Saturday, August 30, 2008

Semalam, Selepas Bajet 2009

Aku
tunggu tunggu tunggu

Tengok
dengar

Kecewa



"Siyot, takde kenaikan ke untuk biasisiswa JPA,"

huhu

Sila Baca Hingga Habis

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
*tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
*tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
*tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang sekitarnya.
Maka Rasulullah s.a.w pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
Berikut adalah email berantai yang diterima oleh Bapaku
dan untuk pengetahuan pengunjung sekalian
perkara berikut dikhuatiri adalah palsu
justeru itu
tak perlulah kalian berasa bimbang
gundah gelana

Ia telah dipanjangkan ke beberapa orang di bidang hadis
untuk mengenalpasti kesahihan riwayat tersebut
dan kesemua yang ditemui
mengatakan mereka belum pernah berjumpa
dengan mana-mana hadis
seperti berikut

Adapun begitu
motif yang dibawa oleh 'hikayat' ini
adalah sangat baik
iaitu saling bermaafan sesama kita
cuma
tindakan menggunakan nama Nabi s.a.w
adalah sangat dimurkai

Buang yang keruh
ambil yang jernih

Sekian

Friday, August 29, 2008

Ramadhan Kareem

Ramadhan makin menghampiri
teruja teruja teruja
tak sabar tak sabar tak sabar

Nanti aku kongsi beberapa ilmu untuk kalian
buat masa ini
nah
beberapa lagi pautan cambest
i) NeEM Kildong: Melayu Muslim
ii) Aini: Kisah Nabi
iii) Zulyunus: Gear
iv) Wanie: Preparation


dah kot
tiga ni jela setakat ni
nanti kalau ada aku kongsi lagi ye

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

Ada orang cadang
ada orang suruh
ada orang tanya

"Aih, taknak mengulas ke pasal pilihan raya kecil Permatang Pauh?"

Aku jawap

"Tak kose aku!"

Tapi
bila baca macam-macam
bila dengar macam-macam
terutamanya tentang
perihal 16 September
aku rasa
aku nak tulis juga lah
mengenai
apa yang berlegar di minda aku

Aku rasa ramai yang rasa apa yang aku rasa
dan kebarangkalian tinggi
sudah ada yang menulis mengenainya
tapi
apa yang aku tulis ini
datangnya dari hati
seorang bukan-penganalisa-politik
mahupun peminat-politik
tapi seorang genius
ops
ok
mengarut
siriyes balik

Kebanyakan orang yang aku kenal
rasa seronok
teruja
ternanti-nanti
tanggal 16 September
(kononnya) tarikh di mana Anwar
bakal menjadi PM
tarikh dimana
Buku Teks Sejarah Malaysia terpaksa dicetak semula

Aku sangatlah tak bersetuju
dengan agenda menang melalui lompat parti
sebabnya
kalau nak menang
kalau nak memerintah pun
biarlah dengan cara yang lebih bersih
(hari tu sibuk dok demo pasal 'bersih')

Bukan
aku bukan nak cakap cara mereka kotor
cara sedia ada lebih bersih
bukan juga sebaliknya
tapi
aku rasa kalau nak lebih bersih
atau lebih beretika
yang nak lompat parti tu
elok letak jawatan dulu
then
buat lompat parti
lepas tu bertanding balik

Kalau ada 30 orang nak lompat parti
buat la 30 pilihan raya kecil
apa susah

Sebabnya?
aku yakin
tak semua yang menang hari itu
menang sebab individu
paham tak?

Erm
camne nak cakap eyh

Secara umumnya
aku rasa semua orang sedar kenyataan ini
yang mana
ada sesetengah orang
mengUNDI berdasarkan PARTI
bukan UNDI CALON

Kan?

Jadi
adilkah
bersihkah
kalau dah menang guna kerusi BN
then tetiba lompat parti
jadi PR pulak
tak macam mengkhianati pengundi ke?

Ah aku tulis panjang-panjang pun efek apa
buang masa je
baik pergi breakfast sedap-sedap

Wednesday, August 27, 2008

Kami Bukan Nak Berlagak Kaya La..

tapi
nak beri tahu kalian

Ini hadiah yang kami beri
sempena hari lahir budak ini



Beruntung kan dapat kawan macam kami?



