Monday, June 29, 2009

Sejujurnya

Aku tidak lebih dari sekadar terkejut apabila dapat tahu tentang berita kematian Mikaeel Jackson. Apabila dapat tahu jenazah telah diserahkan kepada abangnya yang juga seorang Muslim, aku cuma berharap agar dia mati sebagai seorang Muslim.

Malam itu, berita tv3 menunjukkan laporan yang pengkebumian jenazah akan dilakukan secara tertutup. Bapak kata, "kalau tertutup, insya-Allah ikut Islam,". Aku cuma aminkan sahaja. Sambil sambung suapan seterusnya, of course.

Mengapa aku tidak rasa apa-apa?

Mungkin kerana aku membesar tanpa pengetahuan lebih lanjut tentang beliau. Aku rasa itu jawapan yang paling hampir dengan tepat. Sebabnya, kalau aku imbas kembali memang aku tak layan pun si Jacko ni.

Apa yang aku tahu tentangnya, Beat It!, Smooth Criminal, Thriller, Moon Walk, topi hitam, kasut hitam dengan stokin putih. Aku rasa itu je. Kalau ada pun lagu-lagu lain yang aku tahu, mungkin biasa dengar tapi tak tahu tajuk. Atau yang sewaktu dengannya.

Sebab itu juga aku berfikir panjang nak pos tentang kematiannya. Untuk apa?

Tetapi bila teringatkan yang beliau telah masuk Islam seketika dahulu, hati aku terdetik satu perasaan yang aku kurang arif untuk tafsirkan ke bentuk tulisan. Dengki atau cemburu atau iri hati.

Iyalah, mereka yang baru masuk Islam, seluruh dosa-dosanya yang sebelum ini dihapuskan. Mereka umpama bayi yang baru lahir. Bersih, suci, murni. Bayangkan, mati dengan hati yang sedemikian. Oh beruntungnya.

Sewaktu di pusat asasi, aku banyak diperdengarkan cerita-cerita dari mereka yang masuk Islam atau mereka gelarkan revert. Satu dua cerita, aku kagum. Aku bersyukur. Masuk cerita ketiga dan keempat, aku rasa lali. Ceritanya lebih kurang sama. Aku mula berfikir, apa faedahnya kita mendengar cerita-cerita pengalaman mereka yang baru revert ni.

Aku kira boleh disimpulkan cerita mereka biasanya akan berkisar tentang bagaimana pengalaman mereka dalam mencari sesuatu yang dipanggil 'kebenaran'. Mungkin perincian cerita berbeza, tetapi secara amnya mereka semua buat satu benda yang sama. Mereka mencari.

Jadi apabila aku sedar akan hakikat itu, aku jadi sangat bersyukur dalam kesedihan. Bersyukur kerana aku dilahirkan dibesarkan dengan Islam. Sedih kerana aku tidak seperti mereka. Mencari.

Aku andaikan kalau aku dibesarkan dalam keluarga kufur. Dengan otak yang jenius dan pemikiran lojik yang tinggi. Aku kira walaupun aku mungkin akan sedar hakikat yang aku sembah sehari-hari itu kelihatan bodoh. Dan aku juga mungkin akan yakin yang patung-patung sembahan itu tak berkuasa untuk berbuat apa-apa. Tapi satu benda yang aku pasti aku tak pasti. Mencari.

Adakah aku akan mencari kebenaran itu? Adakah aku akan dibuka hati oleh yang maha Pengasih untuk menyelidiki Islam lantas menganutnya. Pelbagai lagi soalan adakah.

Tetapi satu benda yang sangat menyesalkan ialah hakikat ini. Bagai pahat dengan penukul. Sekali kita diingatkan, sekali kita tersedar. Kemudian esok kita akan mula kembali hanyut. Kadang-kadang tak payah tunggu esok. Balik dari kubur ziarah orang meninggal dah pasang radio sing along lagu New Divide ape jadah?

Well, aku pun dah tak sure apa yang aku tulis ni. Emosi berkecamuk, mereka kata. Haha. Pandai-pandailah korang rungkaikan ya. Walaupun aku rasa entri ni tak sepatutnya habis disini tapi aku nak buat ala-ala cerita wayang, ending dia korang kena imajin sendiri. Sekian, minta maaf banyak-banyak.

10 comments:

NooB said...

apsal ak bc entry ko dkt 2 jam stgh...damn..!!!

Anonymous said...

kau kalau kecamuk, kau tulis panjang?

As said...

nganga jap
lama gila da abang MM tak tulis camni
tak tinggal word jenius die
haiyoh

hehe

btw, yang revert lebih menghargai islam daripada those born with it..sebab mereka rasa sendiri sukarnya perjalanan pencarian tuh..berbanding kita yang dah dihidang depan mata

heh

ok bagus reminder neh..ingatkan semula..
:)

alifzaimimra said...

hee.. aku ter'sepicheles'.

;)

bawangmerah said...

dapat rase kan entri ni serius dan emo. suraaaamm.

Matematis Muda said...

aku pun rasa cam emo je bila baca balik hehe

darus,
ye kot
hehe

Dammit said...

Aku rasa, kalau ko tulis benda emo, ayat ko jadi berjela tapi tersusun.Lepas tu masa ending ko cakap 'sebenarnya aku pun tak pasti apa aku cuba cakap'. tapi takpe, mesej sampai

alifzaimimra said...

pendek kate.. MM ni 'kemas' (bkn secara fizikal) orangnye. noktah.

tusky said...

ko da cari?
ke ko da temui?

Dini said...

best lah baca tulisan-tulisan MM macamni. serious boleh improve karangan BM utk spm nnti
:D