Friday, August 29, 2008

Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh

Ada orang cadang
ada orang suruh
ada orang tanya

"Aih, taknak mengulas ke pasal pilihan raya kecil Permatang Pauh?"

Aku jawap

"Tak kose aku!"

Tapi
bila baca macam-macam
bila dengar macam-macam
terutamanya tentang
perihal 16 September
aku rasa
aku nak tulis juga lah
mengenai
apa yang berlegar di minda aku

Aku rasa ramai yang rasa apa yang aku rasa
dan kebarangkalian tinggi
sudah ada yang menulis mengenainya
tapi
apa yang aku tulis ini
datangnya dari hati
seorang bukan-penganalisa-politik
mahupun peminat-politik
tapi seorang genius
ops
ok
mengarut
siriyes balik

Kebanyakan orang yang aku kenal
rasa seronok
teruja
ternanti-nanti
tanggal 16 September
(kononnya) tarikh di mana Anwar
bakal menjadi PM
tarikh dimana
Buku Teks Sejarah Malaysia terpaksa dicetak semula

Aku sangatlah tak bersetuju
dengan agenda menang melalui lompat parti
sebabnya
kalau nak menang
kalau nak memerintah pun
biarlah dengan cara yang lebih bersih
(hari tu sibuk dok demo pasal 'bersih')

Bukan
aku bukan nak cakap cara mereka kotor
cara sedia ada lebih bersih
bukan juga sebaliknya
tapi
aku rasa kalau nak lebih bersih
atau lebih beretika
yang nak lompat parti tu
elok letak jawatan dulu
then
buat lompat parti
lepas tu bertanding balik

Kalau ada 30 orang nak lompat parti
buat la 30 pilihan raya kecil
apa susah

Sebabnya?
aku yakin
tak semua yang menang hari itu
menang sebab individu
paham tak?

Erm
camne nak cakap eyh

Secara umumnya
aku rasa semua orang sedar kenyataan ini
yang mana
ada sesetengah orang
mengUNDI berdasarkan PARTI
bukan UNDI CALON

Kan?

Jadi
adilkah
bersihkah
kalau dah menang guna kerusi BN
then tetiba lompat parti
jadi PR pulak
tak macam mengkhianati pengundi ke?

Ah aku tulis panjang-panjang pun efek apa
buang masa je
baik pergi breakfast sedap-sedap

9 comments:

Anonymous said...

hahaha

saya setuju dengan ulasan budak genius ni

bakal PM kita nanti

Anonymous said...

Setuju dgn ayat second last.
'Buang masa je'.

Dini said...

buku teks kene ditulis balik? hahaha funny funny :D

Matematis Muda said...

zul,
kau jadi PM dulu..
baru aku naik dgn cara gulingkan kau
haha

knowlee,
saya tak setuju
:)

dini,
funny la funny
nanti korang gak kelam kabut SPM tahun depan
wahaha

Anonymous said...

Nape tak setuju?

Matematis Muda said...

If it is
then i wont write it at the first place

ayat tu cuma menggambar kan perasaan je
bukan kenyataan

*peace*

Anonymous said...

banyak duit KERAjaan nak guna tuk beli pengundi untuk 30 pilihan raya kecil nanti.
lagi lah tak dapat biasiswa JPA di naikkan. unless ko orang sabah atau serawak.FULSTOP.

Anonymous said...

owh...perasaan je. i thought menggambarkan kebuangan masa kalo fikir byk2 pasal benda alah tu. wrong assumption. =)

Maryam said...

menarik bab kena cetak buku teks sejarah yang baru.. bukan setakat kena tambah nama PM, tapi dengan sejarah PM baru tu kena sebut sekali... kena pecat dan kena tuduh macam2. :)

er, mungkin juga pelajar universiti pun terpaksa belajar sejarah semula.