Amaran awal: Cerita ini bosan.
Malam semalam punya semalam, aku keluar terawikh di masjid negeri Pahang. Pertama kali sejak Ramadhan dua tahun lepas, aku dengar dan menyertai selawat yang dibaca antara Terawikh. Sebabnya, Terawikh tahun lepas dan tahun ini, aku cuma solat di dua tempat; di rumah/bilik atau di masjid UIAM Gombak.
Jika solat di rumah/bilik, sebab takde orang yang rajin nak baca selawat tu. Manakala dekat UIAM Gombak aku tak tahu lah kenapa mereka tak selawat. Aku suka terawikh di sana. Rasa macam dekat oversea. Ramai gila foreigner. Dan imamnya baca dengan wajah qiraat imam Warsh 'an Nafi'. Seronok.
Jadi malam tu aku solat di majid negeri. Pergi berlima dengan dua pemblog lain dan dua lagi bukan pemblog. Sebelum terawikh jumpa pemblog ini. Borak-borak sedikit sebanyak. Katanya tadi petang dia berbuka ditengah padang MPK. Aku kata, "Apa kejadah buka tengah-tengah padang," dengan nada lemah-lembut bersahaja. Dia balas dengan senyuman Ramadhan.
Terawikh.
Habis 8 raka'at, berduyun-duyun manusia buat perarakan aman keluar dari masjid. Kami mengambil langkah berehat dahulu di tangga sambil menanti perarakan tamat sambil bertegur sapa dengan klasmet Master J. Hu ha hu ha borak, perarakan dah surut, kami keluar cabut pergi makan.
Buat pesanan, tunggu makanan sampai, borak, sembang, makanan sampai, makan. Tiada apa yang menarik untuk diceritakan. Makanan pun biasa-biasa je. Tom yam udang, kari hijau ayam, daging masak merah, kangkung sos tiram, telur dadar. Jadi kami makan.
Sedap.
Oleh kerana lauk-pauknya sedap-lazat-enak-berkrim, Pemblog Separa Kacak (kalau biasa baca CDR mungkin korang tau siapa makhluk ni) mengusulkan cadangan untuk minta nasi tambah. Aku sokong cadangan dia. Usul diluluskan tanpa bahas.
Pemblog Separa Kacak pun panggil pelayan. Kata, "Nasi tambah satu!"
Pelayan jawap, "Nasik tamboh so?"
Pemblog Separa Kacak angguk-angguk balas balik, "Ha'ah, so," dalam slang Kelantan yang tak menjadi.
Tapi, bila dia hantar nasi, pelayan tadi terus menuju ke tempat duduk aku. Aku terus jadi malu. Dalam hati tengah pikir, "obvious sangat ke aku makan banyak. laju je dia datang kat aku. macam tau-tau je aku kuat makan," sambil buat-buat hirup kuah tom yam udang.
Sejurus selepas dia letak pinggan di sebelah aku, pelayan tersebut hulurkan sekeping kertas sambil kata, "Ado oghe wi nombo,". Aku tak sambut kertas tu sebab tengah blur dan tanganku penuh dengan sudu dan garpu. Aku tengah buat-buat hirup tom yam udang kan. Jadi, dia selitkan kertas tersebut di bawah pinggan nasi tambah tadi.
Satu meja diam. Semua berhenti suap makanan. Lapan biji mata tertumpu kat aku. Aku bulatkan mata.
Satu
dua
tiga saat yang penuh saspen berlalu.
Aku geleng kepala. Ambil kertas. Tunjuk pada mereka dan kata, "Ada lagi taktik ni rupanya,". Seingat aku ini taktik budak sekolah atau budak rempit.
Dia tak nampak ke aku masuk kedai tadi dengan baju T dan kain pelikat je?
notaperut: Nombor dia tu aku ingat nak letak kat sini, tapi memandangkan kita puasa, tak elok buat khenat kat orang kan? Aku buang mana entah. Takpe kan?
notaberbuka: Aku syak ada dua tiga pembaca yang mengidam tom yam udang untuk menu malam ni.
notanoti: Kan aku dah cakap entri tak best. Oh ya, maaf lambat pos entri. Ada masalah internet.
12 comments:
jual mahal la pulak MM, tau la kacak.
:)
naa...kene ngorat ke. ingatkan MM yang ngorat orang.
makan mana nih?
hehe..lawak la..
ko tak syak ke tu nombor orang yang bagi kertas tu? hahahaaha...
hmmmm....kol x no 2??hihih ada org knal kut dr blog CDR ni =p
aainaa,
bukan isu kacak tak kacak. tapi tak larat laa nak ada kenalan baru. yang kenal onlain ni pun dah cukup ramai kot huhu.
apa pun, bab kacak tu betul gak sebenarnya haha.
bawang,
hish! MM kan pemalu orang nya ahaks haha
blogger,
SaraThai
miko,
jangan cakap camtu. malu ai. haha.
szakif,
tak baik bersyakwasangka haha
master j,
tak kol. macam mana nak kol, lepas makan tu terus gi jumpa kekasih. haha.
haishhhhh. mana hg taw da org nak mengorat hg? ntah2 da siap dah org duk hujung meja nak pekena, taktik biasa tuuuu. hehehe :DD
musti dio kkeney time mu dok bbetul rambut.. hahaha tp bisow weh! cayalah!
oo,pengalaman yg hampir sama ngan aku,tapi ada sket perbezaan.
rituh ada gak brader ni(guard kat kondo@asrama aku) bg no kat aku..
aku amik jela.kang tak amik jatuh lak saham dia..huhu
tengok2,dia pakai maxis & DG..
aku pki celcom..so tak jadik la.
then aku tongsampahkan no beliau.waddehek aku nak contact dia.xcool la,beb!
hehe..
gle lembab aku. Ingatkan no ekor ke ape. No tepon rupenye..aaahhh~
sue,
aku takut terkena la aku tak buat pape dengan nombo tu haha
mcja,
ish kasar haha tp aku raso dio kkeney tengok caro aku make kot..tertib ternih ore kato haha
mergas,
ish kau ni, kesian nombo dia ditongsampahkan. tengok macam aku, terbang entah ke mana da nombor tu haha
shamel,
xpe,musim exam, aku paham haha
Post a Comment