Wednesday, May 7, 2008

Dulu, Kemudian, Kini; KokoKaina

KokoKaina
kalian pernah dengar nama ini?
tak pernah?
pergi google
oh, takpe
nanti aku cerita
kalian tahu AF itu apa?
ya Akademi Fantasia
entri ini
akan berkisarkan tentang AF

Dulu
aku pernah membenci
orang yang menyukai AF
aku benci
benci, benci, benci
aku menyampah
menyampah sungguh-sungguh
itu semua karut
karut, bodoh, penipu, setan
tapi itu dulu
cerita dulu
realiti

Kemudian
aku tidak lagi benci
pada peminat AF
aku cuma benci AF itu sendiri
membencinya sebagai sebuah entiti
dan 'graduan-graduan'nya
oh silap
aku dah tak benci
cuma menyampah
serabut, bosan dan yang sewaktu dengannya
aku yakin ramai yang seemosi denganku
tak kurang juga ramai yang kontra

Kini
pendapat, emosi, perasaanku
disokong kuat oleh
satu jasad bernyawa
tidak
dia tidak tampil ke khalayak
memberitahu sokongannya padaku
tapi dia menjadikan
dirinya sebagai bukti
bukti kejayaan seorang insan seni
bergelar peyanyi
tanpa bantuan rancangan realiti TV
dia adalah
KokoKaina!!!

Dia menetap di Ampang
seorang penulis lagu
dan pemain gitar berbakat
dan bersuara lunak
apa istimewanya setakat boleh buat tu semua?

Dude,
dia takyah masuk AF
takyah masuk Mentor
takyah masuk pun semua-semua
benda harom jadah tu
tapi
dia dilamar membuat album
oleh Monotone Management dari Hollywood
sebuah syarikat rakaman Jack Johnson

Macam mana dia berjaya?
YouTube
bermula dengan rakaman amatur di komputernya
dia kemudian memuat-naikkan klip-klip
lagunya di YouTube
hingga beberapa klipnya telah diletakkan
di muka depan YouTube
pihak YouTube pun perasan bakat dia agaknya

Kemudian
Patrick Keeler, pemain drum The Raconteurs
menjumpainya di YouTube
dan membawanya ke Hollywood
untuk merakamkan 10 buah lagu
di bawah syarikat Monotone Management
waaaaahhh

Pengajarannya?
luangkan lebih masa dengan internet
jangan sibuk dok terkinja-kinja
dengan AF, OIM, Mentor dan sebagainya
jangan dok tumpu pasaran tempatan je
kata globalisasi
kalau betul kau berbakat
pasti ada orang akan perasan

Maaf, aku cuba dapatkan sumber-sumber yang lebih rasmi
tapi kurang berjaya
semua info aku salin dari sini dan sini
jemput membacanya
MAAF, entri ditulis pada jam 0252
malas nak edit
sebarang karutan dan carutan
baca je
takyah masuk
dalam kepala
anggaplah ia
dongeng semata
sekian

No comments: