Wednesday, October 6, 2010

Kaitan Antara Sejarah Dunia, Sejarah Malaysia, Dan Sejarah Islam

Dalam entri lepas, entri di bawah, aku dah nyatakan betapa aku lemah sabjek sejarah ni dan betapa aku tak boleh blah dengan sabjek sejarah ni. Jadi, aku harap kalian paham apa yang aku akan tulis ni ialah tulisan seorang yang tidak banyak pengetahuan tentang sejarah.

Pemikiran aku bermula pada semester lepas, sewaktu aku ambil matapelajaran Sejarah Matematik. Satu satunya sabjek sejarah yang memang aku minat membacanya.

Bila aku baca sejarah sejarah evolusi dan perkembangan nombor dan ilmu matematik, aku cuba kaitkan dengan sejarah Islam. Terutamanya sewaktu perkembangan nombor moden. Aku sangat teruja bila aku dapati sejarah perkembangan nombor moden bertepatan dengan sejarah Islam.

Tamadun India telah muncul dengan satu sistem pernomboran yang sangat bagus. Sistem ini telah sampai ke tanah arab dan dikaji oleh ahli matematik di sana. Justeru apabila empayar Islam berkembang, sistem nombor ini turut berkembang.

Waktu yang dinyatakan dalam teks itu seingat aku ialah sekitar zaman Saidina Umar al-Khattab. Atau mungkin Saidina Umar Abd Aziz. Aku tak ingat sangat, tapi zaman tersebut ialah memang zaman empayar Islam tengah memuncak dan jika diikut perkembangannya, memang bertepatan dengan perkembangan empayar Islam. Aku dah tak ingat sangat, tapi tak silap aku ia bermula dengan ke mengikut jajahan Islam ke Sepanyol kemudian ke seluruh Eropah. (kan aku dah cakap aku lemah sikit sabjek sejarah ni, baca sekali lupa. macam mana boleh mengaku jenius.)

Faham tak. Aku sangat eksaited sebab aku boleh kaitkan benda benda begini. Connect the link.

Jadi, aku terfikir. Boleh jadikah, ulama ulama matematik atau saintis era sebelum masihi itu sebenarnya tokoh tokoh Islam juga. Euclid itu sebenarnya hidup zaman Nabi apa? Apakah mungkin tuhan tuhan greek dahulu sebenarnya ialah nabi nabi kita terdahulu? Mereka diangkat menjadi tuhan sebagaimana Nabi Isa diselewengkan oleh sejarah sebagai anak tuhan, lantas menjadi agama baru?

Eh, aku rasa macam karut sangat pemikiran aku ni kan?

Tapi, aku rasa sangat betul tau. Aku tak tonton lagi video yang dikatakan tu. Laptop aku ada masalah suara, jadi aku tak tonton video dah melalui laptop aku. Cuma seingat aku, waktu sekolah rendah dulu aku pernah bincang dengan kawan, dinasor ni hidup zaman nabi apa? Takde ke kaum nabi yang ingkar dihukum oleh tuhan dengan dimakan dinasor?

Maafkan aku, aku malas nak google, aku nak habiskan entri ni cepat cepat sebab aku nak buat kertas assignment bahasa inggeris tajuk "Animal testing should be banned".

Tak silap aku, jarak antara Nabi Isa a.s dengan Nabi Muhammad s.a.w sekitar 500 tahun. Nabi nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w tempoh hidup mereka mencecah ribuan tahun. Rasul dan nabi yang wajib kita tahu ada 25. Kira cincai 25 x 1000 dah 25 ribu tahun. Itu habis cincai. Kalau ikut jumlah rasul semua ada 313 tak silap aku. Kalau ada nabi atau rasul yang hidup lebih seribu tahun, bagaimana. Justeru, dinasor hidup zaman mana?

Ada kawan kawan yang boleh bantu jenius ini tak? Yang mana agak agak takde benda nak buat, gugel sikit cari info. Boleh? Hehe. Dah, aku akhiri entri ini dengan serangkap pantun.


