Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Ini

Aku baru perasan aku dah ada 70 Pengikut (pengikut? penganut? peminat? apa apa lah yang hujung dia 't') atau aku tulis sebagai pelanggan. Aku tiada sebab sebab tertentu kenapa aku tafsirkan ia sebagai pelanggan. Saja saja saja.

Kali terakhir aku tengok, 69. (Maksudnya blog aku tak femes sebab aku boleh tengok urutan nombornya. Lainlah kalau aku onlain hari ni 70, esok 73, lusa 78. Get my point?)

Aku rasa dan aku percaya, dari 70 pelanggan tu, 30 orang yang betul betul ikut. Selebihnya, aku rasa ada unsur unsur pengiklanan. Kau tahu lah, jenis aku follow kau kau follow aku atau follow ramai ramai nanti banyak lah nama aku dekat blog orang atau apa apa lah. (Maksudnya aku seorang yang sangat pesimis. Astagaaa bulan remdan ni. Sangka baik lah sikit.) Ok, aku rasa 45 orang yang betul betul follow. Selebihnya dah tak berapa aktif atau dah putus asa dengan kekerapan aku apdet yang sangat sikit.

45 pelanggan, dan anggaran 15 pembaca senyap, aku ada 60 pembaca yang datang ke CDR dalam seminggu pertama ramadhan ini. Dan dalam seminggu pertama ramadhan ini, aku tidak ada satu pun apdet yang bermanfaat untuk mereka yang setia berkunjung walaupun aku tak apdet apdet.

Sangat terharu ya.

Aku rasa aku perlu lebih bertanggungjawap terhadap pelanggan pelanggan yang menantikan tulisan tulisan bernas dari aku.

Jadi, selaku seorang jenius, aku akan mulakannya dengan entri ini. Dalam entri ini, aku nak mengajak kau orang semua untuk mempraktikkan rasa syukur pada tuhan dengan mengucapkan alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Banyak benda kita patut bersyukur pada tuhan. Satu benda yang nyata dan selalu kita terlepas pandang adalah penggunaan "nasib baik" instead of "alhamdulillah".

Renung renungkan. Wahahahaha. Selamat berpuasa.

12 comments:

it's jenn. said...

dah macam dalam hot fm punye tazkirah :D

renung renungkan. dan selamat beramal!

Anonymous said...

haha. aku ke follower ke 70 tu?

Aku follow blog kau. Tapi tak selalu aku berkunjung sini. Datang sini mungkin memakan masa yang panjang.

Kebanyakan blog aku baca via google reader je.

Anonymous said...

aha, follower aku rasa diorang mmg pilih betul2 kut nak folow atau tak.

contohnya...

minggu ni jadi 77, kadang2 jadi 76 sbb un follow. sbb mula2 ikut, lepas tu rasa tak best, terus unfolow kut?

in☂an Jun$u said...

better than mine.at least ada orang leave comment kat ur post.

mcm aku,aku leh agak bape org yg baca blog aku.sorang je weh...





aku la orgnye.haha!nasib2..

nani said...

and pengikut kebanyakkannye perempuan *angkat-angkat kening*

Kuey san said...

Woit, update, update, eh, dah update rupanya. He He He.

Muka koi memang xde lah kat followers tuh. Sbb koi mmg x klik butang Follow tuh.

Tp koi subs CDR via Google Reader.

Alhamdulillah, MM masih sihat dan bleh bg tazkirah sikit2.

Selamat berpuasa!

;)

enriuel said...

Blog aku tak de follower pun. Rilex je. :)

ainunl.muaiyanah said...

ceh pendek sahaja entri dia?
isk isk

Matematis Muda said...

iron lady,
kat indon pun ada hot fm eyh? ;p hehe

asrul,
terima kasih a jadi follower. harap kau follow yg baik je la haha

kelon,
atau pun mungkin sebab akaun kena terminate sebab kena flag. gila buruk sangka aku ni haha

intan,
alaa aku baca je pe. komen je tak huhu

nani,
dah 'hot' nak buat cane *angkat kolar baju* haha

kuey-san,
i know. ucapan terima kasih khas untuk aok hehe selamat berpuasa juga

enriuel,
aku follower tetap kau kot..tiap hari bukak kot kot kau tak private kan dah ke haha tapi ternyata kecewa hahaha

ainunl,
intro je yang panjang hehe

suehanna said...

hehe. tula, kasi bermanfaat lagi eyh in the future entries (:
dah tau dah muka mcm mana. muehehehehehehehehehehehehehehehehe.

AZ said...

siot aku duk ikut ko g hulu hilir, ko x iktiraf ak pon.. sdey a cmni.. rse cm nk baling tepung je

Matematis Muda said...

sue,
saya cuba ye huhu
haha dah malas mahu konon konon misteri. malas mahu ambil kisah sudah huhu

AZ,
tepung tahun ni dah expired, tahun depan aku dengan senang hatinya mengizinkan kau plan agenda tepung menepung wahahaha