Thursday, May 27, 2010

Bilik Berlagak

Petang tersebut aku berada di showroom Honda. Bukan nak beli, nak tengok tengok sahaja.

Eh, silap. Nak. Tapi belum mampu.

Jadi, aku tengok tengok. Pegang pegang, usik usik. Jurujual hampiri aku, tanya mahu pandu cuba. Aku jawab boleh juga.

Belum sempat nak prosid, tiba tiba seperti ada keriuhan kat luar. Showroom ni letaknya dekat dengan satu sekolah menengah. Waktu ni pula, waktu budak budak baru balik. Pukul 2 lebih.

Kami jengah ke luar tengok. Ada dua geng seperti mahu bergaduh.

Lantas, dengan pantas, jurujual tadi lari ke meja berdekatan, buka laci, tutup. Raba poket. Keluarkan kunci kereta, lari keluar.

Dia kata kepada kumpulan budak sekolah tersebut.

"Kejap, kejap. Abang alih kereta ni dulu,"



notakaki: Set sosial terdekat memang sedia maklum akan kegilaan dan kekaguman aku terhadap Honda Civic. Memang menghornikan.

8 comments:

Kelon Eric Bana said...

Walaupun aku kurang patriotik sebab membangkang dengan dasar sistem yang letak angka 1 pada apa2 kata nama (contohnya 1Kereta), tapi kereta waja tetap di hati

ainunl.muaiyanah said...

Hahaha..

Bukan nak leraikan pergaduhan tapi dia nak selamatkan kereta. Mana tahu takut tercalar, terpecah cermin ke apa..

eh, kau dapat pandu kereta tu tak?

Kema Azeman said...

hahahah klakar r weh. pape pon, save the car, save the world. eh?? hahah

Kinawa, a wordsmith? said...

sinikal gila abg tu.kmpom xjadi gaduh

alif zai mim ra said...

hehe..kelakar. tu la..jadi gaduh x?

Matematis Muda said...

eric,
aku tak suka waja. tetapi agak wajar juga nama keretanya begitu melihatkan bentuk badannya

ainun,
betul, mungkin dah biasa berlaku hehe
dapatlah.

kema,
err tak kot. save the car, my job safe hehehe

kinawa,
jadi. lain hari

alif,
sila rujuk jawapan di atas

Kema Azeman said...

owh. aku igt pgaduhan tu tak jd. so aku igt save the car, save the world. ahahaha

Matematis Muda said...

the salesman's world is his job. thus, my quote. m i to genius to be understood? hahahahaha