Tuesday, August 25, 2009

Maaflah

Bila dah lama tak onlain ni, banyak la terlepas entri yang orang lain dah pos. Terpaksa la bukak berbelas tab nak qadha baca blog korang. Kesudahannya, blog sendiri tak terapdet.

Jadi, pagi tadi aku lepak dengan Dammit lepas sahur sambil minum air tunggu Subh. Aku cakap benda yang sama pasal aku asyik baca blog orang sampai lupa nak apdet. Dammit pun cakap,

"Kau tulis je apa-apa. Orang baca punya. Daripada kau tak tulis langsung, langsung orang tak baca."

Mudah betul sifirnya. Aku kata dalam hati.

Jadi, sekarang aku nak try la. Kita tengok betul tak apa yang Dammit cakap. Selagi tak cukup 10 komen untuk entri ni, aku tanak apdet lagi. Huh.















10 je?!?!?!?
Hahahahahaha kot la 50 ke 100 ke 1000 ke bunyi macho la jugak.

Baiklah, di kesempatan ini, eloklah kiranya saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat berpuasa. 3 benda yang cuma ada di bulan Ramadhan; Terawikh, Lailatulqadr, dan bazar ramadhan.

Apapun, nak ingatkan kita bersama, banyak cara nak dapat pahala. Bukan takat solat dan baca Quran je. Senyum dan senyap pun boleh dapat pahala. Tapi kalau senyum gatal kat aweq jual popia tak dapat pahala kot. Haha.

12 comments:

Merg@s_Tua said...

Sape yang senyum gatal kat aweq jual popia tu??

takde orang lain dah..

haha

ni aku nak bagi senyuman kang kamu

=)
=D
=P

tu jela yang mampu..huhu

bawangmerah said...

sifir dammit macam betul je.
sebab dia tulis pape, memang sy bace je.

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

tulis jer apa2...

kisah burnley pun masih hot lagi...keh keh





pst pst...jagn marah !

Merg@s_Tua said...

blogger ini takmo dikenali..

burnley tu sape weh?

citer2...

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali said...

better kau suruh MM cerita....

As said...

aweq jual popia? haha
tuju kat sape neh..hehe

btw...memang itulah sifirnya pun
tp sifir tu cam lenyap sket kot kalau ade tambahan pasal komen tu :P
hehe

ramai je baca senyap2 je..

er baca blog dpat pahala tak abang MM? ;)

bazaar ramadhan itu benar..tp lum kesempatan dpt gi usha bazaar...tak gi dah kot. hehe

opi said...

selamat berpuasa buat MM, kwn2 MM dan famili MM.

dammit said...

Kalau senyum dekat dalam blog electricpopia pun ok jugak. aku no 8!

Matematis Muda said...

mergas,
memang takde orang lain dah. tuan punya elektrikpopia la haha

bawang,
siapa-siapa tulis apa-apa pun, pasti akan ada siapa-siapa yang akan baca punya. Kan?

blogger,
"Innii soo-im" haha

mergas,
sila tanya tuan haji guugel

as,
baca dan tulis blog yang berfaedah dapat pahala insyALLAH kalau niat betul.

opi,
err terima kasih. tapi sini bukan tempat buat ucapan ye cik opi hehe

dammit,
shadap yu
aku nombo 9 haha

suehanna said...

meh aku cukupkan sampai nombor 10. hehe ;p
MM, letih studyyy -.-'

bawangmerah said...

aa...dah cukup 10.patut la ada entri baru ek

Matematis Muda said...

sue,
letih pi tidoq nuh hehe

bawang,
belum cukup lagi dah apdet daa hehe