Friday, May 30, 2008

Rokok, Awek Cun dan Pemblog

Lagi cerita semasa kepulangan
ke Kuala Lumpur
kali ini bertemankan dammit

Sebaik turun di Pekeliling
beli tiket kembali ke Kuantan
dan beli lagi tiket
tiket Transit Aliran Ringan (TAR) STAR
dia menuju ke rumah
aku masjid jame'
transit ke TAR PUTRA

Naik tren
aku duduk
dia duduk
tengok sekeliling
raba poket
terkejut

Aku toleh tengok dia
dan cakap
"Sheet! Rokok aku tertinggal atas bas!"

Dia buat muka tak kisah

Aku kecewa sendirian
'rokok' aku...
Inilah 'rokok' aku


_______________________________



Masjid Jame'
beratur untuk membeli tiket
panjang
betul-betul punya panjang

Panjang lah

Macam beratur beli tiket
di Pertengahan Lembah

Sambil beratur
aku mengeluh dalam hati
teringatkan entri ini
"Ini semua sebab mesin automatik tiket yang banyak-tapi-bodoh ni la,"

Haih...

Sedang asyik beratur
tiba-tiba
ada seorang awek cun lagi seksi
muncul di sebelahku
memanjangkan lehernya meninjau kaunter di depan
aku buat tak endah

Tiba-tiba (lagi sekali)
dia masuk ke dalam barisan
betul-betul di hadapanku
aku panas
melihat dia yang 'panas'
langsung tidak menyejukkan aku
untuk beri peluang dia memintas
sewenang-wenangnya

"Dik,"
Bajet dah tua sangat nak panggil orang adik
walaupun dia lagi tinggi dari aku
aku pedulik hape!

Dia toleh
sekilas
macam tak bersalah

"Siyal!"

"Dik, ramai lagi beratur belakang neh!"
aku cakap sambil tunjuk ke arah belakang

"Eh, saya..er,"
dia gagap-gagap
cuba mencari alasan

"Apa? Sukati je n..."
aku tak sempat menghabiskan ayat
dia dah berambus
terus menghala ke
kaunter tiket automatik yang banyak-tapi-bodoh

"Siyot! Aku tak habis lagi berleter dah blah,"

Aku hantar mesej ke dammit
dia reply
"Takpe, takpe. Masuk dalam blog,"

Haih...

4 comments:

Shana said...

Pengajaran dr kisah ni: sila pakai touch 'n go.

Anonymous said...

kakak arshana sangat betol, aku dah beli touch n go!! aku bangga jadik rakyat negeri tak ber tol yang ada touch n go.. ntah nak guna kat mane tah, kelantan ni... pasar khadijah kot?

Matematis Muda said...

arshana,
bernas sungguh cdgn kak arshana tu. esk aku beli touch n "aw"

jaed,
kb mall kot

Mr Jagatraya said...

laa.Ak dh dpt rase dah ko tggal rokok ungu tu.Aku ade cdg2 nak amk rokok ko..Tp,tk kesampaian..ish ish ish