Wednesday, August 20, 2008

Anugerah Mesej Paling Berharga

Pernahkah
kalian basuh SEHELAI baju
SEHELAI seluar jeans dan
SEHELAI erm benda-dekat-dalam
selama sejam

Aku dah merasa semalam
letih betul memberus
tepung-tepung yang melekat di baju

Tapi
bak kata MawarMerah
setahun sekali je
maka
aku ucapkan
terima kasih buat makhluk-makhluk tidak kacak
yang bersusah-payah beli itu dan ini
khas untuk 'meraikan' aku

Wei minyak mahal ni korang membazir duit pulak ye!?

Macam biasa
waktu-waktu begini lah
ramai yang jarang-jarang mesej
tiba-tiba hantar mesej

Ya lah
kalau takde sebab takkan nak mesej kan?
maka hari lahir
dijadikan satu sebab
untuk berhubung

Berikut adalah contoh-contoh terpilih;

Paling touching and paling best!
"Today is a special day. It has a nice no. 20.08.2008. It is more special because it's your 22nd birthday! May Allah provide us with good helath and increase our iman. May Allah give us all the success and blessed our life and the hereafter. Amin"
from my beloved Abah

Paling Awal
"Salam Nabil..happy birthday..smga pnjg umo n dtmbhkn pntu2 rezeki..smga dprmudahkn sgla pcaturan n perancangan dlm hidup..n pls take gud care of urself.. (",)"
dari MawarMerah tepat jam 0000

Paling Siyot
"Salam bro. Happy birthday! Hehe. Bertmbh besar umur + prot abg. Haha"
dari Adikku tercinta jam 0001

Paling Nak Raya
"Slamat hari jadi. Maap zahir batin. Esk bwk pendrive beta g kelas."
dari Mek Ja

Paling Creative
N-ice
A-mbitious
B-right
I-ntelligent
L-ikeable
lift up 2 ur name NABIL!!! =)
Juz wanna wish u "HAPPY BIRTHDAY!!!" =)

Paling Do'a
"Ya Allah, berkati umurnya, tenangkan hati dan kuatkan semangatnya untuk menghadapi hidup, limpahkan maghfirah dan kasih sayangMu, agar hidupnya sejahtera di dunia dan akhirat. Ameen ameen. segala kebaikan dankeikhlasan hanya selyaknya dibalas olehMu, atahiyah biyaumi iladika"
dari NMZ

Dan banyak lagi
mesej-mesej ucapan
dan do'a
alhamdulillah

Tapi sejujurnya
aku tak kisah sangat pun
orang wish atau tak wish
orang ingat atau tak ingat
terpulang
aku memang tak kisah

Even semalam
aku tak ingat langsung
sampai lah
petang
dalam kelas
Perempuan Seksi (dia tulis namanya begini dalam survey form)
kata padaku

"Wei, aku takde nombor kau. So aku nak wish siap-siap la takut terlupa. Happy birthday!"

Aku blur
dahi berkerut
satu
dua
tiga saat
baru aku teringat

"Oh hari jadi aku eyh? Bila eyk? Oh esok!"
sambil tersengih-sengih
dan gadis-gadis di meja sebelah
mentertawakan aku
yang seakan hilang jejak tarikh

Walaubagaimanapun
dalam banyak-banyak mesej
mesej ini menang anugerah utama

Paling Berharga
"Selamat Harijadi! nikmati 7 hari PERCUMA panggilan/SMS ke 8pax mulai SEKARANG. Pastikan akaun anda aktif & 8pax telah diaktifkan."
dari Celcom

Hahaha

Ada X, Ada segalanya

Celcom, kuasa di tangan anda



notakaki: Semua mesej disalin bulat-bulat tanpa sebarang edit. Maafkan bahasa mereka.

12 comments:

Anonymous said...

eyt..bday kte sme la..'hepy bday pd anda'!..sbnanye ak pn lupe ari nie bday ak smpi mlm td 'mreke2' yg x pna2 msg tbe2 msg bday..gagaga~~p/s- family ak pn x egt lg best..dh tgh ari bru tregt adoy!..x kesa la i2 sme x pntg..=]~~p/s- tuenye 22 gagaga =]

nurilahi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Matematis Muda said...

anoy,
ye same
tp 'kite' tu sape ye

samo la sini pun
omak den takdok nk msg2 wish de
slumber je dia
hehe

gua pun cool je
takde nak touching2
merajuk mak tak igt bday kite
hehe



comment deleted,
sbb anda tak kisah
maka saya delete
skian
:P

HUZAI said...

SELAMAT HARI LAHIR!.


Semoge prtambahan umur kamu buat kamu makin matang...(echeh..)

NanaNisa said...

HAPPY BELATED BIRTHDAY, nabil!

semoga pnjg umur dan dimurahkan rezeki.

シャナ said...

Msg plng ringkas:

Happy b'day! :)

Tuan Caracol said...

mwahahahhahahahhahah

aku nak gelak jer.

Azree Hanifiah said...

Sejujurnya aku tatau semalam hari jadi ko... Haha..

Matematis Muda said...

huzai,
ye trimas

dayana,
belated thanx, dayana
ameen..

shana,
bole la
hehe

tuan,
ah! aku tak bagi!

azree,
thanx too
haha

szakif said...

ok. aku tak sabar tunggu bulan 10. nak call sape eh yang 8 pax tuh? erm.. kena istikharah awal2 nih..

alif zai mim ra said...

mcm knl je Perempuan Seksi tu..ahaha

HAPPY BELATED BDAY, MM!
moge dimurahkan rzki n dipermudah sgl urusan. ;)

nurdini izni said...

hahaha cewah, XPax! :D

happy belated birthday em-em. huhu