Friday, August 28, 2009

Petang Ramadhan

Semalam, macam biasa tepat pukul 6 petang kami akan turun bermain futsal. Bulan-bulan puasa ni tak ramai sangat yang main. Seronok la sikit. Main sambil-sambil je.

Mencabar.

Waktu main tu tak rasa sangat efek puasa tu. Rasa pun sikit-siit je. Selalu orang akan ulang ayat Nabi perang time puasa. Aku diam je, asalkan dapat main bola, aku ok je.

Waktu yang paling mencabar ialah waktu selepas bermain. Sebab kalau nak balik bilik kitorang, akan lalu water cooler. Biasanya aku akan cakap dalam hati, kalau buat-buat lupa ni memang best.
Siriyes.

Jadi, semalam kami berhenti bermain sekitar pukul 7. Balik, bentang tikar, buat air, siapkan temapt berbuka, gelas, pinggan, kuih-muih (selalunya karipap sebab tukang beli kuih ni hantu karipap kot). Kalau rezeki murah sikit, ada murtabak atau rotijon. Lambat la sikit solat maghrib.

Lepas siap semua tu, kami duduk mengadap hidangan berbuka kami. Tiba-tiba (macam biasa, letak bunyi "Jeng, jenjeng~") encik popia datang secara berjalan kaki. Kitorang tengok biasa-biasa je. Sekali, bila sampai je, dia hulur rotijon.

Terus saya malu-malu nak terima.



notaperut: Agak-agak kalau aku buat entri lagi cakap nak ayam golek, petang ni boleh dapat ayam golek secara pos laju tak?

ayam golek yang sangat amat paling sedap-est gile!

10 comments:

in☂an Jun$u said...

oo,kalu nak ayam golek takyah pakai pos laju..

dia akan bergolek sndri kat kamu.

takpun kamu je yg bergolek gi kat ayam tu..

alkisaahh MM bergolek.....

suehanna said...

ahahaha why dammit sangat baik hati? (:

there's no free thing in this world baby. (ni saying dalam buku ekonomi okay, minus the baby. hahahaha)

Kuey san said...

wat wishlist la MM.

pape pun credit untuk encik popia.

MM bila nak blanje kwn2 plak?

Mr Jagatraya said...

Aku ingatkan en popia td bwk popia.Tp,alih-alih bwk roti john.Lari konsep nih.

Akmal Azeman said...

ah. encek dammit mmg cam gitu, kdg2 aku mcm jeles gak ngn die sbb aku tak sebaik camtu. harharhar bley plak buat statemnt camgitu en. tp aku pon memula igt die bwk popia ahaha

Dammit said...

Tak sangka encik popia tu baik orangnya. Dah la baik, comel pulak tu. Harap-harap lepas ni dia bawak popia pulak. hahaha

bawangmerah said...

tu la, mati-mati ingat dia bawak popia. skali bawak rotijon. kire orite la tu kan. rotijon pun sedap ape. ada mayonis, ada cili sos, ada sayur2 sikit. aish. terliur plak T_T

Matematis Muda said...

mergas,
takmo a bergolek kat ayam. MM golek takleh dimakan. ayam golek boleh haha

sue,
dammit bagi sebab rotijon tu tak sedap. huh hehehe

kuey-san,
malas nak buat a wish list. tak muat huhu
erm..belanja senyuman je hehe

jagat,
ah kao! belagak gile tanak buka dah kat atas mentang2 dok bawah hahaha

kema,
aku tak jeles pun sebab aku lagi baik dari dia hahaha

dammit,
semalam punya popia basah siapa punya kerja?hahahaha weh siyot betul entri ni telah menaikkan saham kao, ko kena belanja aku lg sekali ni hahaha

bawang,
komen kamu ni tak boleh dibaca diwaktu siang. bahaya! haha

. said...

malu tapi mahu..ngehehe..
encik popia bg roti john sebab dia da terlebey makan..
ngehehe..
makan cket2 jer.hihik:)

Matematis Muda said...

athin,
macam mana tau encik popia dah gemuk?ahahaha