

Masalah kita.

Bila penghujung Ramadhan makin memuncak, ada tiga tempat yang makin sesak. Masjid, lebuhraya, pusat membeli-belah.

Semalam, aku habiskan waktu sesudah Solat Fajar dengan menonton anime yang aku paparkan kat atas. Bukan apa, nak mengelakkan tidur lepas Subh. Hehe.

Jadi, aku tonton seorang diri. Tonton punya tonton punya tonton, bila sampai ke minit 1:40 tu aku jadi tersentak. Aku jadi terfikir sendiri.

Ramadhan dah nak habis ni. Dah dekat sebulan aku puasa. Kawan-kawan kat hostel pun puasa. Jiran sebelah rumah pun puasa. Anak makcik jual nasi kerabu pun puasa. Semua orang puasa. Pembaca CDR pun puasa. Ke tak? Kalau tak puasa jangan makan sambil baca CDR. Huhu.

Semua orang puasa. Tapi sebenarnya, kenapa kita semua puasa? Allah suruh? Allah suruh saja-saja saja atau ada gol dan matlamat yang perlu dicapai? Dah nak habis Ramadhan dah ni. Dah dekat sebulan puasa tapi tak tau matlamat.

Masing-masing ada matlamat masing-masing. Ada yang nak kurus. Ada yang nak sef duit, buka dan sahur sponsored dekat masjid. Ada yang cakap supaya kita merasa keperihan orang miskin faqir papa kedana. Ada yang cakap untuk kesihatan, rehatkan sistem penghadaman.

Macam-macam.

Tapi hakikatnya, Tuhan tak bitau ke apa matlamat kita puasa? Mari buka al-Quran surah al-Baqarah ayat 183, ayat paling femes di bulan ini.
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [2:183]
Jadi sebenarnya objektif, gol, matlamat berpuasa itu jelas. Tak perlu dikaji, tak perlu dimesyuaratkan, tak perlu dibahaskan, sudah dinyatakan dalam al-Quran iaitu supaya kita bertaqwa.

Ish, dah macam ustaz kat ikim.fm pulak aku rasa haha.

Balik kepada cerita anime semalam.

Jadi, lepas habis menonton tu, aku termenung kejap. Terkedu. Terpana. Aku rasa setakat aku puasa ni, selain dari tidur pagi bangun tengahari main bola petang terawikh malam, aku tak rasa aku rasa apa-apa. Bila fikir betul-betul, aku rasa kosong je.

Ada perasaan sikit pun setakat macam nampak ada sale dekat pusat beli-belah. Rasa kena beli banyak-banyak takut rugi. Tu je. Betul la tu, bulan Ramadhan ni pahala berlipat kali ganda. Kena la rebut peluang nak tambah pahala. Dosa dah tiap masa topup. Ni time ada sale, pahala bersepah-sepah ni memang patut la kita berebut. Kan?

Tapi, aku masih rasa rugi. Macam tak complete je quest di bulan Ramadhan ni. Macam main game banyak dapat markah bonus, tapi bila lawan dengan boss, tak lepas.

Aku rasa sebab tak set kan betul-betul matlamat bila start Ramadhan hari tu. Ayat tu kemain banyak lagi dengar. Siap baca dalam terawikh lagi. Tapi penghayatan tadak. Illek. Nil. Kosong. Baca quran berpuluh muka sehari pun sekadar baca je.

Haih, iman~ iman. Macam mana nak raya ni?

Takpe, mari kita complete kan quest Ramadhan ni. Kalau tak dapat capai matlamat seratus peratus pun, sipi-sipi pun jadilah. Yang paling utama, usaha.

Dah jom gi kutip pahala. Aku tengok banyak sangat bersepah ni. Maha Pengasih sungguh Tuhan kita ni. Alhamdulillah~.



notahati: Bacaan lanjut, boleh klik sini. Ada makna taqwa yang digambarkan oleh Umar al-Khattab. Matlamat kita. The goal!

Sunday, September 13, 2009

Hantu

Mari aku beritahu kamu satu-satunya jenis hantu yang biasanya makin banyak kemunculannya di penghujung Ramadhan.

Atau makin dekat dengan raya.



Oh bukan. Bukan hantu raya.

Tapi hantu biskut raya, atau kuih raya. Hantu ni selalu perabih kuih atau biskut raya yang ada di rumah. Taki kiralah bikut itu dibeli atau dibuat sendiri. Tak sempat nak raya lagi dah habis satu balang.

Hantu betul!

Saturday, September 12, 2009

Berita YUI di CDR



Ni trailer filem Jepun yang diadaptasi dari siri kartun Kaiji lantas diberi tajuk, Kaiji the movie.

Tak. Bukan. Aku bukan nak buat riviu pasal cerita Jepun ni. Aku nak bagitahu satu benda je. Yui akan melancarkan dua lagu baru. Kedua-dua lagu yang ditulis dan dikompos oleh beliau sendiri itu akan diriliskan sebagai 'Double A single'.

Kedua-dua single tersebut; 'It's all too much' dan 'Never say die', akan diriliskan pada 7 Oktober, 3 hari sebelum pelancaran filem Kaiji the movie. Lagu-lagu baru ini telah dipilih menjadi lagu tema dan lagu pembukaan untuk filem tersebut.

Kenapa aku tak letak lagu dia? Malas. Sebab kalau aku embed dari yutiub nanti, esok lusa kang Soni Miuzik Rekod claim copyright, dah takde video tu kat CDR ni. Jadi, baik kalian cari sendiri di yutiub. Setakat waktu ini, kalau nak tengok videoklip dua-dua lagu tu, boleh klik "it's all too much" dan "never say die".

Berita mengenai dua lagu ini telah diumumkan di laman rasmi yui, YUI-net pada 27 Julai yang lalu.

Dekat 2 bulan dah baru aku nak featurekan di CDR.

Salahkan internet yang lembap di kampusku. Huhu.



notatelinga: Lagu "it's all too much" sangat best. Dua-dua best, tapi lagu ni lirik dia lagi best.

Thursday, September 10, 2009

Menu Berbuka

"Hari ni aku buka dengan nasi goreng ikan masin. Sedap~. Kau buka dengan apa jap lagi?" lelaki satu cakap sambil duduk mengadap makanannya yang berbungkus dengan polistrin.

"Aku belum ameq lagi. Nasi kerabu jela," balas lelaki dua sambil tengok lelaki satu pegang-belai bekas polistrin nasi goreng ikan masinnya.

"La. Asyik nasi kerabu je," komen lelaki satu. Tangannya masih membelai bekas polistrin nasi goreng ikan masin.

"Ala, kau boleh la. Mak kau jual macam-macam. Mak aku jual nasi kerabu, nasi kerabu jela aku makan," bentak lelaki dua. Dia mengambil tempat duduk bertentangan dengan lelaki satu.

"Jom kita pergi pasar nak? Boleh beli macam-macam. Aku nak beli ayam percik dengan murtabak dengan air soya panas." ajak lelaki satu dengan mata bersinar-sinar mengharapkan persetujuan lelaki dua.

