Saturday, April 17, 2010

Peluh

Malam tadi, kawan aku kol ajak main futsal. Jam 11 katanya. Aku setuju tanpa bahas.

Selaku manusia yang kuat makan lebih lebih lagi apabila keseorangan di rumah di musim cuti ini, aku rasa aku perlu keluarkan peluh sedikit. Petang petang tak dapat nak main bola, padang kena conquer dengan budak sekolah. Jadi, selaku kaki bola, peluang sebegini jangan ditolak.

Jam 1045 kami sampai dekat tempat futsal tersebut. Lepak di cafe bersebelahan sambil pakai kasut sambil borak.

Jam 11, team dari court yang aku tunggu tu keluar. Geng geng baju merah. Diorang duduk di meja bertentangan dengan meja kami. Aku baru siap pakai kasut sebelah kanan.

Tiba tiba member aku cakap, "Itu bukan dia tu ke?'

Aku yang tengah ikat kasut kaki kiri angkat kepala tengok meja sebelah. Scan muka muka yang ada, lantas membalas, "Siapa? Tak kenal pun,"

"Ah betul lah. Geng geng dia la ni." member aku balas sambil terus melihat geng geng baju merah tadi.

Aku selesaikan ikatan kasut dan perhatikan betul betul. Tengok punya tengok. Perhati punya perhati. Teliti punya teliti. Aku nampak sorang brader pakai baju MU. Aku berbisik dalam hati, "Macam kenal."

"Ko cam tak?" Member aku tanya lagi.

Aku tanya, "Siapa?"

"Tomok la,"



Kami pun berjalan masuk court lalu menyepak bola dengan penuh lunak sekali.

7 comments:

in☂an Jun$u said...

so u lawan ngan geng dia la?sape menang?

Dammit said...

ko lawan geng tomok ke? soalan kedua, menang ke kalah?

Anonymous said...

soalan ke-3, artis2 memang ske pakai baju man u aja ka?

zarseries said...

dongeng..

aku pakai bju MU sblum ni ko tak tulis pun..haha..

kinawa said...

keluarkan peluh sedikit?? SEDIKIT??

Matematis Muda said...

mergas,
err cuba pahamkan perenggan ke-4. kalau kurang faham mari aku explain. masa aku sampai dia tengah main. pukul 11 dia berhenti, keluar court, aku nampak. ok?

dammit,
soalan satu, sila rujuk jawapan di atas.
soalan dua, soalan tidak relevan.

kelon,
sila rujuk jawapan soalan dua di atas.

zar,
ko punya tahap lain. tahap super-duper-star-gila-babi. sebab tu aku tak tulis. haha

wordsmith,
sedikit sedikit lama lama jadi bukit.

kinawa said...

berapa kali kita nak bincang benda ni? bukit dah memang sedia ada. mane ade start sikit sikit pastu siap jadi bukit.