Thursday, July 24, 2008

Kehidupan Umpama Bukit

Idea cerita ini ku peroleh dari dia
sengaja kutulis
dan ku olah semula
khas untuk dia

Kehidupan kita umpama perjalanan mendaki bukit. Dalam pendakian, ada bahagian sukar dan senang. Biasanya, apabila kita sedang mendaki, kita tidak akan merasa senang. Mendaki bermaksud kita sedang menuju ke tempat yang lebih atas, lebih tinggi, lebih elok, sejuk dan cantik. Untuk ke tempat yang lebih elok, pastinya sukar, pastinya payah.

Dan dalam pendakian ke puncak juga, kita akan berjumpa beberapa tempat perhentian yang tidak kurang lawa dan menarik. Cuma pastinya tidak sehebat keadaan di puncak. Pasti. Cuma jangan kita leka dengan kecantikan yang tidak seberapa tersebut. Walaupun ramai yang akan berhenti dan mengagumi kawasan itu. Berhentilah cukup sekadar melepaskan penat. Teruskan pendakian.

Dalam pendakian juga, sesekali kita mungkin tergelincir. Ini adalah saat genting. Saat hidup dan mati. Andai kita punyai teman pendakian yang akan cuba membantu menyelamatkan kita, beruntunglah kita. Tetapi andai teman pendakian kita tidak sempat menghulurkan bantuan atau tidak sedar yang kita telah tergelincir, maka segalanya bergantung kepada kita. Keadaan tersebut pastinya menyakitkan. Perit. Jatuh, berlaga, berlanggar dengan pokok-pokok, batu-batan dan duri-durian, eh duri-duri. Sangat menyakitkan. Tetapi, kita masih punyai dua opsyen.

Membiarkan diri jatuh sehingga berhenti sendiri tak terjatuh lagi, atau cuba menggapai mana-mana pautan yang mampu menghentikan kejatuhan itu. Sesekali, mungkin tersalah pautan, terpaut dahan berduri atau rapuh. Ia mungkin berlaku. Tak bermakna pautan seterusnya juga adalah dahan berduri atau rapuh. Mesti berusaha. Mesti! Jangan putus asa. Jangan!

Andai kita adalah teman pendaki yang jatuh itu, dan kita tidak berkesempatan atau tidak berkemampuan untuk membantu. Ingatlah, kita masih punya 'senjata' lain yang lebih hebat. Du'a. Teruskan menjerit memanggil dan mencari teman anda yang jatuh itu. Dengan harapan andai dia dengar, dia tidak berputus asa dan mengetahui bahawa dia masih punya harapan. Teman pendakiannya sedang mencarinya untuk menyelamatkannya. Sambil itu, du'a.

Aku harap, semua pembaca boleh faham apa yang cuba aku sampaikan. Serasaku, ia tidaklah terlampau tinggi sehingga perlukan penjelasan, kan? Maaf andai isinya kelam-kabut. Aku masih belajar untuk menulis dengan lebih bernas.

6 comments:

As said...

bila terlalu lama bertahan, ada masa-masanya kita akan lost..

Tq friend.

Dammit said...

nice post. mcm karangan, lain skit.

As said...

Ya, ada kelainan. Entri edisi khas :D

Matematis Muda said...

ko bayang la kalau aku taip macam selalu..
mau panjang sampai singap0re entri aku ni
tu yg kena buat gaya standad

alifzaimimra said...

first time entri gini...menarik..hehe

alifzaimimra said...

penulisan yg menarik, blh difahami, dan diamati. tahniah! :P