"Oh dengan rotijon dengan burung puyuh. Burung puyuh dia sedap gila! Minggu lepas aku dah beli. Rasa macam ayam goreng!" tambah lelaki satu sebelum sempat lelaki dua respon.

"Yeke? Bestnya. Jomla. Macam mana nak pergi?" tanya lelaki dua sambil menelan air liur.

"Kakak aku ada kereta. Nanti aku tanya dia," bingkas lelaki satu bangun. "Kejap," selepas menunjuk isyarat tunggu, dia beredar.

Aku start motor, berambus. Itu perbualan yang aku curi dengar antara dua lelaki, atau aku patut tulis budak lelaki, berumur 5 dan 6 tahun.

Puasa tak penuh, dok borak lebat pasal berbuka. Haha.



notakaki: Entri pilihan hari ini, dari Nuraainaa Jamil. Tekan sini ye. Aku suka perenggan 'bah, who am i kidding...'. Selamat berbuka kawan-kawan.

Wednesday, September 9, 2009

Percaya Tak?

Aku pos entri ini pada jam 09:09:09 hari ini 09/09/09

Tuesday, September 8, 2009

Cerita Dalam LRT 2

Cerita minggu lepas. Cerita di Kuala Lumpur. Sebab kat KL je yang ada LRT, kat Kuantan ni mana ada LRT.

Aku rasa transport aku paling utama dekat KL ni bukannya kereta tapi LRT atau yang sewaktu dengannya. Monorel, KTM Komuter, dsb. Dan 88% daripadanya adalah aku naik secara solo atau berseorangan.

Baiklah, cerita hari itu. Dalam LRT, orang tak ramai tapi aku tak dapat juga duduk. Aku tak kisah sangat pun. Lagipun aku rasa kaki aku dah lama tak kena test berdiri lama-lama sikit. Dulu-dulu time sekolah seminggu sekali ada la jugak kena berdiri time perhimpunan. Dah masuk universiti ni, mana ada perhimpunan dah. Aku ingat nak jumpa Dekan suruh dia wujudkan perhimpunan mingguan satu.

Hmm, bernas.

Dalam LRT, aku berdiri. Port biasa yang aku cari kalau nak berdiri ialah samada dekat dengan pintu atau di bahagian pembahagi gerabak. Kali ini, aku pilih yang kemudian. Jadi, aku berdiri.

Dua ketika kemudian, aku perasan rupanya ada gadis yang sangat comel duduk depan aku. Di kerusi untuk manusia kurang upaya. Tak, dia bukan kurang upaya. Lebih upaya kot. Sebab dia sangat comel. Haha.

Stesen berikutnya, makcik yang duduk sebelah gadis tadi bangun dan turun dari tren. Bermaksud kerusi sebelah dia kosong lah! Aku pun apa lagi. Aku pun tunggu. Tunggu orang lain duduk situ. Tengok sekitar. Aku perasan ada brader dari australia bawak beg pegang map sedang bergerak ke tempat kosong itu. Jadi, aku pun kecewa sikit. Sikit je la.

Tapi aku positif. Lagi untung kalau berdiri sebenarnya sebab dapat tengok dia. Wah, memang jenius.

Penaakulan jenius aku memang tepat. Dua saat kemudian, aku dapat tengok senyuman menawan dia. Tapi bukan untuk aku la. Dia bagi senyuman-mesra-ala-satuMalaysia kat brader australia tu sebelum berborak ala-kadar.

Eee comelnya. Pandai spiking omputih plak tu. Sebijik macam MM tolak part spiking tu.

Selang tiga stesen lepas tu, brader tu turun, bermaksud kerusi tadi pun kosong. Lagi sekali! Kali ni aku tak pikir tiga kali. Lagi pun kaki aku pun dah rasa semacam. Kalau dinisbahkan kepada time perhimpunan dulu, ini dah rasa macam waktu Pengetua bagi ucapan. Panjang dan tak best. Lenguh kaki.

Jadi aku pun mengorak langkah. Dua langkah ke arah kerusi tersebut, aku tengok gadis comel. Dia pun tengok aku comel. Terus aku tukar arah menuju ke pintu. Berdiri kat situ.








Puasa kot. Tak baik menggatal time-time puasa ni.
Hehe.



notaperut: Saya mencadangkan kawan-kawan baca tulisan dari Master J ini. Walaupun saya tak pasti adakah saya yang berjaya trigger dia untuk tulis entri itu atau memang dia dah rancang untuk menulis tajuk itu. Tapi, ia adalah sesuatu yang dijangkakan dari Master J. Jemput klik sini untuk membacanya.

Sunday, September 6, 2009

CDR03-Mengorat Di Malam Ramadhan

Hasil undian dari entri ini, keputusan telah dicapai dan entri CDR03 menjadi pilihan. Walaupun ia adalah entri paling aku tanak tulis sebenarnya. Sebab tu dia jadi pilihan ketiga. Tapi yang ketiga tu pulak yang orang nak. Apa pun, terimalah.

Amaran awal: Cerita ini bosan.

Malam semalam punya semalam, aku keluar terawikh di masjid negeri Pahang. Pertama kali sejak Ramadhan dua tahun lepas, aku dengar dan menyertai selawat yang dibaca antara Terawikh. Sebabnya, Terawikh tahun lepas dan tahun ini, aku cuma solat di dua tempat; di rumah/bilik atau di masjid UIAM Gombak.

Jika solat di rumah/bilik, sebab takde orang yang rajin nak baca selawat tu. Manakala dekat UIAM Gombak aku tak tahu lah kenapa mereka tak selawat. Aku suka terawikh di sana. Rasa macam dekat oversea. Ramai gila foreigner. Dan imamnya baca dengan wajah qiraat imam Warsh 'an Nafi'. Seronok.

Jadi malam tu aku solat di majid negeri. Pergi berlima dengan dua pemblog lain dan dua lagi bukan pemblog. Sebelum terawikh jumpa pemblog ini. Borak-borak sedikit sebanyak. Katanya tadi petang dia berbuka ditengah padang MPK. Aku kata, "Apa kejadah buka tengah-tengah padang," dengan nada lemah-lembut bersahaja. Dia balas dengan senyuman Ramadhan.

Terawikh.

Habis 8 raka'at, berduyun-duyun manusia buat perarakan aman keluar dari masjid. Kami mengambil langkah berehat dahulu di tangga sambil menanti perarakan tamat sambil bertegur sapa dengan klasmet Master J. Hu ha hu ha borak, perarakan dah surut, kami keluar cabut pergi makan.

Buat pesanan, tunggu makanan sampai, borak, sembang, makanan sampai, makan. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Makanan pun biasa-biasa je. Tom yam udang, kari hijau ayam, daging masak merah, kangkung sos tiram, telur dadar. Jadi kami makan.

Sedap.

Oleh kerana lauk-pauknya sedap-lazat-enak-berkrim, Pemblog Separa Kacak (kalau biasa baca CDR mungkin korang tau siapa makhluk ni) mengusulkan cadangan untuk minta nasi tambah. Aku sokong cadangan dia. Usul diluluskan tanpa bahas.

