Wednesday, May 26, 2010

Kehadapan Para Pembaca Sekalian

Hari ini MM malas menulis. Bukan takde idea. Tapi malas.

Aku rasa takyah cakap pun semua dah tau betapa pemalasnya aku ni. 9 entri je sebulan untuk 4 bulan berturut turut. Dan mungkin masuk 5 bulan. Hish.

Baiklah. Hari ini aku nak kongsikan satu pautan terbaik punya. Nah klik sini.

Aku tak tau kenapa aku rasa nak kongsi cerita tu. Mungkin sebab aku rasa, bila kita makin besar ni, macam makin besar kepala dengan Tuhan.

Macam tak takut sama neraka Tuhan. Macam tak kisah dengan syurga Tuhan. Macam hidup ini semata mata untuk hidup di dunia ini je. Sibuk dengan kerja, sibuk dengan cinta, sibuk dengan hiburan.

Berapa kali sangat dalam sehari kita fikir pasal syurga dan neraka. Silap. Berapa kali sangat dalam sehari aku fikir pasal syurga neraka.

Tapi, itu lah. Mengeluh saja tak guna juga kan. Hehe. Jadi, ayuh kita berusaha merapatkan diri merapatkan diri dengan Tuhan.



notakaki: Dalam malas malas aku menulis, boleh tahan juga aku taip bila dah start. Haha.

3 comments:

Kinawa, a wordsmith? said...

upah aku sebagai buffer untuk kau tulis entri ni?

alif zai mim ra said...

jgn mengeluh. org tua cakap tak baik mengeluh. ayuh!

kinawa, kamu buffer. MM apa? Leishmann stain? :P

Matematis Muda said...

kinawa,
kau dapat makan cis tart

alif,
tak mengeluh tak tersedar. mengeluh dan bertindak. ayuh!

tak. aku bukan leishmann, tapi reimann