Tuesday, May 13, 2008

Tik Tok Yang Kedengaran

Tik tok tik tok
masa berlalu
dan terus berlalu

Tik tok tik tok
dia terus pergi
tak kembali

Tik tok tik tok
masa cuma datang sekali
yang kedua ketiga
semuanya palsu tipu
tak seindah yang nombor satu

Tik tok tik tok
hargailah masa
jangan termenung
itu buang masa

Tik tok tik tok
sudah dua puluh minit
sudah 600 tik-tok kedengaran
halaman masih kosong

Tik tok ke 601
dammit datang menjenguk
aku mengadu

"Dah dekat setengah jam aku mengadap benda ni. Tapi takde benda aku nak tulis,"

Dia gelak kecil
geleng kepala dan jawab

"Kau dah gila dowh. Takde benda nak tulis pun, kau nak tulis jugak."

Aku gelak besar
bersetuju barangkali
dia beredar
meninggalkan idea

"Kau tulis apa aku cakap tadi,"

Dammit gelak
jaed gelak
aku pun gelak

Siap satu entri
dah azan
jom 'Asr

6 comments:

alif zai mim ra said...

salam...

ala nabil...mane pegi genius itu aku?

aku kuciwa... :P

dammit said...

kau gila kau gila kau gila kau gila kau gila(ulang 100 kali dalam satu nafas)

AZ said...

ko dah boring sangat ke??
ko tulis r pasal jaed.. dia kan 'complex'..

arshana said...

Ni namanya acute blogotitis...

Matematis Muda said...

hawa,
ini juga adalah salah satu bentuk penampilan genius

dammit,
terima kasih. aku suka kau

az,
tak boringlah cuma tiada idea.
entri pasal jaed nantikannya

arshana,
acute blogotitis?
apatuh?
aku bukan genius dalam terma perubatan

jaed said...

dammit; dpt burger free?