Pemblog Separa Kacak pun panggil pelayan. Kata, "Nasi tambah satu!"

Pelayan jawap, "Nasik tamboh so?"

Pemblog Separa Kacak angguk-angguk balas balik, "Ha'ah, so," dalam slang Kelantan yang tak menjadi.

Tapi, bila dia hantar nasi, pelayan tadi terus menuju ke tempat duduk aku. Aku terus jadi malu. Dalam hati tengah pikir, "obvious sangat ke aku makan banyak. laju je dia datang kat aku. macam tau-tau je aku kuat makan," sambil buat-buat hirup kuah tom yam udang.

Sejurus selepas dia letak pinggan di sebelah aku, pelayan tersebut hulurkan sekeping kertas sambil kata, "Ado oghe wi nombo,". Aku tak sambut kertas tu sebab tengah blur dan tanganku penuh dengan sudu dan garpu. Aku tengah buat-buat hirup tom yam udang kan. Jadi, dia selitkan kertas tersebut di bawah pinggan nasi tambah tadi.

Satu meja diam. Semua berhenti suap makanan. Lapan biji mata tertumpu kat aku. Aku bulatkan mata.

Satu
dua
tiga saat yang penuh saspen berlalu.

Aku geleng kepala. Ambil kertas. Tunjuk pada mereka dan kata, "Ada lagi taktik ni rupanya,". Seingat aku ini taktik budak sekolah atau budak rempit.

Dia tak nampak ke aku masuk kedai tadi dengan baju T dan kain pelikat je?



notaperut: Nombor dia tu aku ingat nak letak kat sini, tapi memandangkan kita puasa, tak elok buat khenat kat orang kan? Aku buang mana entah. Takpe kan?

notaberbuka: Aku syak ada dua tiga pembaca yang mengidam tom yam udang untuk menu malam ni.

notanoti: Kan aku dah cakap entri tak best. Oh ya, maaf lambat pos entri. Ada masalah internet.

Friday, September 4, 2009

Aku Ada Tiga Entri Nak Tulis Sekarang

Tapi disebabkan polisi CDR menegah aku paparkan dua entri sehari, jadi aku bagi pilihan, mana satu korang nak baca dulu.

CDR01-Aku Puasa La!
CDR02-Nawaitu
CDR03-Mengorat Di Malam Ramadhan

Taipkan kod pilihan anda di ruangan komen. Takde SMS-SMS. Aku benci undian SMS! Henfon aku ada masalah dengan sistem pesanan ringkas.

Hish. Menggugat pahala puasa betul.



Oh ya, pasal yang aku cakap nak sambung dalam entri sebelum ini, aku rasa tak jadi la. Sebab taim aku tulis tu memang aku tengah berkobar-kobar. Waktu tu pukul 12 lebih kot. Malam. Bukan waktu puasa orang Islam di Malaysia. Jadi, hati aku masa tu tengah panas la. Kepala otak pun dah hangin satu macam, semua benda tak puas hati.

Bila bangun pagi esok, sahur, puasa, dah sejuk amarah malam tadi. Terus tak jadi nak tulis. Lagipun taim puasa ni tak elok marah-marah. Hehe.

Sori ye guyz. Ahaks.



notaperut: Undian akan ditutup jam 12 malam nanti. Esok keluar entri baru. Insya-Allah.

Wednesday, September 2, 2009

Perhatian

Berhati-hatilah. Klik sini.
Astaghfirullahal-azeem.


Jumpa dari sini.

Monday, August 31, 2009

Merdeka Oh Merdeka

Aku nak tulis ringkas je. Nanti kalau aku rajin aku sambung balik.

Oh sebelum itu, terima kasih la dammit. Susah-susah je. Aku rasa ko patut buat huraian sikit kat entri kao tu pasal motif sebenar entri tu. Baru la sampai maksud. Tak kisah la aku jadi bahan pun haha.

Apa hal aku komen kat sini pulak? Gasak lah.

Baiklah. Tentang sambutan kemerdekaan ke-52 Malaysia. Aku terpikir satu benda je. Tema dia. "Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Siriyes?

'Satu Malaysia' tu dah satu hal. Berangan jela woi. Aku rasa model terbaik satu malaysia ialah Sabah. Sabah adalah negeri paling kool aku pernah pergi selepas Melaka. Haha.

Baiklah, point seterusnya. Rakyat didahulukan apa jadah semua tu kira tema hari merdeka ke? Sekali tengok ada gaya moto pilihan raya je. Bukannya itu moto DSNajib ke? Aku tak nampak relevannya moto ni dipilih sebagai tema kemerdekaan.

Ada siapa-siapa ada lampu suluh lebih? Tolong suluhkan sikit untuk aku pasal tema ni. Aku malas nak guugel. Minta maaf lah kalau nampak aku macam tak jenius dalam entri ni. Siriyesli, dekat dunia luar aku jenius gila babeng kot. Haha.



notaperut: Aku memang nak sambung pasal hal ni. Lambat sikit. Tidur dulu guyz.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

buat Syaitan-syaitan Merah semua.

Hahahaha

Eh, esok lah merdeka. Kalau macam tu, tukar ucapan.

Selamat berpuasa kepada semua penyokong Arsenal.

Friday, August 28, 2009

Petang Ramadhan

Semalam, macam biasa tepat pukul 6 petang kami akan turun bermain futsal. Bulan-bulan puasa ni tak ramai sangat yang main. Seronok la sikit. Main sambil-sambil je.

Mencabar.

Waktu main tu tak rasa sangat efek puasa tu. Rasa pun sikit-siit je. Selalu orang akan ulang ayat Nabi perang time puasa. Aku diam je, asalkan dapat main bola, aku ok je.

Waktu yang paling mencabar ialah waktu selepas bermain. Sebab kalau nak balik bilik kitorang, akan lalu water cooler. Biasanya aku akan cakap dalam hati, kalau buat-buat lupa ni memang best.
Siriyes.

Jadi, semalam kami berhenti bermain sekitar pukul 7. Balik, bentang tikar, buat air, siapkan temapt berbuka, gelas, pinggan, kuih-muih (selalunya karipap sebab tukang beli kuih ni hantu karipap kot). Kalau rezeki murah sikit, ada murtabak atau rotijon. Lambat la sikit solat maghrib.

Lepas siap semua tu, kami duduk mengadap hidangan berbuka kami. Tiba-tiba (macam biasa, letak bunyi "Jeng, jenjeng~") encik popia datang secara berjalan kaki. Kitorang tengok biasa-biasa je. Sekali, bila sampai je, dia hulur rotijon.

Terus saya malu-malu nak terima.



notaperut: Agak-agak kalau aku buat entri lagi cakap nak ayam golek, petang ni boleh dapat ayam golek secara pos laju tak?

ayam golek yang sangat amat paling sedap-est gile!

