Tuesday, May 6, 2008

Keindahan Itu Bersifat Sementara

Tengahari itu
pulang dari merewang
angin sepoi-sepoi bertiup kencang
tangan yang memegang tombol berhenti bergerak
kepala ditoleh ke arah laman
hati berdetik
"Wah, macam musim luruh"

Ya
angin sepoi-sepoi itu
bertiup agak kencang
membawa bersama daun-daun
koko kekuningan
sungguh indah
sungguh nyaman
sungguh tenang
sungguh bahagia
erk, bahagia?

Tiba-tiba semua perasaan itu lenyap
tau kenapa?Ni siapa nak sapu balik semua daun ni?

2 comments:

jaed said...

satu lagi yg bersifat semacam keindahan ni.. ko tau ape?

kekenyangan..
sementara yg serius amat

Matematis Muda said...

sokong amat!
terutama bila tengah hujan
dan tengok gambar karipap
dan terbayang
karipap panas
mak aku masak
uuuuu
meleleh siyot~