Wednesday, May 21, 2008

Kamirkan Hasil Pembezaan

Aku ingat nak berhenti menulis lah.

Apa pasal?

Entah. Aku tak rasa nak terus menulis.

Kenapa? Kau dah takde idea ke?

Tak, aku ada banyak idea.
Bersepah-sepah.
Yang dalam kepala aku ni,
beratur tunggu nak diterbitkan.

Habis tu?

Aku tak nampak hala tuju aku menulis.

Dulu, kenapa kau mulakan?

Sebab aku nak jadikan ia satu medium.
Medium untuk aku meluahkan pendapat,
meluahkan isi hati, ketidakpuasan hati.
Berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu.
Berkongsi.

Itu bukan hala tuju kau ke?

Bukan. Itu nafsu.

Kepala hotak kau!

Kepala hotak aku?

Ya. Itu bukan nafsu.
Itulah matlamat.
Hala tuju kau.

Tapi aku tulis mengarut.
Macam bodoh.
Orang mabuk pun tulis lagi bagus dari aku.

Kenapa perlu membuat perbandingan?
Kau bagus dengan cara kau sendiri.
Orang lain bagus dengan cara mereka sendiri.
Perbezaan bisa berlaku dimana-mana saja.
Tapi andai hasil pembezaan,
kau kamirkan, jawapannya tetap sama.
Kan?

Ha?
Keliru.
Tak paham.

Oy! Kau kan MatematisMuda. Itu ilmu matematik lah!

Oh, faham. Faham faha.

Jadi, teruskan menulis.

Tapikan...

Tapi apa lagi?

Sejak aku menulis,
berat aku makin naik lah.


Pang! Dush! Dish! Dusyum!

4 comments:

NMZ said...

do it in your own way..

Everbody becomes special as they have their own way..

So susah ar if compare. Belajar kan pengamiran sampai 3 kali, ape jawapan die? ;P

you give benefits to others tanpa you yourself sedar..

people need to change, but sikit2..
but the fact is, you need to change somewhere..
szakif knows better ;P

All the best

wallahu'alam

dammit said...

matematis emo? jgn begini.ape kate ko 'cuti' n tenangkan fikiran skejap.jom secret recipe?

jaed said...

Ha?
Keliru.
Tak paham.

Oy! Kau kan MatematisMuda. Itu ilmu matematik lah!

Oh, faham. Faham faha.

1. aku rasa ko tertinggal M dekat faham
2. aku rasa perenggan ni sepatutnya ko hazafkan.. sebab, entah..

Anonymous said...

mmg la brat bdn naik.. sbb ko menulis cme gne jari xgne tenaga sgt..xP