Tuesday, September 21, 2010

Apakah Masih Belum Terlambat

Untuk kuucap selamat hari raya. Maaf zahir batin.

Aku rasa aku terlalu cuba untuk impres pembaca dengan entri aku, baik secara bertulis atau secara bergambar. Akibatnya, kemarau entri.

Ah abaikan emosi awal entri ini. Mari kita cerita tentang raya. Raya mesti seronok!

Fakta rawak raya 1431.

1) Tahun ini, raya berbeza. Oh bukan sebab seperti dalam lagu raya yuna tu ye. Tapi, raya kalini lebih ramai balik kampung. Yang tak pernah balik sejak lahir pun tiba tiba balik tahun ini. Iyalah, umurnya baru beberapa bulan bwahahaha. Ok, tak kelakar. Tapi siriyes ramai gua cakaplu. Sampai ada sorang sepupu aku yang baru kahwin dua tahun lepas ni kena tidur kat dapur beb! Dia laki bini dengan anak kecik dia dalam buai sorang. Tapi dapur tu luas lah. Boleh muat 11 orang tidur gak kalau susun secara melintang. So tak terasa dapur sangat lah. Tapi still dapur lah weh! Orang lalu lalang nak gi tandas! Ngahaha. Ok tak baik gelakkan orang, tahun depan belum tentu gua dapat port baik nak tidur haha.

2) Status aku di fesbuk menyatakan, beraya tanpa isteri tahun ini. Sebenarnya, aku nak tulis beraya tanpa nenek. Tapi, aku tipu diri sendiri dengan menulis begitu. Tipulah kalau aku tak rindu nenek. Borak dengan sepupu sepapat banyak berkisar betapa lainnya beraya tanpa orang tua.

3) Tahun ini, kali pertama aku mengendalikan takbir di rumah. Beberapa percubaan tahun sebelum sebelum ini gagal disebabkan aku tak hafal part panjang panjang yang banyak 'dah dah dah' tu.

Aku mula menghayati hari raya melalui bertakbir ni sejak 3 tahun lepas. Sewaktu aku mencari erti sebenar hari raya. Bagaimana sepatutnya disambut hari raya ni. Baju barukah, bersedih dengan pemergian ramadhankah, bersedih sedih memohon maafkah, makan ketupatrendangkuihbahulujuadahenakwarisanmelayukah atau bagaimanakah. Akhirnya aku dapati, cara paling feeling ialah dengan bertakbir.

Bertakbir meraikan kemenangan kita. Sebagaimana kita bersorak meraikan jaringan gol. Syok beb! Tapi kadang kadang ada imam layan tarik takbir tu jadi macam sedih sedih juga. Apa kejadah sedih sedih nak meraikan kemenangan.

4) Gua masih dapat duit raya! Hahaha. Sepupu sepapat yang baya aku semua ramai yang dah kerja, aku je yang tak habis belajar lagi. Mengambil kira status masih belajar lagi, maka aku masih layak menerima duit raya. Ngahaha.

5) Raya tahun ni banyak betul orang kahwin ye. Sepupu ni kahwin bulan ini, sepupu tu kahwin bulan lagi satu. Sepupu ni nak bertunang bulan itu, sepupu tu pula bertunang hujung tahun ni. Balik kl bila onlain fesbuk tengok 5 6 orang juga yang tukar status. Takut juga aku berjangkit dengan musim musim ni. Kita sama sama lah doa agar dikuatkan iman ye. Haha.

6) Aku perasan setiap tahun akan ada one time dalam tahun tu, macam banyak berita tentang kematian yang sampai kat kita dalam satu tempoh waktu yang singkat tu. Raya tahun ni, 4 5 berita kematian juga yang sampai ke keluarga kami. Allahumma ighfirlahum warhamhum, wa'aafihim, wa'fu'anhum. Ameen. Tuhan maha kaya. Dalam kegembiraan, diselitkan peringatan, betapa dekatnya kita dengan mati.

7) Sebulan train tahan nafsu, latih diri beribadat, dekatkan diri dengan al-quran. Masuk syawal, senang betul kita tewas ya. Makan tak hengat dunia, semayang asal ada, quran lupa letak kat mana. Aku ada baca orang share dekat fesbuk itu hari, tak ingat dah hadis ke apa. Bunyi dia lebih kurang; kalau kamu sembah ramadhan, ramadhan dah berlalu. Tetapi andai kamu sembah tuhan, tuhan itu ada tidak kemana. Lebih kurang lah, aku pun tak ingat siapa yang share itu hari. Kalau tak gua dah kopi pes je. Hehe.

