Friday, May 30, 2008

Rokok, Awek Cun dan Pemblog

Lagi cerita semasa kepulangan
ke Kuala Lumpur
kali ini bertemankan dammit

Sebaik turun di Pekeliling
beli tiket kembali ke Kuantan
dan beli lagi tiket
tiket Transit Aliran Ringan (TAR) STAR
dia menuju ke rumah
aku masjid jame'
transit ke TAR PUTRA

Naik tren
aku duduk
dia duduk
tengok sekeliling
raba poket
terkejut

Aku toleh tengok dia
dan cakap
"Sheet! Rokok aku tertinggal atas bas!"

Dia buat muka tak kisah

Aku kecewa sendirian
'rokok' aku...
Inilah 'rokok' aku


_______________________________



Masjid Jame'
beratur untuk membeli tiket
panjang
betul-betul punya panjang

Panjang lah

Macam beratur beli tiket
di Pertengahan Lembah

Sambil beratur
aku mengeluh dalam hati
teringatkan entri ini
"Ini semua sebab mesin automatik tiket yang banyak-tapi-bodoh ni la,"

Haih...

Sedang asyik beratur
tiba-tiba
ada seorang awek cun lagi seksi
muncul di sebelahku
memanjangkan lehernya meninjau kaunter di depan
aku buat tak endah

Tiba-tiba (lagi sekali)
dia masuk ke dalam barisan
betul-betul di hadapanku
aku panas
melihat dia yang 'panas'
langsung tidak menyejukkan aku
untuk beri peluang dia memintas
sewenang-wenangnya

"Dik,"
Bajet dah tua sangat nak panggil orang adik
walaupun dia lagi tinggi dari aku
aku pedulik hape!

Dia toleh
sekilas
macam tak bersalah

"Siyal!"

"Dik, ramai lagi beratur belakang neh!"
aku cakap sambil tunjuk ke arah belakang

"Eh, saya..er,"
dia gagap-gagap
cuba mencari alasan

"Apa? Sukati je n..."
aku tak sempat menghabiskan ayat
dia dah berambus
terus menghala ke
kaunter tiket automatik yang banyak-tapi-bodoh

"Siyot! Aku tak habis lagi berleter dah blah,"

Aku hantar mesej ke dammit
dia reply
"Takpe, takpe. Masuk dalam blog,"

Haih...

Thursday, May 29, 2008

Dude, Jangan Tanya Soalan Pelik-Pelik Kepada Kipas

Dah dua entri berturut-turut
aku berbicara tentang perkara
sirius
letih
aku bukan orang yang sirius
jadi hari ini
kita kembali normal




Aku dan Jaed sedang menikmati makan malam
dia mengutarakan pendapatnya
tentang perlawanan
separuh akhir Liga Juara-juara
waktu itu Syaitan Merah baru sahaja menumbangkan
Barcelona dengan mempamerkan
pertahanan kental lagi berdisiplin

Dia tanya, "Kau agak kalau Ronaldinho main semalam Barca boleh menang tak?"

Aku yang sedang mengunyah lantas menoleh ke arahnya
satu
dua
saat
aku tunduk semula mengadap makanan
dan jawap
"Tak boleh!"

"Ronaldinho ada pun tak boleh menang?"

"Tak boleh! Aku tak bagi!"

Jaed terkedu
satu
dua
tiga
saat
dia memberi respon
sebelum menyambung suapan
"Silap orang la aku tanya,"

Tuesday, May 27, 2008

Kalau Kamu Seorang Pemblog, Jangan Jadi Bodoh!

Siapa suka orang yang racist?
siapa?
siapa angkat tangan siap
aku tak suruh pun
huhu

Ok sirius

Manusia yang melabel orang
menghukum orang
menetapkan taraf orang

mengikut warna kulit
mengikut bangsa
mengikut agam
dan lain-lain yang sewaktu dengannya

dengan hanya berpandukan beberapa orang
atau beberapa perkara
yang dijadikan bahan rujuk
atau dalam istilah statistik; sampel

dan membuat kenyataan seperti
"Budak Ampang Bodoh"
"Orang Melaka Miskin"
"Orang Cina Bodoh, Makan Babi!"
"Orang India Gila Seks"
"Budak U*** Biadap"
dan sebagainya

Sememangnya bodoh!
atau sopan sikit
kurang pandai
lebih-lebih lagi
kalau pelakunya
seorang pemblog
atau kamu-kamu panggil bloggers

Sebagai seorang pemblog
kamu sepatutnya
ulang suara, sepatutnya
1) tahu guna internet
2) mempunyai minda terbuka
3) tahu bahawa laman kamu boleh diakses seluruh dunia

Jadi
jika kamu berkelakuan bodoh
seluruh dunia boleh tahu!
maka kamu akan kelihatan
bodoh-kuasa-dua
nak sedap sikit
bodoh-squared

Mengapa tiba-tiba aku membebel pasal bodoh?
pergi baca ini
ok lah
since jarang orang klik pautan yang aku letak
aku akan salin dan tampal terus
See, to me…no matter how highly Singapore sits on the map there is still the part we cant erase… and thats the heartlanders and those gross out people in society… why cant we be like Milan where everyone is so well dressed and well-mannered??

We shall not even touch on politics on Mas Salamat, which of course… if you have realised, i didnt bother talking about it, coz there are many other bloggers conversing on that.

So so so… what is this pathetic malay man (again, it have to be a MALAY!!!!) doing in the train?
well, he was already in the train when i boarded and there he sat, unaffected by his surroundings, smelling like he didnt showered in years and wore some really scary dirty clothes and had a dirty muddy bag with him too, in it were empty bottles which looks used… to many, he may seem a poor man or a beggar.. but… to me.. he’s wasted !!

I mean… wassup with all the pretentious looks and actions for man….go get a job or better yet, make himself useful and learn how to start a fire using charcoal.. as it all lies in their blood…. SATAY SATAY!!!!

Aiya….stupid MALAYS!!

Even if you are a Malay and am reading this… good for you..coz this is my personal blog and i can say what i deem fit…. if u wana defend yourself…. i suggest you arm youself with education and a motor mouth to compete against me.. else dont bother… coz i will bet my life on the line that, should you challenge me in a conversation… you will lose like what a true malay would…. LIKE FUCK !!!

GET LOST!!
Sekarang kamu mungkin berkira-kira nak klik sini
aku dapat tahu dari budak ini
yang baca di Roslan SMS

Pendapat aku?
alah jangan dilayan budak bodoh
nanti kita pun sama jadi bodoh
tengok, kan dah kena tahan budak tuh

Aku beritahu satu benda je
kat area rumah aku pun ada budak Singapura
Sirius! dia lagi bodoh dari Orang Melayu
tak tipu beb

Sekarang aku boleh cakap Orang Singapura bodoh tak?


p/s: Aku tulis tengah pagi buta dan aku malas nak semak balik tulisan aku. Maaf andai ada tulisan yang bodoh. Mungkin disengajakan.

KEMASKINI:
Sheet!!
Aku baru perasan entri Roslan SMS yang ini
membicarakan tentang kekurang-ajaran Cina Kafir sorang ni!!!
(bangsa dan status agama sengaja ditulis)

Sunday, May 25, 2008

Isu Baju Kurung

Beberapa hari lepas
negara tercinta kita
kecoh
gara-gara kenyataan
Naib Presiden HEWI PKPIM
Munirah binti Bahari
tentang baju kurung sekolah

Aku malas nak cerita panjang
dah ramai pemblog yang bagi komentar
aku cuma nak cakap tentang
keterbukaan minda atau
"minda terbuka"

Timbul perasaan ini
sebab aku baca artikel ini
dia kata;
What a shame to say that uniforms are sexy and causes men to have these thoughts. Our children do not need these kind of comments. Actually you are instilling these thoughts into the minds of people like you and those filthy uneducated people out there.


