Friday, December 25, 2009

Hujan Emas Hujan Batu









Hari Juma'at pertama aku di sana, aku dibawa berjalan oleh kawan sekolah rendah aku, erm, kita panggil dia Markov, jauh ke selatan Qatar ke satu daerah bernama Mesaieed. Tujuannya? Main benda alah ni. Aku pun tak ingat apa entah nama benda alah ni.

Bukit kat gambar pertama tu ialah bukit pertama dan terakhir aku naik. Sebab masa turun tu aku gelabah sebab brek tak makan dan 'motor' aku menggelongsor ke arah khemah-khemah putih tersebut. Aku baru bercadang nak terjun dari 'motor' tu sebelum enjinnya tiba-tiba mati. Nasib baik. Balik tu aku pusing satu round bukit tu. Haha.

Gambar terakhir pula jurugambar silap timing. Kalau tak boleh nampak aku tengah betul-betul di udara. Memang best.

Ini adalah antara tempat yang seronok aku lawat. Kenapa? Sebabnya, tak sah la datang negara Arab tak jumpa padang pasir. Kan?

6 comments:

wordsmith said...

genie in the bottle?

Merg@s_Tua said...

teringin nak naik mende tuh..

agak2 bape harga ek?kalu lagi murah,baik aku beli yg tu pada aku beli kete..

hurm..mesti sume orang terkejut kalu aku bawak bende tu atas jalan..haha!

bawangmerah said...

bawak balik pasir negara arab tak?

Matematis Muda said...

wordsmith,
out of the bottle already

mergas,
err sewa tu beratus gak sejam tak silap aku huhu

bawang,
bawak..tapi beg bocor..maka pasir tertinggal di airport hehe

suehanna said...

langit nampak sedap.

Matematis Muda said...

sangat sedap!