Tuesday, October 26, 2010

Berlumba Dengan Masa

Masa

Dalam perlumbaan antara aku dan masa, sering kali, aku ketinggalan. Sering kali, aku perlu mengejar masa.

Setiap tahun, setiap semester, kitaran yang sama tetap berulang. Kali ini, jalan cerita yang sama, walaupun telah cuba diubah beberapa watak dan plot.

Mungkin perlu ditukar pengarah. Baru boleh menang perlumbaan dengan masa.

Kali ini, saat itu datang lagi. Saat di mana masa perlu dikejar (untuk ke sekian kalinya). Selagi garisan penamat belum tiba, selagi itu perlumbaan belum tamat.

Masih banyak yang perlu dirangkumi sebelum perlumbaan sampai ke penghujungnya. Semoga kita semua sempat.

4 comments:

Hermione Sakura said...

knp tau kitaran sama yg berlaku. sbb ko x suka matapelajaran sejarah :p yela, kalo minat, mesti ko akn amik pengajaran dari peristiwa yg lepas n x ulang lagi wat kali yg ke-2 or more than that.

Anonymous said...

masa masa masa
masa ditinggal teringat masa
masa teringat ditinggal masa

Kelon Eric Bana said...

kecuali kamu beriman dan beramal soleh, dan pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar (103;3)

Dammit said...

eh ada gambar!