Fiqh: Babi Itu Haram Dimakan

Semalam punya semalam, atau semalam punya malam tadi, kitorang tengah layan muvi kat bilik member ni. Sekali tiba-tiba dengar anjing menyalak. Eh, silap. Ada perkataan 'tiba-tiba' tu patut kena terapkan unsur-unsur saspen sikit. Takpe, next time.

Sambung cerita. Bilamana anjing menyalak, kitorang pun buat dono je la. Yela, apa yang peliknya anjing menyalak kan? Kalau anjing tu berkokok ke berkicau ke, terkejut jugak la. Lagi terkejut kalau anjing tu ada kat sebelah, memang kalah Usain Bolt kalau lumba dengan kita masa tu.

Jadi, kami teruskan menonton. Tonton punya tonton, anjing tu tak berhenti gak menyalak. Tiba-tiba...(sila masukkan bunyi "Jeng, jenjeng~" (yes, kali ni tak terlepas peluang 'tiba-tiba' (mak aih, mantap gila dalam kurungan ada kurungan lagi.))) tiba-tiba bunyi anjing tersebut semakin kuat. Rupanya, bukan anjing. Tetapi anjing-anjing. Sebab ada dekat 6-7 ekor gak la anjing tengah menyalak masa tu.

Jadi kami hairan lah, apa yang dibuat oleh anjing-anjing tersebut. Ish, hairan sungguh. Usha punya usha, salah seorang daripada kami berjaya mengenal pasti kelibat makhluk yang mengganggu gugat keamanan anjing-anjing tersebut, sekali gus mengganggu gugat ketenangan malam kami.

Sebenarnya, oi! Jangan sambung sendiri! Bukan "sebenarnya dragon ball ada 7 biji semuanya". Sebenarnya, anjing-anjing tersebut sedang mengejar...

BABI!!!

"Besar gila babi!" kata salah seorang penonton.

"Besar nak mampos, macam babi!" kata seorang lagi.

[fast forward]

Tayangan malam itu tamat apabila babi tersebut berjaya lari ke hutan berdekatan dan anjing-anjing tersebut malas nak masuk hutan. Gelap kata mereka.

Serta merta bilik kami menonton muvi tadi penuh dengan jiran tetangga yang turut datang hasil sorakan kami terhadap babi tadi. Sesi soal jawap pun berlaku.

Tapi ada satu soalan ni yang menarik minat aku. Kawan aku seorang ni muka macam cina siket. Duduk kat Perak area banyak cina gak. Perak Utara ke Perak Selatan aku tak ingat. Nak tanya, dia tengah tidur sekarang. Aku rasa dia puasa kot, sebab tu dia tidur ni. Oh soalan dia,

"Apasal anjing tu tak makan je babi tu?"

Serta-merta satu penampar manja hinggap di belakang kepala dia.

"Babi haram la!" marah pemilik penampar manja tu.



notaperut: Makan babi haram. Pegang babi haram jugak ke?

Thursday, August 27, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan


Petang tadi aku jalan-jalan. Jalan-jalan, jumpa poster. Jumpa poster tepi jalan. Tepi jalan waktu petang.

Amacam. Ok tak buat entri ini macam? Haha


Ok lah aku nak kongsi sikit lah apa yang poster tu cerita. Dia tulis lebih kurang macam ni.

"Zaman sekarang, nak masuk tandas pun kena bayar! Nak masuk..
[gambar tidak avelebel]
Syurga?!"

Susun atur poster tu pun lebih kurang macam tu la. Lepas tu tengah-tengah dia ada gambar orang nak masuk tandas tengah bayar kat kaunter.

Senang gila nak dapat pahala sebenarnya. Contoh paling best aku rasa ialah belanja orang berbuka.

So, siapa nak belanja MM buka puasa hari ni?

Murtabak sekeping cukup lah.

Erm, dengan rotijon satu. Air tebu satu. Err, kalau dapat ayam golek pun sedap gak sebenarnya. Ok, segala jasa baik tuan-puan saya dahulukan dengan ucapan "timo kaseh~".



notaperut: Gambar di atas bukan aku yang tangkap/ambil.

Tuesday, August 25, 2009

Maaflah

Bila dah lama tak onlain ni, banyak la terlepas entri yang orang lain dah pos. Terpaksa la bukak berbelas tab nak qadha baca blog korang. Kesudahannya, blog sendiri tak terapdet.

Jadi, pagi tadi aku lepak dengan Dammit lepas sahur sambil minum air tunggu Subh. Aku cakap benda yang sama pasal aku asyik baca blog orang sampai lupa nak apdet. Dammit pun cakap,

"Kau tulis je apa-apa. Orang baca punya. Daripada kau tak tulis langsung, langsung orang tak baca."

Mudah betul sifirnya. Aku kata dalam hati.

Jadi, sekarang aku nak try la. Kita tengok betul tak apa yang Dammit cakap. Selagi tak cukup 10 komen untuk entri ni, aku tanak apdet lagi. Huh.















10 je?!?!?!?
Hahahahahaha kot la 50 ke 100 ke 1000 ke bunyi macho la jugak.

Baiklah, di kesempatan ini, eloklah kiranya saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa. 3 benda yang cuma ada di bulan Ramadhan; Terawikh, Lailatulqadr, dan bazar ramadhan.

Apapun, nak ingatkan kita bersama, banyak cara nak dapat pahala. Bukan takat solat dan baca Quran je. Senyum dan senyap pun boleh dapat pahala. Tapi kalau senyum gatal kat aweq jual popia tak dapat pahala kot. Haha.

Tuesday, August 18, 2009

Jawapan Untuk Entri Lepas

Tahniah Opi kerana telah berjaya menjawap dengan tepat sekali! Nasib baik aku tak offer hadiah haha. Gempaq tak brader tu? Hehe

Tapi siriyes tak selesa gila babeng kalau ada orang bersin kat tempat-tempat macam tu dan di waktu-waktu H1N1 ni.

Nasib baik aku comel. Kalau orang lain buat macam tu ada yang kena head shot dan-dan tu jugak kot haha.

Saturday, August 15, 2009

Cerita Dalam LRT

Imajin.

Aku naik tren pukul enam setengah petang. Waktu perdana. Jam kemuncak. Orang balik kerja. Aku baru lepas tengok wayang cerita District 9 (best giler babeng!)

Jadi, aku mahu pulang dari KLCC. Yang tengah beratur pun dah macam nak pergi buat rusuhan anti-ISA je aku tengok. Aku kool je beratur diam-diam dengan AZ sambil kira spike yang ada kat tangan brader depan aku ni.

Tren sampai. Selit punya selit. Orang lain punya tolak macam berebut nak jumpa James Hetfield. Tak paham betul aku. Nak masuk tren LRT je pun. Rilek-rilek sudey~. Lepas dua tiga detik bergurau-senda bertolak-manja, aku dapat masuk. Aku teruskan menyelit sampai ke pintu yang bertentangan pintu aku masuk tadi. Dengan bangga aku bersandar. Usha kanan, aweq biasa-biasa je. Usha kiri, brader kerja KFC tak tukar seragam lagi. Nasib baik badan takde bau.

