Tuesday, September 8, 2009

Cerita Dalam LRT 2

Cerita minggu lepas. Cerita di Kuala Lumpur. Sebab kat KL je yang ada LRT, kat Kuantan ni mana ada LRT.

Aku rasa transport aku paling utama dekat KL ni bukannya kereta tapi LRT atau yang sewaktu dengannya. Monorel, KTM Komuter, dsb. Dan 88% daripadanya adalah aku naik secara solo atau berseorangan.

Baiklah, cerita hari itu. Dalam LRT, orang tak ramai tapi aku tak dapat juga duduk. Aku tak kisah sangat pun. Lagipun aku rasa kaki aku dah lama tak kena test berdiri lama-lama sikit. Dulu-dulu time sekolah seminggu sekali ada la jugak kena berdiri time perhimpunan. Dah masuk universiti ni, mana ada perhimpunan dah. Aku ingat nak jumpa Dekan suruh dia wujudkan perhimpunan mingguan satu.

Hmm, bernas.

Dalam LRT, aku berdiri. Port biasa yang aku cari kalau nak berdiri ialah samada dekat dengan pintu atau di bahagian pembahagi gerabak. Kali ini, aku pilih yang kemudian. Jadi, aku berdiri.

Dua ketika kemudian, aku perasan rupanya ada gadis yang sangat comel duduk depan aku. Di kerusi untuk manusia kurang upaya. Tak, dia bukan kurang upaya. Lebih upaya kot. Sebab dia sangat comel. Haha.

Stesen berikutnya, makcik yang duduk sebelah gadis tadi bangun dan turun dari tren. Bermaksud kerusi sebelah dia kosong lah! Aku pun apa lagi. Aku pun tunggu. Tunggu orang lain duduk situ. Tengok sekitar. Aku perasan ada brader dari australia bawak beg pegang map sedang bergerak ke tempat kosong itu. Jadi, aku pun kecewa sikit. Sikit je la.

Tapi aku positif. Lagi untung kalau berdiri sebenarnya sebab dapat tengok dia. Wah, memang jenius.

Penaakulan jenius aku memang tepat. Dua saat kemudian, aku dapat tengok senyuman menawan dia. Tapi bukan untuk aku la. Dia bagi senyuman-mesra-ala-satuMalaysia kat brader australia tu sebelum berborak ala-kadar.

Eee comelnya. Pandai spiking omputih plak tu. Sebijik macam MM tolak part spiking tu.

Selang tiga stesen lepas tu, brader tu turun, bermaksud kerusi tadi pun kosong. Lagi sekali! Kali ni aku tak pikir tiga kali. Lagi pun kaki aku pun dah rasa semacam. Kalau dinisbahkan kepada time perhimpunan dulu, ini dah rasa macam waktu Pengetua bagi ucapan. Panjang dan tak best. Lenguh kaki.

Jadi aku pun mengorak langkah. Dua langkah ke arah kerusi tersebut, aku tengok gadis comel. Dia pun tengok aku comel. Terus aku tukar arah menuju ke pintu. Berdiri kat situ.








Puasa kot. Tak baik menggatal time-time puasa ni.
Hehe.



notaperut: Saya mencadangkan kawan-kawan baca tulisan dari Master J ini. Walaupun saya tak pasti adakah saya yang berjaya trigger dia untuk tulis entri itu atau memang dia dah rancang untuk menulis tajuk itu. Tapi, ia adalah sesuatu yang dijangkakan dari Master J. Jemput klik sini untuk membacanya.

9 comments:

Merg@s_Tua said...

ai,MM..kata dah ada kekasih,tp sempat lg menggatal ye??

memang terlebih jenius la kamu ni!

haha!

aku pon ske gak naik LRT..ramai brader2 kacak kat dlm tu.

pe lagi..usha la,beb!peluang keemasan tu..

wakakak!

Master J said...

aduyaiii...tergelak aku dibuatnya bc entry ini..hihihi..

aritu dpt no hp dr pminat mana ntah..ni plak bjmp dgn gadis comel..hang ni mmg byk ujian lah bln puasa ni bro..hehehe..

trimas ye promo entry aku 2..kalo org bc via link 2..ko dpt gak pahala insyaAllah sbb kongsi ilmu =)

oh n jgn risau..idea entry 2 bkn dpt dr ko..observation persekitaran jer..tp kalo dr ko pun xpe sbnrnya..ko dpt pahala lg sbb bg aku inspirasi utk mnulis =)

P.S: australian 2 cousin aku kot..dia citer kt aku aritu ada "this really cute gal" snyum kt dia..tp dia xbrani ngorat sbb nmpk balak dia perhati dr dpn dia..xtau plak hang yg dmaksudkan 2..hihihi..

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

trafik aku naik!

As said...

weh..tambah awek eh? :p

btw, entry request..
kalau bleh nak mintak wat entry..

pasal hadith ni
"siapa saja yg solat tarawih bersama imam hingga selesai, akan ditulis bgnya pahala solat semalam suntuk"
abu daud, tarmizi, nasai, majah..

kalau orang solat sendiri2 mcm mana eh..tak bleh ke gane ke..
exception ke ape ke..
apa2 yg relate to this hadith..
bleh?

kalau takleh, kita sembang blakang je pasal hadith ni ;)

suehanna said...

ahahaha. single ke tak MM ni? ;p

Matematis Muda said...

Mergas,
Hehe cuba-cuba je. Sama la kita suka mengusha haha.

MasterJ,
Aii panjang pulak komen kao kali ni haha

Alaa rugi la. Aku bajet bila aku selalu ulang tu, ko akan tergerak untuk tulis huhu.

Kau tanak tanya ke macam mana aku tau dia australian?hehe

Blogger,
Maksudnya?

As,
Hehe sempena musim percubaan SPM ni, aku pun ameq kesempatan untuk membuat percubaan la. Haha.

Err, entri request tu cam susah sket a. Mungkin kamu patut consult Ustaz Matematis, bukan MM.

Sue,
Ehehe kantoi tak? ;P

suehanna said...

trang tang tang kantoi! ahahaha :DDD

nurdini izni said...

mcmmne tau dia australian?

Matematis Muda said...

sue,
haha shhhh~

dini,
curi dengar lah semestinya.