Oh kamon lah!
siapa yang uneducated sebenarnya?
bukan masalah pakaian
konon

Bodoh!
orang tak pandai belajar kat kelas
macam-macam alasan boleh bagi
"memang keturunan bodoh"
"cikgu mengajar tak bagus"
"cikgu cakap slow sangat"
"cikgu asyik bercerita je dalam kelas"
"kawan dalam kelas semua genius2 macam MatematisMuda"
tu semua alasan je
berjaya tak berjaya
bergantung pada diri sendiri

Orang pakai seksi-seksi
kena rogol
salahkan orang yang rogol pulak
kenapa tak salahkan orang lain tak datang tolong?
kenapa tak salahkan pakaian sendiri?
kenapa tak salahkan perempuan lain tak kena rogol?
tak ke bodoh namanya

Salahkan perogol sebab tak reti nak jaga nafsu sendiri
macam aku cakap tadi la
tu semua alasan
tapi kita mesti mencegah
ambil contoh budak bodoh dalam kelas balik
usaha kena ada
tumpu perhatian dalam kelas dsb.
tapi kalau tak berjaya gak namanya takde rezeki

At least kalau orang semua nampak
dan perasan dengan usaha kamu
diorang tak akan cakap macam ni
"Ah, dia tu! Belajar pun malas! Memang patut pun fail!"
sebaliknya diorang akan cakap
"Ish, kesiannya dia tu. Aku tengok budak tu rajin, tapi...takde rezki dia kot,"

Kan?

Sebab tu pakaian kena jaga
kalau kena rogol
takdela orang cakap macam ni
"Ha padan muka budak tu! Pakai baju dengan tak pakai lebih kurang je!"
orang akan cakap
"Uih, kesian budak tu. Aku tengok budak tu baik, solehah, tapi nak buat macam mana. Kekejaman tidak mengenal mangsa..."

Kan?

Dah, aku pun tak tahu apa aku merapu kat atas tu
tapi macam dah panjang je
huhu
sebagai pengakhiran
setelah semalaman aku mencari
di gedung maklumat
internet
aku jumpa beberapa gambar
dan
sebelum korang tengok gambar-gambar separa lucah di bawah
aku nak quote apa yang mamat ni quote
"You give me a gun, don't expect me not to shoot."

Berikut beberapa gambar pelajar sekolah
di Malaysia yang berbaju kurung
dicuri dari drama tempatan

Honestly
sebagai lelaki
sekali tengok gambar di atas memang OK
tapi kalau dua tiga kali tengok
memang mata akan fokus ke bahagian tertentu

Dan antara gambar-gambar
yang menunjukkan 'keterbukaan minda'
pelajar-pelajar kita
nah

Minda terbuka ke pakaian terbuka?

Aku kata dalam hati
apa yang susah sangat dengan permintaan si Munirah tu
tukar material kain pun dah cukup
macam pakaian budak sekolah negara jiran kita
Atau pun
tiru fesyen negara Asia lain
feberet aku
Jepun lah
Kan lawa tu
ok la memang dia tak pakai tudung
tapi still sopan banding dengan baju pandang telus
pelajar kita






Ok aku terkejut
harap-harap pelajar kita
tak sampai tahap macam ni

Erm, ni ke 'minda terbuka' sebenar?

Saturday, May 24, 2008

3 dalam 1

Aku tak mahu buat sampai 3 entri satu hari. Jadi aku sumbatkan semua dalam satu entri. Sengaja. Suka.


Bayangkan satu situasi
yang sangat..
blues
sambil layan lagu Nash
Ku di halaman rindu
hanya berteman
bunga yang layu...

Ok bukan blues
tapi jiwang karat
sheet!
_________________________________________________________________

Haa..
aku dah cakap dah
aku tak tipu dalam entri yang ini
memang Penjaga Gawang Syaitan tersenyum

"I watched the game again when I got home [on Thursday night] - it was great. When Edwin van der Sar went to save the penalty, halfway across, he knew he'd won the cup and you could actually see him smile!" Sir Alex Ferguson


"Saya tonton kembali perlawanan itu apabila pulang. Ia sangat hebat!. Apabila Edwin van de Sar pergi menyelamatkan penalti itu, separuh perjalanan, dia tahu dia akan memenangi piala itu dan anda boleh lihat dia sebenarnya tersenyum!" Pengurus Syaitan-syaitan Merah


p/s: Entri ini khas untuk Penyokong-penyokong Anti-MU
______________________________________________________________________

Aku berjalan menuju ke kafe
selisih dengan dua orang perempuan
tak sempat nak teliti
cun ke tak

Tapi salah seorang tu
tengok aku
sekali
tak sampai sesaat
dia berpaling
dia tengok aku lagi sekali
dengan gaya terkejut

Aku kata dalam hati
"Takyah la buat terkejut sangat. Aku tau la aku kacak"
sambil terus berjalan
gaya jejaka idaman malaya

Kamu baca entri dia ni
dan beritahu aku
apa kaitannya dengan aku

Friday, May 23, 2008

Salah Siapa?

Jam pada komputer ribaku
menunjukkan angka 1721
menukar pakaian kepada
cuma bertuala sahaja
menuju ke bilik air

Di pintu bilik air
terpacul wajah baru bangun tidur dammit
sedang basuh muka di sinki
dia toleh tengok aku
tanya "Kau dah 'Asr belum?"

Aku tak endahkan wajah baru bangun tidurnya
dan jawab dengan nada marah
"Belum. Tunggu kau la! Kesian kat kau, nanti dapat 1 je,"

Tangan yang sedang membasuh muka
terhenti di paras mulut
dia letak tangan di atas sinki
toleh ke kanan pandang aku
dengan muka
baru-bangun-tidur-tapi-bengang
tangan menunding ke arahku
"Siyot! Kau gunakan aku untuk dapatkan 27 eyh! Sheet!"

Sambil buka paip air
aku balas acuh tak acuh
"Cepat la! Nak gi main volley lak ni. Jaed dengan Din dah tunggu nuh. Banyak bunyi lak dia."


p/s: Tujuan entri ini ditulis adalah untuk memberitahu pembaca semua yang dammit, jaed dan din dah reti main volley~!

Thursday, May 22, 2008

Hujan Di Moscow

Kisah sebuah kejayaan

2200: Keluar dari Kedai Resipi Rahsia. Hujan.

0000: Diganggu oleh satu makhluk ganjil. Akan diulas lebih lanjut dalam entri akan datang.

0330: Bermain pingpong bersama dia ni, dia ni dan dia ni. Selesai satu set, aku bergegas menyaksikan pertemuan Si Syaitan Merah menentang Si Biru (nama tak ganas langsung. lucah ada. haha) di bumi Moscow yang disirami renyai hujan. Kedudukan semasa, kedua pasukan terikat dengan satu gol saling berbalas. Perlawanan nyata memihak kepada Si Syaitan.

0413: Penyokong Si Biru datang menyertaiku. Perlawanan seimbang dengan Si Syaitan lebih menguasai bola.

0426: Bumi Moscow mula disimbahi lebat hujan. Mungkin meredakan sedikit marak Si Syaitan Merah. Awan di Moscow penyokong biru ke?

0532: Masa penuh permainan selama lebih 120 minit tamat. Kedudukan masih terikat dengan satu gol tak berbalas. Separuh masa kedua dan seterusnya, bosan tanpa gol. Maka dia kata, "bosan gila tak ada gol. Kejap lagi penalti banyak la gol. Sama bosannya," dan sepakan penalti bermula.

