Tuesday, July 1, 2008

Oy Wei Woo Weh

Gua tak tidur lagi
tunggu tengok bola
tadi gua masuk kampus
jam 2355

Berhenti kat pintu pagar
buat muka manis
angkat tangan
pastu tanya
pastikan senyuman masih terlekat di wajah
nan kacak

"Cik, kami nak keluar tengok bola sat gi boleh tak eyk?"
sambil tayang
muka habis comel

"Eh tak boleh,"
senada dia jawab

Aku mencarut dalam hati
tapi muka masih manis
kemudian bagi lagi beberapa pujukan dan alasan
jawapan tetap sama

"Memang undang-undang dia kata tak boleh dik,"

Sheet!

Lepak depan laptop
atas katil
layar layar layar
baca baca baca
tiba-tiba
ada orang masuk
tanya

"Helmi mana Helmi?"

"Dia dah keluar kot," Jaed jawab

"Dia dah gi dah? Siyot!"

"Wei, kau nak pergi tengok bola ke?"
aku menjerti dari dalam
dia jenguk

"Oh kau. A'ah tapi Helmi dah gerak ha,"

"Aah cantek. Aku join!"

Dia beredar
sebentar kemudian
dengar jaritan dari luar bilik

"Oy! Oy! Wei!"

"Woo!" aku balas

"Jom a weh,"

"Jap aku salin baju,"

Aku bingkas bersiap
sarung seluar
pakai baju
kemudian dengar lagi

"Woo!"

"Oy!" aku sahut

"Weh, kau bawak helmet siap-siap. Tunggu kat motor,"

Aku capai helmet
gerak








Dude
inilah gaya berkomunikasi zaman sekarang
aku tak kenal dia
dia pun tak kenal aku
tapi bola sepak menyatukan kami

Pagi esok bila kawan aku bercakap pasal Sepanyol kalah
aku balas
"O eyh? Laa, yeke?"

Mereka yang bersemangat
nak mengejek terus terbantut nafsu
rasanya budak ni tengok bola gak semalam
asal macam tak tahu pulak result dia, musykil musykil

Aku memang genius

4 comments:

Anonymous said...

ko mmg genius....

aku suka rambut ko....

Anonymous said...

aku pun sokong jerman.sedey bttol kslsh..keeper spain hensem kot..tu yg bola tak nak dtg dekat.huhu..kuciwa aku berjaga pagi2 buta..

alifzaimimra said...

xsia-sia aku berjaga walaupun utk 1st half je...hehe

viva espana!!! :D :D :D

Huzai Mansor said...

Oh. Spain menang?
aku tak tahu.
Dan tak minat bolasepak..
tapi aku layan LIga Estet dekat kampung aku! Pemuda Felda Sayong F. C!!!

..mungkin aku kecewa kerana England tak layak untuk ke Euro..