Saturday, July 10, 2010

Bidadari

Ngantuklah. Aku kata waktu memandu pulang ke rumahnya.

Tidur kejaplah. Kereta diberhentikan di kawasan rehat dan rawat.

Nak berhenti berapa lama ni. Dia tanya. Baru bangkit dari tidur. Kubiarkan dia tidur sepanjang perjalanan tadi. Penat barangkali.

Dalam 10 15 minit kot. Aku balas sambil kucapai bantal kecil di kerusi belakang.

Ok. Ringkas jawapnya. Dia iringkan badan menghadapku. Mata terpejam.

Aku juga mengirinkan badan ke arahnya setelah memastikan pintu telah dikunci.

Dua tiga saat begitu. Nyanyian di pemutar cakera aku perlahankan ke angka 6 sebelum kembali ke posisi tadi.

Dalam mengantuk, aku menikmati pemandangan di depanku.

Tuhan, bagaimana lah rupa bidadari di syurga nanti. Di dunia ini pun, aku seperti sedang melihat bidadari.

Hmm? Dia buka mata.

Aku terkejut.

Tak. I cakap you kuat tidur. Aku senyum.

Dia senyum tak berniat membalas kata kata ku. Matanya kembali tertutup.

7 comments:

suehanna said...

tolonglah jgn bertekateki lagi bang. ai kennot tahan oredi! hahahaha. gf ka bini ka cerita dongeng nih?

syasya(^*^) said...

betul3...
tulisan kamu akhir-akhir ini penuh dengan teka teki yg sgt m'dlm..
hehehe

Kuey-san said...

Salam MM,

Hi MM,

Pekaba MM?

Sehatkah kamu???


no pain, no pain,

izzahismail said...

tgh membayangkan si MM dlm situasi ini. ya rabbi, geli! :D bwahahaha :)

As said...

nak suh patik amin kan ke ape

kinawa said...

aku hrp skrg kau phm kenapa aku tak bawak kau pergi melancong dua hari lepas

alif zai mim ra said...

wahai MM, kau OK? aku tak tau nape aku berperasaan begini.. tapi.. kau buat aku risau, MM. (hehe..poyo di situ.. :P)

inikah entri bermanfaat yg kau maksudkan? O_O