9) 8 syawal itu hari, aku pergi jalan jalan raya dengan member sekampus ke kajang dan bangi lantas berfotoshut di putrajaya. Rumah terakhir kami beraya di bangi tu ada alat timbang. Kurang ajar betul. Disebabkan peers pressure, kami semua terpaksa menimbang berat badan masing masing.

Sekali..(jeng jeng jeng)

Ok juga aku punya performance. Sebelum praktikal hari tu, berat aku 2. Lepas praktikal, berat aku 7. Lepas puasa, berat aku 3. Timbang hari tu, cuba teka berapa? Ok, tak payah teka gua bagitau, 4.7 je beb. Not bad lah kan? Kan? Kan?

Eh siyot betul, raya punya pasal, gua numbering pun dah kurang tepat. Memandangkan gua dah kehabisan idea, gua akhiri entri ini dengan satu teka teki, nombor apa yang gua tertinggal. Haha. Selamat hari raya!


notakaki: Aku decide nak bagi hadiah lah kat pengkomen (pengomen?) yang ke-(nombor tertinggal tersebut). Amacam? Komen banyak banyak tak aci ye kawan kawan. Haha.

Bukan senang beb entri gua nak sampai komen banyak tu. Standard dok main 4 5 6 je haha. Kita tengok kali ini bagaimana ya.

notakakikubukankakimu: Apa virus entah hinggap kejap aku kejap gua.

notakukukakikukaku: Next entri, kita layan gambar pula ya. Biarkan gambar melakukan percakapan. Erm, let the pictures do the talking.

Eleh, malas menulis cakap jela ngahaha

14 comments:

As said...

number 8 ade kat number 9 beb.
wah pengulas hari raya terbaek ^^

Raihan Mahmood said...

no.8 tetinggal! wah,nk adiah!haaha

kuroneko said...

Aku suke ayat terahir nombor tiga, perenggan ketiga. Bila en.imam yang faham maksud takbir dan maksud diadakan takbir, kenapa sedih. Buat org len slh anggap takbir utk bersedih.

Nombor 'ong' tertinggal, takpe, spare utk thn baru cina nanti..

Anonymous said...

komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen

in☂an Jun$u said...

no. 0 ..itu pn kalu 0 dikira sbg no. :p

takpun no 8..eh,pening la pulak!

suehanna said...

gila hyper entry ni, syok sekejap aku. hahahaha. aku vote no 7 sebab aku suka beckham.

k bye.

Unknown said...

Ah, yang penting pulut periuk kera haritu sedap! :D

Dammit said...

ah ko memang ade masalah nak habiskan entri kan? hahaha. Bertakbir masa raya sangat syok. Tengok kat tv mmg tak rasa, tapi bila takbir sama-sama, ramai2, terasa indah beb.

Matematis Muda said...

as,
apa yg terbaeknya. ulas ikut dan je.

rehe,
ok, beli pape. nanti claim dengan aku.

kuroneko,
ya, melayu memang banyak salah faham agama.

anoy,
wah, bijak haha

intan,
mana mana pun boleh haha

sue,
ikut suka kau je nak vote vote kan haha

szakif,
m not a fan haha

dammit,
feel gila kan haha memang sangat bermasalah. perlukah aku mendapatkan khidmat rawatan pakar hahaah

Kuey san said...

Kiranya dammit pemenang la eh?

Tak aci !

As said...

masalahnya takde number yang tertinggal
memanglah takde pemenang. yosh

Matematis Muda said...

kuey-san,
eh, a'ah laaa. silap. hahaha what i meant was the eighth person to answer it. not the 8th commentor. huhu so cane eh? kena bagi hadiah kat dammit ke a haha

as,
sila rujuk komen di atas huhu

Kuey san said...

hermm.. bagi dia popia je.. 2. aku satu :)

alifzaimimra said...

takbir hari raya memang syahdu wa cakap lu.. mau nangis aku sepanjang imam takbir. selagi belum sembahyang, selagi tu la feeling ada. aduuh~~

neway, lawak entri ko ni. hehe