Thursday, August 7, 2008

Walau Semput, Tetap Beraksi

Perlawanan terakhir
menentang Fakulti Perubatan
ditangguhkan akibat hujan

Jadi kali ini
biar aku bercerita tentang perlawanan pertama kami
semasa menentang Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Menang 3-1 dengan gol terakhir pasukanku dijaringkan oleh
erm
pemain berjersi nombor 8
(baca: ehem ehem)

++++++++++++++++++++

Sepakan penjuru
kebiasaannya
aku akan menanti betul-betul di tengah
kerana aku suka menanduk
tapi kali ini
sudah ada dua pemain yang berdiri menanti di tempat itu

Aku pun berjalan ke bahagian 'tiang jauh' (english: far post)
perlahan
penat

Sampai di tempat yang kurasakan sesuai
aku berhenti
pusing
macam biasa
ada orang yang menanda (english: mark) aku
dua lagi rakan sepasukanku
betul-betul berada di hadapanku
kami menanti
bola sepakan sudut itu

Bola di sepak
aku dapat melihat dengan jelas
bola itu menuju ke arah dua pemain di depanku
aku menyelit melepaskan diri dari pertahanan yang menanda aku
lepas
aku berada di belakang
dua rakan sepasukanku
mereka melompat
hayun kepala
'peh'
kena sedikit sahaja
bola jatuh di depanku

Aku tahan dengan peha kanan
kuis sedikit ke kanan
dengan kaki kanan
lepas seorang pertahanan
bola masih melantun
aku lihat posisi gol dan orang
kembali melihat bola
menunggu masa (english:timing) yang sesuai

Powww!!!
sepakan dilepaskan secukup rasa
penjaga gawang merebahkan badan
ke kiri
pertahanan menghulurkan kaki
malangnya semua gagal menyekat bola sepakanku itu
lantas menerjah jaring
dan

GOLLL!!!

Serta-merta aku diserbu
rakan sepasukan
tapi aku diam sahaja
sambil berjalan ke tengah padang
cuma mampu membalas dengan senyuman

Sebenarnya
merujuk kepada entri ini
aku cuma baru sembuh demam
batuk dan selsema masih berbaki
dan aku menghidap asma
tahap ringan
macam Paul Scholes
[senyum tak malu]

Selepas itu
aku menukar kepada
posisi bertahan
sebab aku sudah mula tidak puas bernafas
dan tangan sudah sejuk satu macam
nak minta tukar dengan pemain simpanan
sudah tiada pemain simpanan untuk ditukar
main sahajalah

Buat kalian
entri ini ada tips menjaga kesihatan
oleh Prof Dammit
selamat mencuba!

2 comments:

Anonymous said...

xnk ucap trimas ke kat org yg angkat corner tu??

Matematis Muda said...

perlu ke? hehe