Sunday, July 20, 2008

Pentingnya Memberi Salam

Semua sudah bersedia di posisi masing-masing
senjata lengkap tersedia
lampu di tutup
ETA kemunculan saspek ialah tiga minit

Aku dan tiga lagi rakan menyembunyikan diri
di kawasan yang paling dekat
dengan tempat
saspek dijangka memunculkan diri

Empat lagi menanti di bucu bertentangan dengan kami
tiga lagi di hadapan mereka
ketujuh-tujuh mereka
bertindak sebagai penyerang susulan
"Suspect is approaching us!" "Suspect is approaching us!"
peninjau memberi laporan
senjata kupegang erat
aku yang akan memulakan serangan
yang lain akan serta-merta menyusul
sebaik serangan aku lancarkan

"Be carefull! They got company!" "Three of them!"
ejen peninjau terus memberi laporan
aku berdebar-debar
ketepatan masa melancarkan serangan penting
untuk mengelakkan saspek melarikan diri
yang mana akan menggagalkan misi kami

Serangan juga perlu hati-hati
serangan tidak boleh dilancarkan kepada selain saspek
mereka tidak bersalah

"Suspect is entering the building! ETA 3o seconds! Get ready!"

Suara telah kedengaran
semakin hampir
mereka berborak-borak gembira
"Bergembiralah kalian. Buat kali terakhir. Hahahaha,"
aku bermonolog

Bunyi tombol pintu dibuka
teruja
berdebar
bersatu dalam jiwa
senjata kuangkat tinggi
tiba-tiba
kedengaran

"Assalamu'alaikum~"

Aku matikan hasrat
niat untuk menyerang terbantut
ini bukan suara saspek

Pemberi salam pantas
mengenal pasti sesuatu yang mencurigakan
lantas berjalan laju ke arahku
yang mana telah membuatkan
saspek terpinga
dan turut mampir ke arahku

Pada jarak semeter setengah
aku jerit
"Serang~!!!"

Senjata yang kupegang
kusimbah ke arah saspek/mangsa
ya
simbah
senjataku=air segayung

Di susuli serangan dari rakan-rakan yang lain
bersenjatakan TEPUNG
hahahaha



Adegan ini adalah bersempena dengan ulangtahun saspek/mangsa. Pesanan dari pihak CDR; jangan tiru aksi ini di rumah. Nanti letih kena kemas balik. Kami tahu sebab kami dah buat. Sekian.

6 comments:

jaed said...

ah pegi mampos, bukan kau yg kemas!!

Jagatraya said...

haala.Sape gerangan sayur tu...hehe

tezuka87 said...

tukang baling tepung ramai gile..!!!
tukang bersih tepung 4 org je...!!!
aghh..!!!

Master J said...

hehehe..mcm SWAT pulak korg nie..hehe =p

nurilahi said...

nabil memang

Matematis Muda said...

dude,
gua tak baling tepung kan? gua simbah air je..sape baling tepung a kemas
hahahaha