Sebelum borak panjang, korang layan dulu anime ni. Bleach, boleh dikatakan anime paling aku minat setakat aku hidup ni.
Beri perhatian kepada dialog minit [1:40].
Dah tengok? Tak paham? Takpe, itu adalah bahagian terakhir episod 235, bahagian 3. Nak tengok lebih lanjut samada muat turun seluruh episod atau tengok je kat yutiub bahagian satu dan dua.
Selamat menonton. Tak paham jugak, tak dapek den nak nolong eh.
+++++
Ramadhan dah nak habis. Syawal bakal menjelma. Setakat yang aku perasan, melayu bukan kisah sangat pun Ramadhan dah lepas berapa hari. Yang diorang kisahkan, lagi berapa hari nak Syawal.
Masalah kita.
Bila penghujung Ramadhan makin memuncak, ada tiga tempat yang makin sesak. Masjid, lebuhraya, pusat membeli-belah.
Semalam, aku habiskan waktu sesudah Solat Fajar dengan menonton anime yang aku paparkan kat atas. Bukan apa, nak mengelakkan tidur lepas Subh. Hehe.
Jadi, aku tonton seorang diri. Tonton punya tonton punya tonton, bila sampai ke minit 1:40 tu aku jadi tersentak. Aku jadi terfikir sendiri.
Ramadhan dah nak habis ni. Dah dekat sebulan aku puasa. Kawan-kawan kat hostel pun puasa. Jiran sebelah rumah pun puasa. Anak makcik jual nasi kerabu pun puasa. Semua orang puasa. Pembaca CDR pun puasa. Ke tak? Kalau tak puasa jangan makan sambil baca CDR. Huhu.
Semua orang puasa. Tapi sebenarnya, kenapa kita semua puasa? Allah suruh? Allah suruh saja-saja saja atau ada gol dan matlamat yang perlu dicapai? Dah nak habis Ramadhan dah ni. Dah dekat sebulan puasa tapi tak tau matlamat.
Masing-masing ada matlamat masing-masing. Ada yang nak kurus. Ada yang nak sef duit, buka dan sahur sponsored dekat masjid. Ada yang cakap supaya kita merasa keperihan orang miskin faqir papa kedana. Ada yang cakap untuk kesihatan, rehatkan sistem penghadaman.
Macam-macam.
Tapi hakikatnya, Tuhan tak bitau ke apa matlamat kita puasa? Mari buka al-Quran surah al-Baqarah ayat 183, ayat paling femes di bulan ini.
"Hai orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa." [2:183]Jadi sebenarnya objektif, gol, matlamat berpuasa itu jelas. Tak perlu dikaji, tak perlu dimesyuaratkan, tak perlu dibahaskan, sudah dinyatakan dalam al-Quran iaitu supaya kita bertaqwa.
Ish, dah macam ustaz kat ikim.fm pulak aku rasa haha.
Balik kepada cerita anime semalam.
Jadi, lepas habis menonton tu, aku termenung kejap. Terkedu. Terpana. Aku rasa setakat aku puasa ni, selain dari tidur pagi bangun tengahari main bola petang terawikh malam, aku tak rasa aku rasa apa-apa. Bila fikir betul-betul, aku rasa kosong je.
Ada perasaan sikit pun setakat macam nampak ada sale dekat pusat beli-belah. Rasa kena beli banyak-banyak takut rugi. Tu je. Betul la tu, bulan Ramadhan ni pahala berlipat kali ganda. Kena la rebut peluang nak tambah pahala. Dosa dah tiap masa topup. Ni time ada sale, pahala bersepah-sepah ni memang patut la kita berebut. Kan?
Tapi, aku masih rasa rugi. Macam tak complete je quest di bulan Ramadhan ni. Macam main game banyak dapat markah bonus, tapi bila lawan dengan boss, tak lepas.
Aku rasa sebab tak set kan betul-betul matlamat bila start Ramadhan hari tu. Ayat tu kemain banyak lagi dengar. Siap baca dalam terawikh lagi. Tapi penghayatan tadak. Illek. Nil. Kosong. Baca quran berpuluh muka sehari pun sekadar baca je.
Haih, iman~ iman. Macam mana nak raya ni?
Takpe, mari kita complete kan quest Ramadhan ni. Kalau tak dapat capai matlamat seratus peratus pun, sipi-sipi pun jadilah. Yang paling utama, usaha.
Dah jom gi kutip pahala. Aku tengok banyak sangat bersepah ni. Maha Pengasih sungguh Tuhan kita ni. Alhamdulillah~.
notahati: Bacaan lanjut, boleh klik sini. Ada makna taqwa yang digambarkan oleh Umar al-Khattab. Matlamat kita. The goal!
10 comments:
:)
Master J Likes This.
Master J agrees with this.
Master J is inspired by this. =)
bersemangat aku baca entri ko ni. hee~
artikel ustaz pasal taqwa pun seronok dibaca. antivirus dosa. ;)
jom pulun..jgn xpulun.. chaiyok2 MM!! chaiyok2 semua!
copied everything what Master J said
barakallah..
bile masuk goal nanti jom kita sorak ramai2~
yeah!
penafsiran hujung ayat tersebut (2:183) sebagai "agar kamu bertakwa" sepatutnya macam kurang tepat.
Mengikut perkongsian pendapat seorang Dr Sha'rani - pakar Bahasa Arab dari sebuah institusi pengajian Kelantan, "agar" pada ayat tersebut menyebabkan ramai orang amik ringan hukum puasa.
Sekadar berkongsi, Dr Sha'rani mengomparekan (root word = compare) situasi di bazar Ramadhan. Ada orang yang puasa, tapi tidak memakai tudung, atau masih dengan short. Ada orang yang puasa yang lengkap menutup aurat.
Jadi "agar" tersebut berbunyi pilihan.
Bukankan setelah beriman, manusia perlu mengambil Islam sebagai kaffah (menyeluruh) - di support dari ayat Quran yang lain dari surah yang sama. Ayat ini mula dengan "hai orang2 yang beriman" kan?
Aku personally pula menjadikan ayat ini untuk mengukur tahap iman dan taqwa.
Apa pun, Allah lebih mengetahui dengan dalam.
Dan janji Allah bahawa reward puasa solely dari Allah.
Selamat beramal.
Wallahualam.
insyaAllah,masih sempat nak cari malam lailatul qadar.
perbanyakkanla amalan di malam tu..
berdoalah smoga dapat bertemu lagi Ramadhan tahun depan..
amin..
[..MM jgn dok ralik tengok bleach je..]
huhu..
Tu ah. Dalam kepala kita ada 2 je goal, gol futsal petang2, n gol fav team dlm match. Tidur pun terbalik. Ok aku pun nak gi kutip mane yang tertinggal mase hari2 yg dah lepas.
exceptional.
selamat hari raya, aku rasa bersalah pulak bila org lain tak comment wish ko hari raya pown, when in fact i do. hurmmm. sorry?
(:
sorry's good sue hehe
Post a Comment