Dua tiga stesen berlalu, dah makin ada ruang untuk aku mengeliat. Tiba-tiba, aku rasa nak terbuat sesuatu yang tak patut. Aweq biasa-biasa aku tengok sipi-sipi. Brader KFC aku jeling dengan hujung mata.

Oh no! Not here! Not now!







Hachium!



"Alhamdulillah," aku kata perlahan.

Kau agak brader KFC yang tangan ada spike tadi buat apa kat aku?

Tuesday, August 11, 2009

Cerita Semalam

Malam sebelum semalam, Emak ajak aku puasa keesokan harinya (Isnin) sampai hari Khamis. Memandangkan sepanjang di rumah, kecenderungan untuk aku makan setiap ketika itu tinggi, jadi aku bersetuju. Bapak tak dapat nak menyertai kami kerana dia ada mesyuarat katanya.

Aku duk kat kampus asyik dengar pasal mesyuarat je. Duk rumah pun sama. Hehe.

Jadi pagi itu, aku dan Emak bersahur ala kadar. Emak dengan 4 keping roti, aku dengan 2 keping eh silap, 2 pinggan nasi. Ala kadar.

Kemudian rutin biasa di waktu pagi kecuali sarapan. Buat apa-apa yang patut kemudian tidur semula.

Bangun semula, Bapak dah pergi kerja, Emak di biliknya. Tengok jam dah 1230. Mengeliat sedikit sebanyak. Jalan keliling rumah jap. Duduk di ruang tamu. Emak muncul. Sambil berjalan menuju ke dapur, dia cakap.

"Eh, lupa la. Lepas 15 Sya'ban tak elok puasa,"

Aku senyap. Baru bangun tidur. Betul juga, aku fikir. Aku pun lupa perihal itu. Yang aku ingat, tak elok berpuasa di penghujung Sya'aban sebab Nabi sallallahu'alaihi wasallam larang kita berpuasa dengan niat sebagai persiadaan menghadapi Ramadhan. Lebih kurang la. Jap, aku guugel.

Puasa selepas 15 Sya'ban
Puasa berlatih untuk Ramadhan

Sila baca hingga habis untuk mengelakkan salah faham.

Oh ya. Kami puasa juga semalam. Alang-alang dah puasa. Tapi malam tadi waktu guugel aku jumpa pendapat Imam Syafi'e kata harom. Tapi pendapat jumhur kata makruh je. Ok, hari ni aku tak puasa dah la hehe.

Monday, August 10, 2009

Kebarangkalian

Kawan aku, kita panggil dia AZ (ae-zek), bertanya pada satu malam ketika kami; Aku, AZ dan Blogger Boncet (BB), sedang bercakap bantal (baca:pillow talk) di biliknya.

"Mat," macam aku cakap sebelum ini, kawan-kawan terdekat lebih suka panggil aku Mat dari MM.

"Possible ke berlaku eksiden kat udara?" dia tanya aku macam siriyes. Aku cuba baca riak wajahnya.

Betul-betul siriyes ni.

"Accident kemalangan or accident collision?" aku layan dia punya siriyes dengan separa siriyes.

"Kapal terbang berlanggar la," dia kata sedikit tersenyum.

"Haha," belum apa-apa kami dah gelak. Aku dah malas nak siriyes, jadi aku jawap ala ragu-ragu.

"Err, kebarangkalian dia.." AZ dan BB dah mula tergelak kerana sudah maklum dengan isu kebarangkalian ini.

"..kosong poin lima la kot," jawapanku segera disambut gelak bersahaja oleh AZ dan BB.

"0.5 berlaku, lagi 0.5 tak berlaku," BB bercakap dengan nada masih mahu ketawa.

"Tapi siriyes, boleh berlaku ke a?" AZ masih ingin tahu.

"Aku rasa ada, tapi sangat-sangat susah la nak berlaku. Langit luas kan. Banyak sangat tempat boleh lalu," aku bagi pendapat ikhlas aku.

Well, itu cerita beberapa malam lepas. Waktu itu, aku tak berapa nak ambil tahu sangat. Sehinggalah malam tadi berita waktu makan malam menunjukkan kes di NuYok di mana sebuah helikopter pelancong berlanggar dengan sebuah kapal terbang kecil.

Lepas itu aku terus rujuk Syeikh Maulana Wikipedia untuk sedikit maklumat. Hmm, boleh tahan banyak juga kalau dinisbahkan 4 kes ke tempoh sedekad yang lepas.



notakaki: Helikopter dalam bahasa melayu memang helikopter eyh?

notatapakkaki: Hari ini antara hari dalam bulan Ogos yang aku ingat. 1,5,7,10.

Saturday, August 8, 2009

Deja Vu Kah? (part 2)

Kami berdiskusi lebih kurang 2 jam setengah. Penat wo. Tengok jam pukul 1120. Nak makan tengahari, awal sangat. Jadi, pergi lepak di Bilik Operasi kejap.

Pukul 1240 pergi makan di kafe fakulti. Jumpa rumet lagi sorang. Makan dengan dia.

Tengah makan tu, tiba-tiba rumet tu cakap. "Wei, universiti tutup a!" sambil menunjukkan henfonnya. Dia dapat tahu dari mesej mungkin.

Kami satu meja terkejut.

Berbalah sedikit sebanyak tentang kesahihan berita tersebut. Akhirnya dapat dipastikan, fakulti kami sahaja yang tutup. Sebab universiti kami menyerahkan keputusan untuk memberi cuti kepada dekan fakulti masing-masing. Setakat ini dari 6 fakulti di kampus ini, kami yang keempat ditutup. 2 fakulti sebelum ini tutup untuk budak tahun 1 dan tahun 2 sahaja. Lagi satu fakulti, tak pasti.

Haih. Penangan sang babi.

Jadi perbincangan meja makan selepas itu berkisar kepada kewajaran diberi cuti, kemungkinan perkara ini akan berlarutan dan apa yang akan dilakukan dengan cuti seminggu yang diberikan. Aku dan rumet setuju untuk balik rumah.

Sebaik persetujuan untuk balik dicapai, secara spontan aku keluarkan henfon nak taip mesej.

Belum sempat aku menaip, aku teringat mimpi aku pagi tadi. Wah, deja vu kah?

Friday, August 7, 2009

Deja Vu Kah? (part 1)

Aku baru lepas berkemas memasukkan baju ke dalam beg. Sebentar lagi aku akan menaiki bas bertolak pulang ke rumah. Aku keluarkan henfon. Tulis satu pesanan ringkas.

"Abang balik rumah weekend ni. Ada nak kirim pape kat mama?"

Selesai mesej dihantar kepada kekasih, aku ke bilik kawan minta dia tolong hantarkan ke terminal.

"Wei, tolong hantar aku kat terminal. Bas aku kejap lagi," penuh sopan-santun dan bertatasusila aku meminta bantuannya.

"Ok," dia jawap sambil mata masih tertumpu ke skrin laptopnya. Main DoTA la tuh. Dah tua bangka pun main DoTA lagi.

Tiba-tiba henfonku bergetar. Aku keluarkan henfon. Paparan skrin menunjukkan ada satu mesej baru diterima. Tetapi henfonku masih bergetar. Makin lama makin kuat. Aku cuba pegang dengan dua belah tangan. Sia-sia. Satu badan aku turut bergegar.

Tiba-tiba aku dengar satu suara. "Mat. Mat. Bangun mat,"

Oh mimpi rupanya.

Ya, rumetku panggil aku Mat. Mereka kata MM macam poyo sangat. Mat baru Melayu sikit. Walaupun aku berdarah kacukan, aku terima sahaja apa mereka nak panggilku.

Sambung cerita.

Sebaik aku buka mata, rumetku yang badannya paling besar sedang memegang kedua-dua bahuku. Aku tepis tangannya.

"Wei, bangun. Kau ada diskasyen kan pukul 8.30. Ni dah pukul 8.20 dah," dia bercakap dengan nada biasa.

Aku gosok mata sekali. Tengok jam. Tengok dia.

"Bukannya kelas kau pukul 8 ke?" aku tanya dengan suara paling seksi.

Dia sengih sambil jawap, "Yela, aku dah lambat a ni. Hehe,"



bersambung...

insya-Allah esok part 2 hehe

Friday, July 31, 2009

Bosan Nak Mampos

Nak tau kenapa aku tidak lagi kerap apdet?

Jadilah entri-entri bosan sahaja
maaflah
nanti aku dah stabil sikit aku fikirkan cara untuk meriahkan balik CDR ni ya

Durian, Doyan, Dereyan, Deroyan, Duye Haha

Dunia sekarang dah maju
durian orang jual kat supermarket dah sekarang

Sekarang dah nak hujung musim durian
hari tu
kami ada program baktisiswa
buat program rumah angkat dsb

Banyak benda boleh cerita
tapi mula-mula sekali nak bitau
kat rumah angkat aku tu
ada kebun luas amat
macam-macam dia tanam
huhu

Pokok duryan takde tapi buah nya bersepah
sebab dia beli untuk jual
dapat kat aku
aku melantak sampai habis durian dia
haha

Cuma masa makan dengan kawan-kawan
kami luah perasaan rindu
zaman dulu-dulu
orang pilih durian macam-macam gaya

Antara gaya yang femes
sapu kulit untuk bersihkan dari tanah dsb
cium buntut duryan
timbang
goncang-goncang
ketuk-ketuk
apa semua
dan sebagainya lah

Sekarang
sangat susah nak tengok perkara-perkara di atas berlaku
sebab
dunia sekarang dah maju
durian orang jual kat supermarket dah sekarang

Jual dalam bekas lagi siap
heh

Those old good days huh

Thursday, July 30, 2009

Ketahuilah

Kematian sangat dekat dengan kita

Wednesday, July 22, 2009

Pembelajaran Ibarat Pokok Durian

Ya
itulah yang dikhabarkan kepadaku
oleh seseorang yang pada mulanya
hanya seorang pakcik
yang kemudian rupa-rupanya ialah
seorang pakcik pemegang PhD dari Brussels

Wow!

Kami berbual dalam bas
dalam perjalanan Kuantan-KL

Walaupun agak semak pada awalnya
(sebab aku nak tidor dia sibuk ajak borak)
tapi ternyata dia seorang yang berpengetahuan luas
berdasarkan jawapan kepada beberapa soalan cepumas
yang kuberikan
huhu

Katanya
belajar ni macam pohon durian la
masa SPM tu macam anak pokok
tak nampak apa sangat lagi

Bila buat ijazah
kita dah nampak sebuah pokok
pokok apa?
pokok durian laa
macam mana kita tau?
kita tau laa sebab kita nampak pokok tu

Bila sambung master
kita akan nampak bunganya
dan kemudian berbuah
haa sohih!
buahnya warna begitu begini
ada duri keliling sana sini
kita dapat perhatikan pokok itu
dah berbuah di pelbagai sudut
dan buahnya ialah buah durian

Bila buat PhD ni la
baru kita makan buah tu
dan kita dapat bau
dapat rasa
dan sebagainya
tapi kita hanya akan dapat rasa buah yang kita makan sahaja
buah lain orang lain rasa
kalau nak rasa yang lain juga
kena tunggu gugur
bukak
baru boleh rasa






Aku dah tak boleh nak sambung tulis lagi dah
terliur durian dah ni
huhu

Sunday, July 19, 2009

Sewaktu Malaysia Hampir Seri Dengan Syaitan Merah

Saya sedang sangat seronok
menonton Emma Watson

Err
maksud saya
menonton Harry Potter 6
hehe

Siapa cakap HP kali ni bosan?
diorang konfius dengan cerita Transformers 2 kot
huhu

Sebab bagi aku
filem HP 6 ini
boleh dikatakan antara siri filem HP
terbaik yang aku tonton
dan
yang pasti HP6 lebih baik dari filem HP5

Dan satu lagi fakta buat renungan
Emma Watson adalah jauh amat sangat
lebih ayu dan super duper hyper menawan
berbanding Megan Fox
(kecuali waktu dia pakai purdah tu, uu seksi! haha)

Kalau Transformers 2 aku bagi 6.5
Harry Potter 6 aku bagi 7.9
Ice Age 3 dapat 8.4
haha

Kenapa aku tak buat ulasan filem?
sebab blogger ini cakap
ulasan aku tak best
sebab aku punya ilmu hedonisme cetek
aku tak cakap banyak
setuju je
dia memang otai hedonisme
hehe

Oh ya
zaman sekolah dulu
kawan aku ada simpan satu disket
gambar aweq dia
sibuk tunjuk kat aku

Jadi aku pun penuhkan
satu disket dengan gambar Emma Watson

Aku cakap kat dia
jiran rumah aku lagi cun
nanti aku pegi cc minta dia emel kan gambar dia

Bila aku tunjuk gambar Emma
dia pun tanya
"Jiran ko omputih eyh?"

Aku diam je
buat muka bangga sikit
pastu aku reka-reka cerita sikit
cakap nanti aku nak ngorat dia
ajak masuk Islam semua
hu ha hu ha
ketung ketang ketung ketang
aku goreng kaw-kaw
padan muka dia
hahaha
(ok aku tengah gelak betul-betul sekarang, hahahaha)

Tapi ofkos la kelentong aku tu tak bertahan lama
haha



notakaki: Disket tu kalau boring-boring boleh buat jadi wallpaper gak dulu hehe. Yapp ini cerita zaman pakai disket floppy disk tu.

Saturday, July 18, 2009

Tiada Kena Mengena Dengan Swine Flu

Transformers 2 mengarut
Megan Fox pun mengarut
mengancam sikit waktu dia pakai purdah tu je
huhu

Ice Age 3 mantab!
mesti tonton

Dan hari ini
selaku kipas Syaitan Merah
aku ingin mengumumkan
aku dah beli
tiket
untuk menonton




Harry Potter 6
hehe



notakaki: Next in line, UP.

