Kisah sebuah kejayaan
2200: Keluar dari Kedai Resipi Rahsia. Hujan.
0000: Diganggu oleh satu makhluk ganjil. Akan diulas lebih lanjut dalam entri akan datang.
0330: Bermain pingpong bersama dia ni, dia ni dan dia ni. Selesai satu set, aku bergegas menyaksikan pertemuan Si Syaitan Merah menentang Si Biru (nama tak ganas langsung. lucah ada. haha) di bumi Moscow yang disirami renyai hujan. Kedudukan semasa, kedua pasukan terikat dengan satu gol saling berbalas. Perlawanan nyata memihak kepada Si Syaitan.
0413: Penyokong Si Biru datang menyertaiku. Perlawanan seimbang dengan Si Syaitan lebih menguasai bola.
0426: Bumi Moscow mula disimbahi lebat hujan. Mungkin meredakan sedikit marak Si Syaitan Merah. Awan di Moscow penyokong biru ke?
0532: Masa penuh permainan selama lebih 120 minit tamat. Kedudukan masih terikat dengan satu gol tak berbalas. Separuh masa kedua dan seterusnya, bosan tanpa gol. Maka dia kata, "bosan gila tak ada gol. Kejap lagi penalti banyak la gol. Sama bosannya," dan sepakan penalti bermula.
0541: Sepakan budak-hebat-tapi-aku-menyampah gagal menerjah jaring. Aku dah agak dah~!!! Mood dah down da. Lagi dua sepakan, dan kebarangkalian untuk kalah makin tinggi.
0545: Kejadian yang menyebabkan aku menjerit di pagi buta. Kapten Si Biru menunjukkan ketepatan menyepak ke arah sasaran. Sasarannya: tiang kiri gol. Tepat. Lantas aku melonjak dari tempat dudukku. Penyokong Si Biru mempamer riak terkejut campur tak percaya. Kepalanya dipegang kejap seakan nak tercabut.
0546: Anelka berjalan bersiap untuk mengambil sepakan. Aku bangun dan berkata kepada Penyokong Si Biru, "Yes, Anelka sepak ni tak gol! MU menang! Yes!" Aku berdiri atas kerusi, kedua tangan terangkat ke udara, bersiap sedia meraikan kemenangan. Penyokong Si Biru membalas, "Ah! Sudah la kau. Tak habis-habis." Kami tunggu dengan penuh debaran.
0547: Sepakan Anelka mudah diselamatkan Syaitan Penjaga Gawang diiringi tempikanku. Girang. Riang. Tidak kuhiraukan penduduk lain yang sedang lena. Penyokong Si Biru terpaku tanda tak percaya. Kecewa. Tertipu. Pasrah.
Aku berlari seolah berada di padang dan jerit, "GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLL~~~!!!!!!!"
Penyokong Si Biru bangun beredar. Aku kembali ke depan TV.
Bumi Moscow kini disirami renyai. Bagaikan menemani tangisan Sang Kapten yang menyesal tak sudah. Sah, awan kat Moscow geng Chelsea!
Dalam ulangtayang, dapat dilihat senyuman Syaitan Penjaga Gawang sebaik sebelum menampan kemas sepakan mudah Anelka. Hah!
Kemenangan ini bersempena dengan ulangtahun ke-50 Tragedi Munich. Juga ulangtahun ke-40 kejayaan MU menjadi pasukan inggeris pertama menjuarai Liga Juara-juara.
Kemenangan ini juga, kuhadiahkan kepada ibuku bersempena hari lahirnya.
Ah, hujan...
p/s: Penalti itu baguskan? Tak percaya, pergi tanya dammit.
5 comments:
saya sebagai wakil bagi pihak penyokong biru ingin memberitahu bahawa tiada sebarang emosi mendalam berlaku pada pkul 5.35 tadi,cume mengantuk dan sedikit menyampah tgk penyokong merah yang sangat bising dan kecoh.hahaha
penyokong syaitan = ? (hehehe)
dammit,
yelatu~ haha
anwar,
penyokong syaitan merah!!
nabil.. jaed kate ko syaitan. LOL
agh...!!!
kecewa...!!!
Post a Comment