Wednesday, August 4, 2010

Aku Dapat Top 20

Keputusan pertandingan fotorafi tempohari telah diumumkan.

Alhamulillah, dari hampir 2000 jumlah penyertaan dan dari 450 penyertaan yang disenarai pendek, aku dapat Top 20.

Syukur. Aku rasa itu adalah perkataan terbaik yang aku boleh fikir setakat ni. Sebab aku yakin, aku tak berbakat sangat sebenarnya. Tapi Tuhan mungkin nak uji aku, kadang kadang gambar yang aku tangkap, jadi macam istimewa. Syukur.

Oh ya. Aku nak cerita benda lain sebenarnya.

Waktu meraih undi untuk pertandingan tersebut, aku bagitau Emak dan Bapak. Aku tahu diorang ada akaun fesbuk, sebab aku pernah cari nama mereka. Emak dah pun add aku beberapa bulan lepas. Bapak, tak add aku pun. Aku pun tak add dia.

Tapi lepas aku bagitau mereka tentang pertandingan tersebut, Bapak pun add aku.

Bila aku approve, aku pun tengok lah senarai kawan yang dia ada. Ada 73. Not bad. Sebab dia ada dua akaun. Aku pun tak tahu kenapa ada dua. Lantaklah.

Lepas tu, aku tengok senarai 'friends in common'. Ada 12. Aku klik untuk tengok siapa lagi yang dah kawan dengan Bapak.

Adik, Emak, sepupu aku, sepupu aku lagi, sepupu aku lagi. Hmm. Eh, ini bukan sepupu ni.

Tau siapa?

Bapak dah friend dengan Kekasih dulu sebelum friend dengan aku.

Jeng jeng jeng!



Jadi sekarang aku tengah fikir, siapa add siapa. Korang rasa macam mana?

7 comments:

bawangmerah said...

HAHAHAHAHA ada possibility Bapak add dia dulu kah?
anyways, tahniah ya :)

Dini said...

kekasih yg add bapak. sebab mesti kekasih tau sape bapak, sbb kekasih tau nama matematismuda bin sekian-sekian. tapi bapak mana nak tau sape kekasih matematismuda kalau matematismuda sdri tak perkenalkan

:D

in☂an Jun$u said...

mula2 baca aku ingat bapak kamu add kekasih dia,rupenye kekasih kamu.haha..

hmm..sokong nurdini izni.aku pun rasa kekasih yg add ur dad..

Matematis Muda said...

bawang,
ada. thankx

dini,
if that's the case, maybe. but in my case, they know each other.

intan,
woh. lagi aku terkejut kalau macam tu. sebab macam mana aku tau itu kekasih dia, unless dia dah bagitau aku dia ada kekasih lain selain Emak haha.

aku rasa, kita tinggalkan je misteri ini tak berjawap. nanti aku jumpa kekasih aku tanya dia terus. lagi senang kan? haha

3p4h said...

Tahniah bro! Rajin2 la join contest, dr situ kita dpt nilai apa pndgn org thdp gmbr kita. Gud job!

p/s: Ada contest under BASF Petronas, mau join? Contact aku =)

in☂an Jun$u said...

yeah,dats rite.sile tnye ye,tuan MM?hehe..

weh,siri KJ dah takde ke?rindu lor..

Anonymous said...

nnt bile dah jdik bapak..
jgn ler buat cggitu kat ank..