Ok
siapa yang nak berkawan dengan kami
beratur isi borang
jangan berebut
semua dapat
ok?

Tuesday, August 26, 2008

Do'a Seorang Teman

Menjelang senja Ogos 26
sebelum azan Maghrib berkumandang
sebelum keputusan rasmi pilihan raya kecil diumumkan

Kedengaran do'a
seorang teman
sebaik beliau menjengah muka pintu
sedang kami bermain ping pong

Do'a nya,
"Ya ALLAH, berilah aku pelindungan dan keselamatan pada malam ini. Ameen"

Nak tahu kenapa dan siapa?
baca entri di sini
insan bertuah itu bakal menyambut hari lahirnya
tanggal 27 haribulan

Hadiah?
tunggu~

Reminder

Peringatan

Sudah berapa lama anda tidak baca
kitab suci kita?

Kenapa aku tanya?

Sengaja

Peringatan

Lagi pun
kan aku ada cakap sebelum ini
dalam entri ini

Tambahan pula
Syawal bakal menjelma
eh silap
Ramadhan
bulan mulia
bulan yang dinanti-nanti

Bersempena dengan ini
aku berikan kalian
pautan ke entri-entri cambest
i) Anna bermuhasabah
ii) Ber'gaduh' kerana Islam
iii) Arkib kembarku
iv) Nihonjiron
v) Ramadhan
vi) Dammit! Relevanisasi
dan banyak lagi yang kalian boleh cari sendiri



Mind to share it with me and others?

Friday, August 22, 2008

Aku Tak Paham

Ini siriyes
aku minta pendapat kalian
jadi tolong bantu aku

Sila beri pendapat kalian ye

Kisahnya begini

Macam biasa
aku melompat dari satu blog
ke blog yang lain

Blog lelaki
blog perempuan
blog pondan
semua aku pergi lawat

Dan satu hari tu
aku nampak satu entri
mempersoalkan tentang
sebuah gambar memaparkan
sepasang kekasih
dengan situasi
si lelaki membawa beg tangan si perempuan

Kata kebanyakan mereka
itu bodoh!

Aku tak paham
mengapa ya ada pendapat sedemikian?
sebab aku selalu tolong bawa beg tangan mak aku
abah aku pun selalu tolong bawakan beg tangan mak aku
its not a farking big deal mayen!

Kalau seorang sahaja berkata begitu
aku boleh terima
mungkin itu pendapat peribadi
tetapi
komentar-komentar yang ditinggalkan oleh pelawat
kebanyakannya menyokong
ideologi bahawa
lelaki yang membawa beg tangan perempuan adalah bodoh dan konon gentleman

Waddafish!


notakaki: Aku betul-betul perlukan pendapat dari golongan wanita sendiri. Atau mana-mana lelaki yang tahu mengapa tindakan tersebut dikira bodoh dan hudoh.

Wednesday, August 20, 2008

Anugerah Mesej Paling Berharga

Pernahkah
kalian basuh SEHELAI baju
SEHELAI seluar jeans dan
SEHELAI erm benda-dekat-dalam
selama sejam

Aku dah merasa semalam
letih betul memberus
tepung-tepung yang melekat di baju

Tapi
bak kata MawarMerah
setahun sekali je
maka
aku ucapkan
terima kasih buat makhluk-makhluk tidak kacak
yang bersusah-payah beli itu dan ini
khas untuk 'meraikan' aku

Wei minyak mahal ni korang membazir duit pulak ye!?

