Friday, June 26, 2009

Apa Anda Akan Buat

Situasi biasa
bila lepak kat maplay
atau mana2 kedai makan kat kl ni
akan ada peminta-peminta sedekah
yang biasanya buta
datang buat tawaran pahala

Biasa la kan?

Jadi bayangkan situasi ini

Kau tengah makan kambing kat maplay yang terbaik
makan punya makan
tak borak sepatah pun dengan teman semeja

Tiba-tiba dua makhluk menghampiri meja

Lelaki yang setia dengan spek hitam
tidak kira pagi petang malam
dan seorang gadis memimpin lelaki berspek hitam tersebut

Lelaki berspek tu pun kata
"Tisu bang. Tisu tiga plosen,"

Kau angkat tangan dengan senyuman separa ikhlas

Dan lelaki tu balas
"Terima kasih,"
lantas prosid ke meja sebelah kau

Meja sebelah sepasang pelancong
berkulit putih
tak macam Megan Fox
sedang berbual santai

Lelaki berspek tadi datang menghampiri
meja sebelah

Kau tengok buat syarat

Kau dengar lelaki berspek ulang ayat "Tisu tiga plosen"

Tiba-tiba (ditulis untuk menerapkan unsur saspen)
sebelum beredar
lelaki berspek ucap "Ok, thank you,"



Apa pendapat anda?

8 comments:

As said...

err...

Anonymous said...

What the?!!!

alifzaimimra said...

tu yang aku kadang2 buat aku ragu2 nak bagi sedekah kat orang2 macam ni.. lagi2 kat pasar malam. huhuhu

Raihan Mahmood said...

tp thank u tu common je kam?

Master J said...

aku ada gak ckp psl ni dlm blog aku..hehe..xbg rasa bsalah..nk bg plak ragu2 sama ada dia btul prlukan sedekah ke x..

Unknown said...

Ada story wkt zaman Nabi.

Seorang peminta sedekah datang menghampiri seorang lelaki. Lantas dia menghulur bantuan.

Orang ramai mengherdiknya, "tidakkah kau tahu bahawa dia seorang yang kaya?"

Lelaki itu pun sedih lantas mengadu kpd Rasulullah SAW. Baginda menjawab, bagimu pahala sedekah itu.

***

Kemudian, seorang peminta sedekah datang yang lain menghampirinya. Lantas dia menghulur bantuan.

Orang ramai memberitahunya, "tidakkah kau tahu bahawa dia seorang perompak?"

Lelaki itu sangat sedih kerana tersilap memberi sedekah lantas mengadu kpd Rasulullah SAW. Baginda menjawab, bagimu pahala sedekah itu.

***

Pada waktu yang lain, seorang peminta sedekah wanita datang lagi menghampirinya. Lantas dia menghulur bantuan.

Orang ramai mencercanya, "tidakkah kau tahu bahawa dia seorang pelacur?"

Kali ini, dia berasa amat dukacita lantas mengadu kpd Rasulullah SAW. Baginda menjawab, bagimu pahala sedekah itu.

***

Moral of the story is:

Nak bagi, hulur...taknak sudah.
Kalau hulur, pahala dapat walaupun dia penipu.

alifzaimimra said...

hm.. menarik komen 'aku'. xksh la hadith sohih ke tak tapi sedikit sebanyak dapat tolong perbetulkan niat. terima kasih. :)

NooB said...

kalo camtu,tiap2 hari ak nk dtg blk ko...mintak sedekah "tok mudim"...
boleh ka..?