Saturday, August 9, 2008

Bila MM Membebel

Sekitar Karnival Sukan Antara Fakulti

Ok
kesudahannya
perlawanan akhir antara
Fakulti Sains menentang Fakulti Perubatan
tidak diketahui bila akan dilangsungkan
walhal
majlis penyampaian hadiah, ahad ini
waddafish!

Peringkat awal karnival sukan ini berlangsung
aku sudah tidak suka
dengan terma yang ditetapkan
bukan semua
tapi ada satu ni
iaitu
setiap pemain cuma boleh bertanding dalam satu jenis sukan sahaja
waddafish!

Aku tak paham
mengapa perlu ada peraturan begini
konon nak bagi peluang semua orang dapat main
masalahnya ini adalah kejohanan
yang mewakili fakulti masing-masing
membawa nama fakulti
mesti menang
jadi kena hantar yang bagus-bagus
bukan main sumbat je

Kalau tidak
masakan boleh ada orang yang dapat banyak pingat
dalam satu kejohanan
macam kat sekolah dahulu
kan ada anugerah olahragawan?
kalau semua menang satu emas
siapa nak jadi olahragawan?

Ditambah pula dengan
jumlah pelajar di setiap fakulti di kampus ini
cuma beberapa kerat sahaja
itu jumlah pelajar
jumlah pelajar yang bersukan?
lu pikir lah sendiri

Kesudahannya
apabila ada fakulti yang pemainnya bermain
lebih dari satu acara
pasukan lawan akan bermain dengan sambil loya
eh silap, sambil lewa
lepas kalah banyak gol
pergi protes
minta menang percuma
banyak cekadak kau! (frasa ini mempunyai maksud yang sama dengan ungkapan waddafish!)

Buat pengetahuan
Fakulti Sains yang dinyatakan di sini
tidak include Sains Sukan
sebab ada orang cakap
"boleh lah kau orang belasah budak-budak skema,
korang Fakulti Sains ada Sains Sukan
memanglah terrer"
waddafish!

Kami terdiri dari
Sains BioPerubatan
Sains BioTeknologi
dan Sains Matematik (baca:ehem ehem)

Memandangkan
esok hari penyampaian hadiah dah
dan aku yakin
semua pembaca CDR takkan pergi bocorkan pada pihak penganjur
sebenarnya
aku main 3 acara
hahaha

Tapi semua satu perlawanan je
sebab takut bila tau perangai protes-menang-percuma ni berleluasa
maka aku drop dari dua acara lain
tinggal bola sepak sahaja
main je la MM~
satu pun satu la...

2 comments:

Anonymous said...

biomatematik?

As said...

korang match isnin ni kan..

memang hampeh pun peraturan tersebut..