Macam biasa
waktu-waktu begini lah
ramai yang jarang-jarang mesej
tiba-tiba hantar mesej

Ya lah
kalau takde sebab takkan nak mesej kan?
maka hari lahir
dijadikan satu sebab
untuk berhubung

Berikut adalah contoh-contoh terpilih;

Paling touching and paling best!
"Today is a special day. It has a nice no. 20.08.2008. It is more special because it's your 22nd birthday! May Allah provide us with good helath and increase our iman. May Allah give us all the success and blessed our life and the hereafter. Amin"
from my beloved Abah

Paling Awal
"Salam Nabil..happy birthday..smga pnjg umo n dtmbhkn pntu2 rezeki..smga dprmudahkn sgla pcaturan n perancangan dlm hidup..n pls take gud care of urself.. (",)"
dari MawarMerah tepat jam 0000

Paling Siyot
"Salam bro. Happy birthday! Hehe. Bertmbh besar umur + prot abg. Haha"
dari Adikku tercinta jam 0001

Paling Nak Raya
"Slamat hari jadi. Maap zahir batin. Esk bwk pendrive beta g kelas."
dari Mek Ja

Paling Creative
N-ice
A-mbitious
B-right
I-ntelligent
L-ikeable
lift up 2 ur name NABIL!!! =)
Juz wanna wish u "HAPPY BIRTHDAY!!!" =)

Paling Do'a
"Ya Allah, berkati umurnya, tenangkan hati dan kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup, limpahkan maghfirah dan kasih sayangMu, agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat. Ameen ameen. segala kebaikan dankeikhlasan hanya selyaknya dibalas olehMu, atahiyah biyaumi iladika"
dari NMZ

Dan banyak lagi
mesej-mesej ucapan
dan do'a
alhamdulillah

Tapi sejujurnya
aku tak kisah sangat pun
orang wish atau tak wish
orang ingat atau tak ingat
terpulang
aku memang tak kisah

Even semalam
aku tak ingat langsung
sampai lah
petang
dalam kelas
Perempuan Seksi (dia tulis namanya begini dalam survey form)
kata padaku

"Wei, aku takde nombor kau. So aku nak wish siap-siap la takut terlupa. Happy birthday!"

Aku blur
dahi berkerut
satu
dua
tiga saat
baru aku teringat

"Oh hari jadi aku eyh? Bila eyk? Oh esok!"
sambil tersengih-sengih
dan gadis-gadis di meja sebelah
mentertawakan aku
yang seakan hilang jejak tarikh

Walaubagaimanapun
dalam banyak-banyak mesej
mesej ini menang anugerah utama

Paling Berharga
"Selamat Harijadi! nikmati 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke 8pax mulai SEKARANG. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan."
dari Celcom

Hahaha

Ada X, Ada segalanya

Celcom, kuasa di tangan anda



notakaki: Semua mesej disalin bulat-bulat tanpa sebarang edit. Maafkan bahasa mereka.

20.08.2008

Telefon bimbit berbunyi
ada mesej dari makhluk buncit-tapi-kacak

"Aku kat gerai bawah. Mengerang*. Ada match olimpik voleyball pompuan dowh! Jom a!"

Aku bergegas turun
ajak makhluk-separa-kacak bersama
duduk
lepak
minum
tonton
borak

Tiba-tiba
Jaed minta aku aku tolong semak
nombor asing yang menghantar mesej
ke telefonnya
aku nak taip
dia kata payah
dia ambil henfon dari tanganku
tekan tekan tekan
buat panggilan dan kemudian
mengeluh kecewa kerana panggilan tidak bersambut

Henfonku masih di tangan Jaed
main game katanya
tiba-tiba
mesej masuk

Aku kata bacalah
kerana aku bukan jenis berahsia
dia baca
aku tengok
dia buat muka tekejut
dan tunjukkan skrin henfon kepadaku

Sheet!!!

Sumpahku dalam hati
kuingatkan nombor asing tadi mesej
rupanya
Mek Ja rakan kelasku mesej
ucap selamat hari lahir!

Dayem!!!

Aku punya lah buat senyap
walau sebenarnya
aku sendiri lupa
dan apabila Jaed berkata
"Ooo hari jadi kau hari ini..."
aku terus terbayang ini (mesti klik!)

Sambil acara mengerang* diteruskan
AZ beri peringatan
"Dude, malam ini terlepas, esok ada lagi."

Aku mengeluh pasrah
tapi hati separa lega
sekurang-kurangnya
malam ini
selamat (kot)

Jaed sibuk hantar mesej kepada MawarMerah dan NMZ
apa motif
aku tak tahu

Aku tanya AZ
"mana Zuraimi?"

