Thursday, November 26, 2009

Hujan Emas Hujan Batu








Fuh, susah juga nak curi masa nak apdet blog ya. Hehe.

Hari pertama aku di negara orang dihabiskan di hospital. Sebab anak kepada tuan rumah yang aku tumpang ini demam panas. Lebih 3 jam juga aku di sana. Mula-mula anaknya itu disuruh mandi supaya suhunya turun dari 40 darjah. Kemudian dia diberi 3 suntikan.

Di sini baru nak masuk musim sejuk. Musim sejuk di sini tidaklah bermaksud ada salji. Cuma suhunya lebih dingin. Jadi bila musim sejuk tiba, mereka sangat galak menanam bunga sebab kalau musim panas, kalian sedia maklumlah kan. Gambar di atas semua diambil di hospital sementara menunggu.

Gambar last tu aku bajet boleh buat gambar di kalendar tu. Ahaks.



notakaki: Jangkakan lebih banyak entri gambar. Almaklumlah..

4 comments:

alif zai mim ra said...

okeh..aku dah ingat dah ko pi mane. kalau ko jumpe hotel paling mahal tu, tolong tangkap gambar hotel tu banyak2 ek. leh wat kalendar. :P

'atiqah said...

Dhoha, qatar...?

Kuey-san said...

"notakaki: Jangkakan lebih banyak entri gambar. Almaklumlah.."


haha..ayat x boleh tahan :P

Matematis Muda said...

alif,
kau salah

tiqah,
ye..dauhah
damia' nak buah tangan apa? uncle MM tak tau nak beli apa hehe uncle haha

kuey-san,
sekali sekala boleh cakap camtu hehe