Entri sebelum ni cerita pasal KJ dah. Tapi kali ini KJ di CDR pula.
Baru baru ini, aku agak keliru dengan perasaan sendiri apabila membaca berita bahawa seorang rakan blogger akan kahwin lagi. Aku keliru dengan perasaan sendiri. Terkejut. Tumpang gembira. Tak percaya. Keliru.
Semalam, solat Juma'at dekat masjid MARDI. Aku tak tau apa nama masjid tu, tapi kawan aku cakap masjid MARDI. Tak berapa dengar sangat khutbah dia, sebab sibuk duk layan panas. Berpeluh juga lah walaupun cuma duduk je dengar khutbah.
Dekat dekat nak penghujung khutbah baru aku dengar dia punya kesimpulan. Dia cuba kaitkan, perkahwinan yang kita panggil membina masjid, dengan membina masjid secara realiti.
Secara kesimpulannya, dalam realiti, andaikata sebuah masjid itu terbina, maka banyaklah perkara perkara baik yang dapat kita susuli selepas itu. Seperti, solat jema'ah, majlis ilmu, gotong royong, dan banyak lagi. Macam macam benda benda baik dapat diterbitkan dan diteruskan.
Begitu juga dengan perkahwinan. Sebaik terdirinya 'masjid' tersebut, maka kita dapat melakukan lebih banyak benda baik. Kalau dulu benda yang baik dibuat secara berseorangan. Tetapi setelah terbinanya masjid tersebut, perkara perkara yang baik dapat dilakukan secara bersama sama.
Semakin banyak perkara yang baik dapat dilakukan setelah terbinanya 'masjid' seperti si suami mencari nafkah untuk keluarga, si isteri dapat berkhidmat untuk keluarga, dapat anak, anak diasuh, dididik, dikasihi.
Semakin mudah nak buat benda baik. Kan?
8 comments:
memang,tp lagi ramai yg nk wat jahat..
ha? tak faham. lepas kahwin nak buat jahat?
bola n9 menanag pun sbb kj
aku igtkan macam; bina masjid, tapi takde org solat jemaah kecuali hari jumaat je tiba tiba penuh. ataupun, di masjid tak boleh cakap hal politik. haha
yela..
dah ada pasangan pon masih nak makan luar.
sesetengah jela kot..tak sume
bana,
bukan sebab kj, tapi sebab keeper haha
wordsmith,
kelakar a tu? ha ameq kau. aku dah rampas hulu selangor bwahhahaha
mergas,
ok sesetengah
Keeper Jahanam
Seperti biasa, Siri KJ anda menggumbirakan hati ku. Kerana dapat info baru :)
Selamat berpraktikal, woit!
Post a Comment