"Main ping pong la. Mana lagi," acuh tak acuh AZ jawap

"Oh, jom naik. Aku nak kalahkan dia,"
lantas aku bangun
dan membuat pembayaran

Sedikit berlari anak aku menuju ke tangga
niat di hati
nak segera beraksi menentang Zuraimi

Selisih dengan Superbug
tegur ala kadar
baru hendak pergi minum katanya

Tangga kudaki
hadapan pintu bilik kemas tanpa selipar
pelik
tapi otak genius ku
gagal mengesan apa yang lebih pelik menanti

Sebaik wajahku tersembul di muka pintu
satu benda yang paling aku ingat
aku nampak
Makhluk-Separa-Kacak pegang baldi
dan sebelah tangan lagi pegang gayung
siap berisi air
dan beberapa detik kemudian

"Bedebush~"
Welcome to heaven, mate

Simbahan pertama hinggap ke badanku
aku pusingkan badan hendak turun ke bawah semula
dan di bawah menanti
pasukan kedua
Superbug yang kononnya 'baru nak minum' tadi
datang dengan makhluk-makhluk tak kacak langsung dibelakangnya
dengan berbaldi air

Arah ditukar
aku serbu masuk bilik
dengan niat biar
berselerak bilik
tapi
beberapa lagi makhluk yang dengki dengan kecomelan aku
menahan aku dari masuk lebih lanjut
tubuh sasa aku ditolak oleh berbelas-belas orang
ke muka pintu kembali
dan kemudiannya

Honey,
what goes around comes around
what goes up? Tepung is coming down!!!

TEPUNG (tak tahu berapa plastik)
TELUR (lima biji! Siriyes bau!)
air sejuk (mereka isi baldi dengan ais!)
air panas (aku tak tahu mana diorang rembat sebaldi!)

Dan aku?
hanya pasrah terperosok
dihujani perkara-perkara di atas

Cakap banyak tak guna
bukan kalian boleh dengar
tulis panjang-panjang
penat kalian baca
nah
aku bagi gambar
semua gambar dirakam oleh makhluk-suku-kacak

teperosok
Tersungkur di pintu syorga

too hot
Too hot to expose

tidak kacak
Makhluk-makhluk tidak kacak

belakang
Usaha men-tidak-kacak-kan MM

depan
Ping pong anyone?

Kawasan kejadian


Sungguh
lakonan mereka buat aku rasa selamat pada malam ini
tapi rupa-rupanya
dayem!



*mengerang=melantak kerang

Tuesday, August 19, 2008

Bila Harga Minyak Naik...

Hampir semua orang
pun turut naik (baca:angin)
bengang, marah, tak puas hati

Apa lagi?
DEMO!!!

Tapi ada jenis yang mengada-ngada
buat-buat tak kesah
bila harga minyak naik

konon

Tak mengapa
biarkan dia
dengan fantasi Maya Karin nya
kih kih kih

Tapi ada satu jenis manusia
aku pelik betul
harga minyak naik banyak gila
tapi jenis ini macam takde efek

Tahu siapa?













Mat Rempit!



Siriyes gua wonder
bodoh tahap apa mereka ini
membazir minyak lagi
pada kadar harga minyak terkini

Friday, August 15, 2008

Mathematical Method vs Matematis Muda

Aku kibas-kibas katil
tepuk-tepuk bantal
kemas apa yang patut
baring
tutup badan dengan selimut

Sedaaap~

Tiba-tiba
pintu bilikku diselak
mamat ini tecegat dimuka pintu
jerit

"Oy esok quiz MM kau boleh lepak je tidur tak study!"

Makhluk-separa-kacak yang kebetulan ada berdekatan
tolong balas balik

"Stadi buat apa, dia sendiri dah MM!"

Aku senyum
iring badan ke kanan
pejam mata

Mulut masih menguntum senyuman
tidur dalam iman..

Entri Yang Di Edit Semula

I've posted my comment and opinion
on the issue of 'ketuanan melayu' thingy
regarding the 10% of non-bumi intake in UiTM

But I delete my post
because...

