Aku berhajat nak pos entri ni 2 Jun tempohari. Tapi, disebabkan kesibukan yang dibuat buat, maka aku tak sempat nak pos.
2 Jun tempohari adalah hari secara rasminya YUI melancarkan sebuah lagi 'satu'. Err, single.
Lagu bertajuk 'To Mother' ini dikatakan bersempena dengan Hari Ibu bulan lepas. Agak janggal ia dilancarkan hanya 2 minggu kemudian. Seperti lagu raya dilancarkan 2 minggu selepas 1 Syawal. Okwed bukan?
Apapun terimalah translasi dari lagu Exist, Oh Ibu yang dinyanyikan semula oleh YUI, to mother.
Pergh, rasa macam intro nak buat konsert pulak haha
Nah nah
http://www.youtube.com/watch?v=6TGlq1lcy1U
Oleh sebab aku rasa video ni gambarnya macam kabur. Aku letak yang macam lawa sikit. Tapi yang ni tak tau lah tahan berapa lama sebelum Sony tarik balik dari youtube.
http://www.youtube.com/watch?v=i9jULd99NrA
Walaupun aku tak berapa masuk sangat nak fahamkan lirik lagu ni tapi rangkap terakhir dia menarik minat aku.
"nee.. shiawase yo, tabun atashi anata ga itan dakara"
Hey, I'm happy. Probably because I have you with me.
Selamat Hari Ibu.
4 comments:
cheese!
err cheesecake?
Hahha. Takpe lambat. Sayangi Ibu anda~
Aku tak terpengaruh dengan agenda kapitalis yang sengaja mewujudkan hari hari tertentu untuk sambutan sambutan tertentu. Itu semua bisnes beb, bisnes! haha
Post a Comment