Aku suka hujan
bila sendirian
Aku takut hujan
bila memandu
Bila sendirian
hujan
kubuka tingkap
sua muka
pejam mata
membiarkan gerimis
menerokai wajah
Tiada signifikasi tertentu
aku cuma suka
Andai ada kilat
kan kutunggu
kan kunanti
aku suka melihat panahannya
kelihatan sangat indah
sangat unik
sangat gah
Entah
KEMASKINI:
p/s: Selepas ditegur oleh Farah Wahida, kini aku sokong band Hujan. Tapi aku belum dengar lagi album mereka selain lagu "Bila aku sudah tiada". But still, aku tetap tak suka band dari seberang. Bukan sebab tak sedap atau tak kacak. Tapi aku memang kureng dengan penyanyi dari seberang.
5 comments:
Huh?
'seberang', as in 'indonesian' ke?
Huzai,
terima kaseh. seberang memang sebenarnya di refer kpd indo. sekian
hujan local band la (malaysian underground k) :P
terima kaseh juga buat farah.
aku tak tahu dan tak ambil tahu sebelum ni..
ok aku sokong hujan..
but still, seberang artist..aku benci.
tq again farah
Hujan itu band dari Malaysia la MM. haish... :P
Post a Comment