I dunno
I just have the feelings that
CDR readers are somehow not
into politics
or
they just don't like when
this blog talks bout politics
dirty?
disgusting?
you judge it

However
these two bloggers already wrote bout it
both in different styles and ideas
di sini and di sini

My comment?
I give you two examples
first
exist, certain quota for non-muslim intake in
International Islamic University Malaysia
second
exist, certain quota for non-bumi intake in
Mara Techology University
cliche?



nota kaki: kenapa MM berbahasa asing? entah lah labu~

nota/nota kaki: grammar lintang pungkang gua tetap punk. eh, apa kaitannya?

Wednesday, August 13, 2008

Aku Baru Lepas Main Futsal, Teringat Pasal Blog Pula

Lupa nak post
pasal perlawanan akhir
menentang Fakulti Perubatan
tempoh hari

Fakulti Sains menang
sorak
Fakulti Perubatan menang
pingat emas
huhu

Kami tewas 2-0
sebab?
tak perlu lah
kang orang kata
banyak lah alasan dia bila dah kalah

Tapi
kebanyakan kami tak puas hati
sebab
beberapa pemain
tidak berada pada tahap kesihatan
yang memuaskan

Tapi
nak buat bagaimana
redha saja lah

Bukan Ku Tak Sudi

Petang
perlawanan bola sepak
menentang Fakulti Pergigian dan Kejururawatan
menang 1-0

Malam
pergi mengajar tusyen
kerja sambilan
tanpa makan malam

Lepas mengajar
ada mesyuarat
lantas bergegas ke Alma Mater
msyuarat berlangsung selama sejam

Pulang ke hostel
rehat sebentar
buat kerja sedikit sebanyak
turn off

Pagi
Hari Sukan Fakulti Sains
main futsal
main bola tampar

Tengahari
masuk kelas (baca:lambat)
beri perhatian
masa untuk belajar

Tiba-tiba
aku perasan
Pensyarah buat satu jenaka
jenaka yang memerlukan pemikiran yang tinggi
aku paham
aku angkat muka
dia tengok aku
aku senyum sambil angguk-angguk

Tapi
seisi kelas yang lain senyap
mereka faham ke tidak?
aku fikir dalam hati
aku cuma mampu senyum
sebab tak berapa nak gelak
penat (konon)

Tapi takkan satu kelas pun senyum je?
oh
maafkan aku Tuan Pensyarah



nota kaki: aku tulis entri ini semasa dalam kelas PDA. Err, izin laluan ye Puan Pensyarah. Saya tekan butang 'publish post' sekarang.

Monday, August 11, 2008

Cerita Dalam Lif 3

Cerita bulan lepas



Kami berbual-bual di telefon
selepas aku pos entri ini
dia tanya

"Lawa sangat ke budak tuh?"

"Erm, takdelah lawa sangat. Biasa je...Boleh la.."

Tak sampai dua saat
aku sambung

"Lawa jugak lah,"
dia gelak
aku gelak [juga]
bahagia

"Rating? Over ten," dia cuba mengorek

"Kalau Charlize Therone 9/10, saya bagi dia 7.5 la,"
aku buat perbandingan dengan aktres febret aku

"Wow, that's 0.5 higher than me!"

"Hehe,"

Senyap seketika
dia tanya lagi

"Did she really fart?"
soalan ini disusuli dengan tawa yang ditahan-tahan

"Secara sahihnya, saya pun tak pasti. But there're only two of us. Me of course not. And she smell nice at first. Tapi tiba-tiba, saya bau something. And saya tau lah itu bau ken(baca:tuuut) kan,"
at this point
dia dah gelak sakan
stop kejap
sambung
"Saya tengok dia sikit-sikit. Yela, curiuos lah kan. Betul ke aweq baek punya cun ken(baca:tuut) kaw-kaw kan. Tapi nobody can make me sure except that aweq hehe,"

"So you never get your answer la eyk?"
dia tanya lagi
selepas ketawanya reda sedikit
tapi kemudian menyambung tawanya lagi

"Tak la. Tapi saya sendiri bagi jawapan la. Memang dia!"

"Ee sukati dia je,"

"Yela, takkan saya kot?!"