Ah banyak lah kau punya pantun. Haha.



notakaki: Weh, betul kan aku kalau ada fakta mengarut. Aku main tulis je ni. Tak fikir sangat. Bahasa pun macam kelam kabut hentam keromo.

5 comments:

Anonymous said...

wolla lah
aku pernah terfikir mende y sama
bila denasor idup
& aku dpt konkusion
dia idop sblm adam dicipta
*seniri pnya teori daa
sbbnya pe aku ckp cenggitu
teori denasor pupus ada bnyak
.sbb hentakan najisbintang
.sbb penyakit
.natural selection=iceage,suhu xtrm
.ntah hape lg teori ntah

denasor pupus sbb najisbintang&natural selktion
teori paling popular...kalo xsilap
maka, menurut firasat aku la kan
manusia x dapt hidup pon sblm wktu tu
bila dominon denasor dah kiok
barula manusia bole dominon
firasat aku la
firasat korang???

in☂an Jun$u said...

oh,aku pn xske ngan subjek sejarah.suke blaja,tp xsuke exam sejarah.byk fakta kne hafal..

tp aku plg suke sejarah anbiya a.k.a sirah.

oops..xde kena mengena ngan entri.hehe.. :p

soalan ttg dinosaur tu..pe kata u tnya ahli kaji tulang belulang tu sume?dorang sure leh estimate tahun bila dinosaur idup..then kita gunakn la kejeniusan kamu utk agak zaman nabi apa mende tu ada.huhu..

kinawa said...

der, ada sesuatu yg halus yg aku rasa perlu dicermati di sini..

kreatif said...

Islam adalah ugama orang Arab. Kristian adalah ugama orang Yahudi.
Mereka dari kawasan berhampiran sebab itu dongeng atau mitos mereka ada persamaan.

Mungkin generasi kemudian menokok tambah.

Di manakah orang Melayu ketika itu? Orang Melayu adalah di kepulauan melayu. Hidup mereka senang pelaut menanam kerana keadaan green di sini.

Berlainan di negara Timur tengah, tak ada sungai di Saudi Arabia percaya tak? Sebab itu dalam syurga mereka ada sungai.

Di Timur ini, ada buddhist dan hindu. dan ini boleh di lihat di Bali.

Saudagar India atau mubaligh datang dan menyebar ajaran islam.

Sultan melayu memeluk islam dan diikuti oleh rakyat biasa.

Kenapa kah pmikiran saintifik tidak berkembang di Malaya semasa ia berkembang di Eropah. Jawapannya samalah. Sebab kehidupan di malaya senang. Tanam je hidup. Tidur diluar pun hidup. Tidak ada winter yang membunuh.

Sebab itu orang asia relaks je. Juga orang melayu dibantutkan dengan sekolah arab yang hanya belajra kitab. Sehingga mckk dibangunkan oleh inggeris barulah sains berkembang dikalangan orang melayu.

Kira orang melayu ni cepat juga belajar. Tapi dibandingkan jepun, melayu jauh ketinggalan. mereka dah boleh bina kapal terbang dan kapal selam dan dah boleh serang bangsa eropah di Amerika!

Di jepun hidup susah, ada winter tak cukup tanah. Jadi hidup susah ni penting untuk bina masayarakt kreatif.

Falsafah dnn inquiry mind juga perlu dipupuk dari kecil dan tidak dibantutkan dengan dongeng dan mitos.

Anonymous said...

bro...sy penah bace "adam-adam sblm adam"
maksudnye sblm nabi adam ada kehidupan menyerupai manusia (homo sapiens) tp bukan manusia yg sempurna lah..manusia yg hidup zaman batu,yg x reti ckp,x reti ape2 pon..so adam first manusia sempurna turun dari langit after all the theory bigbang sume tuh,,
after dinosor2 sume hilang..wuaaa..rite me if im wrong.

p/s:ooh..i love sejarah indeed im a math student.sume sejarah lah..greek,melayu,arab,islam..suke3