Thursday, May 20, 2010

Fade To Black

Nenek garang. Dia selalu tengking tengking. Dia suka masak pedas pedas. Kalau dia masak, kompom aku makan sampai berpeluh. Lauk rebung, rendang kerang, sambal daging, semua nenek masak kaw kaw punya. Makan sampai pedih bontot berak. Tapi aku tak kisah pun, sekali sekala je makan masakan nenek.

Nenek garang. Dia punya mulut laser gila. Rilek rilek je dia maki hamun orang. Tapi dari kecik sampai sekarang, aku selalu dengar ayat ni diulang oleh sepupu sepapatku. "Nenek mulut je laser tapi hati baik". Dari kecik, sampai sekarang. Ayat ni selalu aku dengar.

Nenek garang. Dia pernah libas aku dengan getah paip. Dia pernah libas aku dengan sejadah. Dia pernah libas aku dengan ranting pokok. Aku tak kisah pun. Dia libas sekali je. Lepas tu aku lari la dengan sepupu sepupuku. Lepas tu tadah telinga dengar dia berleter.

Walaupun nenek garang, setiap pagi raya, waktu salam salam, airmata dia pasti bergenang. Dia peluk cium semua cucu dan cicit dia sungguh sungguh setiap kali raya. Dan airmata dia akan bergenang setiap kali raya. Macam airmata aku bergenang waktu memandu dari Serdang bila dapat panggilan Bapak bagitau nenek dah tiada.

Hari ini, genap seminggu. Lepas 18 hari koma, nenek pergi juga. Pun begitu, baunya masih segar di hidungku seolah baru tadi aku berjumpanya. Moga dia tergolong dikalangan yang dirahmati Tuhan, dijauhkan azab qubur dan azab neraka.

Ameen.

Selamat Hari Ibu, nenek.



"Every moment spent with you is a moment I treasure" - Steven Tyler


notakaki: Antara ucapan takziah dan doa buat si mati. Fikir fikirkan lah.

11 comments:

Aku Bukan JLo said...

Al-fatihah..semoge roh nenek kamu dicucuri rahmatnye dan tgolong di kalangan org btaqwa...amin...

Puppet Koyak said...

Sedih pulak aku baca.
Teringat arwah ayah aku.
kte sedekahkan al-fatihah byk2 pada arwah nenek ko ya?
al-fatihah~..

suehanna said...

alfatihah. be strong friend. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

lampu said...

Al- fatihah
Semoga nenek kau ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman.
Kadang2, ada org yang tak boleh tunjuk kasih sayang pada sesiapa. Yaaa, macam ayah aku. Dia sangat garang, tapi aku tahu, dalam diam dia sayang sebenarnya. Tapi tak boleh tunjuk.

Salam takziah utk family kau !

enriuel said...

tahniah,aku tegar taknak komen tapi atlast komen jugk sbb entry kau sangat menusuk kalbu.sebak aku bace.
Takziah,Al-Fatihah.

Fauzan Ahmad said...

nenek kau pindah alam yang lebih baik. jangan risau :)

Kinawa, a wordsmith? said...

allahummaghfirlaha warhamha wa 'afiha wa'fu 'anha.

Matematis Muda said...

bukan jlo,
ameen, thanx

puppet,
thanx. moga arwah ayah kau dirahmatiNYA sentiasa. amiin.

sue,
ameen, thanx

lampu,
ameen, thanx. yup memang ramai orang macam tu.

enriuel,
jadi, bila aku boleh baca blog kau? hehe

fauzan,
ameen insyALLAH

kinawa,
ameen.

aKu buKan Merg@sTua said...

salam takziah to u and ur family.

:(

sedey lak aku rasa..

alif zai mim ra said...

moga Nenek ditempatkan bersama orang-orang soleh. moga kau lebih tabah, MM. aameen..

Matematis Muda said...

mergas,
thanx

alif,
thanx