0541: Sepakan budak-hebat-tapi-aku-menyampah gagal menerjah jaring. Aku dah agak dah~!!! Mood dah down da. Lagi dua sepakan, dan kebarangkalian untuk kalah makin tinggi.

0545: Kejadian yang menyebabkan aku menjerit di pagi buta. Kapten Si Biru menunjukkan ketepatan menyepak ke arah sasaran. Sasarannya: tiang kiri gol. Tepat. Lantas aku melonjak dari tempat dudukku. Penyokong Si Biru mempamer riak terkejut campur tak percaya. Kepalanya dipegang kejap seakan nak tercabut.

0546: Anelka berjalan bersiap untuk mengambil sepakan. Aku bangun dan berkata kepada Penyokong Si Biru, "Yes, Anelka sepak ni tak gol! MU menang! Yes!" Aku berdiri atas kerusi, kedua tangan terangkat ke udara, bersiap sedia meraikan kemenangan. Penyokong Si Biru membalas, "Ah! Sudah la kau. Tak habis-habis." Kami tunggu dengan penuh debaran.

0547: Sepakan Anelka mudah diselamatkan Syaitan Penjaga Gawang diiringi tempikanku. Girang. Riang. Tidak kuhiraukan penduduk lain yang sedang lena. Penyokong Si Biru terpaku tanda tak percaya. Kecewa. Tertipu. Pasrah.

Aku berlari seolah berada di padang dan jerit, "GOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOLLLLLLLLLLLLLLLLLL~~~!!!!!!!"
Penyokong Si Biru bangun beredar. Aku kembali ke depan TV.

Bumi Moscow kini disirami renyai. Bagaikan menemani tangisan Sang Kapten yang menyesal tak sudah. Sah, awan kat Moscow geng Chelsea!
Dalam ulangtayang, dapat dilihat senyuman Syaitan Penjaga Gawang sebaik sebelum menampan kemas sepakan mudah Anelka. Hah!

Kemenangan ini bersempena dengan ulangtahun ke-50 Tragedi Munich. Juga ulangtahun ke-40 kejayaan MU menjadi pasukan inggeris pertama menjuarai Liga Juara-juara.

Kemenangan ini juga, kuhadiahkan kepada ibuku bersempena hari lahirnya.

Ah, hujan...


p/s: Penalti itu baguskan? Tak percaya, pergi tanya dammit.

Hari Ini Cintaku Dah Berumur 46tahun

Ibu
Emak
Mama
Bonda
Mummy

Hari ini
cintaku sudah berumur
46 tahun
ya
cinta hatiku
pengarang jantungku
tanpanya siapalah aku

Ibu
Emak
Mama
Bonda
Mummy

Cintanya padaku
tak mengharap balasan
cinta sebenar
cinta sejati
cinta hakiki

Setiap yang dia lakukan
pasti namaku terselit dalam ingatan
setiap yang dia makan
pasti perutku terpampar dalam bayangan

Aku?
kadang kuingat
kadang kulupa
kadang kupatuh
kadang kuengkar
kadang kusayang
kadang kubentak

Terkadang ingin marah
tapi tak pernah
secara zahir kuluah
kerana kutahu balasannya parah
dosa bukan hanya sebesar gajah
jadi aku pasrah

Cintaku
moga dapat kuberbakti padamu
hingga akhir hayatku
itu saja doaku
buatmu
oh ibu

Wednesday, May 21, 2008

Kamirkan Hasil Pembezaan

Aku ingat nak berhenti menulis lah.

Apa pasal?

Entah. Aku tak rasa nak terus menulis.

Kenapa? Kau dah takde idea ke?

Tak, aku ada banyak idea.
Bersepah-sepah.
Yang dalam kepala aku ni,
beratur tunggu nak diterbitkan.

Habis tu?

Aku tak nampak hala tuju aku menulis.

Dulu, kenapa kau mulakan?

Sebab aku nak jadikan ia satu medium.
Medium untuk aku meluahkan pendapat,
meluahkan isi hati, ketidakpuasan hati.
Berkongsi pengalaman, berkongsi ilmu.
Berkongsi.

Itu bukan hala tuju kau ke?

Bukan. Itu nafsu.

Kepala hotak kau!

Kepala hotak aku?

Ya. Itu bukan nafsu.
Itulah matlamat.
Hala tuju kau.

Tapi aku tulis mengarut.
Macam bodoh.
Orang mabuk pun tulis lagi bagus dari aku.

Kenapa perlu membuat perbandingan?
Kau bagus dengan cara kau sendiri.
Orang lain bagus dengan cara mereka sendiri.
Perbezaan bisa berlaku dimana-mana saja.
Tapi andai hasil pembezaan,
kau kamirkan, jawapannya tetap sama.
Kan?

Ha?
Keliru.
Tak paham.

Oy! Kau kan MatematisMuda. Itu ilmu matematik lah!

Oh, faham. Faham faha.

Jadi, teruskan menulis.

Tapikan...

Tapi apa lagi?

Sejak aku menulis,
berat aku makin naik lah.


Pang! Dush! Dish! Dusyum!

Saturday, May 17, 2008

Malas Itu Satu Perubahan

Hari ini 17 Mei
19 Mei nanti
cukup 2 bulan
umur CDR

Kabur

Buntu

Keliru

Dulu, tulisan aku lain
sekarang, juga lain

Mula-mula dulu
katanya
masih mencari identiti
sesudah dua bulan
identiti yang dicari
tiada kelibat akan bayangnya

Rupa-rupanya
aku sesat
sesat dalam pencarian
pencarian sebuah entiti
diberi nama identiti

Izhab ilal jahannam!!

Go to hell!!

Persetankan identiti itu!!
dia jahat
menyusahkan
menyerabutkan

Konon ingin menjadi minoriti
akhirnya minoriti-minoriti itu
bergabung membentuk satu majoriti baru
maka kau bukan lagi minoriti
ah, serabut!



Sila abaikan entri ini
(Aku cakap 'sila', okay. Penuh kesopanan! Jadi, tolong berbuat demikian)



Aku dah malas nak menulis!

Entri Sempena Pengunjung CDR ke-1,000

Dah seribu?!?!

Syukur Tuhan

Belum pun
cukup 2 bulan
umur CDR
dah seribu pengunjung
terima kasih semua

Dulu
aku sasarkan

sebagai permulaan
3 bulan pertama
pengunjung CDR
berpurata 100 orang seminggu
maka untuk mencapai 1000 pengunjung
masa diperlukan ialah 10 minggu
alias kurang 20 hari ke 3 bulan
tapi kini?

Teruja
Terharu


KEMASKINI:

Selepas menyemak senarai pengunjung, aku berjaya trace pengunjung ke-1,000. Tapi aku tak tahu siapa. Yang aku dapat tahu, cuma IP dia; 51.60.in-addr.arpa.tm.net.my, dari Seromban Nogori Smilan. Sapo eyh? Ucapan terima kasih khas buat-mu dan tahniah tapi tiada hadiah lumayan, cuma entri ini buat-mu. ;)

Friday, May 16, 2008

Kosong II

Cinta
Sayang
Kasih
Gembira
Bahagia
Aman
Tenteram
Nyaman
Sejahtera
Damai

Benci
Dendam
Sakit
Sedih
Kabut
Kusut
Celaru
Geram
Serabut
Kelam
Sepi
Sadis
Seksa
Pedih
Tertekan
Keji
Bosan
Bengang
Perit
Derita
Bencana
Bahana
Malang
Malapetaka
Musnah
Hancur
Sesal
Susah
Binasa
Zalim
Kejam


Memang dunia ini penuh dengan anasir negatif
atau ia cuma dari
perspektif seorang aku

Asing
Kompleks

Ada sesiapa boleh tambah senarai di atas?
Lupa nak khabarkan, aku taip tanpa perlu perah otak. Naturally.