Dia ketawa lagi
aku pun turut ketawa

"Eh nanti kalau saya pergi Kuantan, tunjuk a kat saya," dia minta

"Haish. Tak elok lah. Cerita kat blog pun dah tak elok. Aib. Kesian dia. Bukan salah dia pun, dah terlepas nak buat camne," aku separa bersyarah

"A'a. Betul-betul-betul,"

"Tapi terlepas tu tak salah sebenarnya," dia cuba mematahkan hujah ku

"Habis tu?" aku pelik

"Yang salahnya tempat dan bau tu,"

Ketawa kami bersatu
meski dalam telefon bimbit
wajahnya terbayang-bayang di hadapanku

"Aaa lagi satu nak tanya,"
selepas senyap beberapa ketika
selepas ketawa tadi

"Apa dia?"

Aku dengar dia tarik nafas

"Bila masa pulak awak pernah bau kentut saya hah?"

Serta-merta aku gelak besar

"Sukati dia je! Saya punya rekod bersih lagi eyk. Keayuaan mesti dijaga,"
dia sambung membebel
aku sambung gelak

"Takde la," aku cuba tahan gelak
sebelum sambung
"saya pun try imagine gak kalau awak ken(baca:tuut) camna bau dia,"

"Ey! Tak senonoh!"dia pintas
aku gelak [lagi]

"Try jela. Tapi gagal. Hehe. Sayang punya pasal, saya assume wangi la kot,"
gelak ku berkumandang lagi



moral:
i) Jangan ken(baca: tuut) dalam lif!
ii) Jangan cerita aib orang!
iii) Jangan percaya kalau ada orang cakap sesiapa kentut wangi. Tipu tu. Trust me. I'm talking based on experience.

Saturday, August 9, 2008

Peristiwa Begini Dipanggil Apa Ya?

Buat panggilan kepada Bapak
berbincang tentang metod kepulangan aku esok
yang agak rumit
hingga menyebabkan terkeluar ayat ini dari mulut aku

"Alah, senang-senang takyah balik a,"

"Haish," Bapak balas

"Kita tak pergi kenduri orang, nanti orang tak pergi kenduri kita," sambungnya

Aku terkedu

"Uh, ok ok. Erm abang naik bas pergi Temerloh, bapak ambil kat sana la nanti eyh,"

"Okeh, papehal nanti bitau balik," Bapak kemudian mengakhiri perbualan dengan ucapan salam

Fast forward
tengahari esok
lepas Solat Jumaat

Selisih dengan lelaki-separa-kacak di tangga
membawa beg
aku tegur

"Aih, balik kau?"

Dia berhenti seketika
pusing tengok aku
angkat jari telunjuk
kata
"Kalau kita tak pergi kenduri orang, nanti orang tak datang kenduri kita,"

Dia senyum
turun tangga
puff, hilang

Ok
buang scene hilang tuh
fokus disini

What goes around comes around
what goes up will end high
eh
cam silap je
hehe

nota kaki: Woi dammit! Kau curi dengar perbualan aku ya!?!?

Bila MM Membebel

Sekitar Karnival Sukan Antara Fakulti

Ok
kesudahannya
perlawanan akhir antara
Fakulti Sains menentang Fakulti Perubatan
tidak diketahui bila akan dilangsungkan
walhal
majlis penyampaian hadiah, ahad ini
waddafish!

Peringkat awal karnival sukan ini berlangsung
aku sudah tidak suka
dengan terma yang ditetapkan
bukan semua
tapi ada satu ni
iaitu
setiap pemain cuma boleh bertanding dalam satu jenis sukan sahaja
waddafish!

Aku tak paham
mengapa perlu ada peraturan begini
konon nak bagi peluang semua orang dapat main
masalahnya ini adalah kejohanan
yang mewakili fakulti masing-masing
membawa nama fakulti
mesti menang
jadi kena hantar yang bagus-bagus
bukan main sumbat je

Kalau tidak
masakan boleh ada orang yang dapat banyak pingat
dalam satu kejohanan
macam kat sekolah dahulu
kan ada anugerah olahragawan?
kalau semua menang satu emas
siapa nak jadi olahragawan?

