ada mesej dari makhluk buncit-tapi-kacak
"Aku kat gerai bawah. Mengerang*. Ada match olimpik voleyball pompuan dowh! Jom a!"
Aku bergegas turun
ajak makhluk-separa-kacak bersama
duduk
lepak
minum
tonton
borak
Tiba-tiba
Jaed minta aku aku tolong semak
nombor asing yang menghantar mesej
ke telefonnya
aku nak taip
dia kata payah
dia ambil henfon dari tanganku
tekan tekan tekan
buat panggilan dan kemudian
mengeluh kecewa kerana panggilan tidak bersambut
Henfonku masih di tangan Jaed
main game katanya
tiba-tiba
mesej masuk
Aku kata bacalah
kerana aku bukan jenis berahsia
dia baca
aku tengok
dia buat muka tekejut
dan tunjukkan skrin henfon kepadaku
Sheet!!!
Sumpahku dalam hati
kuingatkan nombor asing tadi mesej
rupanya
Mek Ja rakan kelasku mesej
ucap selamat hari lahir!
Dayem!!!
Aku punya lah buat senyap
walau sebenarnya
aku sendiri lupa
dan apabila Jaed berkata
"Ooo hari jadi kau hari ini..."
aku terus terbayang ini (mesti klik!)
Sambil acara mengerang* diteruskan
AZ beri peringatan
"Dude, malam ini terlepas, esok ada lagi."
Aku mengeluh pasrah
tapi hati separa lega
sekurang-kurangnya
malam ini
selamat (kot)
Jaed sibuk hantar mesej kepada MawarMerah dan NMZ
apa motif
aku tak tahu
Aku tanya AZ
"mana Zuraimi?"
"Main ping pong la. Mana lagi," acuh tak acuh AZ jawap
"Oh, jom naik. Aku nak kalahkan dia,"
lantas aku bangun
dan membuat pembayaran
Sedikit berlari anak aku menuju ke tangga
niat di hati
nak segera beraksi menentang Zuraimi
Selisih dengan Superbug
tegur ala kadar
baru hendak pergi minum katanya
Tangga kudaki
hadapan pintu bilik kemas tanpa selipar
pelik
tapi otak genius ku
gagal mengesan apa yang lebih pelik menanti
Sebaik wajahku tersembul di muka pintu
satu benda yang paling aku ingat
aku nampak
Makhluk-Separa-Kacak pegang baldi
dan sebelah tangan lagi pegang gayung
siap berisi air
dan beberapa detik kemudian
"Bedebush~"
Welcome to heaven, mate
Simbahan pertama hinggap ke badanku
aku pusingkan badan hendak turun ke bawah semula
dan di bawah menanti
pasukan kedua
Superbug yang kononnya 'baru nak minum' tadi
datang dengan makhluk-makhluk tak kacak langsung dibelakangnya
dengan berbaldi air
Arah ditukar
aku serbu masuk bilik
dengan niat biar
berselerak bilik
tapi
beberapa lagi makhluk yang dengki dengan kecomelan aku
menahan aku dari masuk lebih lanjut
tubuh sasa aku ditolak oleh berbelas-belas orang
ke muka pintu kembali
dan kemudiannya
Honey,
what goes around comes around
what goes up? Tepung is coming down!!!
TEPUNG (tak tahu berapa plastik)
TELUR (lima biji! Siriyes bau!)
air sejuk (mereka isi baldi dengan ais!)
air panas (aku tak tahu mana diorang rembat sebaldi!)
Dan aku?
hanya pasrah terperosok
dihujani perkara-perkara di atas
Cakap banyak tak guna
bukan kalian boleh dengar
tulis panjang-panjang
penat kalian baca
nah
aku bagi gambar
semua gambar dirakam oleh makhluk-suku-kacak
Sungguh
lakonan mereka buat aku rasa selamat pada malam ini
tapi rupa-rupanya
dayem!
*mengerang=melantak kerang
9 comments:
yey! terbukti, ko blom cukup genius lagi MM! hehehe...
ape2pun, selamat ulangtahun tarikh kelahiran. semoga makin comel apabila berjalan~ huahua~
aha..terok sungguh dia kene...anyway, hepi birthday!
macamana MM boleh jadi kacak dan comel pada masa yang sama? tak mungkin.
musykil.
anyway, happy belated birthday. :D
MM, err saya tidak bersalah dalam hal ini.hahahaha
hua hua hua
aku jumpa ko NANTI, aku gelak sama!!!
pojan, balik bilik cepat! kate nak bawa aku gi kedai roti~
jab. mane dapat kerang tuh?
szakif,
kegeniusan ku masih sama
cuma genius ku
gagal mengesan helah mereka
cesh!
kerang rembat kat kedai la!
bawang merah,
terok! siriyes terok!
thanx
aainaa,
comel dan kacak
macam
genius dan bijak
lebih kurang a
belated thanx too
dammit,
tak bersalah kau cakap!?!?!
kau org memula simbah aku!
kau lah yg bertanggung jawap
atas gmbar2 tu semua
tak bersalah ko cakap?
tuan,
oy
dah gelak sini cukup la!
er..NMZ pun tak faham nape makhluk buncit-tapi-kacak message malam tuh, sebab selepas dibalas, katanya salah antar message. Sengal!
Masa tu NMZ telah pesan jangan wat pelik-pelik kat sepupu NMZ. Ape ah nabil, tak adequately genius camtuh. NMZ pun berjaya kesan dari awal lagi, dan sangka yang lebih dasyat senanya.
Tapi sikit je baru tuh, depa kurang kejam :P hahahaha
*mood masih gelak
hehehe...hahaha...
ahaha..aku org paling lewat gelak.. xleh thn gelak..best3...
pdn la mse bday jaed xturun salji, rupenyer salji turun lebih awal. :P
Post a Comment