Wednesday, May 7, 2008

Pekan, Ekspidisi Cinta (Episod Bayangkan)

Gambar ini berkaitan dengan entri lepas
Lelaki sebelahku yang memandangku penuh curiga dan syakwasangka


Selesai menyaksikan
kekalahan tidak sepatutnya
kami bergegas pulang
tangki minyak diisi penuh
dan bertolaklah kami
sebuah ATOZ
dituruti oleh
2 buah LC

Malam

Hujan

Selepas berhenti di Hentian Rehat Gambang
hujan mencurah-curah
turun makin lebat
aku perhatikan cermin pandang belakangku
2 buah motor tadi kelihatan stabil
tapi
2 orang lagi penumpang
di tempat duduk belakang
dah pengsan

"Diorang ok ke hujan ni?" aku bertanya kepada lelaki sebelahku

"Ok je," dia tengok cermin sisi

"Slow sikit a kot," dia usha meter kelajuanku

Aku memperlahankan kelajuanku
kepada sekitar 80-90 kms
sekali-sekala mata menjeling
memantau pemotor di belakang
maklumlah

Malam

Gelap

Hujan

Tiba-tiba
sterengku sedikit terbuang
seakan menggelungsur sedikit keretaku
yang tidak berapa berat itu
serta merta kukejapkan pegangan
cuak

"Apasal?" lelaki sebelahku dapat menangkap perubahanku

"Licin kot," jawabku sambil mata menjeling pemotor di belakang

Seketika kemudian
aku membuka cerita
"Kau tahu tak, aku datang sini ni dengan keadaan cuak sebenarnya,"

"Kenapa lak?"

"Erm, mak aku, kawan dia, anak dia..."

"Anak kawan mak kau?" dia pintas meringkaskan

"Aa, anak kawan mak aku baru meninggal semalam. Eksiden. Dekat MRR2."

Senyap seketika

"Eksiden macam mana?"

"Entah, tapi yang aku taunya, dia naik kereta dengan kawan-kawan dia. Then, eksiden. Kawan-kawan dia minor injury je. Dia seorang je meninggal."

"Uh, yang lain selamat?"

"A'ah,"

"Aku jadi cuak kau tahu sebab apa? Kau cuba bayangkan, kita naik kereta berempatkan. Lepas tu eksiden. And salah seorang kita ni mati. Kau cuba bayangkan kita jadi yang terselamat tu. Apa perasaan kau?"

"Down dowh,"

"Haa tula pasal. Down giler dowh. Uuu takleh bayang siyot,"

"Tobat tak mau bawak kereta dah pahtu,"

"Agak a,"

Senyap
masing-masing melayan fikiran
imaginasi dan bayangan

Kemudian
dia bersuara
memecah hening malam

"Erm, anak kawan mak kau yang meninggal tu duduk seat mana?

1 comment:

Matematis Muda said...

Sama-sama kita do'a moga arwah digolongkan di kalangan orang yang soleh, ameen