Friday, July 3, 2009

Aku Sekarang Jadi Komiti

Sambut budak-budak baru nak masuk universiti

Oh ya
eja universiti begini
bukan yuniversiti ya

Ok
oleh yang demikian
aku tak sempat nak tengok sangat blog ini

Cuma ni semasa kursus induksi
baru-baru ini
aku dapat satu idea ni

Aku ingat nak buat
persatuan bekas pengumpul setem la

Sebab aku yakin ramai yang PERNAH
ada hobi ini

Kan?

Hehe

Tuesday, June 30, 2009

Jenius

Boring-boring lepak awal pagi
atau lewat malam

Tiba-tiba kawanku bagi teka-teki
"Weh, aku ada teka-teki,"
kami tengok dia
menanti

"tapi aku nak korang jawap secepat mungkin, kurang dari 3 saat,"

"Ok,"
aku dan seorang lagi jawap
hampir serentak

"Ok sedia,"
dia cuba menerapkan unsur-unsur saspen
"aku nak korang bagi aku satu negara yang bermula dengan huruf.."
berhenti dua saat
satu
dua
"huruf U!"

"Yugoslavia!!!" kami berdua jawap hampir serentak

Monday, June 29, 2009

Sejujurnya

Aku tidak lebih dari sekadar terkejut apabila dapat tahu tentang berita kematian Mikaeel Jackson. Apabila dapat tahu jenazah telah diserahkan kepada abangnya yang juga seorang Muslim, aku cuma berharap agar dia mati sebagai seorang Muslim.

Malam itu, berita tv3 menunjukkan laporan yang pengkebumian jenazah akan dilakukan secara tertutup. Bapak kata, "kalau tertutup, insya-Allah ikut Islam,". Aku cuma aminkan sahaja. Sambil sambung suapan seterusnya, of course.

Mengapa aku tidak rasa apa-apa?

Mungkin kerana aku membesar tanpa pengetahuan lebih lanjut tentang beliau. Aku rasa itu jawapan yang paling hampir dengan tepat. Sebabnya, kalau aku imbas kembali memang aku tak layan pun si Jacko ni.

Apa yang aku tahu tentangnya, Beat It!, Smooth Criminal, Thriller, Moon Walk, topi hitam, kasut hitam dengan stokin putih. Aku rasa itu je. Kalau ada pun lagu-lagu lain yang aku tahu, mungkin biasa dengar tapi tak tahu tajuk. Atau yang sewaktu dengannya.

Sebab itu juga aku berfikir panjang nak pos tentang kematiannya. Untuk apa?

Tetapi bila teringatkan yang beliau telah masuk Islam seketika dahulu, hati aku terdetik satu perasaan yang aku kurang arif untuk tafsirkan ke bentuk tulisan. Dengki atau cemburu atau iri hati.

Iyalah, mereka yang baru masuk Islam, seluruh dosa-dosanya yang sebelum ini dihapuskan. Mereka umpama bayi yang baru lahir. Bersih, suci, murni. Bayangkan, mati dengan hati yang sedemikian. Oh beruntungnya.

Sewaktu di pusat asasi, aku banyak diperdengarkan cerita-cerita dari mereka yang masuk Islam atau mereka gelarkan revert. Satu dua cerita, aku kagum. Aku bersyukur. Masuk cerita ketiga dan keempat, aku rasa lali. Ceritanya lebih kurang sama. Aku mula berfikir, apa faedahnya kita mendengar cerita-cerita pengalaman mereka yang baru revert ni.

Aku kira boleh disimpulkan cerita mereka biasanya akan berkisar tentang bagaimana pengalaman mereka dalam mencari sesuatu yang dipanggil 'kebenaran'. Mungkin perincian cerita berbeza, tetapi secara amnya mereka semua buat satu benda yang sama. Mereka mencari.

Jadi apabila aku sedar akan hakikat itu, aku jadi sangat bersyukur dalam kesedihan. Bersyukur kerana aku dilahirkan dibesarkan dengan Islam. Sedih kerana aku tidak seperti mereka. Mencari.

Aku andaikan kalau aku dibesarkan dalam keluarga kufur. Dengan otak yang jenius dan pemikiran lojik yang tinggi. Aku kira walaupun aku mungkin akan sedar hakikat yang aku sembah sehari-hari itu kelihatan bodoh. Dan aku juga mungkin akan yakin yang patung-patung sembahan itu tak berkuasa untuk berbuat apa-apa. Tapi satu benda yang aku pasti aku tak pasti. Mencari.

Adakah aku akan mencari kebenaran itu? Adakah aku akan dibuka hati oleh yang maha Pengasih untuk menyelidiki Islam lantas menganutnya. Pelbagai lagi soalan adakah.

Tetapi satu benda yang sangat menyesalkan ialah hakikat ini. Bagai pahat dengan penukul. Sekali kita diingatkan, sekali kita tersedar. Kemudian esok kita akan mula kembali hanyut. Kadang-kadang tak payah tunggu esok. Balik dari kubur ziarah orang meninggal dah pasang radio sing along lagu New Divide ape jadah?

Well, aku pun dah tak sure apa yang aku tulis ni. Emosi berkecamuk, mereka kata. Haha. Pandai-pandailah korang rungkaikan ya. Walaupun aku rasa entri ni tak sepatutnya habis disini tapi aku nak buat ala-ala cerita wayang, ending dia korang kena imajin sendiri. Sekian, minta maaf banyak-banyak.

Friday, June 26, 2009

Apa Anda Akan Buat

Situasi biasa
bila lepak kat maplay
atau mana2 kedai makan kat kl ni
akan ada peminta-peminta sedekah
yang biasanya buta
datang buat tawaran pahala

Biasa la kan?

Jadi bayangkan situasi ini

Kau tengah makan kambing kat maplay yang terbaik
makan punya makan
tak borak sepatah pun dengan teman semeja

Tiba-tiba dua makhluk menghampiri meja

Lelaki yang setia dengan spek hitam
tidak kira pagi petang malam
dan seorang gadis memimpin lelaki berspek hitam tersebut

Lelaki berspek tu pun kata
"Tisu bang. Tisu tiga plosen,"

Kau angkat tangan dengan senyuman separa ikhlas

Dan lelaki tu balas
"Terima kasih,"
lantas prosid ke meja sebelah kau

Meja sebelah sepasang pelancong
berkulit putih
tak macam Megan Fox
sedang berbual santai

Lelaki berspek tadi datang menghampiri
meja sebelah

Kau tengok buat syarat

Kau dengar lelaki berspek ulang ayat "Tisu tiga plosen"

Tiba-tiba (ditulis untuk menerapkan unsur saspen)
sebelum beredar
lelaki berspek ucap "Ok, thank you,"



Apa pendapat anda?

