Friday, July 9, 2010

Penantian

Seperti hari hari sebelumnya. Pulang dari kerja. Bancuh air. Aku duduk depan laptop di ruang tamu.

Seperti hari hari sebelumnya. Aku tunggu kepulangannya. Sesekali kulihat pintu. Mengharap kau akan muncul dari situ.

Seperti hari hari sebelumnya. Kau tidak juga muncul. 2 minggu mungkin tidak selama 2 bulan. Tapi tanpamu di sisi, 2 minggu kurasa bagaikan 2 tahun.

Seperti hari hari sebelumnya. Aku habiskan minuman. Menoleh sekali lagi ke pintu. Dan seperti yang dah dijangkakan, aku melepaskan keluhan.

Pasrah.

Entah berapa lama lagi harus kutunggu habis rajukmu. Aku berjalan kembali ke dapur.

Assalamu'alaikum. Suara lembut yang tak perlu kuteka empunyanya kedengaran dari pintu itu.

Hakikatnya, hari ini bukanlah seperti hari hari sebelum ini.

Benar telahanku. Kita tak mampu berterusan begini. Kau perlukanku sepertimana kuperlukanmu.

Terima kasih tuhan. Kau lah punca manusia tidak putus asa dengan kehidupan.

6 comments:

♥Safiyyah Aisyah♥ said...

THanx to ALLAH for everything

Bicara Jiwa said...

err..sape da blk?

kinawa said...

igt buat apa ak pesan

As said...

pesanan last tu, thanks :)

nurdini izni said...

MM. soalan ni agak straight fwd, tapi.. sudah berkahwinkah anda? :O

suehanna said...

hmmm. hang ni tak bleyh caya tau dak? ni boleh saja buat ayat camneh ni kan? kan? saja bwat saspennn. hahahaha.