Setelah fikir masak masak, dan setelah didesak rakan taulan, akhirnya, aku rasa aku patut meraih undi.
Ya, seperti yang dinyatakan pada tajuk entri ini. Aku telah menyertai satu pertandingan fotografi dekat fesbuk. Dan trend sekarang ialah menang ikut undi, pertandingan ni pun mengamalkan konsep yang sama. Pemenang ditentukan oleh undi pengguna fesbuk.
Alaa, macam kebanyakan pertandingan lain la. Bezanya, sebelum ni aku tak masuk. Kali ni, aku masuk. Haha.
Ok lah. Cakap banyak pun tak guna. Pertandingan tu kat link di bawah ini;
http://www.facebook.com/WeLoveColours#!/WeLoveColours?v=info
Link bawah ni pulak adalah dua gambar taruhan utama aku. Yang lain, sekadar saja saja saja. Aku pun tak tau kenapa aku hantar banyak sangat gambar haha.
http://www.facebook.com/WeLoveColours#!/photo.php?pid=4634494&id=265365083962&fbid=407541348962
http://www.facebook.com/WeLoveColours#!/photo.php?pid=4634497&id=265365083962
Kedua dua gambar diambil menggunakan kamera dijital Canon SX200i aku. Konon konon kalau menang, boleh guna duit tu nak beli DSLR ke GF-1 ke. Haha.
Jadi, tujuan utama entri ni ditulis ialah untuk minta tolong korang undi lah gambar gambar aku tu. Haha. Agak segan jugak la nak minta orang undi undi ni. Macam mana lah orang yang masuk realiti tivi tu rasa eyh?
Tapi, peduli apa. Nak menang punya pasal, malu segan tolak tepi. Haha.
Oh ya, cara nak undi. Mula mula, korang kena like dulu page 'We Love Colours' tu. Kemudian baru vote gambar yang berkenan di hati dengan meng'like' pada gambar gambar tersebut.
Erm, part ni sepatutnya aku cakap "undilah gambar saya!" kan? So, undilah. Hehe.
Ok lah. Segala jasa baik dari pihak tuan puan, saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
Undi la aku wei! Haha.
notakaki: Ini bukan gambar polaroid tapi gambar poladroid. Guna software untuk ubah gambar biasa jadi efek macam polaroid. Maklumat lanjut tengok kat Ask Sancora.
notatapakkaki: Aku nak aplod gambar ori kat sini sebenarnya tapi internet apa dajal entah nak dengki dengan aku masa masa macam ni. Nak marah pun, rasa macam bodoh lak nak marah kat benda takde otak. Ish. Nanti esok esok kita cuba ye.
6 comments:
dah vote!
huhuu
MM,
sokong Chelsea sebagai tanda terima kaseh, ok? ;p
Good luck dude!
now dat i know ur name is nabil abas.haha!
Semangat mcm ini yang kita mau.
Saya nak kasi testimoni sikit:
"MM yang saya kenal sangat berbakat dengan photog, jadi kawan2 sila undi supaya suatu hari nanti MM boleh memeriahkan persada photog dengan hasil yang bila korang tengok, korang akan cakap (aduh kasssimm...kau butakan lah mata ku, tak sanggup lagi ku melihat gambar-gambar kau.)"
Undi ya, jangan tak undi..
yann,
thanx
kuey-san,
tak ikhlas! haha thanx btw
intan,
i tot u oredi knew? dah tak kisah sangat dah pun pasal anonimiti. dah malas nak kisah huhu
pojan,
thanx dude, tapi macam over sikit a hahaha
aku tau ek?hehe..aku teka je.wakaka
Post a Comment