Monday, May 12, 2008

Aku Anak Malaysia

Petang
tiba di Kuala Lumpur
di Pekeliling lebih tepat
dari Kuantan
tengahari tadi
lapar
letih
mengantuk
bersatu dalam mindaku

Untuk pulang ke rumah
dari sini
aku perlu menaiki
KL Monorail ke KL Sentral
atau
LRT STAR ke Masjid Jame'
dan transit ke LRT PUTRA
menuju ke destinasi terakhir
jumlah perjalanan kesemua sekali
melebihi setengah jam

"Ah laparnya,"
keluhku
bahu kiri menggendong
beg bimbit komputer riba
tangan kanan memegang telefon bimbit
melihat jam di telefon bimbit
kemudian
mengalih pandangan ke sekeliling
bas, kaunter tiket, manusia

"Ah, karut semua nih!"

Tiba-tiba
pandanganku hinggap
di deretan kedai dan gerai
menjual makanan

"Ya, makanan! Ini baru betul,"
lantas kubeli sebiji berger
baunya membuat perutku berkriuk
sebaik berger didagangkan
dengan helaian kertas hikmat
aku buka plastik membalutnya
tapi
belum sampai separuh
balutannya kubuka
aku lihat sekeliling
manusia-manusia sekeliling
mata mereka
seakan ditancapkan ke badanku

"Apahal diorang nih? Tengok-tengok. Malulah aku nak makan!"

Dek ego lelakiku yang tinggi
lagi tinggi dari bas-bas di sini
aku mematikan hajatku untuk
melantak di situ
bungkusan dikemas kembali
langkah diatur
menuju ke stesen KL Monorail

"Nanti aku makan dekat KL Sentral lah, ada pendingin hawa,"
aku berkira-kira

KL Sentral
tiket ke stesen ketiga sebelum akhir
telah kubeli
tangga bergerak kudaki

"Ramainya orang, makan dulu lah,"
lantas kuambil tempat duduk
di bangku yang disediakan
nyanyian perutku bakal kusahut
ala-ala cerita Enchanted

Bungkusan kubuka
bau berger yang separa sejuk
tetap menawan kalbu
sebaik berger tiba di 'pintu masuk'
'syurga dunia'

TIBA-TIBA
lelaki berkemeja seragam datang menghampiri
hasrat menyahut lagu dari perutku terbantut

"Apahal lak mamat ni,"
aku serabut
kutenung dia
dia senyum padaku
aku balas
lantas terlintas 'cadangan' dari otak geniusku

"Tak boleh makan kat sini ke?"
hatiku tertanya sendirian
bagai mendengar pertanyaan hatiku
lelaki berkemeja seragam itu bertanya

"Kamu nampak tak tu?"
dengan ibu jarinya menunjuk ke satu papan tanda

"Erk," aku jawap

"Yang tu nampak?"
ibu jari beralih arah
juga kepada papan tanda

"Dayem!" aku sumpah dalam hati
mataku menyoroti papan tanda
yang dipenuhi gambar
berunsur larangan itu
tiba-tiba
otak geniusku ternampak
unsur-unsur nombor
pada papan tanda itu

"Denda/Fine RM500"

"Kepala hotak dia!" juga dalam hati

"Nampak tak?" lelaki berkemeja tadi mengulangi soalannya

Otak geniusku berputar laju
mencari alasan-alasan munasabah

"Come on genius! Think! Think!"

Seperti biasa
otak geniusku memang tidak sia-sia
aku pun jawap

"Oh ma'ah cik. Sayo baghu sapa neh. Tok perase signboard tuh. Tok tau plok tokleh make ssinih. Ingak ko dale tren jah tokleh. Ma'ah a cik deh." Aku cuba sedaya upaya memekatkan loghat Kelantan yang sudah lama tidak dituturkan. Erm, sudah 2 minggu barangkali. Sambil tangan kembali membungkus berger enak, lazat bermayonis, disukai ramai. Ya, buat kali kedua ia dibalut kembali.

Nyata
kebolehan bertutur
dengan dialek Kelantan yang fasih
berjaya memukau lelaki berkemeja seragam
lantas kemaafan dikurniakan buatku
tetapi
perutku masih lapar

Lelaki berkemeja seragam
seakan faham dengan bahasa badanku
lantas mencadangkan

"Kalau kamu lapar sangat, turun makan kat bawah la. Kat situ tak boleh jugak patutnya. Tapi at least takde sign board la kat situ."

Dengan muka bersinar-sinar
bagai rembulan dipagari bintang
aku ucap

"Oh, yeke? Terima kasihlah pakcik." sambil bergegas turun ke bawah
lantaklah pakcik tu nak cakap apa pun
nyanyian perutku mesti kusahut segera

Dua tiga langkah aku beredar
aku teringat

"Eh, lupa pulak nak kekalkan dialek Kelantan tadi. Gasaklah kantoi pun,"

11 comments:

szakif said...

apakah stigma yang cuba dipermainkan oleh mu wahai nabil.. bapak ah terasa kalo aku orang kelate (nota: aku).

tapi ko memang genius! aku salute!

alif zai mim ra said...

hehe... genius itu mmg ko la, nabil. *lol

Akmal Azeman said...

nabil...baek ko buat sujud syukur ke ape..ramai ni org kate ko genius..

hmmm...aaammmeeeennn....utk ko...

hihi

szakif said...

*genius membuhung urang :p

AZ said...

apsal ko ckp klntan??
ape logiknya kat situ??
adakah org klantan x pandai baca signboard?? hehe.. :P

ak nk suh jaed tlg jawab r.. =)

*nabil=genius (false)
nabil=sengal (true)

luppi said...

haha, genius2~ salut2. Tapi mari kita lihat dr sudut lain. Mgkn gak pak guard tu tgk ko muka serabai, baju selekeh, br smp dari kampung la kononnya, ke kota metropolis mencari kerja. haha. Kalo ko x ckp apa pun dia lepaskan je kut. huhu. Tp hebat gila org kmpg dah bawak laptop.... :p

jaed said...

oi korg sme xpaham cite la.. pak guard tuh lepas bkn sb kesian org klantan xretik bc sign, tp sb pakguard tuh pun org klantan, tp saje jek ckp KL sb dia kerek mcm aku.. xmo ckp kelantan.. haha pegi mati!

Matematis Muda said...

to all,
alhamdulillah ameen

to all too,
kalian memang tak paham
kata kunci utk kerasionalan aku
berdialek kelantan
adalah untuk menunjukkan
aku sememangnya genius
bukan untuk merendahkan mana2
negeri, negara, bahasa mahupun parti politik tertentu..sekian

alif zai mim ra said...

ahaha...genius itu mmg ko la, nabil. yg lain xyah emo2..kte patut ambil iktibar. ni namenyer escapism. :P

McJa said...

haha lucu2. aku ajin wak gitu. wak supo ore kapong. bolok sikik2. sdak kakloh. hak2

Matematis Muda said...

alif sampai ya,
terima kaseh skali lagi

mcja,
lucu kamu kata? kuciwa taw tadapat makan! huhu