Wednesday, August 13, 2008

Bukan Ku Tak Sudi

Petang
perlawanan bola sepak
menentang Fakulti Pergigian dan Kejururawatan
menang 1-0

Malam
pergi mengajar tusyen
kerja sambilan
tanpa makan malam

Lepas mengajar
ada mesyuarat
lantas bergegas ke Alma Mater
msyuarat berlangsung selama sejam

Pulang ke hostel
rehat sebentar
buat kerja sedikit sebanyak
turn off

Pagi
Hari Sukan Fakulti Sains
main futsal
main bola tampar

Tengahari
masuk kelas (baca:lambat)
beri perhatian
masa untuk belajar

Tiba-tiba
aku perasan
Pensyarah buat satu jenaka
jenaka yang memerlukan pemikiran yang tinggi
aku paham
aku angkat muka
dia tengok aku
aku senyum sambil angguk-angguk

Tapi
seisi kelas yang lain senyap
mereka faham ke tidak?
aku fikir dalam hati
aku cuma mampu senyum
sebab tak berapa nak gelak
penat (konon)

Tapi takkan satu kelas pun senyum je?
oh
maafkan aku Tuan Pensyarah



nota kaki: aku tulis entri ini semasa dalam kelas PDA. Err, izin laluan ye Puan Pensyarah. Saya tekan butang 'publish post' sekarang.

No comments: