Wednesday, September 8, 2010

Hari Raya

4 hari selepas hari lahir aku, Bekas Kekasih sms ucap selamat dan maaf sebab lambat ucap. Tidak sedar tarikh berlalu. Aku tak kisah pun.

Tapi, aku duk fikir balik. "Eh, dia ingat hari lahir aku. Hari lahir dia bila a?"

Siriyes aku tak ingat. Aku dok perah otak balik, aku teka satu tarikh.

Baru baru ini, tarikh yang aku teka tu tiba. Aku pun sms dia. Lepas sms buat syarat tanya khabar apa semua, aku tanya.

"Sebenarnya nak tanya, besday awak esok eyh? Lupa dah haha,"

"Yela tu. Hai, macam mana genius boleh lupa besday orang hehe." Dia balas steady.

"Kalau macam tu, semoga bertambah iman amal taqwa dan semoga cepat kahwin lah ye hehe," aku ucap.

"Thanx. Weh jangan lah do'a cepat kahwin. Taknak lah kahwin awal awal. Huhu,"

Aku tersenyum sendiri. Patutlah Tuhan tak panjangkan jodoh kami.

"Lah apasal pulak? Saya insya-Allah kahwin lepas raya ni," aku beritahu dia.

"Hah? Cepatnya. Ini betul betul ke cobaan? Hehe,"

"Betul lah. Tapi tak tau lagi lah bila. Kalau saya kahwin tahun depan pun lepas raya jugak kan? Hehe,"

"Cis. Genius punya kelentong,"



selamat hari raya maaf zahir batin pagi raya jangan gatal tangan nak main internet kalau takde sedara mara nak ziarah pergi ziarah soping mol ye kuih raya sila jangan habiskan sendiri nanti orang datang rumah tak dapat nak makan kuih raya oh tahun ni boleh dapat duit raya lagi ke kawan aku cakap masa kecik sikit dulu setakat dua ratus tak payah berusaha pun aku ingat tahun ni kalau dapat dua ratus boleh lah buat tampung duit mas kahwin eh silap buat tampung duit yuran yunibersiti la ish fikir kahwin saja aku ni erm aku harap tahun ni emma watson tak buat hal datang beraya kat rumah aku kalau tak nanti terpaksa lah aku kahwin dengan dia pula wah wah wah seronoknya saya berangan ah sudah lah panjang sangat pula ucapan raya aku akhir kata terimalah serangkap pantun dari saya

main mercun di malam raya
selang seli dengan bungapi
selamat hari raya
maaf zahir batin

entri ini takde notakaki y'all~ hahaha

6 comments:

Dammit said...

Aku tak sangka ko pandai berpantun. Aku teringat ko cakap pasal ayat ko dlm sms takde titik. Memang macam tahi. haha.

in☂an Jun$u said...

slamat beraya,MM..kamu mmg genius!

tang kelentong la.haha!

GigiWangi said...

haha.terbaik punya kelentong.

btw, selamat hari raya jugak :)

As said...

aaa lama da as cakap
kamu suka tak buh titik dalam sms
ni buh kat entry pulak..
aaaa tensi~

it's jenn. said...

panjang sungguh ucapan hari raya tapi seronok baca sebab paling best untuk yang takde sedara mare nak ziarah tu jangan gatal nak online sebab da rase akan online terus di aidilfitri sini takde ape nak buat huhu makan makan jela jadi

selamat hari raya buat encik mm.

Matematis Muda said...

dammit,
cuba kau bayang kalau dalam sms ko baca macamtu haha pasti berkali ganda macam tahi haha

intan,
err i'll take it as a compliment? haha selamat beraya juga

gigiwangi,
terima kasih

as,
tensi sekali sekala apa salahnya wahaha

jenny,
makan! jangan online! hehe