Hujan dan Aku

Aku suka hujan
bila sendirian

Aku takut hujan
bila memandu

Bila sendirian
hujan
kubuka tingkap
sua muka
pejam mata
membiarkan gerimis
menerokai wajah

Tiada signifikasi tertentu
aku cuma suka

Andai ada kilat
kan kutunggu
kan kunanti
aku suka melihat panahannya
kelihatan sangat indah
sangat unik
sangat gah

Entah

KEMASKINI:
p/s: Selepas ditegur oleh Farah Wahida, kini aku sokong band Hujan. Tapi aku belum dengar lagi album mereka selain lagu "Bila aku sudah tiada". But still, aku tetap tak suka band dari seberang. Bukan sebab tak sedap atau tak kacak. Tapi aku memang kureng dengan penyanyi dari seberang.

Thursday, May 15, 2008

Kosong

Tiada nafsu
tiada selera
tiada perasaan

Maaf semua

Lepas kelas
aku semak jumlah pengunjung
syukur Tuhan
dah nak seribu


Terima kasih kepada pengunjung semua
kalian beriku motivasi
tapi buat masa ini
ku tidak punyai isi
sekadar coretan basi
dari hati ke papan kekunci

Pergi baca ini
apa yang kalian paham?
tak paham, kasihan
sekian

Wednesday, May 14, 2008

Keperluan, Nafsu , Keperluan Nafsu?

Entri berkaitan: Thought of the day

+ + + + + + + +

5 Tahun lepas,

"Ok, baiklah. Hari ini kita akan belajar tentang ekonomi." berpaling dan melihat murid-murid.

"Dalam ilmu ekonomi ni, ada dua perkara yang paling penting, atau dua perkara asas." berhenti seketika melihat reaksi murid-murid sebelum menyambung. "Pertama keperluan dan yang kedua adalah kehendak. Ok? Ingat tu, keperluan dan kehendak. Saya rasa tak perlu saya huraikan lagi apa itu keperluan dan apa itu kehendak. Perlukah?"

Murid-murid (termasuk seorang genius) semua geleng kepala.


+ + + + + + + +


Semalam,

5 lelaki
3 daripadanya pemblog
(ada orang persoal; "perlu ke mention")
sedang menjamu selera

Atas meja ada
2 lamb chops
2 lemon chickens
2 fish n chips
2 mushroom soups
1 salmon steak
satu nasi putih
semangkuk ayam masak kari hijau
sepinggan ayam masak pedas

Okay, tukar menjamu selera ke melantak.


+ + + + + + + +


Sedang makan
dammit buka cerita
cerita fakta

"Kau tahu tak, dulu aku belajar dalam kemahiran hidup dia cakap ada dua jenis perkara penting yang perlu kita fahami, keperluan dan kehendak atau nafsu," sambil tunjuk dua jari telunjuk dan hantu. Jarinya ditunjuk kepada Hazimir (bukan nama sebenar) yang sedang khusyu' melapah ikan salmon.

Aku teringat ilmu ekonomi tingkatan 4. Tajuk pertama.

Dammit sambung, "cuba kau tengok kita ni," merujuk kepada pinggan-pinggan di atas meja. "Kau agak kita kategori mana?" cuba berkias dengan Hazi (bukan nama manja).

Hazi toleh kepada dammit dan dua jarinya yang masih tegak. Dia cantumkan kedua-dua jari itu dan jawap, "keperluan nafsu!"

Dammit terpana.
Aku tersedak. Air epal jus suam hampir terkeluar dari mulut. Habis kutelan, aku gelak besar.
Jaed gelak geleng-geleng kepala.
Bu gelak mengekeh.

Kemudian, masing-masing pegang perut. Sakit perut makan+gelak.

Pihak kedua yang mengalami keuntungan
Pihak pertama? Kami berlima
hehe

Jus Epal Suam, Jus Limau Ais, Cappucino Kisar Bersama Ais

Tuesday, May 13, 2008

Tik Tok Yang Kedengaran

Tik tok tik tok
masa berlalu
dan terus berlalu

Tik tok tik tok
dia terus pergi
tak kembali

Tik tok tik tok
masa cuma datang sekali
yang kedua ketiga
semuanya palsu tipu
tak seindah yang nombor satu

Tik tok tik tok
hargailah masa
jangan termenung
itu buang masa

Tik tok tik tok
sudah dua puluh minit
sudah 600 tik-tok kedengaran
halaman masih kosong

Tik tok ke 601
dammit datang menjenguk
aku mengadu

"Dah dekat setengah jam aku mengadap benda ni. Tapi takde benda aku nak tulis,"

Dia gelak kecil
geleng kepala dan jawab

"Kau dah gila dowh. Takde benda nak tulis pun, kau nak tulis jugak."

Aku gelak besar
bersetuju barangkali
dia beredar
meninggalkan idea

"Kau tulis apa aku cakap tadi,"

Dammit gelak
jaed gelak
aku pun gelak

Siap satu entri
dah azan
jom 'Asr

Monday, May 12, 2008

Aku Anak Malaysia

Petang
tiba di Kuala Lumpur
di Pekeliling lebih tepat
dari Kuantan
tengahari tadi
lapar
letih
mengantuk
bersatu dalam mindaku

Untuk pulang ke rumah
dari sini
aku perlu menaiki
KL Monorail ke KL Sentral
atau
LRT STAR ke Masjid Jame'
dan transit ke LRT PUTRA
menuju ke destinasi terakhir
jumlah perjalanan kesemua sekali
melebihi setengah jam

"Ah laparnya,"
keluhku
bahu kiri menggendong
beg bimbit komputer riba
tangan kanan memegang telefon bimbit
melihat jam di telefon bimbit
kemudian
mengalih pandangan ke sekeliling
bas, kaunter tiket, manusia

"Ah, karut semua nih!"

Tiba-tiba
pandanganku hinggap
di deretan kedai dan gerai
menjual makanan

"Ya, makanan! Ini baru betul,"
lantas kubeli sebiji berger
baunya membuat perutku berkriuk
sebaik berger didagangkan
dengan helaian kertas hikmat
aku buka plastik membalutnya
tapi
belum sampai separuh
balutannya kubuka
aku lihat sekeliling
manusia-manusia sekeliling
mata mereka
seakan ditancapkan ke badanku

"Apahal diorang nih? Tengok-tengok. Malulah aku nak makan!"

Dek ego lelakiku yang tinggi
lagi tinggi dari bas-bas di sini
aku mematikan hajatku untuk
melantak di situ
bungkusan dikemas kembali
langkah diatur
menuju ke stesen KL Monorail

"Nanti aku makan dekat KL Sentral lah, ada pendingin hawa,"
aku berkira-kira

KL Sentral
tiket ke stesen ketiga sebelum akhir
telah kubeli
tangga bergerak kudaki

"Ramainya orang, makan dulu lah,"
lantas kuambil tempat duduk
di bangku yang disediakan
nyanyian perutku bakal kusahut
ala-ala cerita Enchanted

Bungkusan kubuka
bau berger yang separa sejuk
tetap menawan kalbu
sebaik berger tiba di 'pintu masuk'
'syurga dunia'

TIBA-TIBA
lelaki berkemeja seragam datang menghampiri
hasrat menyahut lagu dari perutku terbantut

"Apahal lak mamat ni,"
aku serabut
kutenung dia
dia senyum padaku
aku balas
lantas terlintas 'cadangan' dari otak geniusku

"Tak boleh makan kat sini ke?"
hatiku tertanya sendirian
bagai mendengar pertanyaan hatiku
lelaki berkemeja seragam itu bertanya

"Kamu nampak tak tu?"
dengan ibu jarinya menunjuk ke satu papan tanda

"Erk," aku jawap

"Yang tu nampak?"
ibu jari beralih arah
juga kepada papan tanda

"Dayem!" aku sumpah dalam hati
mataku menyoroti papan tanda
yang dipenuhi gambar
berunsur larangan itu
tiba-tiba
otak geniusku ternampak
unsur-unsur nombor
pada papan tanda itu

"Denda/Fine RM500"

"Kepala hotak dia!" juga dalam hati

"Nampak tak?" lelaki berkemeja tadi mengulangi soalannya

Otak geniusku berputar laju
mencari alasan-alasan munasabah

"Come on genius! Think! Think!"