Ditambah pula dengan
jumlah pelajar di setiap fakulti di kampus ini
cuma beberapa kerat sahaja
itu jumlah pelajar
jumlah pelajar yang bersukan?
lu pikir lah sendiri

Kesudahannya
apabila ada fakulti yang pemainnya bermain
lebih dari satu acara
pasukan lawan akan bermain dengan sambil loya
eh silap, sambil lewa
lepas kalah banyak gol
pergi protes
minta menang percuma
banyak cekadak kau! (frasa ini mempunyai maksud yang sama dengan ungkapan waddafish!)

Buat pengetahuan
Fakulti Sains yang dinyatakan di sini
tidak include Sains Sukan
sebab ada orang cakap
"boleh lah kau orang belasah budak-budak skema,
korang Fakulti Sains ada Sains Sukan
memanglah terrer"
waddafish!

Kami terdiri dari
Sains BioPerubatan
Sains BioTeknologi
dan Sains Matematik (baca:ehem ehem)

Memandangkan
esok hari penyampaian hadiah dah
dan aku yakin
semua pembaca CDR takkan pergi bocorkan pada pihak penganjur
sebenarnya
aku main 3 acara
hahaha

Tapi semua satu perlawanan je
sebab takut bila tau perangai protes-menang-percuma ni berleluasa
maka aku drop dari dua acara lain
tinggal bola sepak sahaja
main je la MM~
satu pun satu la...

Friday, August 8, 2008

Siri KJ: Isra' Mi'raj

Maaf
lama tidak berhapdet
Siri KJ

Sebab?
nak kata bizi
tak sangat
nak kata malas
pun tak berapa tepat
lebih kepada tidak berkesempatan
[ini dipanggil alasan]

Dua minggu lepas
[tidak termasuk hari ini]
khutbah disini
membincarakan tentang
satu perisitiwa penting
yang berlaku dalam bulan yang baru sahaja
berlabuh meninggalkan kita
Bulan Rejab
iaitu peristiwa Isra' Mi'raj

Erm
rasanya
tak perlu aku huraikan lebih lanjut mengenai
peristiwa tersebut
kan?

Harap-harapnyalah

Baiklah
dua perkara penting yang disebut
dalam dua khutbah tersebut adalah
mengenai kepentingan solat
dan
isu baitulmuqaddis
atau masjidil aqsa

Tentang masjidil-aqsa
untuk pengetahuan kalian
pembaca dan pengunjung CDR semua
masjidil-aqsa terletak di Palestin
yang sekarang ini berada dalam genggaman Israel la'natullah

Bagi sesetengah pihak
mereka memandang ringan isu ini
tetapi
perlulah kalian tahu
isu Palestin bukanlah isu orang Arab
isu Palestin bukanlah sekadar isu nasionaliti
isu Palestin juga bukannya isu menuntut hak milik masjidil-aqsa
tetapi
ia merupakan isu umat Islam sejagat
ia membabitkan sebahagian dari aqidah kita
ia menjadi tempat persinggahan Nabi s.a.w
sebelum naik ke langit
dan mendapat perintah kewajipan solat fardhu

Solat
betapa pentingnya perkara kedua dalam rukun Islam kita ini
sehinggakan
pemfardhuannya memerlukan Nabi s.a.w
bertemu secara langsung dengan-Nya
bukan seperti kewajipan lain
seperti puasa, zakat dan haji

Dua blog setakat ini yang membicarakan
tentang solat
ialah blog ini dan blog ini

Thursday, August 7, 2008

Walau Semput, Tetap Beraksi

Perlawanan terakhir
menentang Fakulti Perubatan
ditangguhkan akibat hujan

Jadi kali ini
biar aku bercerita tentang perlawanan pertama kami
semasa menentang Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Menang 3-1 dengan gol terakhir pasukanku dijaringkan oleh
erm
pemain berjersi nombor 8
(baca: ehem ehem)

++++++++++++++++++++

Sepakan penjuru
kebiasaannya
aku akan menanti betul-betul di tengah
kerana aku suka menanduk
tapi kali ini
sudah ada dua pemain yang berdiri menanti di tempat itu