Thursday, June 25, 2009

Aku Beria-ia Hidupkan Komputer Riba

Sambungkan talian internet

Klik ikon Mozilla Firefox sampai tiga kali
punyalah excited

Keluar je tetingkap guugel
aku taip laju-laju
blogger dot com

Klik kat butang entri baru



Sekarang aku dah tak ingat apa yang aku nak tulis tadi

Duh~



Orang panggil apa peristiwa macam ni?

Memang menyakitkan hati kan?

Bukan apa
malam tadi perkara macam ni berlaku
di meja makan

Bukan aku
tapi kawan aku

Dia nak cakap satu benda
pastu tetiba terdiam

"Apa dah aku nak cakap tadi..."
dia berkata perlahan
separa bertanya kepada diri sendiri
dan separa diajukan kepada kami

Mana kami nak tahu apa ada dalam kepala dia kan?

Giler spoil kan?

Mood dah setting baek punya nak dengar cerita
tetiba member tak ingat apa nak cerita

Yang lagi sakit hati
bila dia dah ingat
dia akan jerit

"Aaa, aku ingat dah,"
dan kami menoleh ke arah dia
dengan telinga sedia tertadah

"Semalam aku pegi orang kahwin, lewat gile, pukul 4 baru sampai,"



Senyap



"Lepas tu?"
aku beranikan diri bertanya

"Tade pe, tu je,"

See?

Sakit hati gile kan?



Oh ya
aku dah ingat apa aku nak cakap tadi

Pagi tadi aku joging 4 klik (baca: 'four clicks' macam dalam cerita Transformers 2)

Dah tu je

Babai~

Tuesday, June 23, 2009

Entri Panas Badan

Atau lebih tepat
panas atas

warm up

Hehe

Lame~
boo huhu

Baiklah
sementelah ini entri pertama setelah
sekian lama huru-hara

Aku fikir
adalah lebih baik
aku tak tulis panjang-panjang dulu

Kita layan lagu satu raun dulu

Yeeha
haha

http://www.youtube.com/watch?v=KwOPQLgzMBs


Oh ya (lama tak taip ayat ni huhu)
aku kira ini video Kiss versi 'sopan' sikit lah kot
hehe

Bak kata Puteri Rock Malaysia,
"Are you enjoys?"

Haha



notakaki: Terima kasih buat semua yang berkenaan.

Wednesday, June 10, 2009

SPR

Sistem Pesanan Ringkas


Oi oi apdet a blog
Oi kenapa?
Tak aci a
Gila takleh pakai alasan. Apa yang tak aci?
Yela yela boring la hang dah tak menulis
Haa cakap la kau rindu kat aku kan senang hehe
Aku bukan rindu kat hang. Aku nak baca tulisan hang ja.
Buwek~ kao rindu kat aku~
Yela yela aku rindu kat hang. Apdet blog na pasni?
Malas! haha
Na'aram!!!

Friday, May 29, 2009

Masih Lagi Pasal Bola

Dalam entri lepas aku ada sebut
yang aku akan menyertai kejohanan futsal

Tak banyak yang boleh diperkatakan sangat
yang aku boleh cakap
kejohanan ni
taklah besar sangat
tapi tidaklah lekeh sangat
dengan penyertaan individu-individu
yang bertaraf mewakili universiti

Cuma satu perkara
yang betul-betul aku pelajari dari kejohanan ini ialah
kalau nak buat team, kena cari keeper!

Itulah masalah pasukan kami
Forbidden FC

Ditubuhkan semasa kami di pusat asasi
dari kejohanan pertama kami sertai
kami mempunyai masalah keeper
yang mana telah menyebabkan kami tewas perlawanan akhir
pada kejohanan pertama tersebut

Dan setiap kali ada kejohanan
kami akan mula mengintai mana-mana individu
yang boleh/sanggup untuk jadi keeper
untuk Forbidden FC

Hinggalah kami memasuki universiti
perbezaan kampus menyebabkan
pasukan ini terkubur
(padahal aku sorang je kampus lain)

Hinggalah baru-baru ini
ada kejohanan diadakan
dan kebetulan aku mengambil semester pendek
di kampus yang sama dengan mereka
maka kembalilah kami
Forbidden FC re-united (kalau silap baca jadi macam Man United haha)

8 pemain dikumpulkan
dengan pengecualian seorang yang tak dapat turut serta
disebabkan kecederaan
dan cuma memberi sokongan moral dari meja komputernya

Tiba lah hari kejohanan
kami
takde
keeper

Apa nak buat

Salah seorang pertahanan kami
dilantik menjadi keeper secara paksa-rela

Syukur setelah dua perlawanan peringkat kumpulan
kami telah kompom layak ke peringkat seterusnya

Jadi perlawanan terakhir peringkat kumpulan
aku jadi keeper
sebab yang jadi keeper sebelum tu nak merasa gak main

Hasilnya?

Aku telah melakukan kesilapan besar
dengan menampilkan aksi cemerlang
jadi aku di'request' sepenuh hati (pergh ayat boleh bla! haha)
oleh semua pemain Forbidden FC
untuk jadi keeper bagi perlawanan seterusnya

Maka aku jadilah keeper
sampai final
menang 3-0

Rekod aku jadi keeper
cuma bolos 3 kali
dengan 2 daripada 3 gol tersebut adalah gol sendiri

Ucapan tahniah dan terima kasih
buat pasukan Forbidden FC
Bade', Temet, Anep, Hafiz Dasar, Ashrul Amahl, Tuan Azhar, Awang

Kalau nak tengok gambar dan ulasan lanjut
sila berfikir dengan jenius hehe



Entri ini ditulis dengan penuh rasa bangga sebagai penyokong Manchester United
Sekian

Entri Bola Lagi

Aku dah tulis panjang juga sebenarnya tadi
berjela gak la
tapi kemudian
aku tekan Ctrl+A
Del

Hehe

Ok la
macam ni

Kalau aku nak bagi contoh
untuk siapa yang tengok siri House
yang tahu tentang Penyiasat Peribadi
yang House upah tu

Dia akan memberi respon
bukan mengikut hatinya
sebaliknya buat apa yang dia rasa sepatutnya

Sebagai contoh
kalau orang cakap
"Eh kau ni bodoh la,"

Sebanarnya dia tak kisah sangat pun
tapi dia tahu
sepatutnya
orang akan marah bila dikata sebegitu
maka dia akan marah

Sebenarnya aku nak cakap
untuk bukan penyokong Barca
yang sokong Barca semalam

Kalau korang dok kutuk-kutuk
penyokong MU tu
kalau ada yang naik angin
tak payah nak pelik lah

Pikir balik la apa motif korang cakap tu

Bukan ke memang nak sakitkan hati penyokong MU ke?

Jadi kalau ada yang melenting
tak payah a poyo nak cakap
"Itu pun nak emo,"

Sebaliknya cakap
"Ok, matlamat tercapai,"

Ok?



notakaki: TV tempatan tak buat liputan sangat tentang kemenangan Barca bukan sebab diorang bias terhadap MU tapi kita memang bias terhadap Liga Inggeris. Tak kisah lah MU atau Liverfool atau Chel-haktuih-sea atau Arsengal. Sekian. Saya emo.