Seperti biasa
otak geniusku memang tidak sia-sia
aku pun jawap

"Oh ma'ah cik. Sayo baghu sapa neh. Tok perase signboard tuh. Tok tau plok tokleh make ssinih. Ingak ko dale tren jah tokleh. Ma'ah a cik deh." Aku cuba sedaya upaya memekatkan loghat Kelantan yang sudah lama tidak dituturkan. Erm, sudah 2 minggu barangkali. Sambil tangan kembali membungkus berger enak, lazat bermayonis, disukai ramai. Ya, buat kali kedua ia dibalut kembali.

Nyata
kebolehan bertutur
dengan dialek Kelantan yang fasih
berjaya memukau lelaki berkemeja seragam
lantas kemaafan dikurniakan buatku
tetapi
perutku masih lapar

Lelaki berkemeja seragam
seakan faham dengan bahasa badanku
lantas mencadangkan

"Kalau kamu lapar sangat, turun makan kat bawah la. Kat situ tak boleh jugak patutnya. Tapi at least takde sign board la kat situ."

Dengan muka bersinar-sinar
bagai rembulan dipagari bintang
aku ucap

"Oh, yeke? Terima kasihlah pakcik." sambil bergegas turun ke bawah
lantaklah pakcik tu nak cakap apa pun
nyanyian perutku mesti kusahut segera

Dua tiga langkah aku beredar
aku teringat

"Eh, lupa pulak nak kekalkan dialek Kelantan tadi. Gasaklah kantoi pun,"

Sunday, May 11, 2008

Tips Hari Ibu

Aku khusyu'
menatap komputer ribaku
meng'google' beberapa perkara
mencari bahan bacaan
pagi lagi
dan aku malas nak mandi
sebab
bau masih wangi

Tiba-tiba
kedengaran suara merdu

"Ya ALLAH panjangnya rambut kau. Bila nak pergi gunting rambut?" suara sang ibu bertanya
dalam nada leteran-penuh-kasih-sayang

Aku terkedu
cari idea
idea, idea
cepat datang sini
haa

Aku bangun dari tempat dudukku
mengeliat
seterusnya
buat-buat teringat

"Eh, ma. Hari ni Mother's Day la." kataku sambil berjalan ke arahnya.

"Saayang mama," kupeluk dia dari belakang.

"Hish, kau ni, dahla tak mandi lagi. Busuk la."

"Ey, wangi pe," tegasku sambil bau badan sendiri.

"Dah, dah pergi siap nak sarapan pulak,"

Selamat aku
eh silap, rambut aku

Saturday, May 10, 2008

KokoKaina II

Ok
ada orang cakap
aku tulis dengan penuh emo
dalam entri lepas

Maaf

Sungguh
maaf sungguh-sungguh ni

Tidak berniat
untuk mengutuk
cuma ingin mengkritik

Ok aku mengaku
memang aku benci
tapi aku tak mahu
menghasut kalian
untuk turut membenci
nanti kena tuduhan akta menghasut huhu

Kalian kan punyai akal
boleh berfikir sendiri
menilai untuk menyangkal
atau menerima
terpulang

Entri ini
istimewa
sebab gambar KokoKaina
adalah sangat misteri
(konon-kononnya)
tapi **** berjaya menjumpai gambarnya
di sini
tahniah tahniah

Nah,
tadaa


Gambar sebenar KokoKaina

Buat makluman kalian
aku tak layan pun
lagu-lagu dia
tapi dia nyanyi memang sedap
dan dia gubah sendiri lagu
bukan macam rancangan-rancangan realiti
nyanyi lagu orang
pengkritik cakap
saya nak kamu nyanyikan dengan gaya kamu sendiri
wadda..
dah nama lagu orang

Ok
aku memang bukan orang muzik
mungkin pendapat aku macam mengarut
but, who cares
it's my opinion
not yours
you have your own opinion
so what

Baiklah
elok aku berhenti dulu
nanti lagi mengarut aku tulis
sekian

* * * * *

DIKEMASKINI:
Kulihat senarai pelawat
yang datang ke CDR
mereka datang dari pelbagai sumber
yang menariknya
ada seorang pendatang ini
datang dari hasil carian
dengan kata kunci
"jack johnson kokokaina"
dan kamu teka apa?
CDR muncul dalam hasil carian google di muka pertama!

p/s: lain kali aku nak buat kata kunci yang lebih mesra enjin carianlah. Contoh: Gambar Siti Nurhaliza Pakai Tudung. Haha

Friday, May 9, 2008

Yang Tersurat Dan Tersirat

Aku, Jaed dan Dammit
dalam kereta
bercerita tentang kamera

"Kau tahu tak, sebenarnya kamera DSLR ni, mencantikkan lagi gambar." Jaed berkata-kata

Aku dan Dammit tak paham.

"Pakai kamera DSLR ni, dia punya sharpness tu menyebabkan gambar biasa jadi extra cantik."

"Oh," aku dan dammit hampir serentak

"Yela, ambil gambar rumput semata pun boleh jadi lawa," aku tambah

"Ha'ah," dammit bersetuju

"Kau tahu tak macam mana aku boleh tahu?" Jaed tanya

"Macam mana?" aku tanya balik

"Ada sekali tu, masa aku main bola dekat stadium. Pakcik aku ambik gambar pakai kamera tuh. Lepas tu aku tengok a balik. Ada satu tu gambar aku, smart giler jadi gambar tu."

Tiba-tiba aku gelak besar
dammit terpinga-pinga
jaed toleh sekilas
menumpukan perhatian ke arah jalan raya

"Aku tau maksud tersirat cerita kau!" jeritku dalam tawa yang masih menggelegak

Jaed turut tergelak kecil
Dammit tersenyum bersetuju

Bila Kali Terakhir?

Malam kulalui dengan emosi yang sama
bezanya tempat melempiaskan emosi
adalah perisian Pemain-Media
nasyid-nasyid keras
dan pembesar suara serta meja

Meja?
Ya, untuk jadi dram olok-olok
kuketuk guna jari
kupijak-pijak lantai
seakan wujud pedal bass

Tiba-tiba
seorang makhluk
menambah aku ke dalam
senarai kawan di Perutusan-Yahoo
aku tak kenal ID dia
aku pun minta pengenalan diri
dia ngada-ngada
aku angin
berikut adalah ia

Sebagai privasi
aku gantikan ID dia denga FO
tapi ada aku sebut dalam perbualan
sengaja tidak dilindungi

