Sunday, May 11, 2008

Tips Hari Ibu

Aku khusyu'
menatap komputer ribaku
meng'google' beberapa perkara
mencari bahan bacaan
pagi lagi
dan aku malas nak mandi
sebab
bau masih wangi

Tiba-tiba
kedengaran suara merdu

"Ya ALLAH panjangnya rambut kau. Bila nak pergi gunting rambut?" suara sang ibu bertanya
dalam nada leteran-penuh-kasih-sayang

Aku terkedu
cari idea
idea, idea
cepat datang sini
haa

Aku bangun dari tempat dudukku
mengeliat
seterusnya
buat-buat teringat

"Eh, ma. Hari ni Mother's Day la." kataku sambil berjalan ke arahnya.

"Saayang mama," kupeluk dia dari belakang.

"Hish, kau ni, dahla tak mandi lagi. Busuk la."

"Ey, wangi pe," tegasku sambil bau badan sendiri.

"Dah, dah pergi siap nak sarapan pulak,"

Selamat aku
eh silap, rambut aku

7 comments:

jaed said...

aku ni anak perantau, nak balik birmingham entah bila, ko rumah dekat tuh, bawak2 la makanan utk aku

NMZ said...

to jaed:
anak perantau pun, kan SR da McD tu da amik jaed jadi anak angkat =P

[eh, jadi tuan blog lak]

to tuan blog:
dulu nabel salu takde rambut, then da start ade rambut sket last month (ye ke, lupe la)

pastu tingat last month rehe cakap,
"eh nabel ke tuh? Pelik la bile die ade rambut. Bukan mcm nabel."

haha..I bet nanti die terkejut lagi tengok rambut kamu yang da ditegur ibumu sebegituh.
huhu

Badrul Aini Sha'ari said...
This comment has been removed by the author.
Matematis Muda said...

jaed,
dah aku dah bawak dah. dok diam2

nmz,
ni bila masa pulak aku bg keizinan jadi tuan rumah ni? hah?!

badr,
aku rasa ini bukan blog yang sesuai untuk ko la..tang mana yg kelentong pun aku tak sure..boleh tlg tunjukkan tak? tang alih tajuk ada, kelentong, entri akan datang aku ajar..

Badrul Aini Sha'ari said...

salam perjuangan...

"Selamat aku
eh silap, rambut aku" -nabil-

bkn kelentong, ngelat je...sorry nabil, gurau je...xsngke plk ko mrh...

luppi said...

ikhlas ke x ko ni.......huhuhu

Matematis Muda said...

badr,
aku pun bergurau
maaf lah
tak jadi kot
biasalah
genius memang slalu disalah erti
lol :D

luppi,
ikhlas wooo