Sunday, November 29, 2009

Raya

Raya tahun ini, aku diselubungi rasa rindu.

Rindu kat keluarga aku. Keluarga aku yang sangat-sangat besar. Kawan-kawan. Aku mati kutu tak tau nak mengarut dengan siapa.

Aku rindu lembu dan aktiviti korban di Malaysia. Meriah. Sibuk. Seronok.

Rindu nak main bola. Aku rasa macam dah gemuk.

Erm, kat sini solat eid ikut sunnah, solat di kawasan terbuka. Susah nak cari masjid yang solat eid dalam masjid. Tapi di sini bolehla, banyak kawasan lapang. Kalau di Malaysia, padang jela yang lapang. Padang pula basah pagi-pagi.

Emak sibuk cuba buat panggilan ke Bapak di Malaysia. Boleh kata tiap hari Emak asyik nak kol je. Jeles aku. Malam raya pukul 9 lebih, baru Emak dapat kol Bapak. Dekat Malaysia dah dekat pukul 2 pagi dah. Bapak dah atas katil siap berselimut dah katanya. Aku sekadar dengar dari tepi je. Emak buat panggilan guna internet. Guna speaker laptop je bercakap.

Pagi esok aku bangun dalam keadaan keliru. Aku mimpi pasal kekasih. Tak payah hurai la kot. Malu.

Oh ya, semalam hari jadi seorang pemblog. Hari ini hari pertunangan seorang pemblog senior dan juga hari perkahwinan klasmet aku.

Secara jujur, aku cemburu.















Eh, tah pahape la aku rasa entri aku ni. Haha.

4 comments:

kinawa said...

mula mula rasa terharu gak a part kawan kawan tu. hujung baru aku sedar, kau lagi sayang kekasih. damn, esok aku teman kawan meminang. kalau kau perlu khidmat aku, aku dah ada pengalaman. heee

alifzaimimra said...

sekali-sekala berjauhan dengan mereka apa salahnya. baru kau tahu betapa kau menghargai mereka. (eceh..ayat tak boleh bla.. :P)

As said...

kekasih bleh putus tengah jalan
kawan bawak sampai mati :D

in☂an Jun$u said...

wallaweh..MM jiwang tuu..

takutnye.. :'(