FO (5/9/2008 2:56:24 AM): oyt
MM (5/9/2008 2:56:29 AM): oyt
MM (5/9/2008 2:56:35 AM): siapa nih
MM (5/9/2008 2:56:37 AM): sorri
MM (5/9/2008 2:56:47 AM): huhu
MM (5/9/2008 2:56:49 AM): rossa
MM (5/9/2008 2:57:06 AM): adoreme?
FO (5/9/2008 2:57:06 AM): cet
FO (5/9/2008 2:57:22 AM): x tdo lg?
MM (5/9/2008 2:57:28 AM): rossa_adoreme?
MM (5/9/2008 2:57:37 AM): aku tatau oy sapo nih
MM (5/9/2008 2:57:39 AM): sori a
MM (5/9/2008 2:57:42 AM): btau le
FO (5/9/2008 2:57:54 AM): x nak
MM (5/9/2008 2:57:56 AM): ok
FO (5/9/2008 2:57:56 AM): bgtau
FO (5/9/2008 2:58:01 AM): saje nak ngaco
FO (5/9/2008 2:58:03 AM): ko
MM (5/9/2008 2:58:09 AM): trima kaseh
MM (5/9/2008 2:58:12 AM): aku hargai nya
FO (5/9/2008 2:58:25 AM): em
FO (5/9/2008 2:58:30 AM): ye
FO (5/9/2008 2:58:36 AM): la
FO (5/9/2008 2:58:38 AM): tu
MM (5/9/2008 2:58:52 AM): aku tatau ko sape
MM (5/9/2008 2:58:56 AM): apa aku nak borak
FO (5/9/2008 2:59:06 AM): cube
FO (5/9/2008 2:59:09 AM): ko
FO (5/9/2008 2:59:12 AM): teke
MM (5/9/2008 2:59:51 AM): tak minat
MM (5/9/2008 3:00:04 AM): dajah 3 dlu suke a gak
MM (5/9/2008 3:00:08 AM): dah tingkatan 3 ni
MM (5/9/2008 3:00:11 AM): tak minat
FO (5/9/2008 3:01:03 AM): wah3x
FO (5/9/2008 3:01:07 AM): aku
FO (5/9/2008 3:01:09 AM): de
FO (5/9/2008 3:01:11 AM): paper
FO (5/9/2008 3:01:14 AM): esok
FO (5/9/2008 3:01:16 AM): ni
FO (5/9/2008 3:01:21 AM): saje je
FO (5/9/2008 3:01:24 AM): nak realese
FO (5/9/2008 3:01:29 AM): tension
MM (5/9/2008 3:01:30 AM): ok
MM (5/9/2008 3:01:34 AM): da release ke blom
MM (5/9/2008 3:01:39 AM): sbb tension ko tu
MM (5/9/2008 3:01:43 AM): mcm da dpat kat aku je
FO (5/9/2008 3:01:43 AM): da2x
MM (5/9/2008 3:01:47 AM): ha da
MM (5/9/2008 3:01:51 AM): pegi maen jauh2
FO (5/9/2008 3:01:52 AM): huh?
MM (5/9/2008 3:02:00 AM): aku mmg kuang haja dgn org yg aku tak kenal
FO (5/9/2008 3:02:01 AM): ye
FO (5/9/2008 3:02:04 AM): la
FO (5/9/2008 3:02:13 AM): kite knal da lame
FO (5/9/2008 3:02:17 AM): mcm tu
FO (5/9/2008 3:02:20 AM): la
FO (5/9/2008 3:02:22 AM): kwn
MM (5/9/2008 3:02:27 AM): ops
MM (5/9/2008 3:02:33 AM): gua tak de kawan nama rossa
FO (5/9/2008 3:02:38 AM): mrajuk
MM (5/9/2008 3:02:38 AM): mahupun adoreme
MM (5/9/2008 3:02:42 AM): mahupun rossa_adoreme
FO (5/9/2008 3:02:43 AM): x mo
FO (5/9/2008 3:02:49 AM): geng
MM (5/9/2008 3:02:54 AM): x de masa nak merajuk de
FO (5/9/2008 3:03:03 AM): ade
MM (5/9/2008 3:03:05 AM): aku sombong a
MM (5/9/2008 3:03:11 AM): so pegi berambus
MM (5/9/2008 3:03:14 AM): nak lembut sikit
MM (5/9/2008 3:03:27 AM): sila berambus (baca dgn nada habis lembut)

terus senyap
aku memang sombong
maaf
lebih-lebih lagi dengan emosi sekarang
beberapa ketika kemudian
aku tidur

Bangkit pagi itu
usai tunaikan Subh
aku teringat entri jaed
lantas berfikir

"Ah, dah berapa lama aku tak baca Quran."
"Bila kali terakhir ya?"
"Ahad!"
"Hari ni dah Juma'at!"
"Astaghfirullah. Takpe, jom baca Quran."
"Hari ini Juma'at, sunat baca Kahfi."
"Ya, tapi dalam hadis cakap malam Juma'at, malam tadi,"
"Takpelah, baca jelah. At least ada hadis, bukannya macam Yasiin,"

Ya, Kahfi! Bukan Yasiin.

Thursday, May 8, 2008

Unbeatable Loser, Moody dan Period

Pagi itu
kembali mencari sumber
internet tanpa wayar
kali ini berjaya

Entah mengapa
aku masih tidak keruan
emosi bercelaru
dayem!!

Kulihat senarai
sahabat yang dalam-talian
di Perutusan-Yahoo
hati berbisik
separa gembira
separa lagi
masih emosi sama
atas dasar privasi
aku namakan dia BI

Berbual dalam-talian dengan BI
sedikit membuang kecelaruan
menggamit kedamaian
tapi masih
aku
seakan
tertekan

Whaddahell

AZ kusapa dalam-talian
dai memberiku satu gelaran
UNBEATABLE LOSER
menarik
aku suka
catchy
tapi hatiku masih tak keruan
cuba menggunakan teknik
pemindahan psikologi
agak berjaya
begini caranya

MM (5/8/2008 1:03:44 PM): aku ada kelas
MM (5/8/2008 1:03:50 PM): salam fakof
AZ (5/8/2008 1:03:53 PM): apa barang?!
AZ (5/8/2008 1:03:56 PM): jaed??
MM (5/8/2008 1:03:59 PM): takde
MM (5/8/2008 1:04:01 PM): aku sorg je ada
MM (5/8/2008 1:04:03 PM): sbb aku unbeatable loser
AZ (5/8/2008 1:04:04 PM): dia kata nk g trumtum
AZ (5/8/2008 1:04:08 PM): ke, dia tpu?
MM (5/8/2008 1:04:12 PM): tak
MM (5/8/2008 1:04:13 PM): aku yang tipu
MM (5/8/2008 1:04:18 PM): unbeatable loser
AZ (5/8/2008 1:04:19 PM): babi
AZ (5/8/2008 1:04:21 PM): BABI
MM (5/8/2008 1:04:22 PM): aku suke glaran tu
AZ (5/8/2008 1:04:23 PM): BABI
AZ (5/8/2008 1:04:25 PM): BABI
MM (5/8/2008 1:04:26 PM): hahaha =))
AZ (5/8/2008 1:04:33 PM): BABI
AZ (5/8/2008 1:04:49 PM): ko mmg unbeatable loser yg macam babi
AZ (5/8/2008 1:04:53 PM): ak bnci ko
AZ (5/8/2008 1:04:59 PM): mcm belia benci dadah
MM (5/8/2008 1:05:03 PM): terima kasih

Apabila kita tidak keruan
buatkan orang lain jadi tak keruan
ketenangan sedia menggamit hati


+ + + + + +


Menuju ke kereta
ingin pulang untuk makan
Hazimir (bukan nama sebenar)
menanti di kereta
wajah tidak siuman
jelas terpancar di mukaku
aku menjerit kuat-kuat
Hazimir tanya
"Ey, kenapa moody-moody ni?"

Aku terkedu
berkata dalam hati
"Oh sheet!!"


+ + + + + +


Aku sakit perut
tak tau kenapa
aku makan nasi mengikut sukatan normal
sesudu penuh polisterin
walau makanan makin mahal
tapi entah mengapa
apa silapnya
meragam
mukaku mempamerkan
wajah ketat

Seorang perempuan
berlagak ambil peduli
bertanya padaku

"Asal kau ni?"

"Senggugut," aku jawap malas.

"Uh," dia terkejut. Tangan di mulut.

