Tuesday, May 4, 2010

Twister

Ini kucing nama Twister. Gemuk, pemalas, dan macam bodoh sebab selalu kena buli. Tapi, nasib baik dia comel. Kalau tak mungkin ada yang campak dia dari tingkat 4 kot.










Gambar ada yang kurang tajam. Mungkin sebab aku tak guna flash.

Aku tengah baring baring sedap macam nak tidur tiba tiba Twister masuk baring kat atas lantai. Dah lama dia tak masuk bilik aku. Dekat sebulan kot. Sebelum ni selalu dia memang suka tidur atas katil aku. Aku tak tau apa yang dia suka kat katil aku.

Kadang kadang aku tengah tidur pun dia naik tidur sama kat celah ketiak aku. Tapi beberapa minggu lepas, dia macam tiba tiba selalu menghilangkan diri. Dan sudah pandai main kejar kejar dengan kucing betina.

Mungkin dia sudah aqil baligh.

Apa pun, malam itu dia masuk bilik aku. Aku terkejut campur terharu. Seperti, "Hei, dah lama kau tak masuk sini kan. Rindu sama kau,". Tipu je. Takde la rindu sangat sebab tiap hari pun jumpa je kat luar bilik.

So, mula mula dia baring atas lantai je. Jadi aku sandarkan dagu di birai katil. Jenguk dia. Kemudian aku usap usap kepala dia. Kata dalam hati, nanti cuti tiga bulan nanti, dah tak jumpa lah kau kan Twister.

Dia mengiau seakan mengerti. Tiba tiba dia bangun. Naik atas kerusi. Naik atas meja. Lompat ke tepi tingkap. Lantas aku capai kamera, pesan kat dia,

"Hah, duk diam diam kat situ Twister,"

Dan Twister buat tepat seperti yang aku suruh. Duduk situ diam diam untuk beberapa minit. Sambil sekali sekala tukar aksi. Mungkin dia nak bagi peluang kat aku. Mungkin.

Tapi satu benda yang harus aku akui. Twister memang ada bakat jadi model.



tarikh entri ditulis: April 2. Hari ini, May the 4th. May the forth be with you. Haha.

notakaki: Aku apdet ni sebab Dammit paksa. Kalau tak mungkin tiada apdet lagi. Bagi aku masa dalam 3, 4 hari lagi. Kalau semua stabil, aku kembali aktif. Aktif tak aktif, 3 pos seminggu ok la kot.

13 comments:

Kelon Eric Bana said...

Twister, a domestic short hair.

I loike, tak payah nak buat treatment hair ball control selalu...

nani said...

comel,macam bersih gile je utk seekor kucing jalanan.macam ade 'bende' jage.haha

Kuey-san said...

Kalo Dammit paksa, kena ikut eh? So gay~


HAAHA! :D

aKu buKan Merg@sTua said...

ingatkn cekedis twister td..nama kucing rupenye.

comey la..kucing tu.

erm..apsal bg nama twister ek?tringin nk tau.

Master J said...

May the forth be with you? haha star wars day arini eh..dgr kt fly ptg td?hehe..

suehanna said...

ape stabil tak stabil? hahh? haha.

Matematis Muda said...

kelon,
loike jangan tak loike

nani,
hai nani, lama tak nampak hehe. memang kitorang mandikan dia pun.

kuey-san,
err, aku gay. dammit tak. haha

mergas,
erm, aku tak ingat sangat. rasanya, sebab masa kecik dulu dia ligat macam puting beliung. so bagi nama based on movie twister tu.

master j,
teet. salah. hitz fm morning crew haha

sue,
haha bukan tu a. nenek aku kat icu sekarang. so tunggu dia stabil a.

nurdini izni said...

aww twister. mata lawa o.o

bawangmerah said...

MM,
kalau tak aktif buat masa sekarang pun takpe. sebab orang tengah busy dengan exam.
kalau MM aktif, hadoi...jenuh kott nak belek pos-pos yang dulu =)

suehanna said...

oh really? ):
semoga cepat baik nek. amin.

Matematis Muda said...

dini,
dia seorang model remember? silap, seekor. hehe

bawang,
amboi amboi, so kena ikut jadual kamu la ye? orang lain macam mana? hehe

sue,
thanx. ameen.

Dammit said...

Jadi kau buat post ni semata-mata untuk aku?
(refer kat komen kuey-san)

hahaha

Matematis Muda said...

untuk siapa lagi? *kelip kelip mata*

hahaha