Monday, June 21, 2010

Menulis

Walaupun dalam dunia ai-tee sekarang orang dah tak tulis tapi taip. Tapi kita tetap panggil tulis entri.

Dua tiga menjak kebelakangan ini, beberapa pemblog menyatakan kegusaran mereka mengenai blog mereka. Mengenang kembali tulisan tulisan mereka. Bagaimana blog mereka dahulu dan sekarang. Ada yang mengambil inisiatif untuk tukar penampilan blog, ada yang tukar gaya menulis.

Jujur aku cakap, aku tak tau kenapa aku tukar layout CDR ni. Bukan aku suka pun layout baru ni. Aku malas nak tukar balik je. Tengoklah macam mana minggu depan kalau free, kita godek balik layout ni.

Kembali kepada tajuk.

Aku pautkan dua entri dari dua pemblog. Entri Dammit dan ainunl.

Aku tak reti nak susun ayat elok elok. Tapi apa yang aku nak cakap lebih kurang ialah, kita terpaksa berubah.

Kalau rujuk kat entri Dammit tu, dia ada cakap yang kadang kadang dia rasa nak tulis benda benda yang deep dan personal. Kalau dulu, dia akan tulis je. (Nota sampingan: Aku baca tulisan dia dari zaman friendster lagi.) Dia tak kisah sangat deep ke dark ke. Tak ambil kisah sangat dengan pendapat pembaca.

Tapi bila dah lama sedikit. Kita akan terpengaruh dengan pembaca kita. Aku tak cakap pasal Dammit je. Aku rujuk kat diri sendiri juga. Macam Dammit cakap, bila dia tulis benda benda deep, respon dari pembaca macam agak weird. Kesudahannya, dia memilih untuk simpan untuk diri sendiri je.

Macam yang aku pernah alami, pembaca CDR seakan menganggap yang tulisan MM mesti kelakar. Jadi, bila aku tulis secara tak kelakar, ada yang akan kecewa. Aku pernah dapat SMS dari seorang kawan yang baca CDR kata, "Tak kelakar la entri baru kau ni,"

Lama lama kemudian, aku jadi berfikir apa yang kelakar sahaja untuk aku pos. Aku dah tak berapa ikhlas menulis. Buktinya pada jumlah entri bulanan untuk tahun ini. Aku maintain 9 entri sebulan selama 5 bulan.

Kenyataan biasa dari kebanyakan ialah "Sukati aku lah blog aku," atau ditambah dengan "Ada aku kisah,". Tetapi hakikatnya, ia melihat kepada tujuan kau menulis juga. Kau menulis untuk diri sendiri atau menulis untuk orang baca.

Aku? Aku sendiri tak tahu. Tapi aku sangat berharap aku dapat berkongsi ilmu dengan menulis.



Aku rasa maksudnya aku menulis untuk orang baca lah kan.

Entahlah. Aku rasa aku pun tak faham apa aku tulis. Takpe. Petang karang aku cek balik apa aku tulis ni sebenarnya.

14 comments:

ainunl.muaiyanah said...

*blushing*

MM pautkan blog aku ke blog dia. Wah!!
(mata bersinar-sinar)
tak sangka!

Sampai rasa nak buat status di facebook!

hi hi hi

Kema Azeman said...

haha. aku plak sejak 2 menjak ni asek tukar2 blog. dan untuk seketika yang lama, aku btanya pada diri: untuk tujuan apa aku menulis. zaman frenster dulu, aku start menulis sbb aku mmg suka menulis. dulu entry2 aku kat frenster smuanya mcm bimbo2. but it slowly evolves n lama2 ramai org kate entry2 aku mcm emo pdhal aku rs takdela emo sgt hati aku ni. kdg2 aku fedup sbb blog ni boleh mmbw byk masalah. boleh bg kita tekanan yang tak spatotnye. sebab tu baru2 ni aku dok tukar2 blog. aku bosan. dan skrg ni, aku rs mmg aku dah tak boleh nak menulis mcm aku menulis di zaman frenster dulu. samada sbb selfcon terlebih lebih ataupon penulisan aku sudah menjadi matang ataupun aku da memang agak sedikit fedup. tp aku rs, blogging ni adalah amat bagus utk mmbantu kita mengenali diri kita dgn lebih dekat. dan, ia adalah sebuah medium utk mmbuang penyakit2 hati. bak kate lain, its therapeutic. (betol ke aku eja ni? haha) aku rs sebab yg 2nd last n last tu aku masih lagi menulis. ko pon mungkin same jugak i suppose?

ainunl.muaiyanah said...

tambahan : blog kau tak lucu. Tapi bagi aku sarkastik.

Dan sebab sarkastik itu aku rasa entri kau sangat menghiburkan :)

syasya(^*^) said...

alah... x yah pkr pe org nk ckp psl pe yg ko tls..
aslkan ko gmbire ngn pe yg ko tls..;D

Dammit said...

Aku rasa entri kau ni deep, sbb byk sgt point n Kema punya komen lagi best, panjang! haha. aku rasa aku tulis je. Tapi lagi seronok kalau ada orang suka.

Huzai said...

ha ha ha veri fani. Ehh????

Pumpkin Peroz said...

i have always believe when u read someones entry, it reflects who they are...xkn nk klakar manjang kn..ade mase kite nk gak jd serious and want to be taken seriously..
keep up the good work bro!~

Matematis Muda said...

ainunl,
apa kat sebelah ni takde pautan ke blog kau kah? hehehe
ok, tiada lagi pos sarkastik selepas ini hehe

kema,
betul. tapi aku sajes kau elaboret lagi, buat satu entri baru. boleh? hehe

syasya,
ak ta rt la nk wt g2. klu wt g2 t xd owg phm ssh la. k cne?

dammit,
so in a way, we hope it will gv a positiv efek to our readers. and we will be frustrated if ppl dont get what we try to convey. kan? that's what i mean. its different if we are writing for the sake of writing. we wont care wheter ppl understand or not. like what u r doing with ur blog now haha

n yes. aku tulis cam tayik. kema punya komen lagi bes dari aku punya entri. (hint: emo) haahahaha

huzai,
if i broke all your bones, will u still say that? hehe

Matematis Muda said...

pumpkin peroz,
yup, thanx

iTalk@iPhone said...

layout CDR skrg da mcm blogshop CD.

Kema Azeman said...

hei mm. asal ko asek nak "if i broke all your bones, will u still say that?" gangster yer ko skrg. hahaha :p ok2. nanti aku try buat. heheh

Matematis Muda said...

iTalk,
blogshop CD tu apa?

Kema,
Itu ayat dalam cerita A-Team la. Kalau ko tengok ko tau la kenapa ayat itu seronok. Haha.

iTalk@iPhone said...

blog jual CD

Kelon Eric Bana said...

kema,
kita tulis orang baca.
orang baca, nanti orang judge.

sebenarnya kita takut dijudge.
aku banyak berperang dengan isu dalaman mcm tu.

sampai satu tahap sekarang, aku tulis aja sampai aku puas.