Aku pun berjalan ke bahagian 'tiang jauh' (english: far post)
perlahan
penat

Sampai di tempat yang kurasakan sesuai
aku berhenti
pusing
macam biasa
ada orang yang menanda (english: mark) aku
dua lagi rakan sepasukanku
betul-betul berada di hadapanku
kami menanti
bola sepakan sudut itu

Bola di sepak
aku dapat melihat dengan jelas
bola itu menuju ke arah dua pemain di depanku
aku menyelit melepaskan diri dari pertahanan yang menanda aku
lepas
aku berada di belakang
dua rakan sepasukanku
mereka melompat
hayun kepala
'peh'
kena sedikit sahaja
bola jatuh di depanku

Aku tahan dengan peha kanan
kuis sedikit ke kanan
dengan kaki kanan
lepas seorang pertahanan
bola masih melantun
aku lihat posisi gol dan orang
kembali melihat bola
menunggu masa (english:timing) yang sesuai

Powww!!!
sepakan dilepaskan secukup rasa
penjaga gawang merebahkan badan
ke kiri
pertahanan menghulurkan kaki
malangnya semua gagal menyekat bola sepakanku itu
lantas menerjah jaring
dan

GOLLL!!!

Serta-merta aku diserbu
rakan sepasukan
tapi aku diam sahaja
sambil berjalan ke tengah padang
cuma mampu membalas dengan senyuman

Sebenarnya
merujuk kepada entri ini
aku cuma baru sembuh demam
batuk dan selsema masih berbaki
dan aku menghidap asma
tahap ringan
macam Paul Scholes
[senyum tak malu]

Selepas itu
aku menukar kepada
posisi bertahan
sebab aku sudah mula tidak puas bernafas
dan tangan sudah sejuk satu macam
nak minta tukar dengan pemain simpanan
sudah tiada pemain simpanan untuk ditukar
main sahajalah

Buat kalian
entri ini ada tips menjaga kesihatan
oleh Prof Dammit
selamat mencuba!

Wednesday, August 6, 2008

Emas Atau Perak?

Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu
3-1

Fakulti Pergigian dan Kejururawatan
1-0

Fakulti Farmasi
3-0

Khamis ini
perlawanan penentuan
menentang Fakulti Perubatan
yang memiliki kelebihan jaringan
hanya keputusan menang sahaja
akan memungkinkan kami mendapat pingat emas
seri tidak mencukupi
apatah lagi kalah

Do'akan kami
pasukan bola sepak Fakulti Sains

Tuesday, August 5, 2008

Advertasi

Kebanyakan orang tak suka
entri panjang berjela
kan?

Aku pun

Tapi
entri ini
memang aku baca satu-satu
dan
aku sangat
sangat
erm
tak tahu nak cakap apa
tapi aku rasa something bila baca entri itu

Kalau kalian nak baca entri-entri lain dalam blog tu pun
aku galakkan je
aku dah follow lama
tapi tak link sebab dulu pembaca-berjemputan-sahaja
macam blog ini

Percaya Apa Kau Lakukan...

Quick update

Bukan sebab bizi
atau tiada idea
mahupun sebab malas
tapi aku sedang berfikir
sesuatu sedang berlegar-legar di mindaku
apabila aku bertemu dengan makin ramai orang

Hmmm
biar aku berfikir lagi..

Ok
sementara aku berfikir
aku ingin mengambil kesempatan ini
untuk meminta maaf
kepada pengunjung-pengunjung CDR
ang tetap setia menanti
cerita-cerita baru dariku

Maaf
sungguh
ada banyak cerita
mahu ku kongsi
mahu ku tulis
tapi...

Aku buntu
keliru
kabur
capek memikirkan
benda yang tak patut difikirkan
banyak lagi kerja aku yang lain

Ok dah
cukup
jap lagi quiz
kat sekolah dulu
kita panggil ujian
uuu seronoknyaa!



nota kaki: Jemput baca entri ini ya..erm paham-paham la ye..aku tunggu hadiahnya

nota/nota kaki: Erm, blog ini pun sila kunjung ya