"Shh. Jangan kacaulah. Dia period." Lelaki sebelahku kata.

Aku pula terkejut
tapi muka masih ketat

Tiada x Internet = Bosan + Celaru = Ulangkaji

Dua pemblog dalam kereta
masing-masing dengan sebuah Acer dan Compaq
mencari sumber
internet tanpa-wayar

Wira biru diparkir
komputer riba diusung ke tempat suspek
serentak ia dikeluarkan dari beg masing-masing
serentak butang hidup/mati di tekan
tapi bunyi milik Compaq dahulu yang kedengaran
beberapa minit kemudian
baru bunyian dari Acer menyusul
sellow giler!

Seketika kemudian
kedengaran suara insan pemilik Compaq

"Owh dayem! Wayerless takderk! Aaargh!"

+ + + + + + + +

Aku di depan komputer ribaku
internet milik jaed
bermasalah
tiada perkara nak dibuat
kubelek senarai tugasan yang perlu kulakukan
banyak juga ya
lantaklah

Aku meneruskan kerjaku
termangu
tersipu-sipu kebosanan
tak keruan
tak menentu
emosi keliru
kebosanan?
seronok?
mengantuk?
ceria?
tertekan?
bahagia
erk, bahagia?

Perisian pemain-media
mengeluarkan suara
lunak dan merdu

take this all the way
im suffocating
tell me what the fork is wrong
with me

aku turut melempar suara
mengikut alunan
irama indah
dendangan Chester Bennington

jaed ambil headset
pekup ke telinga

dammit menjenguk mengambil berat
dengan muka apahal-ko-terpekik-terlolong ni
dia mampir mendekatiku

aku masih menyanyi merdu

put me out of my misery
put me out of my misery
put me out of my
put me out of my
fooking misery

dia jenguk paparan di skrin komputer ribaku
dan reaksinya serta merta berubah
lantas berkata

"Siyot, tengah study! Siap buat nota! Aaaargh"
sambil beredar

aku kata dalam hati
"Sheet, kantoi!"

Trek bertukar ke nasyid-besi dendangan Metallica, "So What"

so fooking what!

well i've been to hastings and i've been to brighton
i've been to eastbourne too
so what, so what
and i've been here i've been there
i've been every fooking where
so what
so what
so what, so what, you boring little cunt

Wednesday, May 7, 2008

Pengumuman

MENGUMUMKAN!!
ketibaan
seorang lagi pemblog
yang akan memeriahkan lagi
arena blogosfera melayu

Aku MatematisMuda
selaku pemilik CDR
mengucapkan
selamat datang ke blogspot
kepada dammit
yang telah sekian lama berblog di friendster
akhirnya beralih juga ke blogspot
haha
selamat datang selamat datang

Pekan, Ekspidisi Cinta (Episod Bayangkan)

Gambar ini berkaitan dengan entri lepas
Lelaki sebelahku yang memandangku penuh curiga dan syakwasangka


Selesai menyaksikan
kekalahan tidak sepatutnya
kami bergegas pulang
tangki minyak diisi penuh
dan bertolaklah kami
sebuah ATOZ
dituruti oleh
2 buah LC

Malam

Hujan

Selepas berhenti di Hentian Rehat Gambang
hujan mencurah-curah
turun makin lebat
aku perhatikan cermin pandang belakangku
2 buah motor tadi kelihatan stabil
tapi
2 orang lagi penumpang
di tempat duduk belakang
dah pengsan

"Diorang ok ke hujan ni?" aku bertanya kepada lelaki sebelahku

"Ok je," dia tengok cermin sisi

"Slow sikit a kot," dia usha meter kelajuanku

Aku memperlahankan kelajuanku
kepada sekitar 80-90 kms
sekali-sekala mata menjeling
memantau pemotor di belakang
maklumlah

Malam

Gelap

Hujan

Tiba-tiba
sterengku sedikit terbuang
seakan menggelungsur sedikit keretaku
yang tidak berapa berat itu
serta merta kukejapkan pegangan
cuak

"Apasal?" lelaki sebelahku dapat menangkap perubahanku

"Licin kot," jawabku sambil mata menjeling pemotor di belakang

Seketika kemudian
aku membuka cerita
"Kau tahu tak, aku datang sini ni dengan keadaan cuak sebenarnya,"

"Kenapa lak?"

"Erm, mak aku, kawan dia, anak dia..."

"Anak kawan mak kau?" dia pintas meringkaskan

"Aa, anak kawan mak aku baru meninggal semalam. Eksiden. Dekat MRR2."

Senyap seketika

"Eksiden macam mana?"

"Entah, tapi yang aku taunya, dia naik kereta dengan kawan-kawan dia. Then, eksiden. Kawan-kawan dia minor injury je. Dia seorang je meninggal."

"Uh, yang lain selamat?"

"A'ah,"

"Aku jadi cuak kau tahu sebab apa? Kau cuba bayangkan, kita naik kereta berempatkan. Lepas tu eksiden. And salah seorang kita ni mati. Kau cuba bayangkan kita jadi yang terselamat tu. Apa perasaan kau?"

"Down dowh,"

"Haa tula pasal. Down giler dowh. Uuu takleh bayang siyot,"

"Tobat tak mau bawak kereta dah pahtu,"

"Agak a,"

Senyap
masing-masing melayan fikiran
imaginasi dan bayangan

Kemudian
dia bersuara
memecah hening malam

"Erm, anak kawan mak kau yang meninggal tu duduk seat mana?

Dulu, Kemudian, Kini; KokoKaina

KokoKaina
kalian pernah dengar nama ini?
tak pernah?
pergi google
oh, takpe
nanti aku cerita
kalian tahu AF itu apa?
ya Akademi Fantasia
entri ini
akan berkisarkan tentang AF

Dulu
aku pernah membenci
orang yang menyukai AF
aku benci
benci, benci, benci
aku menyampah
menyampah sungguh-sungguh
itu semua karut
karut, bodoh, penipu, setan
tapi itu dulu
cerita dulu
realiti

Kemudian
aku tidak lagi benci
pada peminat AF
aku cuma benci AF itu sendiri
membencinya sebagai sebuah entiti
dan 'graduan-graduan'nya
oh silap
aku dah tak benci
cuma menyampah
serabut, bosan dan yang sewaktu dengannya
aku yakin ramai yang seemosi denganku
tak kurang juga ramai yang kontra

Kini
pendapat, emosi, perasaanku
disokong kuat oleh
satu jasad bernyawa
tidak
dia tidak tampil ke khalayak
memberitahu sokongannya padaku
tapi dia menjadikan
dirinya sebagai bukti
bukti kejayaan seorang insan seni
bergelar peyanyi
tanpa bantuan rancangan realiti TV
dia adalah
KokoKaina!!!

Dia menetap di Ampang
seorang penulis lagu
dan pemain gitar berbakat
dan bersuara lunak
apa istimewanya setakat boleh buat tu semua?

Dude,
dia takyah masuk AF
takyah masuk Mentor
takyah masuk pun semua-semua
benda harom jadah tu
tapi
dia dilamar membuat album
oleh Monotone Management dari Hollywood
sebuah syarikat rakaman Jack Johnson

Macam mana dia berjaya?
YouTube
bermula dengan rakaman amatur di komputernya
dia kemudian memuat-naikkan klip-klip
lagunya di YouTube
hingga beberapa klipnya telah diletakkan
di muka depan YouTube
pihak YouTube pun perasan bakat dia agaknya

Kemudian
Patrick Keeler, pemain drum The Raconteurs
menjumpainya di YouTube
dan membawanya ke Hollywood
untuk merakamkan 10 buah lagu
di bawah syarikat Monotone Management
waaaaahhh

Pengajarannya?
luangkan lebih masa dengan internet
jangan sibuk dok terkinja-kinja
dengan AF, OIM, Mentor dan sebagainya
jangan dok tumpu pasaran tempatan je
kata globalisasi
kalau betul kau berbakat
pasti ada orang akan perasan

Maaf, aku cuba dapatkan sumber-sumber yang lebih rasmi
tapi kurang berjaya
semua info aku salin dari sini dan sini
jemput membacanya
MAAF, entri ditulis pada jam 0252
malas nak edit
sebarang karutan dan carutan
baca je
takyah masuk
dalam kepala
anggaplah ia
dongeng semata
sekian

Tuesday, May 6, 2008

Keindahan Itu Bersifat Sementara

Tengahari itu
pulang dari merewang
angin sepoi-sepoi bertiup kencang
tangan yang memegang tombol berhenti bergerak
kepala ditoleh ke arah laman
hati berdetik
"Wah, macam musim luruh"

Ya
angin sepoi-sepoi itu
bertiup agak kencang
membawa bersama daun-daun
koko kekuningan
sungguh indah
sungguh nyaman
sungguh tenang
sungguh bahagia
erk, bahagia?

Tiba-tiba semua perasaan itu lenyap
tau kenapa?Ni siapa nak sapu balik semua daun ni?

Saturday, May 3, 2008

Makan Malam, Bola dan Perempuan

Makan malam yang enak
ialah apabila
kamu makan nasi kandar
lauk kambing kaw-kaw punya
sambil menonton pasukan Syaitan Merah
menang 4-1
di kedai mamak
yang dipenuhi penyokong
berbaju merah
hahaha

Aku tengok kat mamak
sebab rumah aku takde ASTRO
dan tak perlu pun

Sedang khusyuk menonton
aku ternampak seorang kawan
aku tegur

"Oyt, bukannya rumah kau ada ASTRO ke?"

"Oyh, memangla. Tapi rumah aku ramai perempuan."

Aku tak paham
"Habis tu?"

"La, malam ni ada AIM dgn AF la!"

"Oh. Haha," aku gelak sambil mengangguk
mata masih di skrin besar

"TV atas tengok AIM, TV bawah tengok AF. Siot betul!" dia sambung lagi
aku toleh kepadanya
matanya tetap di skrin besar

"Kau terpaksa la membawa diri ke sini eyk, hehe,"

"Tu a pasal,"

"Nasib baik rumah aku takde ASTRO, hehe,"

Pekan, Ekspidisi Cinta (episod pencemaran)

Lagi gambar chenta;
Raja sehari di bawah payung warna di raja


Peserta ekspidisi bergambar bersama pengantin



Sebagai rekod
mereka yang mengikuti ekspidisi ini
adalah pelajar jurusan IRK/BAR
jadi kesempatan itu
kuguna sebaiknya
bertanya itu ini

Perjalanan itu
diisi sebaiknya dengan perbualan
perbualan-perbualan lelaki
tentang bola
tentang politik
tentang babi
tentang perempuan dan sekx
dan banyak lagi
perbualan lelaki

Apabila menyambung perjalanan
selepas berhenti di tol Gambang
lelaki sebelah aku sendawa
kemudian aku tanya mereka
"Ey, sebenarnya ada dalil ke cakap alhamdulillah lepas sendawa?"

Lelaki belakang aku ketawa kecil dan jawap
"Takde sebenarnya. Tapi diorang guna konsep bersyukur. Sebab selalunya sendawa ni tanda kenyang, kan? So, lepas sendawa, tanda kita bersyukur sebab kenyang kita cakap la alhamdulillah." terangnya sedikit sebanyak.

"Oh, cuma sekadar budaya orang kita jela eyh?"

"Ha'ah. Budaya atau adat," kami gelak sikit sorang.

Seketika kemudian aku dapat idea
"Kalau macam tu aku nak cipta budaya baru la," aku jeling ke cermin pandang belakang seketika

"Apa dia?" lelaki sebelah aku tanya ala kadar
kurang berminat

"Konsep yang sama, tapi cakap alhamdulillah lepas kentut. Haa.."
mereka gelak

Tak sampai 10 saat kemudian
"Alhamdulillah.." aku cakap dengan penuh lega

Lelaki sebelah aku tengok penuh curiga
"Sial! Kau kentut eyh!?!?!"
jeritnya sambil buka tingkap

Friday, May 2, 2008

Pekan, Satu Ekspidisi Cinta

Hari itu
aku pergi kenduri 'arwah'
Siapa meninggal? Bujang
Oh, silap. Kebujangan
Kebujangan seorang sahabatku meninggal
kerana dia telah selamat diijabkabulkan dengan pasangannya
Alhamdulillah
Jangan, tak perlu tanya soalan itu
Hasad dengki itu tidak baik
faham?
Nanti sampai masa kita kahwin la, kan?

Berikut adalah beberapa gambar
sebuah perjalanan
kunamakan
ekspidisi cinta

Gambang, jauh lagikah kamu?

Makin hampir, yeah!

Yeah!

Menunggu 2 pemotor sambil bergambar bersama penaja sarapan kami, Mc'D.
Sarapan menggunakan kupon Mc'Muffin percuma untuk penjimatan hebat.

Penunggang dari kacamata cermin sisi


Lelaki sebelah aku
sibuk mengambil gambar
setiap papan tanda dia ambil
terutama yang menunjukkan arah
Gambang/Pekan

Ada beberapa gambar
dia tak sempat snap
tapi
lelaki di belakangnya
tengah pening
dan setiap kali ada papan tanda
lelaki sebelahku akan cakap
"Hah, Gambang"
atau
"Hah, Pekan"
sampai satu tahap
lelaki pening di belakangnya merungut
"Kau ni dari tadi Pekan, Pekan, Pekan. Tapi tak sampai-sampai gak."
Hahaha

Alhamdulillah
1027 bertolak dari Gombak
1333 tiba di rumah pengantin

Dan inilah dia
Pose istimewa dari raja sehari
dikoreogerafikan oleh MatematisMuda


Insya-ALLAH akan kusertakan lagi gambar-gambar dalam entri akan datang

Thursday, May 1, 2008

Berjalan Kaki Dari Kuantan ke KL

Entri ini
diinspirasikan dari pemblog ini
yang berbasikal dari Kuala Terengganu

Aku kini sudah berada
di tahap kedua
dalam perjalananku
ingat kata-kata ini
sampai habis entri

Kisah bermula
petang April 30
pemblog dari Ampang
alias teman sebilikku sekarang
mengajakku pulang ke Kuala Lumpur
tapi
tiket bas malam ini
sudah kehabisan

"Habis tu kita nak balik bila ni?"
tanya dia sambil bermain-main
dengan bola keranjang

"Esok?" kuberi cadangan
sambil mengikat tali kasut

"Kita jalan kaki nak?" usul dia
berhenti bermain

Kutenung dia
tali kasut sudah selesai diikat
"Kuantan KL?"
tanyaku ingin kepastian

"Yela!"

"Set, malam ni kita gerak." dan kami pergi bermain bola keranjang.

Pernah dengar tak?
"Success begins with a dreams"
itulah yang kami lakukan
bermimpi
atau perkataan yang lebih bermotivasi
berimpian

Peringkat kedua dalam mencapai kejayaan
adalah melafazkan hajat atau impian kita itu
jadi kami berdua sudah berada di tahap kedua
perjalanan kami

Sesudah bermain
"Dude, sampai KL nanti kita boleh tulis dalam blog dowh."
dia kata padaku
aku cuma tersenyum bersetuju
masih membaling bola keranjang
ke dinding
seketika kemudian dia tambah lagi
"tapi aku takut tak sempat sampai KL je"
"nanti takde la entri dalam blog kita"